Menara Kuala Lumpur City Centre (KLCC) merupakan mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia dan sering menjadi lokasi tumpuan pelancong. Menara berkembar juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia.
Mercu tanda paling ikonik di Malaysia ini tiada tandingannya. Pelancong asing yang datang ke Malaysia akan terpesona dengan cahaya lampu yang menyinari di waktu malam. Memang terpesona!
Hijabi Berani ‘Panjat’ Puncak Menara KLCC
Menara setinggi 88 tingkat ini, baru-baru ini, tular satu video dimuat naik oleh seorang jurugambar di laman TikTok miliknya (@siva_wwc6) menunjukkan keberanian seorang pekerja wanita yang digelar sebagai ‘Iron Lady’ memanjat puncak Menara Berkembar KLCC.
Lengkap dengan alat keselamatan, di dalam video itu kelihatan Normalia Sidek yang digelar ‘Iron Lady’ oleh warga maya. Memilih kerjaya yang berisiko di dunia, dia tanpa teragak-agak memanjat keluar dari mercu tanda. Wanita labah-labah atau ‘iron lady’, difahamkan bertugaskan untuk melakukan kerja yang agak mencabar iaitu menukar lampu dan memastikan cahaya lampu bangunan setinggi 451.9 meter terus menyala.
Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.6 juta tontonan dalam tempoh kurang dari 24 jam ia dimuat naik sejak 31 Oktober. Memang tabik betul dengan ‘Iron Lady’ ini. Dia siap boleh lambai dan senyum melihat kamera ya!
Ads
Tabik Keberanian ‘Iron Lady’ Dikagumi Ramai
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengagumi keberanian wanita ini melakukan tugas yang agak mencabar itu. Ramai yang berpeluh dan gementar melihat aksi wanita itu di dalam video tersebut.
“Berjalan di atas lantai kaca di Menara Kuala Lumpur pun sudah gayat, ini kan pula berada di luar bangunan setinggi 88 tingkat.”
“Omg..selamatlah dia. Ramai orang mengeluh kerana tidak mempunyai pekerjaan atau mengeluh tentang pekerjaan mereka. Lihatlah wanita ini. Hanya melakukan apa yang dia boleh. tabik padanya!”
Selain kagum dengan keberanian ‘iron lady’, rakyat Malaysia mendoakan keselamatan hijabi ini sepanjang menjalankan tugasan berat ini.
“Ya Allah Engkau selamatkan mereka dalam pencarian rezeki yg halal.. jagalah hati mereka.. aamii”
Ads
“Allahu Akbar! tengok pun dh ketaq kpala lutut oiii,mcm nk putuih nyawa nengoknyaa…Allahu Akbar…Hanya mampu doakn yg terbaik utk dia…memang berani dan seorang wanita yg hebat!!! Terbaik”
“Hormat! Semoga Allah melindungi dan memberkati semua pekerja dalam kerja mereka.”
Terus sukses
Tiada kata yang dapat diungkapkan lagi, sedang ramai yang memilih pekerjaan dan merungut masih tidak bekerja, namun hijabi ini pasti mempunyai cabaran dalam memastikan tugasannya diselesaikan dengan jaya. Memilih menjadi juruteknik akses tali yang tersenarai, rakyat Malayisia titip pesanan agar terus sukses!
“Hebat! Rakyat Malaysia memang hebat,semoga kalian berjaya Dunia Dan Akhirat serta sentiasa dlm lindungan Allah swt..AMinn!”
“Cemerlang! Berani..seorang wanita yang menjadi role model, jaga diri dan kekal dengan alat keselamatan.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: TIKTOK @siva_wwc6
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pada asasnya, kita tidak boleh menentukan dengan khusus atau mengatakan seseorang itu mati syahid kecuali mereka yang telah dipersaksikan oleh Rasulullah S.A.W atau yang telah disepakati oleh umat atas kesyahidannya.
Hal ini kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid atau sebaliknya. Sebelum itu, perlu difahami bahawa syahid itu terbahagi kepada tiga jenis mengikut pandangan jumhur ulama’, iaitu seperti berikut:
Pertama: Syahid Dunia dan Akhirat
Iaitu orang-orang beriman yang ikhlas berjuang di jalan Allah untuk meninggikan syiar agama dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata serta mati di medan peperangan. Mereka tidak lagi berada dalam keadaan hayahmustaqirrah (masih hidup) sebelum berakhirnya peperangan dengan golongan musyrikin (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/164; Al-Iqna’, 1/414-415).
Sumber: Gala jabar.com
Dia dianggap syahid akhirat kerana di sisi Allah mereka mendapat pahala syahid dan dianggap sebagai syahid dunia kerana mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan. Bahkan mereka ditanam secara terus bersama dengan darah dan pakaian mereka. (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/164; Al-Iqna’, 1/414). Hal ini berdasarkan hadis daripada Saidina Jabir R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:
Maksudnya: “Nabi SAW pernah menghimpunkan dua lelaki dari mereka yang telah dibunuh di (peperangan) Uhud seraya baginda bertanya kepada mereka siapakah antara mereka yang mempelajari lebih banyak Al-Qur’an? Dan ketika salah seorang dari mereka ditunjuk, baginda mengarahkannya agar diletakkannya di lahad (kubur) terlebih dahulu. Baginda bersabda “saya saksi ke atas mereka.” Maka baginda memerintahkan supaya mereka dikebumikan dengan darah mereka, tidak boleh disolatkan, dan mereka tidak boleh dimandikan”.
Riwayat al-Bukhari (1347)
Kedua: Syahid Dunia
Sesiapa yang meninggal dunia kerana berperang di jalan Allah tetapi dalam masa yang sama melakukan mawani’ al-syahadah (perkara yang menghalang daripada mendapatkan syahid) seperti berjuang di jalan Allah kerana inginkan ghanimah (harta rampasan) semata-mata, atau berjuang untuk dikatakan berani, atau untuk mendapatkan kedudukan di sisi manusia atau seumpamanya (dengan tujuan keduniaan), maka dia dianggap syahid dunia iaitu tidak disolatkan, dikafakankan dan dimandikan. Sementara itu dia tidak dianggap sebagai syahid akhirat iaitu tidak mendapat pahala syahid yang sempurna dan urusannya di akhirat adalah antara dia dengan Allah S.W.T. (Rujuk: Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14).
Ketiga: Syahid Akhirat
Pelajar dan warden, Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Adapun syahid akhirat ialah selain daripada golongan yang telah disebutkan di atas, iaitu sesiapa yang syahid bukan di medan peperangan akan tetapi disebutkan dalam hadis dengan istilah syahid. Contohnya seperti orang yang meninggal dunia kerana penyakit perut, taun, ditimpa runtuhan bangunan dan lain-lain sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis sebagai syahid. Mereka dikurniakan dengan pahala dan ganjaran sebagai orang yang syahid di akhirat tetapi ganjarannya tidak sama dengan golongan yang pertama (syahid dunia dan akhirat). Adapun hukumnya di dunia adalah sama seperti kebiasaan orang yang meninggal dunia iaitu wajib dimandikan, dikafankan dan disolatkan. (Rujuk: Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14).
Kelebihan mati syahid
Penyanyi Siti Sarah Raissudin meniggal dunia setelah melahirkan anak ke 4 dan menhidap penyakit wabak covid-19.
Maksudnya: “Dan barangsiapa berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan kami berikan pahala yang besar kepadanya.”
(Surah An-Nisa’: 74)
Daripada Miqdam bin Ma’dikarib, Sabda Rasulullah SAW:
للشهيد عند الله ست خصال: يُغفر له في أول دَفعة ويَرى مقعده من الجنة، ويجار من عذاب القبر، ويأمن من الفزع الأكبرِ، ويوضع على رأسه تاج الوقار؛ الياقوتة منها خير من الدنيا وما فيها، ويزوج اثنتين وسبعين زوجة من الحورِ العِين، ويشفّع في سبعين من أقاربه
Maksudnya: “Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu: 1) Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, 2) melihat tempatnya didalam syurga, 3) dilindungi dari azab kubur, 4) terjamin keamanannya dari malapetaka besar merasakan kemanisan iman, 5) dikahwinkan dengan bidadari, 6) diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”.
Syarat-syarat untuk mendapatkan syahid
KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kru disahkan tenggelam selepas ia dilaporkan hilang.
Telah dinukilkan daripada Imam al-Subki bahawa untuk mendapatkan ganjaran syahid, seseorang itu hendaklah menepati syarat-syarat berikut iaitu: sabar, ikhlas mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata dan tidak melarikan diri daripada medan perang serta tidak melakukan mawani’ al-syahadah (perkara-perkara yang boleh menghalang daripada mendapatkan ganjaran syahid) seperti mengambil ghanimah (harta rampasan) perang orang lain, ada menanggung hutang manusia serta mencerobohi hak manusia yang lain. Antara contoh lain (yang menghalang daripada mendapatkan syahid) ialah seseorang yang mati dalam keadaan melakukan perbuatan maksiat contohnya orang yang memasuki sesebuah rumah untuk mencurinya lalu dia mati kerana ditimpa runtuhan rumah tersebut atau seorang wanita yang mati ketika melahirkan anak yang dikandung hasil daripada perzinaan. (Rujuk: Fatawa al-Subki fi Furu’ al-Syafie, 3/314-318).
Justeru, seseorang yang meninggal dunia dianggap syahid dan mendapat ganjaran syahid di sisi Allah S.W.T di akhirat kelak sekiranya dia menepati semua syarat-syarat yang disebutkan di atas. Adapun sekiranya dia melakukan salah satu daripada perkara yang dilarang tersebut, maka dia terhalang daripada mendapatkan ganjaran yang sempurna serta kelebihan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada orang yang syahid di akhirat kelak.
10 Golongan yang Mati Syahid
Runtuhan Bangunan Island Tower di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993
Terdapat hadis-hadis lain menyesebutkan golongan mati syahid, secara ringkasnya, menurusi portal Pejabat Mufti Wilayah simpulkan beberapa golongan yang diberi pahala syahid akhirat berdasarkan banyaknya hadis sahih yang menyebutkan sebab-sebab kesyahidan (tersebut) serta ia merupakan ciri-ciri yang masyhur dalam kalangan para ulama’, antaranya seperti berikut:
Orang yang mati kerana penyakit berjangkit.
Orang yang mati kerana penyakit perut.
Orang yang mati lemas.
Orang yang mati dihempap bangunan.
Orang yang mati kerana kebakaran.
Orang yang mati kerana dizalimi.
Orang yang mati kerana berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim.
Orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu.
Wanita yang mati ketika bersalin.
Orang yang mati kerana mempertahankan agamanya, nyawanya, hartanya dan keluarganya. (Rujuk:Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 13/62-63; Fath al-Bari, 6/51-52)
Sesungguhnya kita semua mengimpikan mati yang dicemburi umat lain, berdoalah agar diberikan kematian husnul khotimah dan syahid ke jalan yang diredhaiNya. Semuanya atas keredhaan dan ketentuan Allah s.w.t. Disamping itu masih belum terlambat untuk kita didik diri menjadi ummah yang berkualiti.
SUMBER: Mufti Wilayah Perseketuan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seorang pakar penjagaan kulit telah mendedahkan satu peraturan mudah yang menurutnya dapat mengubah penampilan kulit anda sepenuhnya.
Nayamka Roberts-Smith, ahli estetik yang berpusat di Los Angeles, mengejutkan di laman Twitter tentang apa yang dia sebut sebagai ‘aturan 60 saat’ penggodam kecantikan yang sangat mudah, tetapi berkesan yang hanya melibatkan mencuci muka selama satu minit penuh pada akhiran setiap hari.
Menurut Nayamka, yang mengicap di bawah nama pengguna @LaBeautyologist, peretasan itu membolehkan ‘bahan-bahan dalam pembersih dapat berfungsi’, menjadikan produk apa pun yang jauh lebih berkesan daripada yang akan digunakan ketika digunakan hanya selama 15 saat masa yang kebanyakan individu menghabiskan masa mencuci wajah mereka.
Bolehkah 60 saat membuat perbezaan besar?
Jawapan ringkasnya ialah YA! Helah kecil ini semestinya menjadikan pembersihan lebih berkesan. Bahan aktif produk pembersih menyerap dengan lebih baik dan kotoran dan solekan dikeluarkan. Tidak akan lama sehingga anda mula melihat kulit menjadi lebih halus dan lembut.
Walaupun minit pembersihan terasa seperti lama, anda mula lebih fokus pada ritual pembersihan dan mengurut dengan lebih mendalam. Walaupun di tempat-tempat yang sering anda tergesa-gesa, seperti lubang hidung, di bawah dagu atau pelipis, anda akan mendapati diri anda meluangkan masa dan memberikan perhatian yang sama.
Dalam kehidupan kita yang sibuk, di mana mencuci muka mungkin dilakukan dengan tergesa-gesa, bahkan sebagai renungan semasa mandi, peretasan kecantikan untuk mencuci selama 60 saat adalah petunjuk yang baik,” kata ahli dermatologi. Bagi memastikan bahawa pembersih digunakan dan benar-benar disapu ke kulit selama satu minit sebelum dibasuh.
Tetapi mengapa ini berkesan?
Urutan 60 saat merangsang peredaran darah yang seterusnya menjadikan muka bercahaya, bersinar dan sihat. Tetapi bagaimana dengan kekotoran seperti jerawat? Menurut pakar, muslihat 60 saat tidak boleh memberi kesan keajaiban pada kulit yang tidak bersih. Walaupun rutin yang dipanjang untuk hilangkan kotoran dan sebum, hormon tidak dapat dihanyutkan. Dan kerana hormon biasanya merupakan penyebab utama kulit bermasalah, anda tidak akan tiba-tiba mempunyai kulit yang paling jelas.
Tidak semua jenis kulit dibuat sama, dan penting untuk diingat semasa mengatur masa pembersihan. Anda yang mengalami jerawat, misalnya, mungkin mendapat manfaat daripada mengikuti peraturan 60 saat. Mereka yang berjerawat umumnya akan mendapat manfaat dari mencuci selama beberapa minit kerana ia akan membantu pengelupasan pori-pori yang tersumbat, membersihkan pori-pori, dan membersihkan lebihan minyak dan serpihan pada kulit,” kata pakar.
Langkah Terbaik: Cara 60 saat adalah cara terbaik untuk lebih berhati-hati dalam ritual penjagaan kulit harian anda. Muka anda akan dicuci dengan lebih teliti dan anda akan mempunyai kemungkinan liang tersumbat.
Petua dalaman: Pastikan anda menggunakan pembersih ringan. Apa-apa yang sangat keras akan mengeringkan kulit anda dengan cepat.
Pembersihan selama 60 saat, terutama menggunakan pembersih minyak atau balsem, membantu melembutkan kulit, membersihkan pori-pori, dan membersihkan semua pencemaran, solekan dan peluh.
Penghadang kulit selalu berfungsi untuk melindungi wajah anda dari bahan kimia, bahan dalam produk, dan memastikan bahan pencemar tidak masuk. Pembersih cahaya membantu menghilangkan kulit mati, tanpa mengganggu perlindungan yang diletakkan oleh badan anda secara naluriah.
Seperti cadangan penjagaan kulit yang lain, perhatikan bagaimana reaksi kulit anda pada masa ini. Sekiranya kulit terasa ketat atau tegang setelah pembersihan, itu mungkin merupakan tanda bahawa 60 saat terlalu lama.
Peranti penjagaan kulit yang luar biasa untuk rawatan yang disesuaikan untuk anda. Digambarkan sebagai ‘alat pencuci muka paling cerdas di dunia’, produk luar biasa ini menggunakan teknologi Bluetooth untuk merawat kulit anda melalui aplikasi mudah alih. Simpan data kulit yang diperibadikan ke profil anda untuk rawatan yang sesuai dengan keperluan anda, sama ada anda mempunyai kulit kering, berminyak, normal atau kombinasi. Luar biasa!
Sponge silikon pengelupasan kecil untuk membersihkan kulit dengan lembut setiap hari dan membantu membersihkan kulit dengan semua jenis pembersih muka dan meningkatkan penghapusan sel dan kekotoran kulit mati. Bulu silikon yang mengurut membantu mengelupas kulit anda dengan lembut. Sangat praktikal, cawan penghisapnya bermaksud anda boleh melekatkannya di semua permukaan bilik mandi.
Rolling wajah telah menjadi ritual kecantikan sejak zaman kuno di China, sejak abad ke-7. Secara fizikal, ia membantu menegangkan kulit dengan urutan lembut serta menyokong sistem limfa, sistem detoksifikasi utama badan. Secara metafizik, kuarza mawar sesuai dengan cakra jantung. Salah satu batu penyembuhan yang paling cantik di alam, ia membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan dalam badan, menenangkan kulit yang bersih dan halus.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap wanita yang meninggalkan puasa wajib qada’ puasa tersebut sebelum bermulanya Ramadan yang akan datang. Atas alasan tertentu, anda tidak sempat menghabiskan qada’ puasa dan masih ada beberapa hari lagi yang tinggal.
Sekiranya hal ini terjadi, anda perlulah membayar fidyah. Apa itu fidyah? Fidyah merupakan denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti bulan Ramadan.
Hukum membayar fidyah adalah wajib dan ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya ia tidak dibayar, ia ibarat satu hutang kepada Allah Taala. Jadi, jangan memandang ringan hal ini ya hijabi. Ia mudah sahaja jika anda faham konsepnya.
Hukum Fidyah Puasa
Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :
(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa). – al-Baqarah: 184
Golongan Yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa
Sebelum mahu membayar fidyah jika tidak sempat menggantikan puasa terdahulu, ada perkara yang perlu kita fahami dengan jelas kerana bukan semua boleh diselesaikan dengan membayar fidyah, malah puasa tetap wajib diganti juga.
Berikut adalah kategori golongan yang boleh membayar fidyah.
1. Mereka yang tidak dapat ganti puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua.Fidyahnya adalah satu cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan disamping ganti puasa bagi setahun tertinggal.
Kalau tidak diganti sehingga tiba dua Ramadan, maka dikenakan dua cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh.
3. Orang yang terlalu tua dan tidak terdaya untuk berpuasa.
4. Fidyah orang yang meninggal dunia.
Orang yang ada ganti puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. Maka fidyah tersebut perlud dibuat oleh keluarga si mati atau diambil daripada harta pusakanya.
5. Perempuan yang mengandung dan menyusukan anak
Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anaknya perlu ganti puasa dan membayar fidyah secupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya.
Tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya, dia hanya wajib ganti puasanya.
Kadar Fidyah Puasa
Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Di Mana Boleh Bayar Fidyah?
Fidyah boleh dibayar secara terus kepada fakir miskin atau menerusi Pejabat Zakat atau Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk memudahkan anda, bayaran fidyah juga boleh dibayar secara online melalui e-zakat atau mengikut bank tertentu.
Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Cara Bayar Fidyah
1. Tetapkan Negeri Anda
Kadar bayaran fidyah berbeza mengikut harga yang telah ditetapkan oleh sesebuah negeri. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras. Kebiasaannya, kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah secupak beras dan nilai secupak beras itu akan ditukar dalam bentuk Ringgit Malaysia.
2. Buat Kiraan
Contohnya seperti Lembaga Zakat Selangor, satu hari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan RM1.80. Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Jadi, sekiranya seseorang itu meninggalkan puasa selama 3 hari, maka kadar fidyahnya adalah:
RM1.80 (1 cupak) x 3 hari = RM5.40
3. Buat Bayaran
Bayar fidyah secara tunai– Boleh dilakukan di pejabat agama atau pejabat zakat negeri atau melalui wang pos.
Bayar fidyah secara online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri, Maybank2U.
Foto: Laman Web Lembaga Zakat Selangor
Ini caranya jika anda mahu bayar menggunakan Maybank2U:
Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’
2. Klik ‘Zakat & Charity’
3. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Negeri masing-masing
5. Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar. Selesai!
Tetapi, ia bergantung juga kepada jenis bank atau negeri. Kemungkinan sesetengah negeri tidak mengaktifkan akaun mereka untuk membayar fidyah online.
6. Boleh juga guna Kalkulator Fidyah di laman web Lembaga Zakat Selangor.
Dah, jangan tangguhkan lagi bayaran fidyah. Sila bayar sekarang sebelum anda terlupa. Ingat, jika anda tidak membayar fidyah, ibarat anda berhutang dengan Allah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Masha-Allah, rezeki memang tak salah alamat. Kita yang melihatnya pun turut merasa gembira dan bersyukur.Rezeki Syifa Melvin yang berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci...