Sejak berkahwin dan mempunyai anak, pelakon Faezah Elai kini mengurangkan aktiviti seni dan menumpukan perhatian pada keluarganya. Namun pelakon tinggi lampai ini cukup bijak menjaga penampilannya yang sentiasa ‘gorgeous’ dan tubuhnya begitu langsing selepas melahirkan anak.
Ini cara Faezah Elai kuruskan badan sepanjang berpantang
1. Upah Khidmat Bidan
Menurut Faezah dalam satu majalah memberitahu dia menjaga badannya ketika masih dalam berpantang 44 hari. Dia mengupah bidan datang ke rumah sepanjang tempoh itu. Bidan inilah yang menjaga makan minum dan kesihatan dirinya.
Menu pantangnya seperti biasa. Sebelah pagi, dia mengambil bijiran dan susu. Tengah hari pula dia mengambil segenggam nasi beras perang bersama sejenis lauk seperti ikan, daging atau ayam berserta sayur.
Manakala petang pula dia mengambil dua biji kuih dan kopi panas cair. Menurutnya kopi juga penting untuk meningkatkan metabolisme. Setiap menu yang diberi padanya hanya dalam kuantiti kecil sahaja. Dan kerana penjagaan bidan yang tegas ini menyebabkan dia hilang berat dari 68 kg ke 55 kg selepas 44 hari berpantang.
3. Tidak Ambil Makanan Lebih Daripada 1300 Kalori Sehari
Selepas berpantang, pelakon ini akui dia memang jenis kuat makan terutama makan nasi kandar. Jadi dia rajin membuat ulang kaji dan sering melihat instagram Kevin Zahari untuk mendapatkan tip pemakanan. Jadi Faezah mengamalkan diet kalori yang praktikal untuk dibuat. Dia juga tidak suka makan jajan dan makanan manis. Dan Faezah Elai juga tidak makan selepas jam lapan malam.
Dalam usianya sudah 30-an, dia memang begitu menjaga penampilannya terutama ketika berada di khalayak. Dia akui dirinya memang suka berlagak perasan dirinya macam orang muda. Faezah juga tidak suka melaram seperti orang tua atau gaya seperti ‘Mak-mak Datin’
Pelembap merupakan salah satu produk kecantikan terpenting untuk kulit. Ia ibarat makanan yang menyuburkan kulit wajah. Manfaat yang diberikan pelembap wajah jauh lebih luas daripada sekadar mencegah kulit kering.
Kandungan di dalam pelembap yang di jual di pasaran saat ini juga sudah semakin bervariasi dan boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis kulit. Apa yang akan terjadi jika anda sering melewatkan pemakaian pelembap?
Berikut ini dikongsikan kesan daripada tidak atau melewatkan pemakaian pelembap wajah.
Kulit terlihat kasar dan mudah mengelupas
Kulit yang tidak disapukan dengan pelembap akan mengalami masalah kekurangan nutrisi. Akibatnya permukaan kulit akan menjadi kasar, warnanya tidak serata dan pori-pori akan menjadi lebar. Saat cuaca kering, kulit yang kekurangan pelembap juga lebih mudah mengelupas.
Kulit terasa gatal
Kulit yang sangat kering biasanya terasa tegang dan gatal. Anda akan rasa tidak selesa dan akan membuatkan anda untuk menggaru sehingga akhirnya menjadikan kulit menjadi rosak. Risikonya kulit akan menjadi merah dan mengelupas.
Kulit kusam dan terlihat lebih gelap
Kulit gelap yang terawat bakal terlihat lebih bercahaya daripada kulit putih yang kusam. Inilah yang biasa terjadi jika anda jarang menggunakan pelembap. Kulit yang kekurangan nutrisi akan memiliki rona kusam dan terlihat lebih gelap.
Tidak terlindung daripada pengaruh buruk persekitaran
Jika anda melewatkan pemakaian pelembap, kulit tidak memiliki lapisan pelindung ekstra daripada pencemaran dan radikal bebas apatahlagi jika anda menggunakan produk kecantikan yang menggunakan banyak bahan aktif. Produk seperti ini juga boleh menjadikan kulit kering bertambah kering.
Menjadikan jerawat semakin parah
Mitos yang selama ini yang mengatakan pelembap tidak sesuai untuk kulit yang berjerawat kerana menjadikan minyak semakin banyak adalah tidak benar sama sekali. Kenyataannya kulit yang kering menjadikan jerawat semakin parah. Ini kerana kulit memproduksi semakin banyak sebum untuk mengembalikan kelembapannya. Untuk mereka yang mengalami masalah jerawat, gunakan pelembap bebas minyak tanpa aroma dan tanpa komedogenik untuk merawat jerawat pada wajah.
Kedutan terlihat semakin jelas
Kulit yang kering atau mengalami dehidrasi akan membuatkan semua garis halus pada kulit wajah akan jelas kelihatan. Jika anda melewatkan penggunaan pelembap, garis halus di bahagian wajah akan terlihat semakin jelas. Pelembap berfungsi menjaga kesihatan lapisan elastin dan kolagen. Jika kulit tidak mendapatkannya dalam jumlah yang memadai, wajah akan terlihat lebih berusia.
UNTUK PILIHAN PRODUK PERAWATAN WAJAH, KLIK DI SINI
Itulah beberapa kesan buruk yang bakal terjadi jika anda tidak rajin menggunakan pelembap. Maka mulai hari ini, rajin-rajinlah untuk memakai pelembap wajah.
Sebenarnya, ia bermula daripada penjagaan kulit secara teratur dan rapi. Sekiranya anda sudah menjaga kulit dengan sebaik mungkin tetapi muka masih nampak kusam, pasti ada kesalahan yang anda lakukan.
TUJUH ‘HABIT’ PUNCA KULIT JADI KUSAM DAN PERLU DIHINDARI
1. MALAS MEMBERSIHKAN WAJAH
Setelah seharian melakukan aktiviti di luar rumah, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan wajah secara menyeluruh.
Sebaiknya, lakukan double cleansing agar wajah benar-benar bersih daripada solekan. Jangan biarkan debu dan kotoran serta bahan kimia menempel pada wajah hingga menyebabkan wajah menjadi kusam dan berjerawat.
2. KURANG MENGGUNAKAN SKRUB
Membersihkan wajah sahaja tidak cukup. Anda juga perlu menggunakan skrub wajah untuk membersihkan sel-sel kulit mati pada wajah. Lakukan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu.
Selain itu, cari skrub wajah yang lembut dan sesuai dengan jenis kulit anda. Jangan menggosok kulit wajah dengan terlalu kasar. Takut terluka pula wajah anda.
3. TIDAK MENGGUNAKAN PELEMBAP SECUKUPNYA
Salah satu punca kulit kusam adalah kulit kurang terhidrat. Cara paling mudah untuk menghidrat kulit adalah dengan menggunakan pelembap. Paling penting, pilih pelembap yang sesuai dengan kulit anda agar hasilnya lebih memukau. Gunakan pelembap daripada bahan krim untuk kulit kombinasi dan berminyak. Manakala, untuk kulit kering sebaiknya gunakan pelembap berbahan gel.
4. SERING TIDUR LEWAT
Tidur yang cukup sangat penting girls! Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya, sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari. Tidur anda juga harus berkualiti. Seeloknya, jauhkan diri daripada stress dan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur agar tidur anda lebih nyenyak.
5. PRODUK MEKAP
Cuba perhatikan produk serta peralatan mekap yang selalu anda gunakan. Anda lebih kenal kulit anda, jadi pilih kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit anda. Peralatan mekap juga perlu dibersihkan dengan kerap agar kuman tidak menempel pada wajah anda. Gunakan pelembap daripada bahan krim untuk kulit kombinasi dan berminyak. Manakala, untuk kulit kering sebaiknya gunakan pelembap berbahan gel.
6. PERSEKITARAN YANG KOTOR
Anda berada di luar rumah sepanjang hari dan pastinya wajah terkena sebarang pencemaran dan sinar matahari yang tidak elok untuk kulit. Pastikan anda menggunakan krim pelindung matahari sebelum keluar rumah. Rajin-rajinkanlah diri untuk bersenam kerana ia mampu mengeluarkan toksin dalam badan.
7. KURANG MINUM AIR PUTIH
Jangan ambil mudah dengan khasiat air putih ya. Salah satu kebaikannya adalah dapat menghidrat dan mencerahkan kulit dari dalam. Oleh sebab itu, ambil mair putih 8 gelas sehari supaya tubuh kita menerima air yang secukupnya.
Kesimpulannya,, kulit wajah yang sihat dan cantik bermula dengan penjagaan rutin yang dilakukan secara konsisten. Jika mahukan kulit yang cantik, rajin-rajinlah membelai wajah.
Sempena Tahun Baru Cina, PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma atau nama singkatannya VVI (Voluntary Vehicle Inspection) sambil memberi peluang kepada anda untuk memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023!
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
NO
TEMPAT
TARIKH
MASA
1
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
12 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
2
Lotus’s cawangan Kepong
14 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
3
Wisma DRB-HICOM
16 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
4
Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak
17 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
5
Lebuh Ayer Keroh, Melaka (Berdekatan pintu gerbang, Ayer Keroh)
19 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail; Kempen VVI percuma ini bertujuan untuk membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Lihat saja setiap gambar selebriti kita di laman Instagram! Semuanya sudah makin aktif berbasikal. Ia juga menjadikan kita cenderung untuk mencuba aktiviti yang dikatakan dapat memberi kebaikan pada tubuh badan! Aktiviti berbasikal sudah menjadi salah satu trend hari ini apabila ramai yang memilih untuk menjadikannya sebagai sebuah aktiviti kecergasan. Ia juga sudah menjadi simbol kepada status kerana bukan murah ya untuk membeli barangan basikal ini! Namun, apa yang penting, aktiviti berbasikal ini sudah terbukti dalam memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan.
Terdapat pelbagai kategori basikal yang perlu diketahui sebelum membeli basikal, namun ia bergantung kepada keselesaan pembeli untuk membawa basikal sama ada di atas jalan raya mahupun di kawasan berbukit atau cerun. Antara kategori basikal tersebut adalah basikal jenis off road, basikal jenis on road,basikal trek, basikal downhill dan basikal ulang – alik (dari rumah ke tempat kerja dan sebaliknya).
Antara fakta penting yang wajib anda tahu mengenai kebaikan berbasikal adalah:
Tahukah anda, berkayuh selama 15 minit boleh membuang atau membakar 185 kalori? Cuba bayangkan jika kita mampu untuk mengayuh selama 30 minit, anggaran kalori yang dapat kita bakar ialah sebanyak 341 kalori! Banyak tu! Bila jumlah kalori dari tubuh berkurangan, badan jadi ringan dan lemak ikut sama dibakar.
Bukan hanya untuk golongan muda, malah aktiviti berbasikal ini juga dapat memberi manfaat kepada golongan emas yang berusia antara 60 tahun ke atas seperti meningkatkan kekuatan, keseimbangan dan koordinasi tubuh badan. Senaman yang dikategori sebagai “non-weight bearing” ini mampu memberi tekanan yang sedikit ke atas sendi terutama di bahagian kaki namun ia tidak seperti senaman yang lain seperti berlari dan bersenam.
Antara salah satu kebaikan berbasikal yang dapat kita perolehi sudah tentu ia dapat menghilangan lemak di badan. Sesuai utnuk anda yang ingin tampil kurus dan memiliki bentuk badan yang ideal, lakukanlah aktiviti ini selalu! Kiraannya, setengah jam berbasikal pada kadar sederhana dengan berat 155 paun di atas basikal mampu membakar 260 kalori. Jika anda mempunyai berat badan yang lebih dan berbasikal pada intensiti yang lebih tinggi, anda akan membakar lebih banyak kalori.
Bukan hanya dapat meningkatkan stamina dan menurunkan berat badan, aktiviti berbasikal juga dapat membina otot – terutamanya di sekitar glutes, hamstrings, quads, dan betis. Jadi, untuk anda yang baru sahaja ingin mencuba untuk membina otot, apa kata lakukan aktiviti berbasikal ini!
Percaya atau tidak, aktiviti berbasikal juga mampu untuk memberi kesihatan paru-paru yang baik! Ini adalah kerana kadar pernafasan yang digunakan saat berbasikal menjadikan aliran pada paru-paru lebih longgar dan paru-paru bekerja dengan cergas! Tetapi, untuk kesan yang baik, apa kata anda berbasikal di kawasan taman yang kurang kenderaan kerana asap kenderaan tidak elok pada kesihatan kita!
Berbasikal meningkatkan kadar degupan jantung anda dan mengalirkan darah dengan baik ke seluruh tubuh anda. Oleh kerana ia dapat membakar kalori, ini juga mengurangkan risiko peningkatan berat badan. Oleh kerana itu, ia antara inisiatif terbaik untuk mengelakkan penyakit utama seperti penyakit jantung dan kanser. Para penyelidik mengkaji lebih 260,000 individu dalam tempoh lima tahun, mendapati bahawa berbasikal ke tempat kerja boleh mengurangkan risiko pengayuh untuk mengalami penyakit jantung atau kanser kepada separuh.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.