Semua wanita mahukan kulit wajah yang cantik dan segar serta tampil awet muda sepanjang masa. Tetapi tahukah anda bahagian wajah yang manakah seringkali membuatkan penampilan kita tampak kusut dan kelihatan tua sebelum usia? Kesan penuaan yang paling ketara akan timbul adalah pada sekeliling kawasan mata.

Oleh itu, penggunaan krim di bawah mata adalah sangat digalakkan dan dicadangkan oleh pakar kecantikan. Ianya sangat penting untuk mengelakkan wajah anda kelihatan lesu dan tidak bermaya serta menghapuskan kesan lingkaran gelap dibawah mata.

Photo by Jeffrey Czum from Pexels

Antara kebaikan menggunakan krim mata:

Baiki tekstur di bahagian kawasan sekeliling mata.

  • Kulit menjadi lebih cantik dan halus.
  • Menghapuskan kesan kedutan dan garis halus (penuaan).
  • Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata.
  • Memberi penghidratan dan lembapan pada kulit di sekeliling kawasan mata.
  • Tiada lagi masalah kulit kusam atau keletihan yang tampil ketara pada wajah.

1. SK-ll R.N.A.POWER Eye Cream 

Krim mata ini mempunyai tekstur yang lembut dan tidak melekit, membantu untuk membantu mata anda kelihatan besar dan menarik dengan menghapuskan kedutan dan garis halus yang timbul pada kulit wajah. Menarik bukan seperti selebriti Korea. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

2. Neutrogena Hydro Boost Eye Gel Cream

IKLAN

Krim mata penghidratan ini cukup lembut untuk mata bawah anda dan mengandungi asid hyaluronik untuk menggebukan dan melembapkan kulit. Ia bertindak seperti span untuk menarik hidrasi dari lapisan kulit..

3. Kiehl’s Powerful-Strength Dark Circle Reducing Vitamin C Eye Serum

Krim mata vitamin C ini terbukti secara klinikal dapat mengurangkan penampilan lingkaran hitam hanya dalam 7 hari. Diformulasikan dengan 10% Vitamin C, Tri-Peptide dan Asid Hyaluronik Tulen, ia sangat sesuai diaplikasikan di bahagian kulit mata yang lembut.

4. Olay Eyes Brightening Eye Cream

IKLAN

Vitamin C, niacinamide, dan sifat pantulan cahaya dalam krim mata drug store ini menjadikannya penyelamat untuk lingkaran hitam, garis halus, dan kulit yang kelihatan kusam.

5. Aveeno Absolutely Ageless Eye Cream

Sekiranya anda mengalami kulit yang kendur atau licin di bahagian bawah mata, krim mata Aveeno pilihan yang tepat. Ia kaya dengan antioksidan dan vitamin bagi merangsang elastin pada kulit untuk membantu kulit dibahagian bawah mata kembali anjal dan bebas kedutan.

IKLAN

6. Dermalogica BioLumin-C Eye Serum

Serum bebas wangian Dermalogica ini terasa cukup ringan pada kulit sambil memberikan kelembapan. Kandungan vitamin C di dalam produk ini juga mengandungi peptida yang unik, jadi anda mendapat kekuatan anti-penuaan dua kali ganda.

HIJABISTA: Bahagian kulit bawah kata jika tidak dijaga akan membuatkan wajah seseorang itu kelihatan lebih tua daripada usianya yang sebenar. 

Sumber kredit: Top image:  Photo by Ismael Sanchez from Pexels

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI