Pelakon jelita, Datin Niena Baharun berkongsi sedikit nasihat buat para wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati dalam mencari pasangan hidup.
Ya, secara dasarnya cinta memang sangat indah namun kadang kala dalam perkahwinan tidak terjadi seperti yang diharapkan. Oleh itu, kaum Hawa perlulah berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati.
Ads
“Nasihat buat semua perempuan di luar sana. Berhati-hatilah dalam mencari pasangan hidup. Kerana perempuan yang paling malang sekali adalah perempuan yang salah memilih lelaki untuk dijadikan suami.”
“Kerana kehidupan seorang perempuan selepas dia sudah bergelar isteri nanti adalah sepenuhnya bersama suami.”
Jelasnya lagi, pilihlah lelaki yang mempunyai ciri yang soleh agar dia dapat mendidik isterinya dengan penuh kelembutan dan hikmah.
Ads
Tak salah memilih rupa namun yang paling penting adalah keikhlasan hati seseorang jejaka itu untuk bersama kita hingga ke Jannah.
Benarlah apa yang dikongsikan oleh Datin Niena ini. Jangan hanya kerana cinta semata-mata membuatkan kita menjadi buta dengan perkara sekeliling. Selalu berdoa kepada Allah dan laksanakanlah istikarah agar kita dijauhkan daripada pilihan yang salah. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap kali selepas solat, anda tentunya akan mengambil sedikit masa untuk berdoa kepada Allah. Doa merupakan satu tanda kasih sayang dan pengabdian diri kita sebagai makhluk kepada Sang Pencipta. Doa yang paling penting dalam hidup kita tentunya doa ibu bapa dan doa mereka dikatakan doa yang akan dimakbulkan Allah tanpa sebarang hijab.
Ibu bapa banyak berkorban sepanjang membesarkan kita dan sebagai seorang anak, kita juga perlu mendoakan kesejahteraan mereka setiap hari. Terdapat juga satu perkongsian di Facebook oleh Ikhfa Musa tentang berdoa dengan menjual nama mak. Menurutnya, insyaAllah doa itu akan ‘naik’ serta merta tanpa hijab. Mudah je kan nak doa dimakbulkan Allah? Ayuh kita baca perkongsian oleh Ikhfa Musa ini.
Hari tu terdengar phone conversation suami aku dengan mak bapak. Sambil-sambil berborak tu, laki aku loudspeaker sebab senang kakak nak mencelah borak dengan aki dia. Terdengar mak kata:
“Abang, kalau nak berdoa apa-apa jual nama mak.”
Aku tak faham.
Mak sambung lagi, kalau abang doa nak bawak Efa pergi umrah, doa macam ni:
” Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak isteri aku pergi umrah. Semoga aku dapat bawak mak sekali”.
Kalau abang nak beli rumah, doa macam ni:
“Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku datang melawat nanti dia selesa”.
Mak cakap insyaAllah doa tu naik serta-merta tanpa hijab.
Then mak share tentang satu ceramah yang dia pergi. Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap, badan gemok. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik. Sahabat-sahabat Nabi tanya pada dia macam mana dia boleh dapat isteri yang cantik sangat mcm ni? Dia pun kata:
“Setiap hari aku berdoa pada Allah, ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya”.
Nampak tak? Lepas ni bila nak doa dah bolehlah selit nama mak yang mana masih ada mak tu. Kalau dah takde ibu macam aku ni, gunalah nama Ayah. Nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat diorang sama and takde beza pun. Lagipun tanpa doa mak ayah tak kemana kita semua kan.
Siapa tak kenal penyanyi no.1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin, yang juga merupakan penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak 25 kali.
Mencipta nama besar dalam industri seni negara, punyai syarikat kecantikan BeauSiti yang perlu diuruskan, seorang isteri dan juga ibu yang menguruskan keluarga serta rumahtangga. Ini semua membuatkan Siti juga tak terlepas dari mengalami tekanan seperti orang lain.
Namun, bagi Siti tiada masalah yang tak punya jalan penyelasaiannya, justeru ini beberapa langkah yang dilakukan Siti ketika berdepan tekanan.
“Seperti mana orang lain, saya juga turut berdepan dengan stres. Bila saya berdepan dengan sesuatu yang boleh membuatkan saya stress, saya akan cuba bertenang dan saya akan cuba positif diri.
“Malah, saya akan cuba bercakap dan pujuk diri saya sendiri. Perkara ini amat penting. Sebab kalau kita nak ikutkan hati sangat, macam-macam boleh berlaku. Bak kata pepatah, ikut hati mati.
“Jadi, saya akan bercakap kepada diri saya: Tidak apa Siti, bertenang. Jika ada benda yang negatif, kita proses balik perkara itu dan kita nilai semula. Kenapa ia berlaku dan apa yang perlu kita buat atau lakukan selepas itu.
Menurut Siti, perkara yang paling penting dalam menguruskan Stress ialah dengan tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
Malah, Siti berkata dia tidak pernah mempersoalkan sesuatu masalah yang dihadapi, kerana enggan fikiran negatif ‘memakan diri’ sehingga tekanan menjadi berlarutan dan bertambah buruk.
“Kita jangan meratapinya dan mempersoalkannya sehingga kesedihan kita itu berlarutan. Kita harus fikir apa yang kita boleh buat selepas itu untuk kita bangkit semula.”
Menerusi ‘confession’ ini, Siti akui sejak bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata kini. Adakalanya dia juga stress ketika berdepan dengan ‘peel’ dan karenah anak-anak yang bermacam ragam dan dalam masa yang sama perlu menguruskan aktivitinya sebagai wanita berkerjaya.
Untuk rekod, menerusi laman sosial miliknya Siti berhasrat untuk berkongsi bersama peminat berkenaan cara bagaimana dia menangani masalah yang dihadapi dalam kehidupan, menerusi sebuah slot perkongsian dikenali sebagai ’10 Hari 10 Minit 10 Tips Kehidupan Siti Nurhaliza’.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Setiap manusia memiliki energi yang berbeza. Energi yang terbahagi kepada positif dan negatif Energi negatif ini merupakan kekuatan tak terlihat yang boleh membuat hidup manusia jadi lebih sulit. Biasanya akan mempengaruhi suasana hati mahupun perilaku. Sedangkan energi posfitif adalah sebaliknya. Banyak yang mendambakan memiliki energi positif untuk meningkatkan hidup lebih bererti.
Meskipun pada kenyataannya, energi negatif akan selalu ada di tubuh manusia. Yang membezakan adalah banyak atau sedikit. Yang akan kita perkatakan ketika ini adalah energi negatif. Ada kalanya seseorang mengalami gelombang emosi negatif atau fikiran yang tiba-tiba di mana tubuh, fikiran, dan jiwanya bereaksi terhadap hal-hal yang buruk. Biasanya, adanya energi negatif berujung pada depresi. Meskipun tidak menutup kemungkinan memiliki efek lain yang tak kalah merugikan.
Jika anda merasa lelah sepanjang hari dan juga kerap merasa cepat kecewa, boleh jadi energi negatif sedang mendekati anda. Terkadang anda juga mengalami emosi pasang surut seperti ‘penungang’ sedang naik roller coaster. Sekalipun anda memiliki banyak waktu untuk istirehat yang baik, tetapi tetap merasa lelah. Ini boleh jadi pertanda yang biasa dikesan.
Jika anda merasa stres atau tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa, besar kemungkinan energi negatif tengah membaluti tubuh anda. Seperti yang telah dibicarakan, energi negatif akan mampu mempengaruhi suasana hati dan perilaku.
Suasana hati yang sering mengalami kepenatna dan akan berakhir dengan stres juga merupakan pertanda adanya energi negatif.
Tanda-tanda berikutnya adalah sistem kekebalan tubuh jadi lemah, sehingga tubuh sering sakit, atau kerap dijangkiti virus berbahaya. Tiba saatnya, anda akan mudah diserang jangkitan, seperti kulit, saluran pernapasan dan sebagainya. Ini adalah bentuk dari penurunan sistem ketahanan tubuh lantaran terlalu banyak energi negatif yang mengelilingi anda.
Tanda ini sering dialami, namun tidak banyak yang faham bahawa itu adalah bentuk dari efek energi negatif di dalam tubuh. Saat anda berkomunikasi dengan orang lain, namun lawan bicara anda tidak mengerti apa yang hendak anda sampaikan. Oleh kerana tutur kata anda susah difahami atau memang anda sendiri juga susah menjelaskan apa yang ingin utarakan.
Intensiti seseorang yang mengalami mimpi buruk juga boleh menjadi pertanda tingginya energi negatif. Biasanya terjadi di beberapa malam saat anda mengalami stres, depresi atau keadaan hati yang kurang baik. Terlepas dari itu semua, fikiran bawah sedar anda mencuba untuk mengingatkan bahawa saat ini banyak energi negatif di sekitar dan segeralah meningkatkan energi positif.
Jika sering lupa tentang hal-hal penting di sekitar anda, boleh jadi itu merupakan sebuah pertanda juga. Biasanya anda sering melupakan kunci rumah, kunci kereta, dompet, pakaian, dan sebagainya. Terlebih lagi jika sukar untuk berjumpa sesuatu barang peribadi walaupun, ada di tempat asal yang mudah terlihat.
Berhati-hatilah kerana energi negatif itu akan membuat anda sukar melalui keadaan hidup dengan orang sekeliling. Jangan biarkan aura negatif menghampiri diri amalkan doa-doa penenang hati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.