Siapa yang selalu menonton rancangan Motif Viral pasti kenal dengan nama Syafa atau nama sebenarnya Syafawati Khairunnisa. Baru-baru ini, pengacara yang terkenal dengan telatah lucunya itu telah selamat bernikah dengan cinta hatinya yang bernama Rezza.
Mengidamkan majlis yang sederhana, segalanya serba serbi indah mengenai perkahwinannya apabila dihadiri kaum keluarga dan teman rapat yang semestinya hadir menyerikan majlis. Mari kita lihat foto indah perkahwinan mereka.
Segala persiapan dilakukan sendiri (DIY) oleh keluarganya sendiri daripada pelamin hinggalah ke cenderahati buat tetamu.
Sedar tak sedar dah bergelar anak dara puteri-puteri kesayangan Yatie Sendayu Tinggi ni. Semakin cantik dan manis persis ibu mereka. Pandai bergaya pula tu!
Ke mana tumpahya kuah, kan? Sudah tentulah anak-anak pun terinspirasi dengan ibu mereka yang hebat dalam penampilan dan solekan.
Kakak sulung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya bersama suami tercinta, Mohamad Zaidi.
Dua anak kesayangan mereka itu ialah Noor Uzma Raisah yang kini berusia 16 tahun dan Noor Aleya Baheerah, 13 tahun.
Yatie sering berkongsi foto OOTD bersama Uzma dan Aleya di Instagram miliknya.
Sekilas pandang macam kakak dan adik pula. Memang awet muda betul Yatie walaupun usianya hampir mencecah 40 tahun.
Memiliki fizikal yang kurus dan tinggi turut memberi kelebihan kepada ibu dan anak ini untuk tampil menawan dalam persalinan kurung moden polos.
Menjengah ke ruangan komen selain terpesona dengan keindahan koleksi tudung raya yang digayakan, rata-rata pengikut Yatie memuji kecantikan Yatie serta anak-anak daranya itu.
“Sorang muka bapa, sorang muka Mak….Dah besar,mkin cantik..Tengok la ibu diaorg,mantain cantik.”
“Cantik 3 beranak ni”
Malah, mereka turut mendoakan agar Uzma dan Aleya menjadi anak-anak yang solehah.
“MasyaAllah tabarakallah. Semoga menjadi anak-anak solehah. Berjaya dunia Akhirat”
Yatie turut mengimbau semula di mana semasa anak-anaknya masih kecil dialah yang sering menggayakan Uzma dan Aleya.
“Dulu kecik-kecik maknya la yang gayakan berdua ni @uzmaleya & @aleya_baheerah. Dah besar ni mana mau nya. Diorang cuma share scarf je dengan Kak Yatie.”
Untuk info selain menguruskan Sendayu Tinggi, Yatie turut memiliki rangkaian perniagaannya sendiri iaitu The Hijab Co dan The Skin & Co.
Pemilik nama penuh Noor Hayati Kamarzaman ini mewarisi minat dan bakat berniaga sama seperti ibunya, Rozita Ibrahim yang merupakan usahawan tersohor di Malaysia.
Kredit Foto: Instagram Yatie Sendayu Tinggi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih ibu juga tiada penghujungnya. Akan terus berkekalan walaupun maut memisahkan. Bagi selebriti Linda Rafar yang kehilangan arwah ibunya, Allahyarham Rasimah Abd Rahman awal tahun ini mengakui sukar untuknya melupakan momen terakhir mereka bersama sementelah pelbagai kontroversi yang melanda.
Linda memberitahu hubungan dia dan ibunya memang sangat rapat. Sejak pembabitannya dalam kumpulan Elite lagi sehinggalah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Jadi apabila ibunya meninggal dunia memberi satu tamparan hebat buat Linda. Biarpun pahit untuk menerima, momen terakhir bersama ibunya akan terus dikenang hingga ke akhir hayatnya.
“Linda memang tak putus menjaga emak sepanjang emak 90 hari berada di hospital. Linda memang tidak putus-putus mendoakan diri emak dan sentiasa mengajarnya mengucap khalimah syahadah. Dan ketika emak dibawa balik ke rumah (setelah sihat sedikit), kami sempat membuat kenduri doa selamat.
“Waktu inilah Linda luangkan masa terakhir bersamanya. Linda lap mukanya dan ketika itu ada yang perasan wajak emak kelihatan berseri-seri seperti bermekap. Linda cake hanya lap mukanya sahaja.
“Linda juga turut mandikan arwah bersih-bersih, pakaikan baju putih, seluar putih malah cadar tempat emak tidur pun Linda tukar putih. Siapa sangka itu layanan terakhir Linda pada arwah,” jelas Linda yang memberitahu ibunya diserang sesak nafas sebelum di bawa ke hospital.
Menurut Linda ketika ambulan sampai di rumah, Linda dapat melihat wajah ibunya buat kali terakhir ketika itu dan dia sempat menciumnya dan ajar mengucap. Itulah saat-saat terakhir ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Walaupun sedih, tetapi Linda gembira di saat-sat akhirnya itu dapat berbakti dan memberi layanan terbaik untuk arwah emak. Dan apa yang Linda lakukan sekarang adalah untuk menuntut hak dan keadilan buat arwah emak.
“Sebelum meninggal arwah memang tahu kes viral berkenaan dan menyuruh Linda hanya bersabar. Katanya lagi biarlah tiada layanan istimewa diterima. Linda akui cukup trauma menghadapi situasi ini. Linda juga sebenarnya turut mengalami depresi rentetan dari kes itu hinggalah emak meninggal dunia.
“Bila emak meninggal, memang Linda berada dalam keadaan yang cukup tertekan. Depress yang Linda alami menyebabkan Linda tak boleh jumpa orang, tak boleh kerja. Bukan itu sahaja, Linda jadi tidak boleh tidur dan cakap sorang-sorang.
“Ada kalanya Linda pergi kubur cakap dengan emak di sana dan memang sukar untuk Linda gambarkan situasi sebenar. Seolah-olah memang Linda tak dapat menggembirakan emak saat akhir (merujuk pada kes viral berkenaan),” tambah Linda ketika ditemui dalam satu sidang akbar di Shah Alam semalam.
Menurut Linda ramai yang menghentam dirinya rentetan satu kisah viral membabitkan dirinya dengan jururawat di sebuah hospital. Namun sebenarnya ramai tidak mengetahui kejadian sebenar.
“Sebenarnya emak Linda digigit serangga ketika di rumah Diana di bahagian tangan hingga menyebabkan jadi bengkak. Kami sudah cuba bawa emak ke hospital swasta tetapi kes emak tidak diterima dan menyuruh Linda merujuk ke hospital kerajaan berdekatan.
“Sepanjang emak menerima rawatan di sana, memang layanan daripada kakitangan semuanya baik. Malah mereka juga turut mengambil gambar bersama Linda dan keluarga untuk diabadikan kenangan.
“Linda layan mereka seperti biasa sehinggalah terjadinya kes viral berkenaan. Jadi apabila emak meninggal dalam keadaan kes berkenaan tidak selesai buat Linda jadi sedih,” ceritanya yang perlu membuat tuntutan saman adalah untuk mempertahankan hak emaknya dari terus menjadi kecaman netizen.
“Linda bukanlah jenis nak cari gaduh. Kalau lihat rekod sebelum inipun memang Linda tiada masalah dengan orang.
“Tapi kali ini Linda perlu lakukan kerana mahu menuntut keadilan untuk arwah emaknya. Linda tak menyesal lakukan ini sebab Linda pertahankan hak emak. Linda tidak mahu arwah terus menjadi mangsa buli siber hingga boleh menjatuhkan maruah seseorang.
“Inilah masanya Linda sebagai anak menolong arwah walaupun dia sudah tiada. Mungkin dengan cara ini akan membuatkan nasib keluarga lain yang menerima nasib sama akan terbela.
“Memang Linda akui kes berkenaan sangat memberi tamparan hebat buat kami sekeluarga. Bayangkan bukan sahaja Linda, tetapi ahli keluarga lain turut terkena tempiasnya misalnya bisnes keluaga jatuh teruk,” tambah Linda yang mendapat sokongan adik beradiknya berdepan kes berkenaan.
Dalam sidang akhbar semalam Linda telah memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang menulis komen keterlaluan hingga memburukkan diri dan keluarganya berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam pada Disember lalu.
Linda, 41 tahun, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar menuntut individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan.
Linda menerusi wakil peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates berkata, notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula tarikh semalam.
Baru-baru ini, penyampai radio popular, Feeya Iskandar atau Cik Piah telah dimasukkan ke unit Penjagaan Kritikal (CCU). Berkongsi keadaannya sekarang yang semakin pulih, Cik Piah juga sempat menulis di Instagram mengenai pengalamannya sepanjang berada di wad berkenaan.
ini antara pengalaman yg tak dpt di lupakan.kena duk wad ccu okey.di sebabkan sesak nafas.pada mula nya g klinik sbb cikpiah kena gegata satu badan,bayangkan lah gatal nya mcm mana kan?allergic sbb salah makan ke apa.so mintak doc inject,lepas tu mmg hilang terus gegata tu tapi tup2 lepas tu kepala terus pusing2.rasa nk pitam.terus rasa susah nk bernafas.terpikir waktu tu sebelum nk g inject tu mmg x smpt bfast.perut kosong.mungkin jgak tindak balas ubat tu kot.terus lah husband bawak g hospital sampai2 check2 pulak tekanan darah rendah.tapi bila dia kasi neb tu lega rasa nya.oksigen waktu tu pun rendah.so kena lah duk ccu.jadi jgn lah memain dengan benda2 mcm ni.punca nya sikit je nk hilangkan gatal tapi sudahnya mendapat ko duduk ccu.jadi desas desus yg kata cikpiah pregnant lagi tu.dan ucapakan tahniah.anda silap.jgn membuat sebarang spekulasi tanpa anda ketahui keadaan sebenar ye.tak pasti jgn kongsi?? terima kasih yg mendoakan sy.
Alhamdulillah kesihatan Cik Piah sudah berada di keadaan yang baik sekarang. Hijabi kena ambil nasihat Cik Piah ini tau. Jangan main-main dengan soal kesihatan. Hijabista doakan agar Cik Piah sihat selalu sebab pastinya banyak peminat yang sedih kan kalau Cik Piah tak ke udara. Tak gitu?