Penampilan Amyza Aznan yang kerap berpurdah atau niqab ketika berada di tempat awam kini menjadi perhatian. Namun, dia meminta orang ramai agar tidak memperbesar isu penampilannya itu.
Menurut Amyza, 50, keputusan untuk memakai purdah dibuat atas kehendak dan keselesaan dirinya sendiri, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
Katanya, pemakaian purdah tidak seharusnya dijadikan bahan kecaman atau dianggap sebagai tindakan mempermainkan agama sekiranya seseorang memilih untuk memakainya pada waktu tertentu.
“Memang akan ada kata-kata itu, tetapi jangan ambil seriuslah. Sebab pakai purdah adalah benda yang tidak wajib, kalau mahu, saya pakai — jika nak buka, tanggallah.
“Purdah bukan macam tudung yang menjadi kesalahan kalau sekejap pakai sekejap buka dan saya sendiri selesa berpurdah.
“Tidak mempermainkan agama pun, isu purdah ini benda yang tak perlu diperbesar oleh orang ramai,” katanya seperti dilaporkan Kosmo! Online.
Amyza Aznan Berpurdah 99 Peratus Bila Keluar
Amyza mengakui dia kini semakin selesa tampil berpurdah dan hampir setiap kali keluar rumah memilih untuk mengenakan penampilan tersebut.
Malah, dia menyifatkan pemakaian purdah memberikannya rasa lebih selamat, tenang dan selesa sebagai seorang wanita.
“Sekarang ini boleh dikatakan 99 peratus setiap kali keluar, saya akan berpurdah.
“Setiap kali pakai purdah, rasa selamat, selesa, tenang dan rasa diri mahal sebagai seorang perempuan. Tidak tahu nak cakap macam mana tetapi sangat nikmat,” ujarnya.
Menurutnya, semuanya bermula secara spontan ketika dia mengenakan purdah sewaktu menziarahi pusara arwah anaknya, Andre Mikhail.
Ads
Daripada situ, Amyza mula merasakan ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan purdah sebagai antara pilihan penampilannya ketika berada di luar.
Pengalaman tersebut secara tidak langsung menjadi titik permulaan kepada perubahan penampilannya. Biarpun semakin kerap mengenakannya, keputusan Amyza mengenakan berpurdah tetap bergantung kepada keadaan dan keselesaan dirinya.
Orang Lebih Menjaga Batas Ketika Amyza Aznan Berpurdah
Selain faktor keselesaan, Amyza turut melihat perubahan positif dalam cara orang sekeliling berinteraksi dengannya ketika dia berpurdah.
Ads
Katanya, orang ramai secara automatik lebih menjaga batas, termasuk dari segi percakapan dan jarak ketika berkomunikasi.
“Setiap kali berpurdah, secara automatik orang akan jaga jarak dan percakapan dengan saya.
“Banyak benda baik dan positif berlaku, harap benda ini janganlah dijadikan isu kalau kejap saya pakai, kejap buka,” katanya.
Bagi pelakon berusia 50 tahun itu, perkara-perkara positif yang dirasainya menjadi antara sebab dia semakin selesa dengan penampilan berkenaan. Namun, dia tidak mahu keputusannya itu menimbulkan salah faham atau menjadi bahan pertikaian dalam kalangan orang ramai.
Tidak Semestinya Perlu Memakai Jubah
Amyza dalam masa sama menjelaskan bahawa penampilan berpurdah tidak semestinya perlu dipadankan dengan jubah semata-mata.
Sebaliknya, dia memilih pakaian yang longgar, sopan dan tidak mencolok mata selari dengan imej yang mahu dibawanya.
Ads
“Saya tetap pakai baju dan seluar yang longgar. Tidak semestinya pakai niqab kena pakai jubah, asalkan tak ketat dan tidak mencolok mata,” ujarnya.
Jelasnya, keselesaan masih menjadi keutamaan dalam menentukan pakaian yang dipilih. Dalam masa sama, dia memastikan pakaian tersebut longgar serta bersesuaian dengan penampilan berpurdah yang semakin sinonim dengannya ketika berada di luar rumah.
Terdahulu, penampilan Amyza mengenakan purdah ketika menziarahi pusara Allahyarham Andre beberapa kali mencuri perhatian ramai sehingga timbul anggapan bahawa dia sudah memilih untuk berpurdah sepenuhnya.
Namun, berdasarkan penjelasannya, pemakaian tersebut merupakan pilihan peribadi yang memberikan keselesaan kepada dirinya dan bukannya sesuatu yang mahu dijadikan isu.
Bagi Amyza, apa yang lebih penting adalah rasa selesa dan perubahan positif yang dirasainya. Justeru, dia berharap orang ramai dapat menghormati pilihannya tanpa menjadikan isu pemakaian purdah sebagai bahan pertikaian.
Justeru, Amyza berharap orang ramai tidak terus memperbesar atau mempertikaikan keputusannya sekiranya ada ketika dia memilih untuk memakai purdah dan pada waktu lain pula tidak mengenakannya.
Sudah hampir 8 tahun pemuda Mat Saleh berasal dari United Kingdom ini menetap di Malaysia. Satu jangka masa yang lama dan dalam tempoh itu pelbagai perkara manis berlaku kepadanya. Salah satu adalah apabila dia menemui agama yang dicarinya, iaitu Islam. Khareef Daniel atau lebih dikenali dengan nama Mat Dan memeluk agama Islam 4 tahun yang lalu. Mat Dan tidak lokek berkongsi pengalamannya memeluk Islam dalam satu kuliah Maghrib di Kemaman baru-baru-baru. Perkongsian perjalanannya menemui agama baru ini begitu menyentuh hati.
Menurut Mat Dan, dia datang sini sekitar tahun 2009 dan kedatanganya adalah atas tiket pelancong. Ketika itu selepas habis belajar di negara asalnya di UK, Mat Dan memang tidak mahu meneruskan persekolahan lagi dan dia memang berminat untuk travel atau dipanggil ‘back packers’.
Kebetulah ketika itu dia telah membeli satu beg dengan nama JALAN walaupun ada banyak lagi beg jenama lain yang dijual. Ketika itu ramai yang bertanya apa maksud JALAN itu dan sebenarnya ketika itu Tuhan sudah bagi ‘hint’ untuk menerima hidayah.
“Sebelum memulakan misi ‘back packers’, saya dan seorang kawan memilih untuk ke Laos, Vietnam, Cambodia, Singapura dan juga Thailand. Waktu itu nama Malaysia memang tidak ada dalam senarai. Saya pun tak tahu di mana kedudukan Malaysia ketika itu.
“Walau bagaimanapun oleh kerana kami ada masa hampir tiga minggu di Thailand jadi teman mencadangkan agar saya ke Malaysia. Lagiupun tidak jauh dari Thailand dan boleh naik bas. Oleh kerana saya sukakan pulau, pantai sambil membaca buku, jadi destinasi dituju adalah Pulau Perhentian. Setelah beberapa hari di situ, saya jadi suka dengan Malaysia dan rasa tak puas untuk tinggal lama di situ,” cerita Mat Dan membuka bicara.
Oleh kerana ketika itu, dia travel seorang diri (temannya sudah pulang ke Bangkok), jadi dia perlu memilih tempat yang sesuai dan merasakan keselamatan dirinya terjamin. Dia memilih untuk pergi ke Pulau Kapas.
“Oleh kerana sudah hampir 8 bulan saya jadi ‘bag packers’, jadi inilah masanya saya perlu berehat. Waktu itu hati saya sudah tertarik dengan Malaysia dan daripada sebulan, jadi 2 bulan, 3 bulan hinggalah seterusnya saya tidak mahu balik.
“Lagipun penduduk di sini semuanya baik. Saya juga dapat tempat tinggal dan kerja yang selesa. Macam-macam kerja saya buat seperti basuh pinggan, kemas bilik dan saya pula jenis tak duduk diam. Kalau orang tanya kenapa saya sukakan Malaysia, jawapannya kerana tempatnya cantik dan layanan orang tempatan cukup baik.
“Sebelum itu selama 8 bulan saya travel, tidak pernah lagi saya jumpa mana-mana negara yang layan saya seperti orang mereka sendiri. Awal-awal lagi kehadiran saya sudah diterima baik. Mereka jemput datang rumah dan buat seperti rumah sendiri. Mereka anggap kita seperti ahli keluarga mereka dan apabila ‘travel’ dapat layanan begitu, sudah tentulah ia sangat bermakna.
“Daripada situ, sedikit demi sedikit, hati saya terbuka kepada Islam. Apatah lagi duduk di sekeliling orang Muslim dan menguatkan lagi keinginan saya untuk lebih mengenali agama itu sendiri.
“Sejak saya kecil lagi, saya memang percaya dunia ini pasti ada sesuatu yang melakukannya. Mustahil dibuat sendiri dan pasti ada kuasa besar yang melakukannya. Waktu itu saya masih kecil tetapi saya sudah boleh berfikir ke arah itu.
“Jadi bila saya datang ke sini bergaul pula dengan orang Melayu, lepak kedai kopi menjadikan saya sudah teriasa dengan budaya mereka. Pada 2011, ada yang bertanya tak nak convert ker. Saya bagi tahu ‘rilekls’ la dulu. Ini kerana masuk Islam bukan benda kecil tetapi besar. Saya kena minta izin keluarga terlebih dahulu,” tambahnya yang belajar sedikit demi sedikit dakwah Islam melalui laman youtube atau facebook, misalnya mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus.
“Akhirnya pada 2013 melalui abang angkat, saya luahkan hasrat untuk memeluk Islam. Dia membawa saya ke Pejabat Agama Marang dan saya diislamkan di situ. Mula-mula convert itu saya masuk kelas belajar cara nak solat dan membaca surah Al-Fatihah.
“Nak belajar sesuatu kena belajar dengan betul walaupun proses agak lambat. Kena tahu apa yang kita baca untuk faham maksudnya. Pada mulanya memang malu sebab saya belajar dengan kanak-kanak yang berumur 5 tahun 6 tahun dan saya pula belajar merangkak-rangkak. Tetapi ada seorang yang menyedarkan saya untuk tidak malu ketika dalam proses belajar.
“Dia cakap diri kita ibarat kain putih dan upama bayi baru lahir. Sejak itu saya tak lagi rasa malu dan akan angkat tangan untuk bertanya apa yang tidak difahami. Sampai sekarang inipun saya masih lagi dalam proses belajar kerana perjalanan saya masih jauh,” jelasnya yang belajar bercakap bahasa Terengganu daripada percakapan orang di sekelililing.
Mat Dan juga turut menceritakan pengalaman pertama berpuasa sebagai orang Islam.Menurutnya tahun pertama berpuasa dia akui ‘fail’.
“Tahun pertama saya gagal kerana waktu itu saya ingat puasa hanyalah untuk tahan lapar sahaja. Tetapi selepas belajar dengan ustaz, barulah saya faham maksud sebenar berpuasa. Puasa bukan setakat tahan lapar, tetapi juga nafsu. Bayangkan selama 23 tahun kita tak ada pengalaman berpuasa, jadi apabila kena buat memang sukar.
“Puasa itu memang wajib dan jika melakukannya dpat pahala. Alhamdulillah saya akhirnya berjaya berpuasa selama sebulan dan waktu itu saya dapat rasakan perasaan itu sangat hebat. Saya beritahu emak dan ayah yang saya berjaya berpuasa selama sebulan. Apabila ditanya macam mana boleh tahan, saya bagi tahu dengan izin tuhan. Alhamduluillah tahun ini sudah empat tahun saya berpuasa penuh,” jelas Mat Dan yang bersyukur perjalanannya masuk Islam bagai sudah ditentukan oleh Allah SWT di bumi Malaysia.
Setelah masuk Islam juga rezekinya semakin bertambah. Dan paling manis adalah apabila pada tahun lalu dia diberi peluang mengerjakan umrah di Mekah. Bukan senang untuk kita jadi tetamu Allah. Apabila Tuhan bagi peluang itu dia merasakan cukup bertuah sekali walaupun tidak tahu bagaimana carannya.
“Saya dapat pergi ke sana kerana mengacarakan program Haramain ‘Back Packers’ yang bersiaran di ASTRO. Waktu itu apa yang teman baca saya baca, apa yang dia buat saya buat. Selain itu saya juga berpeluang untuk masuk ke Palestin.
“Bagi saya yang baru sahaja masuk Islam, peluang untuk pergi dan bersembahyang di 3 tempat suci iaitu di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa telah saya laksanakan. Ini antara pengalaman cukup manis dan indah setelah bergelar saudara baru,” tambahnya yang turut mengalami sedikit kesukaran untuk masuk ke Plasetin. Dia ditahan hampir 5 jam sebelum dibebaskan.
Dalam kuliah itu juga, Mat Dan turut diajukan beberapa soalan daripada penonton. Antaranya:
“Saya sebenarnya seoraang yang cepat naik angin dan jenis serabut. Jadi bagaimana untuk mengawal sikap itu dan belajar bersabar itu agak ausah. Tetapi lama kelamaan selepas solat buat pertama kali saya rasa satu perasaan yang cukup tenang. Sebelum kita solat, perlu buang semua sifat negatif dan hanya fokus ketika solat. Barulah kita tahu apa sebenarnya Islam itu dan sebab apa kita sembahyang”.
“Saya satu-satunya dalam kelurga yang masuk Islam. Jadi apaa-a yang dibuat perlu bagi tahu mak bapa terlebih dahulu. Saya masuk Islam bulan 1, jadi bulan 12 sebelum itu mak ayah datang sini dan waktu itu barulah saya bagi tahu mereka. Mereka juga dah nampak perubahan pada saya dan mereka tidak marah. Mereka lihat hidup saya sepertri ada arah tujuan berbanding sebeum itu. Dia nampak kita jadi lebih baik dan mereka gembira. Mereka tetap mak dan ayah saya walaupun kami berlainan agama kini.
“Insya-Allah kalau diizinkan saya juga berharap dapat memberi hidayah kepada kedua orang tua saya. Mereka adalah keluarga saya dan saya tidak mahu mereka mati sebagai orang kafir. Namun kedudukan mereka yang jauh menyebabkan niat itu tertangguh. Kalau mereka menetap di sini, insya-Allah akan ajar mereka sedikit demi sedikit mengenai Islam.
“Bagi saya jika ada yang kecam, bergantung pada diri kita mahu layan ataupun tidak. Memang ada yang bercerita itu ini (zaman sebelum peluk Islam) tetapi saya biarkan sahaja. Apa yang kita buat dulu sedikitpun tidak berfaedah dan hanya menyakitkan diri sahaja. Niat saya masuk Islam adalah ikhlas dan bukan sebab untuk kahwin atau sebagainya. Saya memang jatuh cinta dengan agama Islam. Cerita lama itu antara saya dengan Tuhan”.
“Saya kahwin umur 27 dan sekarang sudah berusia 28 tahun. Baru 7 bulan usia perkahwinan.
“Sekarang ini saya akan masuk ke dunia pelakon. Saya memang suka buat suatu benda baru dan mahu keluar dari zon selesa. Memang saya tidak pandai berlakon tetapi saya boleh cuba”.
Menurut Mat Dan lagi sebelum mengakhiri perkongsiannya, sebagai ‘back packers’ memang menjadi sifat mereka suka mencari sesuatu budaya yang baru. Ternyata kedatangannya ke Malaysia membolehkan dia mendapat bukan sahaja tempat baru, tetapi juga kawan dan hidup baru dan paling penting menemui hidayahnya di sini. Itu semua sudah dirancang Tuhan dan tidak akan sesekali dia akan No Turnign Back.
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT, kita sebagai manusia tidak pernah boleh menilai ataupun menjatuhkan hukum kepada sesama manusia. Kerana kita pun belum tentu terlepas dari melakukan dosa. Perubahan seseorang wanita Muslim harus kita raikan dalam semangat saling menghormati dan menyokong.
Nama Kevin Lilliana Junaedy mungkin asing bagi pembaca Malaysia, namun di pentas dunia ratu cantik di Indonesia dia antara individu yang berpengaruh. Pada tahun 2017 dia telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Puteri Indonesia. Pemenang tempat pertama sehingga empat pertandingan ini dihantar untuk mewakili negara tersebut di pentas dunia.
.
Seiring dengan kemenangan sebagai naib juara, dia dihantar ke Jepun bagi menyertai pertandingan Miss International 2017 dan siapa menyangka, dia diangkat menjadi juara pada malam finale bagi pertandingan bertaraf antarabangsa itu. Merupakan wanita Indonesia pertama yang memenangi pertandigan Miss International pada tahun 2017, kemenangannya itu sekaligus mengangkat nama Indonesia dengan lebih tinggi dalam area ratu cantik.
Bersama Bunga Jelita Ibrani & Dea Rizkita, mereka merupakan top 4 dalam pertandingan Puteri Indonesia 2017..
Mula berhijab pada penghujung 2020, wanita anggun yang dilahirkan di Bandung ini berkahwin pada awal tahun 2020 sebelum melahirkan seorang cahayamata perempuan pada Oktober 2020. Perubahan dalam dirinya berlaku sebaik sahaja dia mengetahui yang dia bakal bergelar seorang ibu.
Dia mendirikan tangga bersama Oskar Mahendra dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama, Seraphine Zaylina Mahendra yang akan mengunjak usia setahun Oktober nanti
Bahagia bersama suami dan anak..
Dalam laporan merdeka.com, Kevin Lilliana berkata, “Sejak mengandung saya menjadi lebih rajin menunaikan solat. Sebaik sahaja dengar azan saya akan terus mendirikan sembahyang tanpa menlengahkannya begitu juga kalau saya berada diluar, saya tidak akan melengahkan solat. Itu semua saya lakukan kerana Sera. Semoga selalu dilindungi dan doa saya didengarkan olehNya.
“Selain itu saya juga selalu memperdengarkan bacaan murrattal kepada Sera, jadi secara tidak langsung saya jadi teringin untuk membacakan Al-Quran untuknya supaya dia boleh dengar suara ibunya. Membaca erti dari setiap ayat suci Al-Quran sungguh menenangkan, sekaligus membuat saya sedar yang kalau hidup kita di dunia ini dalah untuk mempersiapkan diri juga untuk akhirat.”
.
Dari seorang ratu cantik dunia menjadi seorang ibu dan Muslimah sejati. Perjalanan seseorang itu tidak akan pernah kita ketahui. Jadi jangan pernah mempertikai cara pemakaian dan juga pilihan orang lain. Doakan yang baik-baik, nescaya setiap doa itu akan berbalik kepada kita juga.
Sumber: Instagram Kevin Lilliana & merdeka.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini viral di media sosial, apabila ramai mempertikaian tudung selebriti cilik Mia Sara yang dikatakan singkat juga menyarung baju menampakkan susuk tubuh. Teruk Mia Sara dikritik netizen yang beranggapan tidak sesuai Mia berpenampilan begitu.
Menyedari perkara itu, bapa Mia Sara tampil memohon maaf atas kekhilafan anaknya yang sedang meningkat remaja itu. Dia menerima kritkan netizen dan turut menjelaskan baju yang digayakan Mia tidak ketat yang diperkatakan sehingga menampakkan bahagian dadanya.
“Saya mengaku tudung dipakai Mia agak singkat dan saya terima teguran netizen. Namun baju tidaklah seketat seperti yang anda Nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. Mungin ini disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar itu sehingga bahagian dadanya Nampak jelas,” ujar bapa Mia, Ridz ketika dihubungi Mstar Online.
Ramai beranggapan penampilan Mia pada Festival Filem Malaysia ke 29 itu tidak sesuai dengan usianya. Walaupun telah dijelaskan ayahnya bahawa persiapan dilakukan saat akhir dan baju Mia disiapkan sehari sebelum majlis berprestij itu.
Ternyata sebagai seorang ayah, dia tidak melatah sebaliknya mempertahankan tindakan Mia yang teruk dikritik netizen. Ridz turut merasakan Mia kelihatan cantik dengan busana yang digayakannya malam itu.
A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara) on
“Untuk netizen yang memberi komen positif itu saya ucapkaan terima kasih. Yang positif itu saya dan Mia biarkan sahaja,” ujarnya lagi. Admin rasa kasihan pada Mia yang teruk dikritik penampilannya malam itu oleh netizen.
Pada admin baju digayakan Mia memang sangat cantik dan begitu menyerlah dengan paduan rona terang. Rasanya lamai lagi artis lain berpakaian seksi yang patut mendapat perhatian netizen. Apa pun mungkin netizen sangat sayangkan Mia dan tidak mahu Mia berpaling dari penghijrahan yang dilakukan sebaik pulang dari melakukan umrah dua tahun lalu.
Biarpun dilanda kontroversi, tetapi Mia mengambil sikap tidak komen apa-apa sebaliknya pengikut Mia juga bertambah menjadi 1 juta. Sebelum itu dia memang mengharapkan followernya akan bertambah menjadi 1 juta sebelum harijadinya. Ternyata follower tetap menyokong Mia dan buktinya pengikut Mia kita sudah 1 juta.
A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara) on
Apa pun jika diintai dilaman sosial Instagramnya, gaya memang Mia menepati usianya yang baru mencecah 12 tahun. Cukup santai dengan jean dan tshirt sahaja yang digayakan dengan hijab dililit ringkas.
Ayuh lupakan cerita viral itu dan layan, 7 gaya menarik Mia Sara yang memang nampak comel dan manis sekali!