Seseorang yang mengalami kenaikan berat badan, pasti tidak terlepas dari menjadi bahan umpatan secara terangan atau dalam diam. Dalam erti kata lain adalah melemparkan body shaming yang boleh membuatkan seseorang itu terasa diri kurang keyakinan dan malu.
Seperti perkongsian gadis ini yang menerima kata-kata body shaming apabila digelar mak orang akibat berat badannya berlebihan walaupun usia masih muda.
Menurutnya sejak dulu dia memang seorang yang gemar lihat makanan. Dan makanan paling digeamari adalah makanan segera dan berlarutan hingga usianya 18 tahun.
Namun dia akhirnya membuat transformasi pada dirinya dan menggunakan cara mudah untuk hilangkan berat badannya sebanyak 10 kg dalam masa sebulan.
Ads
Berkongsi thread mengenainya di laman twitter menggunakan akaun nama @nefaaaaaaazz. Moga bermanfaat kepada yang ada masalah sepertinya.
Perbezaan saiz badan dulu dan sekarang.
Sebelum itu memang pantang nampak makanan dan makan ikut kepuasan.
Ads
Paling suka makan di restoran makanan segera.
Kemudian join satu WA group dan mula set dalam minda untuk kurus.
Ads
Start kurangkan makan, minum air masak banyak dan paling penting kena exercise.
Antara exercise yang dilakukan.
Tak ambik pun sebarang beras perang perang atau minum teh hijau.
Total kurangkan berat badan adalah 10 kg hanya dalam masa sebulan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap kali melihat bagaimana mereka yang dulunya mengalami pertambahan berat badan melampau tetapi kini kembali langsing. Pasti kita akan tertanya-tanya apakah yang dilakukan sehingga dapat mencapai badan idaman.
Maklumlah bukan senang untuk menurunkan berat badan sedang nafsu makan kita sendiri sukar dikawal.
Perkongsian di laman sosial oleh Misriah Yahaya juga sedikit sebanyak berkongsi tip bagaimana dia dapat menurunkan berat badannya dari 102 kg kepada 55 kg.
Siapa sangka dulu berat badannya mencecah 102 kg dan kini mendapat berat badan ideal, 55 kg. Hampir separuh dari berat badannya hilang dan menurutnya bukan senang untuk mendapatkan berat yang ideal.
Disiplin cukup penting dan paling utama kena berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan dapat apa yang dihajati.
Perkongsian di laman facebook ini sudah hampir setahun dan sepanjang tempoh dia tetap ‘maintain’ dengan berat badan mencecah 55 kg.
Menurutnya tanpa ubat kurus, tetap ambil nasi dan juga exercise serta pengambilan suplemen yang bagus.
Mulakan dgn Niat…Displin..Usaha…inshaaAllah dpt yg terbaik… Diet kalori tetap ambil nasi. No ubat kurus, only take a good suplement & exersice.
Nak turunkan berat badan ni, first youu kena jaga pemakanan sebenarnya.. Then fizikal dengan mental you kena kuat. Kena displinkan diri you. Kena tahu berapa you nak capai target!
Nak kurus, breakfast kena ambil, WAJIB! Tidur kena cukup. makan 5-6kali sehari. Tapi dalam kuantiti yang sedikit, bukan banyak ye. So perut kita takdelah terasa lapar. Tapi jangan sampai terlebih kalori ye
Air manis, ais jangan ambik. Then i banyak minum air kosong, minum 3liter sehari. Pagi selalu i breakfast oat.
Banyakkan makan buah, sayur atau sup sayur.. Nasi nak makan boleh je, ambik suku, sebab nasi tu karbo. Sebaiknya ambik beras perang. Kalau kita makan banyak karbo, badan kita akan cepat besar. So, kena kawal gula dengan karbo. 2 bende ni, kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat naik. Kalau nak makan roti boleh, tapi jangan makan roti putih, makan roti wholemeal sahaja. I ni tak suka makan nasi, tapi i makan roti wholemeal. Roti pun dah karbo. So i tukarkan nasi kepada roti. Tapi kena ingat, jangan makan banyak roti tau
Jangan ambik mee, atau kueh teow sebab makanan tu berminyak. Boleh makan bihun je. Makanan bergoreng, berminyak, berlemak, fast food memang i tak ambik. Kalau ikan atau ayam i makan yg grill or steam. Kalau ayam dengan ikan bergoreng ni boleh makan, tapi jangan selalu, seelok-eloknya kurangkan, seeloknya ambil yg berkuah, grill atau steam. Malam makan sebelum pukul 8. Kalau lapar tengah malam, minum air kosong. Then kena jogging or execrise
Execrise tu tak kisah, tengok kat youtube pun boleh. Seminggu dalam 2-3kali dah cukup.. Malam sebelum tidur saya just minum air green tea atau susu skim
INGAT!!! pastikan kita tahu berapa kalori makanan yg kita ambil setiap hari. Dan berapa kalori yg diperlukan untuk badan kita. Jangan ambil terlebih kalori ye
Penjagaan kalori tu penting.
Takde bende yang tak boleh kat dunia ni, semua boleh. Semua bergantung atas diri kita. Kalau kita usaha, kita akan dapat, kalau kita tak usaha, kita takkan dapat apa yg kita inginkan
Kalau saya boleh, awak mesti boleh.
3 cara untuk turunkan berat dengan mudah :-
1. Jaga pengambilan kalori.
Bukan tak boleh makan atau tak makan. Tapi kawal. Contoh, sehari perlu ambil 1400kcal. So make sure mula dari breakfast dan jangan ambil yang terlalu heavy. pastikan kita tahu berapa kalori makanan yg kita ambil setiap hari. Dan berapa kalori yg diperlukan untuk badan kita. Jangan ambil terlebih kalori ye
Penjagaan kalori tu penting.
Diet 80% execrise 20%, so jaga pemakanan tu penting
2. Senaman.
Yang ni ramai yang liat nak buat atau takde masa. Tak semestinya kena pergi gym. Kena lari 4 round. Duduk rumah pun boleh bersenam. Boleh download kat youtube cardio workout.
3. Suplemen mesti kena ambil untuk membantu mempercepatkan proses untuk menurunkan berat badan. Suplemen ye, bukan ubat.
Ketiga-tiga ni memang penting dan berkait rapat antara satu sama lain. Cuba amalkan ketiga-tiga ni inshaAllah memang boleh turunkan berat badan. Yang penting niat kita.
Takde bende yang tak boleh kat dunia ni, semua boleh. Semua bergantung atas diri kita. Kalau kita usaha, kita akan dapat, kalau kita tak usaha, kita takkan dapat apa yg kita inginkan.
Siapa tidak kenal dengan pelakon, Eleena Sui yang memegang watak Inara dalam drama popular Suri Hati Mr. Pilot yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu.
Baru-baru ini, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, pelakon jelita itu telah berkongsikan perjalanan dirinya yang mengambil keputusan untuk berhijab sejak Mac tahun lalu.
Menerusi hantaran video berkenaan, Eleena telah berkongsikan detik-detik penghijrahan yang dilakukanya sepanjang tahun lalu.
Malah, jelasnya dia sudah mengenakan hijab sepenuhnya bagi memenuhi tuntutan agama yang disyariatkan oleh agama Islam, justeru memohon orang ramai agar mendoakan dia kekal istiqamah dalam penghijrahanya itu.
Bagaimanapun, Eleena mengakui bahawa dirinya masih belum terbuka untuk berkongsi kisah penghijrahannya kepada umum buat masa ini.
“Tak tahulah sama ada saya patut atau tidak kongsikan video ini. Sebenarnya saya dah lama simpan. Konon nak ikut trend. Jadi, tengok jelah.
“Saya berharap agar Allah SWT dapat terus memberi petunjuk dan merahmati perjalanan berhijab saya. Semoga Allah kurniakan istiqamah dan kesabaran di dalam kisah hijrah saya.
Tambah Eleena lagi, dia kini berada dalam fasa mahu memperkukuh ilmu agama dan menyesuaikan diri dengan cara hidup yang lebih baik. Walaupun getir untuk melaksanakannya di awal-awal penghijrahan.
Namun, Eleena berkata itu bukanlah hanlangan yang boleh membantutkan niat sucinya untuk berhijrah kearah lebih baik.
“Mungkin agak sukar pada mulanya, tapi saya sedang belajar perlahan-lahan'” katanya.
Tidak kira betapa baiknya produk penjagaan kulit atau solekan yang anda gunakan, ia masih mengandungi beberapa bahan kimia yang semakin kurang anda gunakan, kulit anda akan menjadi lebih sihat. Tetapi jika anda menggunakan bahan semula jadi, kulit anda akan menjadi lebih sihat.
Setiap daripada kita berbeza, begitu juga kulit dan keperluannya. Tetapi anda boleh menyesuaikan remedi kecantikan DIY mengikut masalah kulit. Dan jika anda ingin mendapatkan pipi merah jambu secara semulajadi, ini rahsianya. Gel bit yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan kulit yang jelas merah jambu. Menggunakan gel Ubi bit DIY ini di rumah dengan kerap akan membantu anda mencapai kulit yang cantik secara semula jadi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Simpan gel ubi bit dalam balang kaca dan letakkan di dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan sehingga 30 hingga 45 hari.
Nota: Dalam kes itu, anda perlu membuat gel ubi bit setiap hari kerana aloe vera asli tidak akan bertahan lama kerana ia tidak mempunyai bahan pengawet. Sebaliknya, anda boleh mendapatkan gel aloe vera lutsinar di pasaran dengan bahan pengawet.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.