Sesibuk mana sekalipun urusan kerja dan aktiviti yang dilakukan dalam sehari, kita tetap diperingatkan supaya tidak meninggalkan amalan membaca al-Quran.
Membaca al-Quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT.
Satu perkara yang perlu sentiasa terpahat pada hati dan fikiran setiap Muslim adalah membaca al-Quran itu bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja, malah ia bakal menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak.
Umamah al-Bahili meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran. Pada hari kiamat, ia akan memberi syafaat kepada orang-orang yang membacanya.” (Sahih Muslim)
Bukan saja mereka yang membaca al-Quran, malah golongan yang mendengar bacaan al-Quran juga dikira sebagai melakukan amal kebaikan.
Ads
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)
Oleh itu, setiap Mukmin perlu menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai amalan harian yang tidak sesekali diabaikan.
PENGHIBUR PERASAAN GUNDAH, MENENANGKAN JIWA GELISAH
Ads
Sungguh, Al-Quran itu mampu menghibur perasaan gundah, menenangkan jiwa yang gelisah, dan melunakkan hati yang keras. Bila kali terakhir mata itu berair tatkala membaca ayat-ayat cinta mahupun ayat-ayat amaran dari DIA? hai hati, masihkah keras sifat engkau?
Bila rasa susah hati, bila rasa sedih, bila rasa tertekan, bukak quran, baca. bila rasa gembira, bila rasa senang, bila rasa tiada ujian. buka quran.. baca.. sentiasalah istiqamah membaca quran, bukan setakat baca, tadabur makna sekali, kerana saat itu, ALLAH sedang berbicara dengan kita.
Ads
Bila rasa iman sedikit goyah dan hati tak berapa tenang, berlama-lamaan dengan Al-Quran atau sujud lama-lama atau doa dengan mata terpejam rapat-rapat dan dengan kumat-kamit yang sederhana dan khusyuk, insyaaAllah.
Pernah tak terfikir, kenapa baca Al-fatihah banyak kali pun, hati kita tak pernah rasa jemu? Sungguh, apa saja dari ALLAH, kerana ALLAH, untuk ALLAH, hati akan selalu rasa tenangkan?.
Muhasabah diri~ bila kali terakhir kita menitiskan air mata tatkala membaca al-Quran? Sometimes, u just need a little time to yourself with Quran in your hand, tears in your eyes, and ALLAH in your heart
Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Canggung, Wany Hasrita dan ibunya menjadi antara rakyat Malaysia yang bertuah menerima naskah Quran Terjemahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris daripada Raja Salman.
Untuk pengetahuan semua, Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud telah mewakafkan 20 ribu naskah Al-Quran kepada masjid-masjid, surau, institusi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.
Menerusi Instagram @ilmuanmalysia, Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU) Dato Hj Ahmad Tajuddin Idris sebentar tadi telah mengaturkan pertemuan antara Wany dan TYT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur iaitu Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an.
Pertemuan ini adalah kesinambungan dari jemputan haji yang diterima Wani dari kerajaan Arab Saudi pada tahun lepas dan dia turut dihadiahkan Al-Quran tersebut pada pertemuan itu.
Wany turut meluahkan rasa syukurnya di atas pemberian tersebut dan berterima kasih kepada Ilmuan Malaysia di atas peluang itu.
Beruntung sungguh Wany menjadi antara yang terpilih menerima naskah Quran ini. Moga rezeki Wany akan terus melimpah-ruah dan sentiasa berada dalam redhaNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bila lihat rakan-rakan bersama suami/isteri dan anak-anak, bagi yang masih bujang tentunya teringin untuk hidup sebegitu. Namun apakan daya, walau usia sudah mencecah 30-an tapi masih belum jumpa bakal suami atau isteri.
Benar, jodoh itu adalah ketentuan Allah SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini. Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA adalah yang terbaik buat diri kita.
Kenapakah jodoh seseorang itu begitu ‘berat’ dan lambat? Bagaimana kita hendak tahu seseorang itu ialah jodoh kita?
Berikut perkongsian pendakwah Ustaz Mohamed Hanafiah Abd Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi.
“Jodoh seseorang itu pasti ada dan sama ada di dunia ataupun jika tidak di dunia, di akhirat nanti. Wallahu’alam. Perbincangan dalam kalangan ulama, jodoh setiap orang ada sebagaimana rezekinya.
Sebelum seseorang itu lahir, telah ditetapkan tiga perkara buatnya iaitu pertama rezeki, kedua jodoh dan ketiga ialah umurnya. Ada orang mungkin sudah buat pelbagai usaha, tetapi jodoh tiada. Kemungkinan jodoh yang ALLAH telah tetapkan itu telah meninggal dunia atau syahid dan mereka akan bertemu di dalam syurga nanti.
PENYEBAB JODOH LAMBAT
Ada dua penyebab mengapa jodoh seseorang itu lambat. Pertama, kemungkinan besar jodohnya ‘berat’ kerana ALLAH SWT ‘memberatkan’ jodohnya dan kedua barangkali kerana sikap seseorang itu sendiri.
Mungkin seseorang itu terlalu memilih atau malas mencari jodoh. Dalam bab jodoh itu, ada dua istilah kita selalu dengar iaitu satu apabila kita terjumpa jodoh dan satu lagi ialah mencari jodoh.
Kedua-dua itu berbeza istilahnya sepertimana kita jumpa duit. Sudah tentu berbeza situasi apabila kita jumpa duit atau barang dengan benda yang kita cari. Pastinya kita akan mencari yang terbaik untuk diri kita.
Jadi nasihat saya, jangan mengeluh, tetapi berusaha dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Sebaliknya, teruskan berdoa dan senyum selalu, insya-ALLAH jodoh (kita) itu ada.
Apapun lambat atau cepat jodoh seseorang itu, ia sebenarnya ialah urusan Allah SWT. Namun, umat Islam diingatkan supaya banyakkan berdoa, berusaha mencari jodoh yang ditetapkan dan bertawakal kepada Allah.
Paling penting, kita dapat jodoh sebenar yang Allah SWT telah tetapkan. Sebab itulah setiap kali solat, kita akan meminta kepada ALLAH Iyyaka na’budu wa iyyaka nastai’n (Hanya Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan).
Tolong apa? Ihdinas siratal mustaqim (menunjukkan kami jalan yang lurus). Jalan yang lurus itu (termasuklah) dalam mencari jodoh, rezeki dan keberkatan umur sebab sebelum kita lahir lagi, ALLAH SWT sudah tetapkan tiga perkara itu. Jadi, kita meminta tolong kepada ALLAH supaya menunjukkan jalan yang lurus.
Maknanya ALLAH tunjuk jalan, kita kena berusaha. Maka usaha mencari jodoh itu hukumnya wajib. Bagi seorang lelaki, dia perlu mencari jodoh untuk dirinya sendiri, tetapi bagi seorang wanita, ayahnya bertanggungjawab untuk mencari jodoh untuk dirinya.
PANDUAN MENCARI JODOH
Jodoh setiap orang ditentukan oleh Allah SWT sejak sebelum lahir lagi dan ia sudah pasti ada sebagaimana rezekinya.
Sabda Rasulullah SAW: “Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama (berpegang dengan tuntutan agama), pasti engkau beruntung.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis itu, jelas menunjukkan wanita dikahwini atas empat perkara berkenaan. Namun, apabila seseorang wanita itu hendak berkahwin dengan lelaki, panduan tersebut boleh digunakan, tetapi ia bermula daripada belakang ke hadapan.
Pertama ialah agamanya yang mana wanita perlu carilah lelaki yang soleh. Tidak salah kita meminang lelaki kerana dalam Islam dibenarkan. Kemudian, lihatlah solatnya. Kalau lelaki itu boleh jaga solatnya, insya-ALLAH dia boleh jaga kita. Kalau dia tak jaga solat iaitu hubungan ALLAH, bagaimana dia hendak jaga kita? (Sedangkan) Janji dengan ALLAH pun dikhianati, apatah lagi janji dengan kita.
Kedua, carilah mereka yang mempunyai keturunan yang baik. Ketiga, jangan lupa kahwin sebab hartanya. Yang terakhir sekali, barulah rupa.
KAEDAH MENCARI JODOH
Dalam pada itu, Ustaz Hanafi turut berkongsi kaedah mudah untuk mendapatkan jodoh dengan menggunakan formula DUS iaitu doa, usaha, sekufu dan senyum.
Sebenarnya, seorang bapa perlu mendoakan anak perempuannya sejak usianya sembilan tahun untuk mendapatkan jodoh. Ini kerana doa itu belum tentu dimakbulkan ketika anaknya umur sebegitu, mungkin dimakbulkan 10 tahun atau 20 tahun lagi.
Doa untuk jodoh selalunya mengambil masa, jadi kena berdoa daripada awal. Antara doa yang paling bagus iaitu ayat 74, Surah al-Furqan,” jelas beliau.
Tentang usaha mencari josoh menggunakan portal, ini jawapan Ustaz Hanafi: “Hukum asal menggunakan portal mencari jodoh ialah harus. Ia satu usaha era moden untuk mencari jodoh. Namun, kita kena ingat, bila gunakan platform tersebut, mesti niat kerana ALLAH untuk mencari jodoh.
Tak salah guna portal tersebut. Cuma isunya kalau hendak bagi gambar, janganlah gambar yang menjolok mata atau mendedahkan aurat. Sebaiknya, berilah gambar yang betul, jangan tampal ‘simen’ pada muka dengan mekap berlebihan. Ingat, jangan ada unsur penipuan dan mengambil kesempatan.
Sumber kredit: Sinar Harian
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rezeki yang paling baik adalah rezeki yang dipenuhi dengan berkat iaitu rezeki yang walaupun sedikit tetapi mencukupi,
Setiap manusia dalam dunia ini mempunyai bentuk rezeki yang berbeza. Ada yang mendapat rezeki dalam bentuk material seperti kenaikan pangkat atau jumlah pendapatan yang banyak.
Terdapat juga mereka yang gajinya tidak besar tetapi kesihatannya sentiasa baik, anak yang pintar dan sebagainya.
AMALAN RAHSIA DIPERCEPATKAN REZEKI
Masa saya dengar audio dari Syeikh Ali Jaber, beliau ada share. Selalu bila orang datang padanya minta pertolongan macam mana nak selesaikan masalah-masalah dan hajat-hajat hidup Syeikh Ali share dua benda ni.
Alhamdulillah hampir 90% yang amalkan tipnya datang semula kepada beliau dan ucapkan terima kasih kerana Allah hadirkan jalan keluar untuk mereka. Allah mendengar DOA dan permintaan mereka dan kabulkan dalam masa yang sangt singkat.
APA PETUA BELIAU?
1) Selepas solat Isyak solat dua rakaat
2) Sebelum tidur bayangkan dalam kepala segala apa yang kita hajatkan
– Misalnya amanah hutang langsai
– Sales merimbun dan masuk setiap hari
– Dapat rumah kereta
– Dan sebagainya
3) Dan terus baca
حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
“Hasbunallah wa ni’mal wakil.”
“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung
Baca dengan sepenuh hati biar sampai mengalir air mata. Syeikh tak bagitahu bilangannya berapa tapi kalian boleh baca sebanyak mana pun kalian nak. Ada saya pernah terbaca
Barang siapa membaca kalimat di atas 450x di waktu siang dan 450x di waktu malam, Insya Allah dia akan mendapatkan 6 hal:
1) Allah akan mencukupinya 2) Allah menjadi wakil (Yang Diserahi) segala urusannya 3) Allah melindungi dari kejahatan makhlukNya 4) Allah akan menguatkan pertolongan untuknya 5) Allah akan menjadikan rasa mahabbah (suka/sayang) kepadanya pada hati semua makhluk 6) Allah akan membuatnya kaya raya dengan anugerah-NYA
Syeikh Abu Hasan As Syadzili RA berkata:
Barang siapa istiqomah membaca:
HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKEEL (sebanyak kandungan bilangan hurufnya atau 450x) setiap saat atau sesering-seringnya (semakin sering semakin baik) secara istiqomah, maka ia akan memperoleh keberuntungan bersama orang orang yang beruntung.
Siapakah orang orang yang beruntung itu? Mereka itulah orang-orang yang tidak merasa khuatir atau takut dan tidak merasa susah. Ini adalah maqam para wali Allah. Semoga bermanfaat dan beramal.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!