Rambut lebat dan hitam sememangnya menjadi idaman ramai kaum wanita. Rambut sememangnya mahkota seorang wanita. Wanita yang memiliki rambut yang lebat, sihat dan cantik akan rasa lebih berkeyakinan.
Maka sebab itulah ramai wanita sanggup memperuntukkan bajet yang tinggi bagi mendapatkan rambut yang cantik dan sihat. Sebenarnya ada petua tradisional yang boleh diamalkan dan ia memang sangat berkesan.
Ini perkongsian Suzy Honey.
“Wah, Mak Zah cantiknya rambut. Kenapa walaupun dah masuk usia 60-an tapi rambut lebat hitam? Ha..apa rahsia ni? Kaler rambut ke?”
Biasalah akak bertanya, sambil mengorek rahsia. Haha!
Mak Zah merupakan seorang bidan di kampung. Jadi memang hebatlah dia bab-bab petua dan rahsia perawatan tradisional ini. Panjang lebar beliau terangkan masa tu.
Ini petua untuk penjagaan kesihatan rambut yang diajarkan oleh beliau:
Bahan-bahan:
10 kuntum bunga raya yang sedang kembang
200 ml air
1 sudu besar Virgin Coconut Olive Oil ( Minyak Zaitun)
Caranya:
1.Bunga raya diramaskan dalam semangkuk air sukatan di atas. Kemudian biarkan selama 30 minit sehingga lendir bunga tersebut keluar. Cukup masa 30 minit di masukkan 1 sudu minyak zaitun.
2.Selepas sebati semua ambik air ramasan bunga raya tersebut di basahkan ke kulit kepala sehingga rata rambut. Biarkan 10 minit. Kemudian di bilas air dengan bersih. Tidak perlu pakai syampu lagi selepas bilas tersebut.
3.Bagi yang masalah keguguran rambut boleh amalkan 1 ke 2 kali seminggu. Kebiasaanya boleh nampak perubahan selepas 1 bulan jika di amalkan secara konsisten.
Akak pun tak cakap banyak. Hanya dengar sahaja apa yang diceritakan oleh Mak Zah. Mata akak pula ternampak terus pokok bunga raya di laman rumahnya. Terus akak minta izin. Nak buat terus petua ni. Hehe!
Bab kecantikan rambut sangat akak titik beratkan. Apatah lagi dengan menggunakan bahan-bahan secara natural.
Menurut kajian yang di Journal of Ayurvedic and Herbal Medicine (JAHM), bunga raya atau nama saintifiknya Hibiscus rosa-sinensis ini mengandungi khasiat :
1. Menghitamkan dan melebatkan rambut dengan lendir bunga raya yang mengandungi agen pelembap.
2. Mengelakkan rambut beruban dan membantu kulit rambut jenis kering juga berkelemumur secara sifat astringen semula jadi, antiradang dan mampu memerangkap radikal bebas dan sifat perencatan enzim.
3. Menguatkan rambut dan akar bagi mengelakkan rambut dari keguguran dengan kandungan Vitamin C dan mineral.
Semoga bermanfaat.
Sumber kredit: Suzy Honey
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI