Permergian secara tiba-tiba seorang hijabi viral meruntun hati warganet, malah catatan terakhir di facebook, seorang arkitek muda yang dikenali sebagai Aizura Zulkifli yang sedang hamil ketika itu menjadi perhatian ramai.
Meskipun hijabi ini dikalangan orang ramai sahaja, permergian Aizura diiringi doa dan simpati dari mereka atas tragedi yang berlaku padanya. Amalannya disebut-sebut, pasti hijabi ini istimewa di sisiNya, perkongsian wanita ini membuat ramai yang kagum dengan amalan arwah Aizura.
Kebaikan arwah manfaat kepada orang lain
Seorang isteri dan ibu yang hebat, banyak amalan baik dan kebaikannya yang hanya orang terdekatnya saja tahu. Perkongsian Siti Aminah Sulaiman di laman facebooknya dan ternyata Aizura Zulkifi bukanlah orang ‘biasa-biasa’ . Patutlah Allah sayang!
Jumpa dengan adik perempuan saya yang officemate dengan arwah Aizura Zulkifli. Saya pun tak sangka adik saya kerja sekali dgn arwah di JKR melaka. Satu unit, duduk selang beberapa meja. Sugul dan sembap wajah adik saya, puas dah dia menangis
Rupanya adik rapat dengan arwah Aizura.. Sepatutnya Jumaat ni dia nak keluar dengan arwah dan anak-anak arwah, bawa beli sepit rambut.
Ads
Qadarullah..Ajal mendahului segala perancangan manusia
Saya beritahu pada adik..saya pelik dengan arwah sebab lepas dia meninggal dia jadi terkenal macam artis..nama disebut kat sana sini..siapa dia? Apa amalan hidup dia?
Tak suka cakap hal orang, solat awal waktu
Adik saya kongsi yang arwah selalu solat awal waktu. Bila masuk waktu saja, belum orang lain solat dia dulu akan pergi solat. Arwah juga tak suka bercakap hal orang..bila ada kawan berkumpul cakap-cakap, dia hanya akan senyum dan diam saja.
Arwah pakaiannya saiz besar dan menutup aurat.
Ads
Sebelum.meninggal arwah nak belanja kawan-kawan di ofiz, tapi tak kesampaian..tapi arwah sempat beli kuih muih untuk kawan-kawan makan. Adik saya beritahu hari yang arwah beli kuih tu , dia lapar dan puas bila makan kuih yang arwah belanja. Arwah bukan jenis marah-marah atau tinggi suara dengan kawan-kawan ofis..dia jenis cool sangat.
Seorang isteri yang hebat
Arwah juga penyayang dgn anak-anak , kadang arwah akan bawa anak-anak ke ofis kalau anak tak ke sekolah. Sebab tu adik saya rapat dengan anak-anaknya. Pada hari kematian, dia sempat masak dulu untuk anaknya sebelum ke hospital.
Arwah berpindah ke JKR CREaTE di Melaka sebab nak duduk lebih dekat dengan suami dan 2 lagi anak yang dijaga suami kat Johor..sebelum ni arwah kerja di Kuantan. Betapa besarnya sabar seorang isteri yang pjj (perhubungan jarak jauh) dengan suami selama 10 tahun.
Banyak lagi tersimpan kebaikkan arwah yg diketahui oleh kenalan rapatnya. Satu yang saya paling tersentuh ialah solat di awal waktu, kerana ada hadis yang sebut itulah amalan yang paling dicintai Allah.
Saya tidak kenal arwah, cuma sebagai sahabat di FB. Sengaja saya tulis supaya jadi peringatan buat diri saya dan sahabat-sahabat pembaca, Untuk terus beramal yang sebaik mungkin hingga akhir hayat.
Begitulah perkongsian hijabi ini, terbawa untuk bercerita mengenai arwah Aizura Zulkifli, bukan kerana tular ceritanya alam maya tetapi tetarik dengan amalan yang diamalkan oleh arwah. Dalam hadis ada berkata, pilihlah salah satu amalan soleh yg kamu mampu buat dan buat dengan bersungguh-sungguh untuk dapatkan syurga Allah.
Jika kamu suka solat, buatlah yg terbaik.
Jika kamu suka baca dan sebarkan Al-Quran, buatlah yg terbaik.
Jika kamu suka bersedekah, bersedekahlah yg terbaik.
Jika kamu mampu berpuasa, buatlah dengan sehabis baik.
Boleh jadi salah satu amalan itu yg membawa kamu ke pintu syurga.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ramai yang terkejut apabila penyanyi Elyana peserta Gegar Vaganza musim ke 4 menyatakan dia adalah penghidap kanser tahap 4. Sejak itu semua media dalam cetak atau digital menyiarkan kekuatan dirinya yang bertahan melawan sakit itu sejak tujuh tahun lalu. Dia yang disahkan menghidap sebaik melahirkan anak sulungnya, Cinta dan sejak itu cerita Elyana memang sunyi dari paparan di media.
Dalam satu tembual video eksklusif bersama penyampai Sinar FM, Abby Fana atau Kak Bed, Elyana menceritakan satu kisah yang cukup meruntun jiwa dan perasaan kita, lebih-lebih bagi yang bergelar ibu.
A post shared by abby fana official (@abbyfana) on
Menurut Elyana dia di kesan menghidap kanser hampir 7 lalu, tetapi sebenarnya mengetahuinya sekitar lima enam tahun lalu. Ketika tahu dia sebenarnya sudah sampai ke tahap 2.
Malah Ramadan lalu dia sempat ke hospital menjalani sekali lagi ‘scan’ dan ketika itu barulah dia tahu kanser itu sudah sampai ke tahap 4.
Sebelum menyertai program Gegar Vaganza sekali lagi Elyana sempat menjalani rawatan kimoterapi. Namun dia tidak berniat untuk menyambung rawatan itu kerana kesan kimoterapi itu menyebabkan dia hanya terperuk sahaja di rumah. Malah akan menjadikan dirinya lemah dan sakit.
Jadi atas nasihat ramai Elyana berhasrat untuk menjalani rawatan alternatif seperti tradisional dan jika ia boleh menguat dan membahagiakan dirinya, Elyana tidak kisah untuk mencuba.
Ketika ditanya Abby Fana adakah doktor memberitahu tempoh jangka hayat selepas mengetahui dirinya pengidap kanser tahap 2. Elyana menjawab sebelum itu ketika dia menjalani rawatan kimoterapi (sehingga 6 kali rawatan) di sebuah hospital, doktor tidak memberitahu apa-apa. Ketika itu dia berhenti membuat kimoterapi dan hanya menjalani rawatan itu semula tahun lalu.
Dia hanya diberitahu jangka hayatnya tidak lama apabila menjalani sekali lagi rawatan kimoterapi di sebuah hospital lain. Ketika diberitahu keadaan itu dia jadi marah kerana baginya doktor itu bukan Tuhan yang boleh tetapkan umur dia sampai berapa.
Oleh kerana marah, dia terus berhenti menjalan rawatan kimoterapi itu dan Elyana mahu buktikan bahawa bukan rawatan itu menyembuhkan dirinya tetapi Allah yang berkuasa atas segalanya.
A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on
Sejak itu dia berusaha berubat di mana-mana ceruk yang dikatakan boleh merawat penyakitnya itu. Sepanjang berubat, Elyana akan berdoa pada Tuhan biarlah ini adalah rawatan yang terakhir dan boleh memulihkannya.
Walaupun ia belum pulih sepenuhnya dan Elyana tidak putus asa dan akan terus bersabar berhadapan dengan penyakit kritikal ini.
Ketika ditanya apa perasaan sebenar yang dirasai olehnya sepanjang proses mencari penawar dan setiap kali berdepan dengan orang akan berkata ‘sabar’.
Dalam hal ini Elyana mengakui dia adalah manusia biasa dan sebenarnya memang benci apabila orang menyebut perkataan ‘sabar’ itu. Sepanjang tempoh itu kesabaran apa lagi yang perlu dilalui tetapi dia tersedar dalam hal sekarang ini memang dua perkataan ini yang perlu dia pegang iaitu sabar dan ikhlas.
Sebenarnya dalam situasi sekarang Elyana terus terang memberitahu dia tidak suka berada dalam keadaan ‘stress’, tidak suka melihat orang bergaduh dan kalau boleh biarlah hanya situasi ‘happy’ sahaja berada di sekelilingnya. Dan dia cukup bahagia kalau bercakap mengenai ‘Cinta’.
Elyana sedikit sebak tatkala Abby Fana mengalih pada persoalan mengenai Cinta. Cinta Sumayyah merupakan anak tunggalnya dan dia faham apa yang dialami oleh bondanya itu.
Elyana turut memberitahu pada Cinta proses dia menjalani rawatan kimoterapi agar dia faham. Dia turut setiap hari menerangkan pada Cinta bahawa dirinya sedang sakit yang bukan biasa dan ianya teruk dan susah untuk baik.
Bukan itu sahaja sebagai persediaan, dia kini turut mengajar anak tunggalnya itu hidup berdikari, berpesan belajar rajin-rajin dan jangan nakal. Malah ibu muda ini juga sering meninggalkannya di rumah seorang diri. Elyana akui Cinta memang manja dengan dirinya dan mereka biasanya akan tidur bersama.
Namun Elyana sering mengingatkan Cinta untuk terus berdikari dan sebab sayang menyebabkan dia perlu belajar jaga diri sendiri pada anak tunggal kesayangannya itu. Cinta sering diingatkan jika dia tiada siapa yang akan menjaganya nanti dan Cinta perlu jaga diri sendiri.
A post shared by Cosmopolitan Malaysia (@cosmopolitanmy) on
Menurut Elyana juga ada sesuatu yang ditakutkan oleh Cinta. Cinta tidak boleh melihat dia tidur di depan matanya. Cinta takut bondanya akan mati dan jika sebelum ini Elyana yang takut untuk tidur. Jika meihat Elyana tutup, anaknya itu akan marah dan memukul tangannya dan berkata ‘bonda please don’t die’.
Malah penyanyi Kalis Rindu ini juga pernah menguji situasi di mana dia sengaja buat tidur dan mahumelihat reaksi Cinta bagaimana jika keadaan berlaku bila mereka berdua sahaja di rumah.
Ketika itu anaknya itu menangis tanpa henti sambil berlari ke pintu dan mahu keluar. Situasi ini menyebabkan Elyana rasa kasihan. Sejak itu dia berazam untuk kuat semangat dan mahu melihat anaknya itu besar dan sempat berkahwin. Malah itu memang menjadi impian setiap yang bergelar ibu.
Dia juga turut mengakui sepanjang tujuh tahun terpaksa menyembunyikan penyakityang dideritaya itu dan memang membebankan. Orang hanya tahu dia adalah pesakit kanser tahap 4 tetapi ada sesuatu yang dia sembunyikan dari pengetahuan umum hingga menganggu dia sehingga ke hari ini.
Namun Elyana dalam video berkenaan berkata dia belum berani untuk memberitahu perkara itu kepada orang. Cuma Elyana memberitahu dia cukup lega apabila sudah membuat pendedahan tentang penyakitnya itu.
Selepas pengumuman minggu lepas dia tidak berniat untuk menagih simpati sebaliknya untuk memberitahu dan mengharapkan orang lain juga akan buat seperti biasa.
Namun dia harus terima kenyataan bahawa begitu ramai yang memberi respon positif pada pendedahannya itu. Sehingga ke hari ini tidak henti orang mendoakan kesejahteraan dirinya bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga Brunei juga di Singapura. Saat itu Elyana merasakan itu adalah rahmat terbesar pada dirinya. Dan keputusan membuat pengumuman itu adalah betul.
Paling mengharukan sehingga ada netizen yang membuat tanda pagar #prayforelyana dan ini memang tidak dijangka oleh penyanyi yang sering berkaki ayam ini.
Bukan itu sahaja, dia turut tidak menyangka penerimaan rakyat Malaysia yang memang ambil berat pada dirinya di mana ketika sedang mengisi minyak, ada orang menegur dan terus memeluknya dari belakang.
Ini secara tidak langsung menghapuskan tanggapan dia selama ini menyangka orang akan menjauhkan diri daripadanya.
Dia turut mengucap syukur pada Tuhan kerana Allah memberi dia hikmah yang cukup besar dalam menghadapi dugan ini. Elyana juga turut memberitahu dirinya kini lebih dekat dengan Allah.
Selain itu, sambutan yang diterima dari kelab penyokongnya juga tidak berbelah bagi walaupun setelah dia terkeluar dari Gegar Vaganza. Mereka sanggup buat solat hajat akan datang di masjid dan kumpul ‘charity’ untuk dirinya dan pesakit kanser lain. Inilah moral ‘support’ yang dia harapkan untuk sentiasa kekal positif.
Sebelum mengakhiri perbualan itu, Elyana menitipkan pesanan cukup bemakna buat pesakait kanser yang baru tahu atau sudah lama agar tidak merasa ‘down’.
Jangan menangis selalu kerana akan merosakkan badan dan kalau boleh jalani kehidupan seperti biasa.Kena enjoy kehidupan dan sangat rugi jika hanya terperuk di rumah dan hanya meratapi sakit berkenaan.
Juga dia berpesan agar jaga kesihatan, jaga pemakanan, elakkan makanan bergula dan pengambilan daging merah dan ia sangat tidak bagus. Untuk keluarga pula, kena bagi support’ dan elakkan tanya soalan sedih dan perlu ‘chill’ seperti pergi bercuti ataupun borak perkara yang kelakar dan ia sangat membantu. Kalau boleh cuba gembirakan hatinya untk terus kekal positif menghadapi dugaan dariTuhan ini.
Kaki terpanjang di dunia lebih dari 52 inci. Sudah tentu mustahil untuk mendapatkan hasil ini dengan teknik apa pun. Tetapi sekurang-kurangnya anda dapat mencipta ilusi bahawa kaki anda kelihatan lebih panjang daripada yang sebenarnya. Dan di sini terdapat beberapa tip pakaian yang akan membantu anda.
Beberapa petua berpakaian agar kaki anda kelihatan lebih panjang. Jangan bimbang tidak ada pembedahan dan perkara menakutkan yang lain. Dengan hanya warna dan panjang pakaian anda, penampilan boleh berubah secara mendadak.
Potongan longgar tidak akan menjadikan anda kelihatan lebih kecil. Sebenarnya, itu dapat menimbulkan kesan tinggi selagi potongannya tidak sampai di pergelangan kaki. Anda boleh memilih untuk memotong seluar jeans atau menggulungnya.
Seperti namanya, seluar potongan lurus ini dengan hujung tergantung boleh menjadikan anda kelihatan lebih tinggi. Terutama apabila digabungkan dengan kasut tumit tinggi.
Seluar era 700-an ini kini menjadi sasaran hijabi masa kini. Model yang meluas dari lutut sebenarnya menjadikan anda kelihatan lebih tinggi. Apabila memakai seluar yang juga dikenal sebagai seluar jeans suar, jangan pening memikirkan padanannya. Kerana ia sangat sesuai dipadankan dengan pakaian apa pun.
Mungkin ramai yang berpendapat bahawa kulot menjadikan anda kelihatan pendek. Tetapi sebenarnya, jika anda memadankannya dengan baik, seluar baggy jenis ini menjadikan anda kelihatan lebih tinggi. Caranya, anda boleh menggabungkan seluar kulot yang meluas ke pergelangan kaki dengan kasut tumit tinggi.
Salah satu seluar yang benar-benar berfungsi untuk menjadikan kaki anda kelihatan lebih langsing dan lebih tinggi adalah seluar dengan pinggang tinggi. Seluar ini dengan potongan pinggang tinggi menjadikan ilusi bahawa kaki anda lebih panjang daripada yang asal. Untuk menjadikannya lebih asli, anda boleh menggabungkannya dengan t-shirt crop top.
Hijabi tak perlu risau sekiranya anda tidak mempunyai kaki sepanjang model, cukup dengan aplikasikan trik gaya ini. Anda akan kelihatan panjang dengan pilihan padanan yang tepat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fasa indah bergelar ibu buat Elfira Loy begitu dinikmati oleh wanita berusia 26 tahun ini. Bercerita tentang perkembangan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf. Si kecil ini kini sudah sudah berusia 1 tahun dan boleh berjalan serta berdiri.
“Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah fasanya bertambah umur di Instagram. Cuma anak saya ini kategori ‘baby’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar. Masanya pun banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko. Dia juga yang jenis ‘happy go lucky’ dan gemar tersenyum. Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra.
“Dia macam seolah-olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh sewenang wenangnya bercampur dengan orang ramai,” kata ibu muda ini.
Bergelar ibu ternyata membuatkan aktres genit Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa diri di musim pandemik COVID-19 ini. Pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.
Namun pastinya status diri menuntutnya untuk keluar melunaskan urusan kerja. Jadi sebagai wanita bertudung, soal pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan ketika keluar di rumah dan berada di tempat awam.
Elfira yang baru dilantik sebagai duta pelitup muka jenama Himaya untuk wanita bertudung percaya soal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi pemakaian ‘aksesori’ penting itu tidak wajar diambil mudah.
“Mendengar kes wabak COVID 19 ini meningkat saban hari, jujur buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasaan itu menjadi-jadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan.
“Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama-lama berada di luar.
“Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun akan dikompaun RM1000 jika tidak memakainya. Tapi kalau kita sama sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus,” katanya yang dilantik selama setahun mewakili jenama Himaya yang dikeluarkan oleh Anggun Kirana Sdn Bhd.
Kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini, baginya pelitup muka kini bukan hanya keperluan, ia juga seperti satu tanggungjawab yang sangat besar maknanya
“Suka atau tidak, kita kena biasakan norma baharu ini. Saya sedar pemakaian pelitup muka ini jika tidak kena materialnya boleh melemaskan dan memberi kesan kepada kulit muka. Jadi kena pilih yang bagus seperti Himaya.
“Kita kena sedar kegagalan kita memakai pelitup muka bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, tapi orang sekeliling juga. Belajarlah untuk terus membiasakannya demi kebaikan bersama. Kita jangan mementingkan diri sendiri. Sama sama beringat,” katanya yang turut memberi input termasuk pemilihan warna serta fabrik pelitup muka itu.
Memandangkan Himaya menyasarkan golongan bertudung, ia didatangkan dengan tali yang lembut dan boleh meregang di bahagian kepala, berbeza dengan kebanyakan pelitup muka yang menyediakan tali untuk dicangkukkan di bahagian telinga.
Pelitup muka premium Himaya didatangkan dengan dua warna iaitu Love Latte (coklat lembut) dan juga Soft Olive (Hijau Pastel) yang tentunya memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk memilih pelitup muka yang sesuai dengan penampilan mereka.
Untuk rekod, Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijab di tempat kerja kembali menjadi perhatian selepas dakwaan syarat memakai turban kepada pekerja wanita berhijab tular. Ustazah Asmak Husin tampil mengulas isu hak beragama dan diskriminasi pekerjaan.