Bintik-bintik coklat yang muncul pada kawasan kulit, ia berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari. Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan. Jom pudarkan jeragat guna tiga bahan dapur, ini petua orang lama.
Kalau rasa nak pudarkan jeragat dengan cara jimat dan selamat, anda boleh cuba tip yang dikongsikan hijabi ini. Bila masuk 30-an, nak tak nak anda kena juga pakai sesuatu di wajah bagi cerahkan kulit untuk hilangkan sel kulit mati.
Perkongsian Hawa ini sebagai rujukan bagi anda yang rasa tak rajin nak pakai banyak langkah, boleh cuba petua semula jadi ini.
Ramai minta tip jeragat, kali ini Hawa share petua yang menjadi pada mak Hawa sendiri dengan hanya guna lemon, kunyit dan tepung beras dapat bantu hilangkan jeragat dan tompok-tompok hitam. Selepas cuci muka kulit muka rasa halus je.
Perkongsian jujur selepas basuh muka, kulit Hawa rasa berangin dan betul-betul nampak berseri.
Ads
Bahan-Bahan:
1 sudu tepung beras
1/2 sudu serbuk kunyit (nak guna kunyit hidup pun boleh)
1 biji lemon (perah jusnya)
Cara Membuat:
1. Masukkan tepung beras dan kunyit ke dalam mangkuk.
Ads
2. Kemudian, masukkan perahan jus lemon tadi dan gaul rata.
3. Gosokkan perlahan-lahan di seluruh kulit muka.
Ads
4. Biarkan 5 hingga 10 minit.
5. Setelah itu bilas dengan air sebersih-bersihnya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sofeashra atau lebih dikenali sebagai Sofea merupakan figura yang tidak asing lagi di aplikasi Tiktok yang sering mencipta kandungan fesyen dan kecantikan sehingga kini digelar sebagai ‘TikTok Famous’.
Bermula sebagai hobi kini, mencipta kandungan (content creator) menjadi pekerjaan sepenuh masa bagi Sofea yang mempunyai personaliti disenangi iaitu seorang peramah, bersemangat dan juga cantik membuatkan dirinya mudah mengumpul pengikutnya yang tersendiri!
Namun, siapa sangka gadis ceria dan periang ini juga tidak terlepas dari mempunyai masalah kulit seperti hijabista diluar sana. Tapi menariknya, Sofea mempunyai sudut pandang serta ‘remedy’ yang tersendiri untuk mengatasi masalah kulitnya, disini Hijabista kongsikan sudut pandang Sofea untuk anda!
Meski sentiasa tampil menawan dan jelita dihadapan lensa kamera, siapa sangka bahawa gadis manis ini juga tidak terlepas dari mengalami masalah kulit wajah.
Menurut Sofea, kesan dari pemakaian Make-up setiap hari membuatkan kulit wajahnya juga mengalami masalah dan tidaklah halus licin sempurna atau memiliki glass skin. Ini respon beliau ketika Hijabista bertanyakan adakah dia pernah mengalami masalah kulit wajah.
“Eh pernah! Tengok la, kulit Sofea tak perfect pun sekarang. Kita masih ada masalah tinybumps. Setiap hari kena pakai make-up apa semua kan terutamanya bila dihadapan kamera, mesti ada masalah kulit juga.
“Kalau kulit okay pun, dia hanya okay seminggu je, hari berikutnya tu kulit saya tak memberi kerjasama. Jadi, kalau Sofea pergi facial atau jaga macam mana pun, tinybumps ni tetap akan naik juga,” katanya.
Ketika disoal bagaimana dia mengatasi rasa malu untuk keluar atau berhadapan dengan khalayak umum ketika kukit wajahnya sedang bermasalah. Sofea menegaskan bahawa dia sering mengambil pendekatan positif dan tak pernah merasa malu terhadap apa jua kondisi kulitnya sebagai ‘remedy’ terbaik tanpa perlu merasa hilang keyakinan diri!
“Kalau ada masalah kulit, benda tu Sofea rasa tak perlu malu pun. Sebab 90 peratus, wanita di Malaysia memang ada masalah kulit. Lagi 10 peratus tu sangat bertuah sebab mempunyai genetik yang best!
“Tambahan dalam industri ini, bila semua orang selalu pakai make-up, memang semua orang akan ada masalah kulit. Jadi, ia perkara biasa. Bila Sofea rasa benda tu normal, saya tak rasa saya seorang sahaja yang tak cantik,” jelasnya.
Menurut Sofea, masalah sebenarnya berpunca dari cara berfikir dan cara kita melihat sesuatu masalah yang kita hadapi itu. Jika kita melihatnya dengan cara postif ia tidak akan memberi kesan kepada diri kita.
“Usually, we are our biggest critic. Jadi bila kita terlalu fokus pada satu masalah, contohnya maslaah kulit, kita akan rasa rendah diri, tak nak keluar rumah. Ini tak sepatutnya berlaku. Bagi Sofea, kita patut berlapang dada dan lepaskan semua perkata yang buat kita tertekan.
“Kita tak boleh lari dari ketidak seimbangan hormon, jadi mempunyai masalah kulit adalah normal. Just take comfort knowing that you’re not alone and that is the best remedy,” ujarnya.
Sekadar info, Sofea berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-50 Kao Malaysia yang berlangsung di salah sebuah Pusat Beli-belah di Ibu Kota baru-baru ini.
Pada Majlis berkenaan Sofea hadir diatas kapasiti beliau sebagai duta bagi produk Laurier yang bernaung di bawah lembayung Kao Malaysia.
Bersempena ulangtahun yang ke-50, Kao Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk menjaga dan melindungi rakyat Malaysia dengan pelbagai inisiatif menerusi kempen ‘Together For Tomorow’ yang berlangsung pada 4 hingga 9 Julai lalu.
Pelantun suara lagu Denting yang juga merupakan seorang komposer serta penyanyi, Meliana Cessy Goeslaw atau nama pentasnya Melly Goeslaw mendedahkan bahawa dia mengalami penurunan berat badan sebanyak 34 Kilogram!
Jelasnya, penurunan berkenaan amat berkait rapat terhadap perubahan tabiat merokok yang dilakukan oleh Melly sujurus melakukan pembedahan bariatrik pada Julai tahun lalu.
Menurut Melly, dia tidak pernah menyangka akan mengalami penurunan berat badan sebanyak itu apabila dia nekad mengambil keputusan untuk berhenti merokok, ekoran daripada kesan pembedahan bariatrik yang membuatkan dia merasa loya apabila mencium bau tembakau.
Seluruh badan anda diliputi oleh sel kulit, tetapi ia tidak semuanya hidup. Walau bagaimanapun, tidak semua sel kulit mati mudah meninggalkan badan anda, dan juga tidak meresap ke dalam eter. Buang sel kulit mati dengan kkrub ini, untuk dapatkan kulit yang cerah dan lembap.
Sel-sel yang tidak berguna dan tidak bermaya ini juga boleh menyebabkan banyak masalah. Malah ia boleh menyumbat liang dan membuat kapalan dan boleh menyebabkan rambut gugur, jerawat dan banyak lagi. Itulah sebabnya penting untuk menggosoknya, pada setiap bahagian badan anda.
Seperti yang Puan Zuraida Mat Adam kongsikan, tip ini boleh dibuat sendiri di rumah dan kemudian terus guna skrub pada badan.
Memilih bahan semula jadi dan mudah dimiliki, hijabi ini kongsi bagaimana buat sendiri skrub dari kopi, sangat mudah, hanya guna 3 bahan sahaja. Tak perlu membazir, boleh saja pakai serbuk kopi yang ada di dapur. Anda juga boleh guna hampas kopi atau serbuk kopi baru. Ikut mana-mana yang anda suka guna.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
Menggosok badan adalah mudah. Dapatkan produk berpasir, cedok sebiji nikel ke dalam jari anda, kemudian urut setiap kawasan. Anda akan menggunakan banyak produk pada setiap perjalanan, sambil anda menggosok lengan, kaki, tubuh, punggung, dan mungkin juga kaki anda.
Tetapi ia adalah satu proses terapeutik yang aneh, dan sesuai untuk mandi pertengahan, gosok pada kaki anda, hanya untuk menenggelamkan selepas dan bilas semuanya. Lakukan ini sekali seminggu, atau dua kali paling banyak.
Pastikan anda elakkan menggunakan lulur badan pada muka. Ia selalunya lebih keras dan kurang formula, kurang mengambil kira sensitiviti. Perkara yang sama berlaku untuk sabun bar pengelupasan, pembersih harian lembut yang bagus yang membantu menanggalkan sel-sel mati dalam proses itu. Ia tidak bertujuan untuk kegunaan muka, dan sepatutnya terhad kepada badan. Selamat mencuba!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!