Kalau dulu memang kita berpegang pada prinsip jangan sesekali jadi seperti pepatah ‘perigi cari timba’ dan biarkan soal jodoh itu pihak lelaki yang mulakan. Tapi dalam dunia digital tanpa sempadan, soal jodoh ini boleh kita cari sendiri, lebih-lebih dengan menggunakan laman media sosial.
Seperti perkongsian gadis ini Siti Nur Aminah atau mesra dikenali dengan nama Hanima berkahwin dengan seorang jejak yang dikenali menerusia laman twitter miliknya.
Pada mulanya dia mendakwa suaminya, dikenali dengan nama Deed seorang yang sombong, tetapi oleh kerana terlalu suka, dia terpaksa menggunakan kaedah ‘perigi mencari timba demi mengambil hati pasangannya itu.
Berkongsi di laman twitter bagaimana dia akhirnya berjaya memikat suaminya itu. Ternyata postingnya yang sedikit lucu tetapi mendapart respon netizen apabila di tweet lebih 26K dan mendapat butang like 28K.
Sebelum jadi suami, tebalkan muka DM si dia di twitter.
Ads
Tapi dia jual mahal. Tak terus jawab DM. Dia juga sombong dan hanya jadi kawan saja. Tahun lepas barulah dia ada perasaan suka.
Lama juga tunggu dia nak jawab DM. Start DM 2013 dan hanya tegur di laman twitter. Tahun lepas barulah si dia tunjuk perasaan suka.
Ads
Memang si dia jenis tak nak layan. Tapi berusaha untuk tarik minat. Malah gadis ini yang mulakan dulu perbualan.
Ternyata penantian itu memang satu penyiksaan, tetapi ia sangat berbaloi. Lima tahun barulah si dia tunjuk minat untuk berkawan.
Kalau dah jodoh tak ke mana. Kalau ikutkan azam tahun 2018 nak kahwin tahun depan. Tapi Allah permudahkan urusan tahun ini.
Ads
Apa pun nak pesan effort itu sangat penting. Kadang-kadang yang kita tak sangka itulah jodoh kita.
Memang sesekali perlu istilah ‘Perigi Cari Timba’ dan tak rugi mencubanya.
Walaupun masih tak percaya dirinya sudah berkahwin, tetapi itulah hakikatnya. Semoga pasangan ini kekal bahagia till jannah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada 6 Mac yang lalu, pereka fesyen tempatan yang sohor iaitu Rico Rinaldi telah mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama penggiat batik tempatan, Lizza Creations sekali gus melancarkan koleksi tudung bermotifkan bunga orkid.
Ini merupakan kolaborasi pertama buat Rico selepas menjuarai petandingan Piala Seri Endon pada 10 tahun yang lalu yang turut mengangkat elemen batik.
Menurut pemilik Lizza Creations iaitu Sarah, beliau merasakan setiap seorang daripada kita perlu mempunyai sehelai batik sekurang-kurangnya di dalam almari pakaian.
Beliau juga mengharapkan agar rakyat Malaysia boleh menghargai batik dan memakai dalam kehidupan seharian dan bukan hanya pada majlis tertentu sahaja.
Koleksi tudung bawal dan selendang Lizza Creations X Rico Rinaldi ini memilih bunga orkid sebagai motif utama dalam tiga rekaan berbeza.
Menurut Rico, memandangkan dirinya sangat dekat dengan unsur flora dan fauna, jadi kerana itulah dia memilih bunga orkid sebagai subjek dalam koleksi kali ini.
Untuk koleksi ini, Lizza Creations, jenama yang sememangnya popular di Kelantan tampil dengan rekaan mereka berdasarkan idea dan pemilihan warnanya pula adalah daripada Rico.
“Jika tiada kolaborasi sebegini, industri batik itu pasti akan mendatar sahaja,” tambahnya lagi.
Ironinya, sifat bunga orkid yang mencerminkan keperibadian pemakai yang lemah lembut dan memerlukan ketelitian untuk menjaga, sifat itu telah dijalinkan dalam ketekunan penghasilan fabrik dan corak batik itu sendiri.
Dengan lebih 18 variasi pilihan warna yang boleh didapati buat penggemar bawal atau selendang, koleksi ini juga menampilkan warna-warna yang sememangnya in trend seperti nude, merah jambu dan biru lembut yang pastinya sesuai sekali untuk wanita yang gemarkan fesyen.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kini hampir setiap hari kita disajikan dengan berita-berita tentang orang hilang, penculikan dan pembunuhan kejam. Secara tak langsung ia memberi impak kepada masyarakat dari segi mental dan emosi termasuklah keselamatan diri.
Pelakon terkenal Sweet Qismina turut meluahkan rasa terkesannya terhadap pemergian penyanyi dan YouTuber, Allahyarham Nidza Afham yang hilang dan kemudian mayatnya ditemukan di Sungai Klang, Selangor.
Allahyarham Nidza Afham merupakan abang kepada penyanyi baharu, Aufahanie.
Tersentuh dengan insiden tragis itu telah mendorong Sweet Qismina untuk menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan sentiasa berkongsi lokasi semasa dengan keluarga terutama ketika bersendirian.
Pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi, 27 ini menegaskan langkah tersebut adalah demi menjaga keselamatan diri tidak kira lelaki mahupun wanita.
Menerusi muat naik di InstaStory, isteri pelakon aktor Adam Lee ini mengingatkan, tiada siapa yang kebal daripada bahaya walaupun mahir dalam seni mempertahankan diri atau memiliki sifat gagah.
Nasihatnya, elakkan berkongsi lokasi semasa di media sosial kerana ia boleh menarik perhatian individu yang berniat jahat.
Sama-samalah kita jadikan nasihat Sweet Qismina ini sebagai peringatan demi keselamatan diri. Lebih-lebih lagi sebagai wanita perlu lebih berhati-hati.
Jerawat di wajah sering datang tanpa diundang dan sukar pergi meskipun sudah ‘diusir’ dengan banyak kaedah yang sedia ada. Ia merupakan salah satu masalah kulit yang sentiasa menjadi penghalang khususnya kaum wanita untuk tampil yakin dengan kecantikan diri sendiri.
Pasti ramai yang buntu untuk mencari solusi terbaik merawat masalah parut jerawat, apatah lagi jenis parut yang dalam lubangnya disebabkan jerawat batu. Jika ingin menggunakan kaedah klinikal, ia mungkin menelan kos yang tinggi dan jumlah yang banyak. Jadi, kali ini team Hijabista akan berikan tip nak hilangkan jerawat menggunakan cara tradisional. Yang paling menarik, anda hanya perlukan buah-buahan!
Percaya tak anda boleh menghilangkan jerawat dengan menggunakan cara tradisional iaitu buah-buahan? Umum mengetahui buah-buahan sangat kaya dengan nutrien dan zat yang diperlukan oleh tubuh. Tambahan itu, ia juga membantu melawan masalah jerawat pada kulit. Antara jenis buah yang bagus untuk masalah jerawat ialah:
Pisang kaya dengan vitamin, mineral, dan asid lemak yang boleh membantu merawat jerawat dan banyak masalah kulit yang lain termasuk parut, jeragat, dan warna kulit yang tidak sekata. Namun, manfaat terbanyak bukan terletak pada buahnya namun kulitnya. Kulit pisang mengandungi vitamin C, E , kalium dan zink, besi dan mangan. Khasiat ini dapat meredakan kulit yang meradang dan mengurangkan jerawat. Selain itu ia juga mengandungi lutein dan karotenoid yang juga memabntu masalah jerawat yang kronik dan membengkak.
Caranya: sapukan secara terus dan kerap ke atas kulit yang bermasalah. Cukup sekadar dilakukan sekitar seminggu sekali untuk mendapatkan kesan yang positif.
Buah kedua adalah epal. Umum mengetahui epal memiliki sifat antibakteria dan antioksidan yang boleh membantu kulit melawan bakteria serta radikal bebas sekali gus membersihkan kulit daripada masalah jerawat.
Caranya: Anda hanya perlu mengisar buah ini sehingga menjadi bentuk pes sebelum ia disapukan pada kulit yang bermasalah, biarkan, kemudian bilas dan ulang proses sama sekitar 1 ke 2 kali seminggu.
Anggur dianggap sebagai ratu buah. Buah ini mudah didapati di pasaran sepanjang tahun. Bukan sahaja manis dan lazat, tetapi ia juga padat dengan nutrien penting yang menyokong kesihatan badan anda. Tambahan itu, buah anggur mempunyai elemen resveratrol serta phytoalexin yang dipercayai mampu membantu merawat jerawat dan dalam masa sama mengurangkan masalah parut jerawat.
Caranya: Hancurkan beberapa biji buah ini untuk dijadikan pes sebelum disapukan pada kulit. Untuk hasil lebih baik, boleh ulang proses ini 1 ke 2 kali seminggu.
Buah betik bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan, malah juga untuk kecantikan. Buah betik mengandungi khasiat yang tinggi dan bagus untuk merawat pelbagai masalah. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E. Buah ini secara semula jadi sangat baik untuk kulit berjerawat. Kalau anda nak tahu, betik memiliki enzim papain di mana secara semula jadi menanggalkan sel kulit mati dan membuka liang roma untuk menyampaikan nutrien penting.
Caranya, hancurkan sebiji betik kemudian sapukan ke atas kulit wajah anda.
Tomato mengandungi beta-karotena, kandungan yang boleh melindungi dan merawat kulit daripada masalah jerawat. Buah tomato dapat menyejukkan kulit di samping menyerap lebihan minyak pada wajah menyebabkan jerawat mengecut dan kulit menjadi licin dan berseri. Disamping itu, sifat asid tomato juga menjadikannya salah satu bahan semula jadi yang terbaik untuk kulit.
Caranya: Untuk hasil terbaik, sapukan pes tomato setiap hari dan sapu pada kulit muka yang bermasalah.
Keluarga buah beri memang diketahui mempunyai khasiat yang banyak. Strawberimengandungikandunganasidsalisiliksemulajadi,yangmembantumembersihkankulitwajah. Tambahanitu, strawberi juga mengandungi vitamindanpolifenolyangmenguatkanlagisistemperlindungankulitdanberfungsiuntukmembantumencegahmasalahsepertijerawat.
Caranya: hancurkan beberapa buah strawberi kemudian sapukan ke atas kulit wajah anda.
Demikianlah beberapa tip mengenai buah yang membantu menghilangkan jerawat iaitu betik, strawberi, anggur, kulit pisang, tomato dan epal. Namun, perlu diingat bahawa tip di atas hanyalah panduan alternatif yang mungkin tidak berkesan untuk semua orang. Sama juga macam kita memakai skincare, ada produk yang bersesuaian dan ada yang tidak. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat yang serius, anda harus mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut daripada pakar.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.