Pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz disahkan positif wabak Covid-19 selepas mengalami demam panas sejak tiga hari lalu.
PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, perkara itu disahkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.
“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.
“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.
“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini,” katanya.
Ads
Menurut PU Riz, ambulans dari PPUM akan datang ke rumahnya dan dia ditempatkan di sana untuk rawatan lanjut.
PU Riz yang juga pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan berkongsi, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah.
Ads
“Sepanjang PKP, kalau keluar rumah pun pergi barang keperluan saja.
“Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Seri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak ini,” katanya.
Ads
Hujung bulan Mac yang lalu PU Riz ada berkongsi tentang bapa saudaranya yang positif Covid-19 dan sedang dirawat. Dalam postingnya juga, PU Riz mendoakan bapa saudaranya.
help ! Please Semua yg melihat posting ni saya harap dapat doakan Bapa saudara saya, sedang dirawat positive COVID 19.
Umat Islam dituntut untuk melakukan qunut nazilah di dalam solat sekiranya berlaku keburukan atau musibah tertentu yang berkaitan dengan umat Islam. Lebih-lebih lagi sekiranya para pemerintah telah mengeluarkan arahan untuk dibacakan qunut nazilah di dalam solat.
Tuntutan ini adalah berdasarkan beberapa nas dan riwayat, antaranya seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata :
Maksudnya : Ketika Nabi S.A.W sedang mengerjakan solat isya’ sebaik sahaja baginda membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ kemudian terus membaca doa sebelum baginda sujud dengan sebutan : Ya Allah, selamatkan lah ‘Ayyash bin Abi Rabi’ah, Ya Allah, selamatkan lah Salamah bin Hisyam. Ya Allah, selamatkan lah Al-Walid Ibn al-Walid. Ya Allah, selamatkan lah golongan yang tertindas dari kalangan orang beriman. Ya Allah, Kau beratkan lah hukuman-Mu ke atas suku kaum Mudhar. Ya Allah, jadikanlah ia seperti tahun-tahun Yusuf (tujuh tahun yang penuh kesulitan).
Riwayat Al-Bukhari (122)
Imam Al-Khattabi dalam syarahan beliau ke atas hadis ini menyatakan : ‘’Antara fekah daripada hadis ini adalah mengisbatkan bacaan qunut pada selain solat witir. Hadis ini juga menunjukkan bahawa mendoakan sesuatu kaum dengan menyebutkan nama-nama mereka serta nama bapa-bapa mereka tidak membatalkan solat. Demikian mendoakan keburukan ke atas golongan kuffar dan golongan yang zalim tidak merosakkan solat’’. Rujuk Ma’alim al-Sunan, Al-Khattabi (1/288).
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata :
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَنَتَ شَهْرًا يَلْعَنُ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ عَصَوُا اللَّهَ وَرَسُولَهُ
Maksudnya : Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melakukan qunut selama sebulan dan baginda melaknat Ri’l, Zakwan, dan ‘Ushoyyah yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya.
Riwayat Muslim (677)
Justeru, hadis-hadis di atas ini jelas menganjurkan bacaan qunut nazilah di dalam solat yang dibaca semasa i’tidal pada rakaat solat yang terakhir. Selain dari mendoakan keburukan ke atas musuh-musuh Islam yang telah melakukan kejahatan dan menyakiti umat Islam, qunut nazilah juga dituntut sekiranya berlaku wabak penyakit atau bencana yang menimpa umat Islam. Imam Al-Nawawi berkata : ‘’Disyariatkan qunut dalam kesemua solat fardhu disebabkan nazilah (kejadian tertentu yang berlaku) dan bukanlah (ia dibaca) secara mutlak (yakni tanpa sebarang sebab)’’. Rujuk Minhaj Al-Thalibin, Al-Nawawi (1/222).
Manakala Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam mensyarahkan kata-kata Imam Al-Nawawi di atas beliau berkata : ‘’Sama ada nazilah (kejadian yang berlaku) itu bersifat umum atau pun perkara khusus yang melibatkan masyarakat umum yang mana kemudharatannya akan melibatkan umat Islam seperti wabak dan juga taun, demikian juga hujan lebat yang memudharatkan’’. Rujuk Tuhfah al-Muhtaj, Ibn Hajar al-Haitami (2/68).
Dalam isu perkara-perkara yang membatalkan solat pula, seperti yang disebutkan oleh para fuqaha antaranya adalah berkata-kata dengan sengaja. Meskipun begitu, kita perlu jelas bahawa perkataan yang membatalkan solat itu adalah perkataan yang tidak ada kaitan dengan solat. Ini kerana, solat itu sendiri dari sudut definisinya merujuk kepada ucapan-ucapan dan perbuatan-perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Ini menunjukkan di dalam solat juga ada ucapan-ucapan yang meliputi bacaan al-Quran, zikir, dan juga doa. Justeru, dapat difahami bahawa selama mana sesuatu ucapan itu berkaitan dengan solat, maka ini tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan solat.
KESIMPULANNYA
Doa-doa yang dibaca oleh para imam ketika bacaan qunut nazilah, sama ada yang menyebutkan nama-nama bagi penyakit tertentu, atau nama individu, atau nama-nama negara umat Islam yang tertindas, maka ini kesemuanya tidak membatalkan solat kerana ia termasuk dalam bahagian doa yang dibenarkan di dalam solat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak berpisah dengan bekas suami dan bergelar ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, usahawan tudung terkenal, Mawar Karim dilihat sering terpalit ‘gosip’ yang mempersoalkan status dirinya. Adakah sudah menemui penganti dan sebagainya.
Justeru, ketika ditemui empunya badan tampil menjawab desas-desus mengatakan kononya dia sudah berkahwin lagi yang sering bertebaran di laman sosial, yang nyatanya tidak benar.
Bagaimanapun, Mawar dia tidak menafikan bahawa dia sudah sepenuhnya ‘move on’ dari kisah terdahulu dan terbuka mengenali seseorang pada ketika ini.
Menurutnya lagi, dia juga tidak segan untuk berkongsi apa-apa berita tentang status perkahwinannya apabila tiba masa yang sesuai. Tambahan pula, dia akui dirinya bukanlah seorang selebriti dan kurang selesa berkongsi soal peribadi di laman sosial.
Apabila disoal bagaimana dirinya ‘move on’ ataupun ‘biarkan perakara yang lalu’ tentang pasangannya sebelum ini. Mawar mengatakan dirinya tidak cukup berpengalaman untuk membincangkan hal itu, namun sedikit sebanyak boleh berkongsi pandangan bersama orang ramai.
“Kalau nak ikutkan tip nak move-on ini tak adalah banyak boleh saya kongsikan. Pengalaman pun tidaklah banyak. Tapi apa yang boleh saya kongsikan adalah hargai apa perkara di sekeliling.
“Kita pula tidak tahu pula nasib apa yang ada depan mata ini sampai bila.” katanya.
Bagi usahawan berusia 35 tahun itu, jangan menyesal dengan setiap apa yang terjadi, malah jadikan ia satu iktibar. Dia juga akui Allah SWT ada aturan yang lebih baik pada masa akan datang.
“Apa yang jadi kita jangan menyesal. Ambil perkara itu sebagai muhasabah diri.
“Jangan juga kita lupa untuk belajar dari apa yang terjadi dan jangan ulangi semula perkara yang sama pada masa akan datang.
“InsyaAllah, Tuhan itu Maha Adil, setiap aturanNya dalam ujian yang di berikan pasti akan membuahkan satu perkara yang ‘baik’ pada masa akan datang.” ujarnya.
Mawar berkata demikian ketika ditemui pada sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang lalu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Umum sedia maklum, semalam telah berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan Dan Terengganu.
Lebih menarik lagi, apabila Penyanyi RAP tersohor, Altimet buat pertama kalinya berjaya memperoleh mandat rakyat untuk menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya serta terus menjalankan tugas bermula hari ini dengan mengekalkan rutin menunaikan ibadah Subuh di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pagi tadi.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Altimet sendiri menerusi beberapa ciapan di laman Twitter miliknya.
Menerusi ciapan sama, Altimet turut menyeru masyarakat di bawah naunganya agar turut serta bersama-sama mengimarahkan rumah Allah dan menunaikan solat pada setiap waktu sebagai langkah permulaan yang baharu.
“Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat!,” tulisnya.
Mengulas lanjut, Altimet juga turut mendedahkan beberapa perancangan masa hadapanya dalam mentadbir warga Lembah Jaya dan berbakti kepada mereka dengan menjadikan masjid ke arah yang lebih menarik serta menganjurkan lebih banyak program-program ilmiah melibatkan agama dan kerohaniah.
“Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan,” ujar Altimet lagi.
Tambah Altimet, menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat bukanlah satu perkara mudah, jadi dia tiada masa untuk berlengah ataupun berehat kerana kini menyelesaikan segalan permasalahan rakyat merupakan satu keutamaan baginya.
“Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut
“Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin),” ujarnya.
Sekadar info, Altimet yang mewakili Pakatan Harapan telah berjaya mengenepikan calin Perikatan Nasional (PN) iaitu Sharifah Haslziah Syed Ariffin.
Dengan mengutip undian sebanyak 26,172, beliau berjaya menewaskan calon PN dengan majoriti 6,320 undian.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.