Vokal masih berbisa dan persembahan mantap, rata-rata seramai hampir 3000 penonton konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre ramai yang berpuas hati dan terhibur.
Konsert yang berlangsung hampir selama 3 jam itu menampilkan lagu-lagu hits Ziana dan Anuar seperti puncak kasih, terlerai kasih, anggapan mu, lelaki ini, keabadian cinta, lara dan banyak lagi.
Persediaan awal sebelum konsert
Buat julung kalinya persembahan duo adik beradik ini, hadiah untuk peminat setia mereka. Namun untuk melaksanakannya bukan mudah, di usia 50an ini mereka berdua perlukan tenaga dalaman dan persediaan awal yang memnatapkan persembahan malam tadi.
Cukup ringkas dan outstanding, Ziana Zain mengenakan busana dari Amaze
Ziana yang mendedahkan pada usianya yang hampir 54 ini mendendangkan lagu-lagu yang tinggi nota perlukan tenaga. Beberapa bulan sebelum berlangsungnya konsert ini, dia menjalani rutin sihat seperti ‘brisk walk’ sepanjang 6km setiap hari. Sedia maklum Ziana pernah menjalani pembedahan bariatik atas sebab kesihatan.
Busana serba mewah ini, direka khas oleh pereka terkenal Rizman Ruzaini.
“Alhamdulilah energy level lain, kita punya nafas pun lain, kita punya hold note agak lama..” ujarnya perubahan yang Ziana rasai selepas merawat penyakit gastriknya.
Ya! Bukan mudah untuk mencapai tahap ini, di akhir persembahan mereka satu pengumuman yang mengembirakan rakyat Singapura, di mana konsert Anuar Zain & Ziana Zain in Singapura akan berlansung tidak lama lagi pada 24 September 2022. Bagi warga Singapura jangan lupa dapatkan menyaksikan persembahan mereka, pasti tidak rugi!
Tak kurang hebat juga Hatta Dolmat mereka suit yang penuh glamor untuk Anuar Zain dalam persalinan ke dua
Selain menjalani latihan fizikal Anuar Zain juga menyokong bahawa untuk menghadapi konsert ini bukan sahaja persediaan fizikal, malah perlu adanya persedian mental. Mengakui pekara tersebut bukan satu hal yang mudah, Ziana berharap mereka tidak aspek tenaga yang diberi seperti 20 tahun yang lepas, apatah lagi kedua-keduanya sudah mengjangkau usia setengah abad.
Ads
Jika Ziana sendiri tdak akan memikirkan hal-hal kecil yang berbangkit di sekeliling, manakala Anuar pula lebih fokus dan mengawal mental dan perasaan. Pernah mengalami maslah kesihatan selepas jangkitan covid, dengan adanya sokongan keluarga, pihak pengurusan dan peminat dia perlu kuat melawan segala kelemahan emosi.
Apalah maknanya konsert ini tanpa sokongan kedua tunjang kerjaya seni mereka. Kehadiran kedua ibu bapa mereka pada malam konsert menyuntik semangat Ziana dan Anuar membuat persembahan, malah kedua cahaya mata Ziana buat pertama kali menyaksikan persembahan ini buat sekian lamanya.
Kelihatan rakan selebriti juga turut hadir memberi tanda sokongan, diantara mereka Scha Al Yahya, Awal Shaari, Misha Omar, Farah Fauzana, Erny Zakery, Syamel, Shuib dan ramai lagi. Gandingan dua beradik itu menghiburkan dengan persembhan lebih 20 buah lagu popular masing-masing.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Benar, rezeki, jodoh, ajal maut itu semuanya urusan Tuhan. Siapalah kita untuk menolak qadar dan qadar Tuhan. Kadang-kadang kita sebagai hamba-Nya berpeluang haya sementara mengecapi kebahagiaan. Dan semua yang ada dalam dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Seperti perkongsian lelaki ini yang memberitahu hanya sempat 3 bulan bergelar bapa mertua sebelum menantu kesayangan, Farah Najwa Zakaria dijemput Illahi.
Menulis perkongsian di laman facebooknya, Shastri Rathi nyata coretan bagaimana menceritakan perkenalan anaknya itu dengan menantu begitu menyentuh hati.
Biarpun kasih dan sayang sekalipun pada menantunya itu, tetapi Tuhan lebih menyayangi dirinya. Dijemput Illahi akibat demam panas setelah hanya sempat mengecap gelaran isteri untuk beberapa bulan sahaja.
Biasanya suami yang akan menulis coretan sedih begini, tetapi lelaki ini yang juga bapa mertuanya meluahkan apa yang dirasakan dalam dirinya.
Jodoh, Rezeki, Ajal….ketetapan yg ditulis Allah swt.Manusia hanya mampu merancang dan menerima seadanya ketentuan yg tersirat
Akad nikah pada Jumaat 26/10/2018 berjalan lancar. Alhamdulillah…Anak ku bergelar ‘Suami’ dan aku dapat pangkat ‘Bapa Mertua’ Persandingan belah Perempuan di Kem Sg Besi keesokan harinya juga berjalan lancar. Meriah majlis anjurannya berteraskan budaya Melayu Dgn berbaju Melayu bersisipkan sebilah Keris, anakku mengiringi Isterinya ke Pelamin. Betapa gembiranya Hati ini bila menyaksikan kebahagiaan pasangan Pengantin. Alhamdulillah, bertambah sorang lagi keluarga aku’ bisik hati kecil ini Sekarang ada kurang 3 bulan sebelum berlangsung persandingan belah lelaki.
Pada Sabtu 05/01/2019, berlangsunglah persandingan pihak lelaki di Taman Melawati. Perancangan rapi telah kami uruskan dgn harapan agar semua Tetamu2 yg dijemput akan bergembira dan menyaksikan bertemunya Jodoh anak Sulung ku Amirul Licap dgn pasangannya Farah Najwa Bte Zakaria. Percintaan yg berputik dizaman persekolahan SEMASHUR 10 tahun akan sempurna dgn langkah Akad & Bersanding.
Alhamdulillah….sebagai seorang Ayah…ini yg diimpikan. Kebahagiaan berkekalan dan penerusan Warisan. Gembira hati ini bila melihat sumbangan Usaha pasangan, saudara mara, kawan2 utk memastikan kesempurnaan Majlis.
Khusus pada Birasku Mus sekeluarga dan Khai sekeluarga…terima kasih banyak atas segala sumbangan, pertolongan, bantuan dan juga masa bersama. Tidak lupa juga pada adik beradik pengantin perempuan dan sahabat2 mereka dari SEMASHUR yg turut menyumbang usaha & tenaga. Pada Event Planner dari Azzuieena Villa Bunglow terima kasih atas kerjasama padu kalian hingga tiada cacat cela perjalanan majlis dari mata kami.Terima Kasih yg x terhingga dari kami pihak keluarga..semoga Allah jua yg membalas budi kalian.
Dimalam persandingan ini, berjumpa semula saudara mara yg dah lama x bersua, kenalan2 dari tempat aku membesar dahulu di Ulu Tiram, kawan sekolah SJI 85, sahabat2 dari KDU, kenalan dari tempat keja MAS. Alhamdulillah, sebak dan terharu bila berjumpa kembali selepas hampir 40 tahun x berjumpa. Kenalan dari MAS yg ku kenali dari 1994 juga hadir meramaikan majlis. Kami gembira dan bersyukur atas kehadiran mereka
Pengantin berdua kami syorkan duduk serumah dgn kami selepas berkahwin. Syarat kami hanyalah….seminggu dirumah kami dan seminggu dirumah Besan di Ampang. Selamat Datang Wawa Kami teruja dgn kehadiran ‘Anak Perempuan’ di teratak kami Gelak tawanya, masakan yg dihidangkan nya, celotehnya, kemesraan pengantin berdua dan keakrabannya dgn isteriku amat mendamaikan sanubari ini. Ku lihat anakku gembira sekali. Anak lelaki ku yg sorang lagi juga gembira dgn kehadiran ‘Kakak’. Isteriku dah ada ‘Geng’ Pakat ‘membahan’ dan menyakat ‘Ayah’ sorang ni. Aku suka semua tu dan aku redha dgn kebahagiaan dari Illahi.
Sehinggalah…..pada Jumaat 08/02/2019….menantuku masuk Hospital…demam panas..kami di sisinya sehingga Ahad. Keadaan tidak berubah dan kami pindahkan ke Ampang Hospital lepas Asar. Dekat Maghrib, Farah dimasukkan ke Zon Kritikal. Berderau darah bila dengar penerangan Doctor bertugas. Seluruh keluarga dapat melihatnya…dikala Azan berkumandang…kami dapat berjumpa dgn Wawa. Dia masih dapat berkata2 dan luluh hatiku melihatnya berusaha utk bernafas…Salam terakhir dari isteriku dijabat erat seolah tidak mahu dilepaskan…Mata ku mula ‘berkaca’. Yg dapat ku ucapkan hanyalah…’Wawa berehatlah ye, In syaa Allah….kami sentiasa di sisi Wawa’ Teringat kata Doc tadi…”jika sampai esok pagi x perlu Induce Coma n put on Life Support, in syaa Allah, Wawa akan beransur pulih” Malangnya, kira2 pukul 0330h…Wawa terpaksa dibantu pernafasan
Isnin…Wawa di ICU. Sedihnya bila kenalan, saudara mara berpusu melawat. Rutin kami hanyalah rumah di Puchong dan kembali ke Ampang Hospital. Keadaan Wawa masih x berubah. Pressure masih low dan erratic. Kejap naik…kejap turun.
Selasa….Wawa masih x berubah. Ku lihat Anakku Amirul disebelah Wawa….mengaji di telinga Wawa dan diurutnya tangan Wawa. Ku saksikan kasih seorang Suami kepada Isterinya…Aku sebak melihat kesedihan anakku. Besan ku juga sudah dibilik ICU…mengaji bersama dan mengurut kaki Wawa…terdetik dihati ku sewaktu hendak memakai Hair Net, Gown, Gloves & Face Mask bila Doc kata dgn sayu…”x pe, masuk aja lah”
Panggilan telefon dari kawan anakku…Pora…pada 2215h dan dari anakku pada 2230h bagaikan dentuman halilintar. Wawa sudah dijemput Illahi…Inna Lillahi Wainna Illahi Rojiuun. Wawa tiada lagi???……Ya…Wawa tiada lagi. Arwah dikebumikan di Tapak Perkuburan Cheras Baru selepas Zohor pada hari Rabu 13/02/2019….di usia hampir 25 tahun. Selepas hampir 3 bulan bergelar Isteri dan Menantu…kini bergelar Arwah
Ya Allah…Daku redha dgn ketentuan Mu Cucuri lah Rahmat Mu keatas Rohnya, Ampuni lah dosa2 nya, Lapangkanlah Kuburnya, Kasihanilah dia dan tempatkanlah rohnya dikalangan mereka yg Solihin…Aamiin.
Aku masih bersedih….sedih kerana Arwah pergi…
…sehari sebelum hari mengambil Sijil Perkahwinan.
…5 hari sebelum hari kelahirannya yg ke 25.
… 2 minggu sebelum siapnya Video Perkahwinan.
…3 bulan sebelum kami dapat berpuasa bersama.
Kepada anakku Amirul Asyraf…Ayah bersimpati atas kehilangan Mu. Ayah doakan agar Arwah aman bersemadi disana. Ayah doakan agar Allah swt anugerahkan ketabahan kepadamu. Ayah berasa bangga dan terharu bila melihat ketabahan mu memandikan Arwah, solatkan Arwah, mengusung Arwah, menurunkan Arwah ke Liang Lahat dan sama2 bertahlil keatas Rohnya. Syukur Alhamdulillah. Semoga ketabahan mu diberkatiNya…Aamiin.
Kepada saudara mara, sahabat handai yg sesama menziarahi dan solat jenazah…semoga Illahi memberkati penghidupan dan pengorbanan kalian…semoga kalian dibawah Lindungan Nya sentiasa…Aamiin.
Selamat Bersemadi Arwah Farah Najwa…Semoga tenang disana. Ayah, Ibu, Adam & Amirul amat merindui mu Terima Kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan Arwah kepada kami dan menganugerahkan kebahagiaan kepada kami sekeluarga biarpun utk sekejap waktu. Al Fatihah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak nekad melakukan penghijrahan pada lima tahun lalu, pada ulangtahun kelahiranya yang ke-38, pelakon cantik manis dan bertubuh kecil molek, Wan Sharmila yang lebih mesra dengan panggilan Lala semakin jarang muncul di kaca TV.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada menghadiri program serta majlis-majlis ilmiah keagamaan.
Selain, itu penampilan Wan Sharmila juga dilihat semakin sopan dan manis dengan jubah serta tudung labuh lengkap berstoking.
Masha-Allah memang sejuk mata memandang.
Terdahulu, tular penampilan Wan Sharmila yang berjubah hitam serta mengenakan niqab sewaktu menghadiri majlis ilmu baru-baru ini raih pujian warga maya.
Menerusi video yang dikongsi di akaun TikToknya, Wan Sharmila telah meluahkan rasa syukur kerana diundang untuk menghadiri majlis seperti itu.
Menurut Wan Sharmila, dia sebenarnya tidak ramai kawan tetapi Allah SWT hadirkan insan-insan yang baik dalam hidupnya kini.
“Saya tak ada ramai kawan. Tapi Dia Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa menilai pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila berada dalam majlis ilmu.
“Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah,” kongsi Wan Sharmila.
Ketika kecil Dato Sri Aliff Syukri adalah salah seorang antara budak yang menghidap disleksia. Namun kekurangan itu tidak menghalangnya untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Walaupun tidak belajar tinggi, sejak kecil tidak boleh membaca, mengenal huruf dan menghafal sehingga digelar bodoh oleh teman-teman sebayanya, tetapi dirinya kini sudah boleh dilabel usahawan bertaraf jutawan.
Dato Sri Aliff Syukri mengakui dia adalah penghidap disleksia (di mana merujuk kepada mereka yang menghadapai masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran normal). Beliau mengakui dirinya tidak boleh fokus pada sesuatu benda. Tapi mempunyai keunikan minat berniaga dan kini, bukan sahaja pengusaha usahawan kosmetik, tetapi juga pengusaha resort, pemilik tudung dan paling terbaru mempunyai restoran sendiri.
Dato Sri Aliff ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaru AliffbySha diinspirasi 5 wanita dan Romah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara. Beliau bercerita dulunya dia hanyalah seorang pekerja dan menjual produk di pasar tani. Tidak mahu terus berada ditakuk lama, beliau memberanikan diri bergelar usahawan kosmetik biarpun dirinya seorang lelaki.
“Alhamdulillah bisnes saya semakin berkembang maju. Berkat kesungguhan dan kegigihan produk D’Herb semakin meniti di bibir para penggemarnya. Daripada situ, saya mahu mencuba bisnes lain, saya suka menjual apa yang mereka hendak.
“Sebelum ini saya pernah menjual baju tetapi kecundang. Tetapi saya tak putus asa, saya cuba belajar untuk maju. Contohnya apabila saya menceburi bisnes tudung. Daripada modal sekadar RM10 ribu, kini keuntungan diperoleh berlipat ganda.
“Seperti pelancaran AliffbySha V Five Inspired Women kolaborasi dengan 5 wanita hebat dalam bidang masing-masing. Walaupun ada yang mengecam, tetapi bagi saya strategi bisnes itu penting. Gandingan bersama mereka ini, Uyaina Arshad (pengacara), Joy Revfa (pengasas jenama kosmetik), Nadia Annuar (pengacara), Nabila Razali (penyanyi) dan isteri saya sendiri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sangat bagus kerana mereka ini punya ramai follower yang tersendiri dan kerjasama ini dilihat sangat memberi kesan sangat positif.
“Saya tahu ramai pengusaha tudung tumbuh bak cendawan di pasaran. Akan tetapi AllifbySha ada keistimewaan tersendiri. Hijab kami mempunyai ciri-ciri unik yang tiada pada jenama lain, iaitu anti pekak, anti renyuk, kualiti yang bagus, bidang lebar, harga berpatutan dan paling istimewa koleksi baru setiap corak direka khas dengan nama tersendiri daripada 5 personaliti ini,” ceritanya yang dalam masa sama juga turut melancarkan Romah Makan Terlajak Laris.
Menurut Dato Sri Aliff dia memang suka memasak sejak dulu. Jadi minat yang telah dipupuk sekian lama itu diterjemahkan dengan membuka sebuah restoran.
“Saya buat restoran ini dengan modal sendiri sebanyak RM10 ribu tanpa mengambil bajet dari akaun jualan kosmetik. Sebelum itu sebenarnya saya dah mula menjual secara COD seperti sambal hitam, sambal kering ataupun lada jeruk. Lama kelamaan produk ini mendapat sambutan dan barulah saya berani untuk membuka restoran ini.
“Dengan modal sebanyak itu saya kini sudah berpuas hati dengan pulangan yang diperoleh. Menariknya Roman Makan Terlajak Laris ini mengembalikan nostalgia pengunjung dental masakan dan Susana kampung yang dirindui.
“Semua menu Romah Makan ini dimasak sendiri oleh saya dan menyajikan masakan orang Jawa, Kelantan, Pahang, Banjar dan banyak lagi sajian menyelerakan. Sebelum ini saya bancal berkongsi cara memasak dan residí tradicional di laman sosial. Alhamdulillah impian saya untuk membuka restoran ini akhirnya terlaksana berkat doa dari semua,” jelasnya yang mengalukan setiap pengunjung untuk hadir sendiri merasa masakan air tangannya.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.