Dalam apa jua perkara yang kita lakukan termasuklah dalam soal amal ibadah, pertama sekali kita mesti betulkan niat. Mungkin kita terlepas pandang bahawa kita tersalah ‘memasang niat’ sehingga kita lupa bahawa setiap kejadian yang berlaku adalah dengan izin Allah.
Melalui coretan Hafizul Hakim lelaki ini berkongsi bagaimana niatnya menggunakan selipar yang berjenama dan mahal demi untuk keselesaan ketika menunaikan ibadah haji. Selipar ‘mahal’ yang dibelinya itu talinya putus dan akhirnya lelaki ini menggunakan selipar ‘murah’ yang dibekalkan. Kejadian yang diceritakan oleh lelaki ini adalah satu ujian buat dirinya dan juga diri kita semua yang begitu menginsafkan.
Sebelum bertolak ke Arafah, saya guna selipar brand Skechers yang dah dipakai lebih dari setahun. Tahan lasak dan sangat selesa. Memang rasa berjalan seperti atas tilam Vono tau. Huhu.
Masa jemaah haji bercerita tentang jarak perjalanan jalan kaki yang jauh di Mina, entah macam mana tiba-tiba terdetik dalam hati,
“Oh aku pakai Skechers. Okay kot. Mesti jalan laju.”
Terlupa nak istighfar. Lintasan hati. Allahu!
Entah macam mana ditakdirkan malam sebelum bertolak ke Arafah, tali selipar Skechers tetiba putus.
Ah sudah.
Ads
Dek kerana masa terlalu singkat, aku berlari dari Hotel Majad al-Bayt pergi beli selipar jenama Crocs warna putih di Abraj, Clock Tower.
Harga SR120. Masih lagi beli sebab fikir penting untuk keselesaan.
Mahal = selesa. Kononnya.
Sampai je hotel, petugas Tabung Haji tegur selipar tu tak ‘comply’ sebab jari kaki yang kecik sekali tersorok. Mesti jelas kelihatan semua jari kaki. Pantang larang dalam berihram.
Kalau tak, kena dam. Huhu.
Ads
Akhirnya tiada pilihan lain, saya pakai selipar jamban warna hijau yang di bekal. Harga RM2.50. Bila fikir balik malam tu, seolah Allah nak tegur. Sebenarnya, yang bagi keselesaan, kebahagiaan semuanya dari Allah bukan seperti aku fikirkan.
Ajaibnya, selipar hijau murah ni tahan berjalan malah sangat selesa sejak dari Arafah, Mudzalifah, melontar di Jamratul hingga habis sai’e haji. Jumlah jarak berjalan di Mina lebih kurang 27 kilometer! Huhu!
Pagi semalam saya dan isteri minum di D’saji Restaurant, As Safwah Tower. Berkongsi meja dengan pasangan suami isteri dari Kajang, Selangor. Rupanya kami ada kisah sama, guna selipar Skechers dan ‘end up’ guna selipar jamban jugak.
Bezanya, seliparnya hilang.
Ads
Kawan-kawan,
Yang memberi mudarat, ketenangan, kepuasan, nikmat, yang menghidupkan, mematikan, memuliakan, memberi kehinaan, kesenangan semuanya adalah dari Allah.
Kita ini makhluk ciptaan, tak mampu buat apa-apa tanpa izin dari Allah.
Begitulah! Jaga niat sebelum, semasa dan selepas melakukan suatu ibadah.
Jika di Malaysia kini gempar isu hijabi bertudung di kelab malam, tetapi bagaimana pula cerita hijab di negara lain? Fatima Gharawi; gadis berasal dari Iraq dan kemudiannya, berhijrah mutlak ke Denmark ketika usianya dua tahun ini nyata begitu teruja apabila berkongsi perihal hijab di negara rantaunya. Apa agaknya yang menarik tentang cara berbusana dan berhijab hijabi di Denmark. Ayuh, Hijabista kongsikan cerita menarik hijabi dari Denmark ini!
Nyatakan perbezaan paling ketara tentang stail berhijab hijabi Denmark berbanding negara lain.
Fatima: Gaya wanita berhijab di Denmark adalah jauh terkesan sederhana dan tidak terlalu mengikut arus perkembangan fesyen. Jika dilihat, seleksi pilihan rona yang kebiasaannya dimainkan adalah juga agak terhad. Kebanyakannya jarang-jarang sekali memilih rona terang; hanya cukup menggayakan warna dari kelompok kusam.
Fatima: Sifat malu yang tinggi dan kesederhanaan yang dimiliki oleh seseorang wanita berhijab itu menjadikan dirinya cantik dan sempurna secara dalaman dan luaran. Namun dewasa ini, dua kualiti yang saya sebutkan tadi sering kali dilihat sebagai kelemahan, namun saya pasti wanita kini bijak; sifat pemalu dan sederhana yang dimiliki dengan penambahbaikan tokokan sifat berdikari, percaya diri dan juga berfikiran terbuka, nescaya individu tersebut akan dapat menggapai maksud sebenar cantik total.
Fatima: Secara peribadinya, saya begitu meminati fabrik satin dan sutera. Ini adalah kerana ia akan menjadikan gaya saya terlihat lebih elegan dan ‘chic’. Hijab jenis sutera dan satin ini materialnya lembut, mudah dibentuk dan jika dililit atau dilipat, ia akan terbentuk cantik. Pasti menzahirkan imejan mewah buat si pemakai.
Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil.
Aktiviti menunggang kuda adalah pengalaman menyeronokkan kepada mereka yang sukakan cabaran. Walau bagaimanapun tidak ramai berpeluang mencubanya kerana kemudahan aktiviti sukan ini agak terhad dan tanggapan bahawa aktiviti itu memerlukan kos mahal.
Sukan berkuda bukan sekadar menyihatkan mental dan fizikal, malah mendisiplinkan diri dalam kehidupan seharian. Seperti yang kita ketahui bahawa bukan mudah mendekati seekor haiwan yang sifat semula jadinya kasar, liar dan kuat. Namun melalui aktiviti sukan berkuda ini, kita mampu melalui proses-proses ini dengan baik hasil tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman.
Bagi Farah Lee, dia mula menghantar anak perempuannya, Maream untuk mengikuti latihan menunggang kuda. Bagi ibu muda ini, sukan ini banyak kebaikannya selain menjadi sukan yang banyak memberikan manfaat termasuk membina keyakinan diri serta memupuk sifat kepemimpinan.
Berikut perkongsian Farah Lee dilaman Instagramnya.
After 5th session baru omma hadiahkan Maream proper horseriding boots, helmet and gloves. Malas beli awal-awal enroll dulu sebab takut hangat-hangat taik ayam je takde kekdahnya aku pemurah sangat nak spend on benda2 alah ni. Now nampak Maream makin excited and confident, and dah pandai trotting, so omma surprisekan dia this set supaya dia makin motivated.
Dia pun dah start request dah sebelum tu sebab kadang helmet stables tak ngam dengan kepala dia and boots dia pakai kasut hujan je kakaka.. Seluar tu pakai yang sedia ada winter legging beli kat Primark je sebab dah wool padded, baju pun pakai je mana ada. Pakai jela baju yang sama tiap minggu Maream, nanti dah lusuh sangat or tak muat baru omma beli lain.
Semoga istiqamah mencintai sukan sunnah Nabi saw ini. Swimming dah pandai sendiri-sendiri. Nanti bila Maream ready kita try archery pulak k.! Kenapa sukan-sukan ni sunnah.? Sebab banyak sangattt hikmah dan kebaikannya dari segi self development.
So parents, if kita mampu untuk kurangkan sikit our personal spending, or kurangkan belikan anak-anak bunch of toys, clothes yang kadang anak tak appreciate sangat pun or tak helps develop themselves pun (kids actually can simply play with any tools around them, in fact tu bantu their creative thinking), jom invest on this. InshaAllah moga pahala sunnah dan syafaat baginda jadi saham akhirat kita kelak.
HIJABISTA: Aktiviti sukan berkuda juga menjadi terapi penyembuhan pelbagai penyakit dan masalah seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme dan sindrom Down.
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa. Itulah bait mutiara kata yang sering dituturkan dari zaman ke zaman. Kasih seorang ayah, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Sebagai seorang anak pula, kita pasti mahu membalas jasa kedua orang tua kita.
Kisah yang dikongsikan oleh hijabi yang bernama Sri Hajarul Kharyani Hamidan ini membuatkan ramai sebak kerana dia tidak sempat untuk membalas jasa arwah ayahnya, yang menderita akibat kanser pada Januari 2019.
Berniat mahu bawa tunaikan haji
Ujar Sri kepada Mstar, dia merupakan anak perempuan bongsu jadi dia memang cukup rapat dan manja dengan bapanya itu. Sejak berpisah dengan ibunya 12tahun lalu, bapanya lah menjadi kekuatan dan pembakar semangatnya setiap kali dia mahu berputus asa. Disebabkan itu jua, dia berasa sangat kesal kerana tidak sempat menabur bakti.
“Kalau ayah ada sekarang, saya akan balas jasa dia dengan tunaikan keinginan dia pergi jalan-jalan setiap bulan. Tapi niat paling utama pastinya nak bawa mereka tunaikan haji. Tapi lepas ayah tak ada, saya cuma boleh upah badal haji saja atas nama dia”
Terdahulu, ketika hayat ayahnya masih ada, dia masih belum habis belajar dan belum mampu untuk membalas jasa. Selain itu, dia juga mengakui mengambil masa yang lama untuk menerima berita kehilangan ayahnya itu.
“Saya berada dalam fasa in denial lepas ayah tak ada. Bukan sebab tak terima takdir atau reda tapi terkejut kerana terlalu cepat.
“Apabila ayah dah tak ada ni sejak hampir tiga tahun lalu, rutin kehidupan sudah berubah. Saya akan melawat kubur dia setiap minggu untuk lepaskan rindu.” ujarnya lagi.
Arwah ayah tak pernah terfikir nak kahwin lain
Setelah berpisah dengan ibunya 12tahun lalu, arwah tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi. Ayahnya telah membesarkan anak-anak seorang diri. Perkara tersebut yang telah membuat Sri kagum dengan ayahnya. Malahan, ayahnya juga tidak kekok untuk menunjukkan rasa sayang kepada anak-anaknya.
“Ayah tak pernah terfikir pun nak kahwin lain. Sri sangat kagum dekat arwah sebab sejujurnya tak semua lelaki boleh besarkan anak-anak kecil sendiri dan uruskan rumah bertahun-tahun.
“Dia seorang yang penyayang dan tak pernah pukul anak-anaknya. Walaupun saya sudah besar, dia masih peluk dan cium depan orang ramai. Dia selalu cakap yang dia sayangkan anak-anak.” ujar Sri.
Bagi mengubat rasa rindu, hijabi itu telah berkongsi satu video throwback yang memaparkan momen terindahnya bersama arwah ayah.
@sri.hajarulAyah is a single father for 12 years until his last breath. He done a great job for raising us without any complaints ALONE. He the one do laundry, cooking and EVERYTHING. I made a promise to him utk “ganti” semua sbb banyak dia spend money for me especially for my studies. Tapi Allah lebih sayang ayah, he passed away before “rasa” my first income 💔 kita jumpa nanti ya ayah 💝♬ Ayah – Seventeen
“Ayah is a single father for 12 years until his last breath. He done a great job for raising us without any complaints ALONE. He the one do laundry, cooking and EVERYTHING. I made a promise to him utk “ganti” semua sbb banyak dia spend money for me especially for my studies. Tapi Allah lebih sayang ayah, he passed away before “rasa” my first income..kita jumpa nanti ya ayah” tulisnya.
Menurutnya, dia memuat naik video tersebut kerana takut rakaman yang jelas kedengaran suara ayahnya itu hilang dalam simpanan. Video yang diambil ketika menyambut hari raya pada tahun 2019 membuatkannya terkesan kerana dia sudah berjanji dengan arwah ayah untuk membalas jasanya namun tidak kesampaian.
Netizen turut sebak
Ramai netizen turut sebak dengan hantaran yang telah dimuat turun melalui laman Tiktok tersebut. Ada yang turut mendoakan dan memberi kata-kata semangat. Hantarannya kini telah mendapat lebih 4K kesukaan.
Benarlah kata orang, kasih ayah tiada ganti. Ayah juga merupakan ‘cinta pertama’ anak perempuannya. Team Hijabista turut mendoakan agar Sri terus kuat dan semoga Sri bertemu dgn Ayah satu hari disana suatu hari nanti.
Sumber info dan gambar: Mstar dan TikTok Sri.Hajarul
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bijak rebut peluang bisnes, Pengasas Leeyanarahman kini gigih jual tiramisu viral dan baju raya haji dalam satu masa.Kagumnya dengan kerajinan usahawan fesyen Muslimah, Nur...