Tahun ini pastinya memberi detik paling bermakna buat penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila dapat meraikan Ramadan bersama suami dan anak tersayang.
Maka, suasana berbuka puasa semakin meriah dengan kehadiran ‘orang baru’. Sesibuk manapun, Nabila lebih selesa untuk berbuka puasa di rumah bersama keluarga.
“Semoga tahun ini kami sekeluarga berpeluang untuk berbuka puasa bersama.
“Antara juadah berbuka yang sentiasa saya nanti-nantikan setiap kali Ramadan ialah Murtabak Daging, Puding Karamel, Nasi Beriani Daging dan Kuih Lompang.”
Selain Datuk Chef Wan, Nabila turut menjadikan ibunya sebagai idola dalam dunia masakan. Bagi Nabila, ibunya bukan saja pandai memasak malah kreatif dalam mencipta menu-menu baru tanpa perlu merujuk buku.
“Salah satu menu kreatif ibu ialah Ikan Bilis Goreng Cili yang dicampur dengan anggur. Rasanya sangat sedap!
“Menu air tangan ibu yang lain yang turut menjadi kegemaran saya ialah Kari Baba Nyonya, Rendang Ayam dan Ayam Goreng Cili. Bagi saya keenakan rasanya sangat unik.”
Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan masyarakt kita kini terutama golongan muda terdedah dengan penyakit kemurungan atau depresi. Terbaru dilaporkan dalam media sosial di mana seorang lelaki yang cuba bunuh diri di sebuah pusat beli belah. Penyakit ini jika diatasi segera boleh menyebabkan pengidapnya ambil keputusan untuk bunuh diri atau mencederakan anggota badan.
Malah stigma masyarakat yang sering melabelkan mereka ini sebagai ‘orang gila’ dan keadaan ini jadi lebih teruk jika tidak mendapat sokongan ahli masyarakat atau keluarga terdekat.
Seperti perkongsian gadis ini yang pernah mengalami masalah kemurungan hingga menyebabkan dia mahu membunuh dirinya sendiri. Berkongsi pengalaman itu di laman sosial Facebook Sinar, Nur Balqis Safia, 17 tahun tidak segan silu bercerita.
Menurut Nur Balqis dia mula sedar adanya simptom kemurungan ini ketika usianya mencecah 13 tahun. Tetapi pada tahun ini masalah itu menjadi lebih teruk kerana ada cubaan mahu membunuh diri.
“Punca saya mengalami depresi ini adalah dari kawan-kawan dan diri sendiri yang tidak tahu macm mana nak atasinya. Saya akui sering dibuli dan rajin berpindah sekolah. Waktu itu saya rasa semua orang tak suka saya, mereka macam pulaukan saya. Dan dari situlah saya mula mengalami masalah ini.
“Dalam masa sama saya juga mengalami tekanan ketika belajar. Mahu dapatkan keputusan terbaik. Saya juga pernah bergaduh dengan rakan sekelas yang terdiri dari geng perempuan yang cakap macam-macam dekat saya di kelas. Malah ada kalanya saya rasa macam ada mata-mata memerhati setiap kali lalu di kelas, seolah saya ni macam teruk sangat,” ujarnya bercerita.
Menurut Nur Balqis pada mulanya dia tidak mahu menerima rawatan kerana takut akan ada orang cakap dirinya gila.
“Biasalah stigma masyarakat akan berpandangan begitu. Tapi keluarga cakap buat untuk keluarga dan diri sendiri. Oleh kerana nak sembuh, jadi saya setuju dapatkan rawatan. Ketika terima rawatan di wad itu juga nampak macam diri saya sendiri tengah pegang pisau sambil kelar leher dan kelar tangan.
“Tapi sebenrnya itu cuma bayangan saya dan memang selalu datang. Doktor juga naikkan dos ubat barulah saya dah kurang nampak benda-benda itu. Sebenrnya kalau kita hanya alami depression tak nampak benda itu, tapi kalau penyakit skizofrenia memang akan nampak bayangan begitu. Dan saya memang ada masalah itu, cuma tidak serius hanya pada tahap dua,” jelasnya yang hampir rasa putus asa sepanjang terima rawatan.
Ini kerana menurutnya dia tidak sanggup melihat emak setiap kali datang melawat di wad. Sebelum rawatan Nur Balqis pernah mahu membunuh diri dan selepas rawatan pun sama.
“Saya pernah ada cubaan mahu bunuh diri menggunakan paip di bilik air. Saya rasa saya ini menyusahkan sebab tak sembuh walaupun sudah dapatkan rawatan. Waktu itu terfikir baiklah mati sahaja daripada terus menerus begitu. Dalam keadaan ini, kena ada sesuatu yang alihkan perhatian contoh menonton wayang atau buat sesuatu yang menggembirakan.
“Penyakit ini memang tidak akan sembuh sepenuhnya tetapi dapat kurangkan sikit rasa nak mati dan rasa bersalah. Memang kita keluar bergembira dengan kawan-kawan tetapi bila balik kita akan kembali rasa sunyi. Rasa kosong itu tetap ada walaupun buat perkara menggembirakan. Cuma boleh alihkan pandangan untuk elak jadi lebih teruk,” tambah Nur Balqis yang terpanggil untuk berkongsi pengalamannya ini dengan orang ramai untuk membuka mata.
“Biasalah orang selalu ingat individu yang nak bunuh diri ini tak ada iman, tak ingat Tuhan. Jadi nak jelaskan pada orang lain masalah ini adalah penyakit bukan sebab tak ada iman. Malah orang lain juga boleh terkena walaupun seperti golongan ustaz atau ustazah.
“Benda ini bukan main-main. Jika ada yang mempunyai masalah ini jangan bagi duduk keseorangan. Jadilah sebahagian kawan dan dengar luahan mereka. Selalu tanya keadaan mereka ini ok atau tidak, selalulah ajak tengok wayang atau buat perkara menggembirakan.
“Kadang-kadang merek ini tak mahu berkongsi rasa melalui telefon dan lebih senang jumpa face to face,” tambahnya yang mengingatkan jika ada sipmtom begini terus sahaja mendapatkan rawatan, terutama yang tidak pandai untuk kawal diri sendiri.
Ramadan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Mungkin ramai yang sudah mula membuat persiapan menyambut Ramadan. Antara stok makanan yang perlu ada ketika bulan Ramadan tentunya buah kurma.
Bagi mereka yang tidak mengambil sajian makanan yang berat ketika bersahur, bolehlah cuba cara wanita ini. Buat stok pati kurma di dalam peti sejuk. Hanya campurkan dengan susu sahaja kemudian boleh dinikmati ketika bersahur. Mengeyangkan dan membuatkan tubuh bertenaga hingga waktu berbuka.
Berikut perkongsian Nadiah Latfi
Stok pati kurma untuk sahur. Campur dengan susu. Sedia untuk diminum. Minum ini sahaja pun sudah cukup untuk bertahan hingga berbuka. Dalam masa sama boleh kurus. Sesuai sangat untuk mereka yang sedang berdiet.
CARA-CARA MEMBUAT STOK PATI KURMA
1) Buang biji dan basuh kurma.
2) Stimkan selama 20 minit.
3) Kisar kurma sehingga hancur.
4) Simpan di dalam bekas dan boleh letak dalam peti sejuk.
5) Campurkan 2 sudu pati kurma dan susu (apa-apa jenis susu). Sedia untuk diminum. Boleh juga campur dengan madu, badam, kismis dan lain.
Kurma sememangnya mengandungi banyak khasiat. Rasanya yang manis semula jadi mampu membekalkan tenaga untuk tubuh.
Hari ini termaterainya ikatan dua jiwa antara penyanyi, Shila Amzah atau nama penuhnya, Nurshahila binti Amir Hamzah beraama pilihan hatinya pempengaruh media sosial, Ubai Mz.
Hijabista difahamkan, majlis pernikahan pasangan merpati dua sejoli ini telah berlangsung pada jam 10.27 pagi tadi di Boathouse Ampang.
Lebih menarik lagi, pasangan ini diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja. Malah, pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Hai Mohamad Khairi Hussein.
Sebagai tanda cinta kepada si isteri, Ubai telah membawa mas kahwin bernilai RM 20,000, bagaimanapun hantaran yang diterima oleh Shila telah dirahsiakan.
Mengulas berkenaan hari bahagianya buat kali kedua ini, Shila memanjatkan rasa syukur apabila akhirnya dia kini bergelar isteri kepada Ubai.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi atas kelancaran majlis pernikahan, pagi ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah.
“Saya lega kerana selepas melalui fasa pertunangan pada 27 Mei lalu, kami disatukan sebagai suami isteri di hadapan ahli keluarga terdekat dan sahabat yang disayangi.
“Harapan semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus.
“Apa yang paling penting kami dapat menjaga anak, Seth Uwais dengan penuh kasih sayang,” katanya.
Ketika disoal berhubung lokasi berbulan madu, Ubai menjelaskan bahawa dia dan isteri belum mempunyai sebarang perancangan memandangkan masing-masing berdepan dengan kekangan kerja.
“Disebabkan kekangan masa, kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu.
“Namun, mungkin akan ada percutian pendek dalam negara terlebih dahulu,” katanya.
Sekadar recap, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.