
Keguguran rambut disaat usia masih muda memang membimbangkan! Keyakinan diri terus jatuh kerana malu dengan orang sekeliling. Walaupun berhijab, kadang kala pasti akan ada ahli keluarga yang menegurkan mengenai keadaan rambut kita. Stress pula rasanya.
Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan keguguran rambut berlaku. Tapi tidak mengapa, bagi mengelakkannya terjadi dengan lebih teruk, apa kata kita cuba ikhtiarcara yang dikongsikan oleh Najwa Qadah di Facebook ini. Menurutnya, petua yang diberi oleh orang Arab kepadanya ini sangat mujarab.
ARTIKEL BERKAITAN: Umur Sudah 60 Tahun Tapi Rambut Lebat Hitam, Wanita Ini Kongsi Petua Rambut Idaman Guna Bunga Raya
Petua ini hanya memerlukan satu bahan sahaja dan selamat digunakan. Mudahnya!
hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo .. dan selamat guna.. najwa dah kali kedua guna petua ni.. mmg puas hati❤alhamdulilahhh
bunga cengkih banyak kegunaan dia lain di guna untuk masak.. salah satu najwa guna dia untuk hilang masalah najwa alami lama dah..
kelemumur
rambut berminyak
rambut gugur
mana2 shampoo pun boleh.. tp najwa beli untuk bby sbb ank2 boleh guna sama, bg rambut lebat sikit.. sebenarnya petua ni utk lebat kan rambut tp kesan dia banyak lagi.. najwa takdak gatal2 lagi2 time pakai tudung panas2 mcm skrg ni.. rambut kering takdak berminyak rasa kembang fresh gitu?alhamdulilah rambut tak gugur berkilo?..
*najwa ambik petua ni dri org arab* bagi tahu siap2 satgi ada org bising plk?
ARTIKEL BERKAITAN: Rambut Gugur Dan Uban Tumbuh, Selesaikan Dengan Minyak Bijan. Rambut Kekal Sihat Bersinar!
kredit: facebook Najwa Qadah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Trend Terkini Membalikkan Kesan Pewarna Rambut Hanya Dengan Vitamin C. Apa Hasil Kajian Klinikal?

Pewarna rambut kekal dan sementara boleh jadi cara cepat dan sederhana untuk mengubah penampilan anda. Tetapi ada kalanya anda tergila-gila dengan hasil mewarnakan rambut.
Trend terkini dalam membalikkan kesan pewarna rambut adalah menggunakan serbuk asid askorbik atau dikenali sebagai vitamin C.

Vitamin C boleh berfungsi untuk meringankan pewarna rambut anda, menghilangkan pigmen yang terlalu dramatik yang disukai. Tetapi sama ada vitamin C dapat menghilangkan pewarna rambut agak sedikit rumit. Jom semak tugas vitamin C pada rambut dan adakah anda patut mencuba kaedah ini di rumah .
Bolehkah vitamin C menghilangkan warna rambut?
Asid askorbik sejenis vitamin C, digunakan dalam beberapa produk bebas yang menyatakan dapat mencerahkan atau memutihkan rambut tanpa merosakkannya.
Selama bertahun-tahun, kebanyakkan orang telah menggunakan jus lemon, yang kaya dengan vitamin C, sebagai pencerah rambut semula jadi yang mengaktifkan ketika dihangatkan oleh sinaran matahari. Inilah pemikiran yang mendorong beberapa individu untuk menyimpulkan bahawa vitamin C dapat berfungsi untuk “menghapus” atau menghilangkan warna rambut yang tidak anda sukai.
Yang benar adalah bahawa vitamin C tidak dapat mengubah warna ketika sebelum anda mencelup rambut. Warna rambut berfungsi dengan cara membuka folikel rambut dan menambahkan pigmen pada warna semula jadi anda (pewarna) atau dengan menghilangkan warna semula jadi dengan meringankan dan memutihkan.

Setelah warna rambut anda diubah, tidak ada penggantian atau pemulihan pigmen semula jadi. Apa yang dapat dilakukan oleh vitamin C adalah menjadikan rambut menjadi lebih teduh atau kurang gelap setelah anda mencelupnya lebih gelap daripada warna semula jadi. Ini disebabkan oleh sifat antipigmentasi.
Sudah tentu, setiap jenis rambut berbeza, dan tidak ada jaminan bahawa rambut anda akan bertindak balas seperti yang anda harapkan ketika anda menggunakan kaedah ini. Ada kemungkinan rambut anda dapat bekerjasama dengan rawatan vitamin C dan mirip dengan penampilannya sebelumnya, terutama jika pewarna yang anda gunakan berfungsi sementara.

Tetapi rambut yang rosak akibat pewarna, panas, atau peluntur atau rambut yang bertekstur atau kerinting secara semula jadi mungkin tidak bertindak balas dengan baik terhadap penyerapan vitamin C. Selain itu, tidak ada kajian yang menunjukkan bahawa vitamin C adalah penyelesaian yang baik untuk melunturkan pewarna yang sudah lama.
Cara menghilangkan pewarna rambut menggunakan vitamin C
Anda boleh mencuba menghilangkan pewarna rambut menggunakan vitamin C dengan membuat masker rambut asid askorbik. Masker rambut jenis ini juga mungkin berguna apabila klorin atau air garam telah mempengaruhi warna rambut anda.
NOTA: Perlu diingat bahawa hasil anda mungkin berbeza.
Bahan-bahan:

- 1/2 cawan serbuk asid askorbik atau 15-30 tablet putih, berasaskan vitamin C serbuk, dihancurkan (kapsul berasaskan cecair tidak akan larut juga, dan tablet berwarna boleh melumurkan pewarna makanan ke rambut anda)
- syampu bebas pewarna
- topi mandi
- mangkuk adunan
Cara Lakukan:

- Dalam mangkuk adunan, campurkan serbuk vitamin C dengan syampu pembersih bebas pewarna. Ingat bahawa sebarang pewarna makanan atau pewarna produk akan mengganggu warna rambut yang sudah siap, jadi jauhkan dari warna tiruan pada masker rambut anda.
- Setelah bahan sebati, sapukan masker pada rambut. Beri penjagaan ekstra pada akar dan hujungnya. Acukan di pacuran air,biarkan masker rambut selama 30 hingga 60 minit.
- Bilas dengan air suam. Sekiranya perlu, ikuti penggunaan kondisioner penghidratan untuk mengelakkan kekeringan setelah menggunakan rawatan ini. Kesan sampingan dan risiko penggunaan vitamin C untuk menghilangkan pewarna rambut
- Vitamin C berlaku secara semula jadi di kulit anda. Itulah sebabnya penggunaan vitamin C sebagai ubat rumah topikal untuk menghilangkan pewarna rambut adalah selamat bagi kebanyakan orang.
Terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin anda harus perhatikan sebelum mencubanya. Ini termasuk:
- kemerahan atau keradangan pada kulit kepala anda
- kekeringan kulit kepala
- rambut yang kering dan mudah patah
- helai rambut yang kelihatan kekuningan atau berwarna oren
- rambut yang tidak berwarna atau berwarna
Kaedah lain yang terbukti menghilangkan pewarna tiruan dari rambut anda
Ada cara lain yang boleh anda cuba menghilangkan pewarna rambut setelah mewarnai. Kerana pemboleh ubah seperti jenis rambut anda, kerosakan rambut yang mungkin dialami, dan jenis pewarna yang anda gunakan, sukar untuk meramalkan kaedah yang mana, yang benar-benar berkesan.
Produk pembetulan warna

Terdapat produk pembetulan warna, seperti syampu, toner, dan masker rambut, yang dijual khusus untuk menghilangkan atau meringankan warna yang telah anda tambahkan pada rambut.
Anda harus berbelanja dengan mempertimbangkan jenis rambut. Produk yang “menanggalkan” atau memutihkan rambut anda boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan dalam jangka masa panjang.
Bilas dengan cuka putih
Cuka putih dapat mengikat pigmen rambut dan membilas beberapa jenis pewarna semi-sementara.
- Campurkan tiga bahagian syampu bebas pewarna dan cuka satu bahagian dan buat campuran konsisten topeng rambut.
- Sapukan secara merata ke seluruh rambut dan tutup dengan penutup mandi.
- Selepas 10 hingga 15 minit, lepaskan penutup di pancuran mandian dan bilas rambut anda dengan air suam.
Pes soda penaik

Baking soda mempunyai pH yang tinggi dan mungkin dapat menembus folikel rambut anda untuk menghilangkan beberapa pigmen.
- Buat pes soda penaik bahagian yang sama dan air suam, larutkan baking soda sepenuhnya.
- Sapukannya secara merata ke rambut, elakkan dari terkena kulit kepala. Gunakan sikat bergigi lebar untuk memastikannya menyebar secara merata.
- Biarkan campuran pada rambut anda selama 20 hingga 30 minit, bilas dengan baik dan keringkan selepas itu.
Tidak ada penyelidikan klinikal untuk menyokong penggunaan vitamin C untuk menghilangkan warna rambut. Tetapi kerana vitamin C sudah ada di dalam badan anda secara semula jadi, adalah selamat bagi kebanyakan orang untuk mencuba ini di rumah.
Perlu diingat bahawa hasilnya mungkin berbeza-beza, dan satu-satunya cara yang pasti untuk menukar warna rambut anda adalah dengan meminta bantuan pakar kosmetik profesional.
SUMBER: Healthline
5 Trik Yang Hijabi Boleh Lakukan Untuk Atasi Masalah Senggugut

Setiap bulan, seorang wanita normal pasti akan didatangi haid. Yang tak seronoknya bila datang haid disertai sekali dengan senggugut. Tidak dapat dinafikan bahawa kesakitan yang anda alami akibat daripada senggugut akan membuatkan mood anda hilang dan hanya mahu terbaring sepanjang masa.
Beruntung jika anda tidak pernah merasai kesakitan senggugut ini. Sebenarnya senggugut yang ringan adalah normal bagi seseorang wanita. Namun, jika anda mengalami senggugut yang terlalu teruk hingga pitam, anda perlu segera berjumpa dengan doktor untuk memastikan tahap kesihatan anda.
Untuk mengurangkan rasa senggugut itu, Hijabista kongsikan 5 trik yang boleh anda cuba di rumah mahupun di pejabat.
1. Botol Air Panas
Cara pertama, anda boleh bungkus botol air yang berisi air panas dengan tuala atau sebarang kain dan letakkan di atas perut anda sambil berbaring. Cara ini sesuai untuk anda yang mengalami cramp di sekitar perut ketika sedang period.
Selain itu, anda juga boeh menggunakan hot packs sebagai pengganti botol air panas tadi.
2. Makan Pisang
Potassium yang terdapat di dalam buah pisang ternyata baik untuk meredakan cramp pada perut ketika period. Anda juga boleh buat banana milkshake dengan campuran susu.
3. Minum Jamu Tradisional
Sebagai warisan turun-temurun, jamu tradisional memang punya banyak manfaat dan kebaikan yang tersendiri. Jika anda mengalami masalah period yang tidak lancar, anda boleh sahaja minum jamu asam kunyit. Jamu ini ternyata mempunyai rasa yang sedap dan tidak pahit, berbeza dengan jamu-jamu yang lain. Jadi, ia selamat diminum.
4. Gunakan Menstrual Cloth Pads
Daripada anda menggunakan pad, apa kata gunakan menstrual cloth pads yang diperbuat daripada kain. Menstrual cloth pads ini pastinya lebih lembu dan buat anda rasa lebih selesa ketika period.
5. Tidur Beralaskan Tuala
Dua atau tiga hari pertama merupakan antara masa di mana darah period keluar dengan banyak. Jika anda sering ‘tembus’ ketika tidur pada malam hari, lebih baik anda jadikan tuala sebagai alas tidur. Jadi, darah yang keluar tidak akan meninggalkan kesan pada katil anda. Tentunya anda dapat tidur dengan lena tanpa perlu memikirkan tentang darah anda tadi.
Kekalkan Seri Rambut Di Sebalik Hijab, Ini 10 Serum Rambut Terbaik Di Pasaran

Rambut yang bermasalah sering menjadi keluhan ramai wanita yang berhijab. Salah satu cara untuk memperbaiki rambut rosak adalah dengan menggunakan serum rambut. Lambakan produk di pasaran hingga menemukan jalan buntu untuk memilih mana yang terbaik untuk mengatasi masalah rambut si hijabi.
Serum adalah salah satu solusi terbaik untuk merawat rambut dari akar kepala. Serum rambut yang berkualiti baik dapat memastikan rambut terus terhidrat, tidak rosak, lembut dan mudah diurus. Jika anda ingin membeli serum, pastikan ia sesuai dengan jenis rambut anda.
Ini senarai serum rambut yang terbaik di pasaran untuk hijabi yang mempunyai masalah rambut rosak. Kekalkan seri rambut di sebalik hijab!
1. Good Virtues Co. Multiple Repair Hair Serum – Terbaik untuk rambut matang
Serum ini menyuburkan rambut matang dan membantu mengurangkan hujung rambut yang pecah supaya rambut putih anda sentiasa kelihatan bersinar dan bermaya. Rambut matang seringkali mempunyai masalah folikel rambut yang kasar dan kering. Disebabkan itu, rambut matang kelihatan mengerbang dan tidak bermaya. Serum rambut yang diperkaya dengan vitamin E dan minyak Habbastu Sauda ini dapat membantu dalam pelbagai cara untuk memulihkan tekstur dan kelembutan rambut anda.
2. ELLIPS Hair Vitamin Smooth & Shiny with Aloe Vera – Rambut rebonding kekal bersinar sepanjang masa
Rambut yang dilurus dengan menggunakan mesin alat penggayaan akan cepat rosak dan kasar jika tidak dijaga dengan betul kerana rambut terdedah kepada bahan kimia terutama ketika melakukan teknik rebonding. Folikel rambut akan menjadi rapuh jika tidak mengenakan vitamin rambut yang membantu melindungi rambut dari rosak.
Diperkaya dengan kebaikan pro-vitamin B5, A, C dan E, membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh rambut. Produk ini dilimpahi dengan kebaikan Aloe Vera dan minyak Morocco yang bersifat ‘anti-frizz’, dapat mengekalkan kelembapan rambut ketika berada dibawah pancaran sinar matahari.
3. BRIOGEO Scalp Revival Charcoal + Tea Tree Scalp Treatment – Vitamin rambut anti-kelemumur
Masalah kelemumur seringkali dikaitkan dengan rambut berminyak dan kulit kepala terlalu kering sehingga mengalami kegatalan yang teruk. Rawatan kulit kepala tanpa perlu bilas dari jenama BRIOGEO ini, akan membantu merawat kulit kepala dan mengembalikan kesegaran dengan membasmi masalah kelemumur.
Dirumus dengan Vitamin Biotin, minyak Tea Tree dan arang Binchotan, terkenal dengan keupayaannya membaiki masalah rambut, mengurangkan kadar penghasilan sebum di kulit kepala, mendetoksifikasi minyak dan menarik semua kekotoran yang menyumbat folikel rambut. Produk ini juga memberikan efek sensasi penyejukkan dan kesegaran serta tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit kepala.
4. LUCIDO-L Hair Vitamin Oil – Membaikpulih rambut rosak
Rambut rosak bukan sekadar hujung rambut bercabang tetapi mengalami pecahan pada kutikel yang akan menyebabkan rambut menjadi kusam, kasar, menggerbang dan tidak mudah untuk diurus. Lucido-L Hair Vitamin ini amat sesuai untuk rambut rosak kerana dirumus dengan kebaikan kombinasi Vitamin A, C, E, minyak zaitun dan mengandungi ejen pelembap untuk melembap, menyubur serta rambut rosak menjadi lebih licin dan bersinar. Ianya juga produk anti-bilas yang senang digunakan, tidak melekit, mempunyai bauan flora yang menyegarkan dan berkos efektif!
5. DOVE Hair Serum Nourishing Oil Care – Merawat rambut kering dan kusam
Vitamin serum rambut dari Dove ini diformulasi dengan tekstur tidak melekit yang dapat menyerap masuk ke dalam akar umbi tanpa merosakkan folikel rambut. Rambut anda tidak akan kelihatan berminyak semasa memakainya dan produk ini dapat mengembalikan sinar rambut serta kelihatan bermaya dari jauh. Serum ini diperkaya dengan sejenis pelembap, memberikan kelembutan pada rambut anda tanpa perlu memakai pelembap yang lain.
Dengan haruman bunga dan buah-buahan, rambut anda akan berbau harum sepanjang hari serta kelihatan segar walaupun berada di bawah panas terik matahari. Pastikan anda guna dengan langkah yang betul untuk mendapatkan hasil terbaik.
6. PHYTO PHTYOCYANE Revitalizing Serum – Menguatkan rambut
Rambut nipis adalah salah satu simptom rambut lemah dan tidak subur yang disebabkan oleh stres, masalah diet, kehamilan atau efek pengambilan ubat-ubatan. Produk botanikal ini dapat mengurangkan penipisan rambut dan membantu mikrosirkulasi secara natural kepada kulit kepala untuk membentuk persekitaran optimal bagi akar rambut yang baharu untuk tumbuh.
Produk ini dirumus dengan asid amino sulfur, vitamin dan protein untuk menyokong pertumbuhan rambut dari akar. Serum rambut ini membantu untuk melebat dan menguatkan rambut, melicin dan memperlahan produksi pengubanan.
7. KLORANE QUININE Serum Anti Hair Fall – Menghalang keguguran rambut
Produk penjagaan rambut ini yang membantu untuk merawat rambut gugur dan menyuburkan kembali rambut untuk pertumbuhan baru. Formulanya yang kaya dengan Vitamin B, kafein, dan keratin untuk membantu mengurangkan keguguran rambut dengan banyak dan sekaligus merangsang pertumbuhan rambut baru dari akar umbi yang kuat.
8. SUGARDOLL Frizz Me Not Hair Serum – Menjaga rona rambut berwarna
Rambut yang diwarna seringkali kelihatan kasar dan kering akibat tidak melakukan penjagaan sebaiknya. Selain tidak bermaya, rambut yang diwarnai juga akan kelihatan menggerbang dan bercabang di hujungnya. Kebanyakan serum dipasaran tidak sesuai untuk rambut berwarna kerana produk serum yang lain akan melunturkan warna rambut anda.
Diformulasikan dengan 9 jenis minyak termasuklah minyak dari Vitamin E, produk lokal ini mampu merawat rambut berwarna sambil mengekalkannya agar tidak luntur. Produk ini juga membantu melembap rambut dan mengurangkan keadaan rambut tidak terurus.
Nah! Hijabi tidak perlu kusut dengan masalah rambut. Walaupun berhijab anda perlu mengekalkan serinya, rawat rambut dari akar di samping menjaga diet yang betul.