Tidak dinafikan memang sukar untuk mendapatkan berat badan ideal. Lagi-lagi kalau selera makan membuak-buak dan pantang nampak makanan. Namun setiap usaha yang dibuat pasti membuahkan kejayaan.
Seperti perkongsian gadis ini Nadia Ismail yang mana dua tahun sebelum itu mempunyai berat badan mencecah 98 kg dan kini dia mampu tersenyum kerana berat badannya hanya 53- 54 kg sahaja. Tetapi sebelum itu dia yang terlalu obses untuk kurus hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
Menurutnya dalam tempoh itu dia mula bertemu jodoh dan jatuh sayang dengan diet kalori dan itulah yang diamalkan dalam tempoh dua tahun. Baginya agak sukar untuk kurus dan untuk memastikan ia kekal begitu juga agak payah.
Malah sebelum itu dia juga pernah tersilap langkah dan terlalu obses untuk kurus hinggakan pernah masuk hospital dan dia akhirnya berjaya belajar dari kesilapan lalu.
Dua tahun dulu vs sekarang tak pernah terpikir akan sekecil nie bermula dengan angka 98kg sampailah nie 53-54kg (maintain). 01.12.16 bertemu jodoh & terjatuh sayang dengan diet kalori alhamdulillah hari genap dah 2 tahun nak kurus susah nak maintain lagi dan lagilah susah.
Sebelum sekarang seperti yang anda lihat sy juga pernah tersilap langkah terlalu obese nak kurus serba serbi tak boleh last-last ke katil hospital perginya alhamdulillah sy belajar daripada kesilapan pelan-pelan kayuh tau2 eh dah kurus .
Ads
Tips:
Bermula dengan nasi sepinggan penuh pelan2 kurangkan jadi sesenduk. Tiada pantang apa2 semua sy makan seorang pencinta nasi wajib ada nasi lunch & dinner.
Air manis pun still minum sehingga sekarang. Seorang pengemar makanan segera pelan2 sy kurangkan alhamdulillah sekarang dah boleh tinggal dah.
Ads
Seorang pencinta makanan manis pelan2 sy kurangkan bukan bermaksud sy tak ambil ya tapi kurangkan.
last tips nak diet, dietlah dengan ilmu biar lambast asal ada hasil. Apa pun kita buat kalau ada kemahuan & usaha insya allah ada hasilnya
Pernah juga berkongsi pengalaman dalam posting terdahulu.
Untuk yang baru nak mula diet kalori eloklah baca pin post dahulu hadamkan betul-betul bila dah faham lagi mudah untuk anda mulakan langkah.
Ads
Contoh menu pemakanan sy sepanjang diet kalori, breakfirst : roti wholemeal makan dengan tuna kadang telur jadikan sandwich / overnite oat. Snak pagi & petang: buah / biskut + susu low fat. Lunch : nasi + lauk- pauk (amalkan suku2 separuh) untuk lauk sy makan macam biasa cuma kurangkan minyak, garam dan perasa. Dinner : ikut mood kadang sama macam lunch kalau jemu sy tukar dengan bihun / mee / pasta. Menu nie hanya sekadar contoh bergantung kepada keperluan kalori masing- masing keperluan setiap tak sama ya.
Senaman: Seminggu 3-4 kali, sy biasa jogging je atau buatlah apa-apa senaman sekali pon asal keluar peluh.
Cheatday: Bergantung kepada masing-masing nak cheat boleh tak nak pun boleh tapi bagi sy wajib cheat seminggu sekali sebagai reward untuk diri tak kan memajang nak diet sekali sekala nak juga rasa nikmat dunia.
*** 3 bulan pertama sy memang tak ambil air manis & amalkan eat clean after 3 bulan baru sy start ambil balik air manis tu pon hadkan sehari kepada 1 sudu kecil gula sahaja dan ubah cara makan seperti menu diatas. *** dietlah dengan ilmu, style sy buat santai2 je no stress2 lagi stress anda lagi susah berat nak turun.
Dewasa ini banyak sangat kes kita dengar kes membabitkan sumbang mahram antara ayah dengan anak. Adik dengan abang atau cucu dengan datuk. Dalam kes ini, mangsa yang masih kecil (kanak-kanak perempuan) sering menjadi mangsanya. Oleh kerana usia masih kecil dan rasa takut, segala perbuatan itu akan hanya disimpan sahaja.
Kadang-kadang tanpa kita sedari walaupun dalam rumah ada batas aurat yang perlu kita jaga. Maklumlah segala perlakuan sumbang mahram ini memang banyak bermula dari rumah lagi. Mungkin keadaan rumah yang kecil dan tidak selesa menyebabkan abang atau bapa atau datuk yang liar matanya memandang aurat anda walaupun ia adalah muhrim.
Malah pengertian tentang aurat juga menyebabkan faktor ‘haruan makan anak’ ini yang semakin berleluasa di negara kita. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Apa yang kita fahami tentang aurat. Melalui penerangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”
Daripada penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
2. Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan.
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara daripada saudara perempuan.
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama.
10. Hamba sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah S.A.W bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab :” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepada Usamah :” Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekali gus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
Baru beberapa hari masuk bulan Zulkaedah dan tidak lama lagi akan berlangsung pula musim haji. Nampaknya tahun ini rezeki menyebelahi pelakon, penyanyi serta pengacara popular Erra Fazira yang bakal mengerjakan haji. Dalam kenyataan dalam Media Hiburan Online, Erra akan ke sana selama dua minggu tanpa ditemani rakan atau ahli keluarga.
Menurut kenyataan seorang rakannya, dia akan berada di sana nanti bersama jemaah lain menunaikan untuk Rukun Islam ke lima itu tanpa ditemani rakan-rakan atau keluarganya.
Malah pengacara baru untuk rancangan Bual Bicara musim terbaru Mingguan Wanita ini turut teruja dan gembira kerana sekali lagi dapat menjadi tetamu Allah. Sebelum ini dia pernah beberapa kali melakukan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Dalam pada itu, melihat di laman sosialnya, Erra juga turut membuat persediaan dengan menghadiri majlis ilmu bersama teman-teman rapatnya. Menurunya walaupun tazkirah disampaikan ustaz pendek tetapi perkongsian ilmu yang padat itu sangat berbaloi dan memadai.
Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dari Erra Fazira sendiri (tunaikan haji), tetapi netizen tetap doakan primadona kesayangan ramai ini akan mendapat haji yang mabrur dan segala urusan akan dipermudahkan nanti.
rozie.ismail Alhamdulillah. Semoga mendapat Haji yg mabrur. Selamat pergi & kembali…
sarkina_bee Allah kan ada? Tak perlu risau apabila kita dijemput sebagai TeTMUNYA….ada lg rakan2 wanita sbg mahram…saya dulu pun pergi sorang …dgn 2 lg rakan…Semunya Alhamdulillah…buat yg terbaik…Allah sentiasa permudahkan!
Halia sering digunakan sebagai penambah perasa dalam sesuatu masakan. Bukan je boleh guna dalam masakan, halia juga sebenarnya baik untuk kesihatan dan kecantikan anda. Mulai hari ini, jom kita amalkan pengambilan halia dalam kehidupan seharian kita.
Tetapi, sebaiknya anda elakkan daripada mengambil halia jika anda mengalami masalah jantung, hati atau mengalami pendarahan pada luka. Anda juga tidak digalakkan mengambil halia sekiranya anda sedang hamil dalam trimester kedua dan ketiga.
Jadi, Hijabista paparkan 10 kebaikan halia untuk kesihatan dan kecantikan anda.
Skrub halia membantu memanaskan kulit anda dan meningkatkan peredaran darah. Ia juga dapat menghalang pembentukan selulit. Campurkan 1 sudu besar halia yang diparut dengan 500ml jus halia. Tambah juga 1 gelas garam laut kasar. Letakkan skrub tersebut pada span dan gosokkan pada semua tempat yang bermasalah.
Halia mengandungi sejumlah besar antioksidan, mempercepat proses pembaharuan dalam badan dan menghilangkan radikal bebas dan toksin, sekali gus melambatkan proses penuaan.
Sekiranya anda mengalami masalah penghadaman, kencing manis atau loya semasa hamil, anda boleh mengunyah halia atau menambah sedikit halia segar ke dalam teh anda.
Mudah sahaja caranya. Cairkan 1 – 2 sudu mentega shea. Kemudian, tambah 1 – 2 sudu teh minyak avokado, 3 – 5 titis minyak pati nilam, 3 – 5 titis minyak pati halia dan 5 – 7 titis minyak pati lemon. Campurkan semua bahan tersebut dan masukkan ke dalam balang yang kering.
Anda boleh gunakan campuran ini sebagai masker dan juga sebagai krim tangan. Tetapi awas, bahan ini boleh menyebabkan alahan. Jadi, anda perlu berhati-hati.
Halia berkait rapat dengan proses keradangan dan kesakitan, termasuk sakit otot selepas bersukan, sakit akibat datang bulan dan arthritis. Campurkan halia dan kunyit, jus lemon, 1 sudu teh madu dan air. Kemudian, minum suam-suam.
Halia mengandungi banyak elemen ‘pembakaran’, mempercepat metabolisme dan mengurangkan selera makan. Tambah halia segar atau halia parut dalam minuman anda. Jika anda minum teh halia 30 minit sebelum makan, anda tidak akan makan secara berlebihan. Anda juga boleh ambil yogurt bersama halia parut, kayu manis dan secubit lada merah.
Campurkan halia parut, madu dan jus lemon untuk menganjal dan memberi seri pada kulit. Sapukan masker tersebut pada wajah selama 30 minit.
Halia menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan mencegah masalah keguguran rambut. Campurkan halia parut dan bawang putih bersama air. Tambah juga beberapa titis minyak zaitun atau minyak kelapa. Kemudian, urut pada akar rambut anda.
Menurut kajian, penggunaan halia biasa boleh menormalkan tahap kolesterol dan gula dalam darah. Ia juga boleh mengurangkan risiko komplikasi yang berpotensi. Halia juga membantu menghalang pembentukan penggumpalan darah dan tekanan darah tinggi. Rebus halia dengan batang kayu manis, biarkan ia sejuk dan minum 2 – 3 kali sehari.
Ada dua cara yang boleh dilakukan untuk menghalang jerawat tumbuh pada wajah anda. Pertama, campurkan 1 sudu teh halia parut dan 1 sudu teh cuka epal. Sapukan pada setiap jerawat untuk menghilangkan keradangan dan kemerahan dengan cepat.
Kedua, campurkan 1 sudu teh halia parut, 1 sudu teh madu dan susu. Sapukan pada muka dan biarkan selama 10 – 15 minit sebelum anda cuci bersih muka anda.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.