Kumpulan dari Korea Selatan iaitu Black Pink memang menjadi kegilaan ramai pada masa kini. Popular dengan lagu Ddu- Du Ddu-Du dan yang terbaru Kill This Love, bukan hanya lagu mereka namun aksi lincah mereka ketika menari juga menjadi perhatian ramai.
Mengambil inspirasi daripada lagu Kill This Love, sebuah musik video kreatif parodi telah dihasilkan oleh drama dari negara seberang iaitu D’Kolonial dengan tujuan mengajak muslimin beramal di bulan Ramadhan.
Ads
Ramai netizen yang terhibur dengan aksi 5 orang pelakon wanita ini yang disifatkan sangat lucu serta membawa mesej yang cukup mendalam dengan cara yang santai.
Ads
Kill This Love telah ditukarkan tajuknya kepada Pray With Love.
Ads
Ramai yang menyukai video ini namun tidak kurang juga yang turut mengecam. Hmm, apa pula pandangan anda?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Disebabkan gangguan internet, seorang pelajar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi,20, terpaksa mendaki lebih 20meter ke atas bukit bagi menjalani peperiksaannya yang dijalankan secara atas talian di Kampung Bukit Petai Tujuh, Tanah Merah, Kelantan.
Faham dengan keadaannya, bapanya, Mohd Azmi Ahmad,48, telah membina khemah untuknya di atas bukit tersebut bagi memudahkannya menjawab peperiksaan serta mengulang kaji pelajaran.
Bukan hanya perlu mendaki dengan keadaan persekitaran yang becak, pelajar tahun dua jurusan Teknologi Makmal Perubatan itu juga berdepan dengan gangguan nyamuk dan pacat malah kadang-kala terdapat ular yang meyusur di kawasan sekitarnya.
Biarpun sukar, namun Nurlieda merasakan keadaan itu adalah lebih baik daripada belajar di rumahnya tanpa kemudahan internet demi masa depannya meskipun terkena tempiasnya setiap kali hujan.
Katanya kepada Sinar Harian, antara barang wajib yang perlu dibawa ke atas bukit ialah komputer riba, modem WiFi, nota, tripod dan juga ubat nyamuk serta kipas.
“Ayah kasihankan saya, kerana sebelum ini saya perlu ke bandar Tanah Merah Baru yang terletak lebih tiga kilometer dari rumah untuk belajar. Jadi ayah naik ke bukit ini dua hari sebelum peperiksaan saya bermula untuk cari kawasan yang ada internet.
“Ayah tidak mahu saya gagal dalam peperiksaan, jadi dia berikhtiar masuk hutan untuk bina khemah ini dan sambungkan bekalan elektrik dari rumah untuk kegunaan saya di sini.
Setiap kali peperiksaan, Nurlieda pasti akan bimbang jika capaian internet di kawasan itu terputus kerana perlu menjawab semula soalan sekiranya berlaku gangguan dan tiada masa tambahan diberikan.
“Peperiksaan saya bermula 23 November lalu dan setakat ini saya sudah selesai menjawab tiga kertas soalan dan masih berbaki lagi dua lagi kertas peperiksaan yang perlu dijawab,” jelasnya.
Menurut bapanya, Mohd Azmi, masalah yang dihadapi itu bukan hanya dilalui oleh anaknya sahaja tetapi anak-anak penduduk di lima kampung lain iaitu Kampung Mengat, Degong, Che Nakaf, Jerangau Dalam dan Jerangau Luar juga turut melalui masalah yang sama.
“Selain saya, kadang-kala along (Nurlieda Khaleeda) turut ditemani adiknya, Muhammad Addin Aiman, 16, untuk belajar. Saya tidak benarkan along bersendirian kerana kawasan itu juga tidak selamat,” katanya.
Tambahnya, disebabkan masalah dihadapi itu ada segelintir penduduk yang membina pondok di atas pokok dengan ketinggian lebih lima meter di kawasan sama untuk menggunakan internet sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.
Oleh itu, dia mengharapkan masalah ini mendapat perhatian pihak berkaitan dan dapat diselesaikan dengan segera.
Selain Nurlieda, seorang lagi anaknya, Muhammad Amien Khalielee, 18, yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara Terengganu turut belajar di khemah sama untuk menyiapkan tugasan diberikan pensyarah.
Siapa yang tak kenal Datin Anne Ngasri yang terkenal dengan raut wajahnya yang babyface. Kalau kata belasan tahun pun orang akan percaya, kan? Lebih-lebih lagi kalau Datin Anne bergambar bersama anak-anaknya.
Selain kecil molek, sikapnya yang mudah tersenyum dan mesra antara kelebihan dimiliki Datin Anne yang juga merupakan adik kepada selebriti popular Bell Ngasri dan Darling Ngasri ini.
Pada 18 Disember 2023 yang lalu, genaplah usia Datin Anne atau nama penuhnya Naszriah Ngasri yang ke-39 tahun. Pada usia yang tersebut, Datin Anne telah dikurniakan enam cahaya mata.
Untuk info, tiga anak hasil perkahwinan pertama Datin Anne ialah Abdul Warits Abdul Wafi, Abdul Wafri Abdul Wafi dan Nazharah Afroza Abdul Wafi.
Setelah bercerai pada tahun 2010, Datin Anne kemudiannya bertemu jodoh buat kali kedua dengan Datuk Sumali yang ketika itu duda anak satu.
Sahabat Baik Buat Kejutan Sempena Birthday
Baru-baru ini, di Instagram peribadinya Datin Anne memuat naik video sambutan harijadinya bersama sahabat-sahabat baik di sebuah restoran.
Ia merupakan birthday suprise buat Datin Anne daripada para sahabatnya. Datin Anne meluahkan rasa terharunya terhadap kejutan istimewa itu dan berterima kasih kepada mereka.
“What a surprise!!! Ingatkan ada meeting. Alhamdulillah syukur utk sahabat-sahabat yang selalu ingat pada saya.”
Dalam video itu, kelihatan sahabat baik Datin Anne iaitu Haliza Maysuri yang merupakan pengasas Bawal Exclusive, dan pereka fesyen tersohor Man Kajang meraikan harijadinya.
Jelas terpancar kegembiraan Datin Anne ketika menerima hadiah-hadiah istimewa daripada para sahabat.
Disember Juga Bulan Anniversary Perkahwinan Datin Anne & Suami
Nampaknya Disember menjadi bulan paling istimewa buat Datin Anne kerana ia bukan saja menjadi birthday month bahkan anniversary beliau dan suami.
22 Disember 2013 adalah tarikh paling istimewa di mana mereka disatukan sebagai suami isteri. Kini, genaplah 11 tahun usia perkahwinan mereka.
Detik istimewa ini dikongsi Datin Anne di Instagramnya menerusi satu hantaran video pendek yang memaparkan ‘throwback’ koleksi foto-fotonya bersama suami.
Di ruangan kapsyen, Datin Anne menitipkan ucapan ringkas penuh bermakna buat suami tercinta.
Ada hari di mana kita akan mengalami masalah seperti kencing yang tidak lawas dan juga kotor! Nak kata diri ini tidak cukup air tidak juga tetapi kenapa berlaku situasi sebegini?
Sudah tentu anda tidak mahu alami masalah seperti kencing kotor yang membuatkan hati gusar oleh kondisi kesihatan yang begitu. Jadi apakah penyebabnya kepada masalah ini?
Kencing kotor atau lebih di kenali sebagai urinary tract infection (UT) berlaku akibat jangkitan kuman pada pundi kencing. Penyakit ini pula sering menjangkiti golongan wanita.
Kenapa golongan wanita sering menjadi mangsa kencing kotor ini? Hal ini kerana, wanita mempunyai pundi kencing yang pendek di mana ia memudahkan pergerakan bakteria. Malah bukan itu sahaja, jaraknya yang sangat hampir dengan tempat buang air besar juga boleg menyebabkan banyak kuman terkumpul.
Ada juga masalah yang lain berpunca dari urinary tract infection (UT) ini seperti kencing yang tidak lawas, masalah batu karang atau masalah pundi kencing. Ada juga di sebabkan oleh hubungan seks.
Mengikut perkongsian di Hellodoktor, terdapat beberapa tip yang boleh di cuba terus dari rumah untuk merawat masalah ini. Mungkin perkongsian ini boleh di manfaatkan buat anda supaya sedikit sebanyak membantu tangani masalah ini.
Ada banyak cara tradisional yang khusus boleh membantu untuk meringankan beban anda dalam menghadapi masalah kencing kotor. Antaranya adalah:
Jus kranberi cukup terkenal dan telah menjadi antara salah satu remedi yang paling di gemari untuk merawat masalah kencing kotor. Ianya dapat membantu dalam mencegah perkembangan bakteria yang boleh berlaku dalam saluran kencing.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan pengambilan produk berasakan buah kranberi boleh mengurangkan kadar jangkitan kuman di saluran kencing. Tetapi anda harus cuba untuk elakkan jus kranberi yang telah di campur dengan gula.
Probiotik merupakan satu mikroogranisme yang baik kerana manfaatnya kepada kesihatan tubuh. Ia boleh menyeimbangkan kandungan bakteria dalam usus kita. Terdapat juga kajian yang menunjukkan keberkesanan probiotik bantu dalam pengurangan risiko jangkitan saluran kencing.
Dehidrasi juga boleh menyebabkan berlaku risiko seseorang itu mendapat jangkitan di saluran air kencing. Jadi kekerapan membuang air kecil itu sangat bagus kerana ia boleh menyingkirkan apa-apa bakteria yang terdapat dalam saluran kencing.
Namun, jika tiada air yang mencukupi dan badan mula dehidrasi, masalah akan muncul dan bakteria akan mula membiak. Pentingnya untuk anda meminum sejumlah air yang mencukupi untuk tubuh badan.
Air kelapa juga boleh di jadikan sebagai satu alternatif lain bagi merawat kencing kotor. Kandungan air kelapa muda seperti garam mineral dan juga potasium boleh mencegah berlakunya dehidrasi. Makan air buah ini juga di kenali sebagai minuman antibakteria yang baik dan ia dapat mencegah bakteria dalam saluran kencing.
Banyak lagi alternatif lain yang boleh anda cuba untuk mencegah dari di jangkiti kuman di saluran kencing sebelum berlakunya masalah kencing kotor ini. Dapatkan rawatan dengan doktor jika anda kurang pasti dan keadaan semakin teruk.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.