Beliau adalah antara selebriti terawal yang berhijab. Ketika itu walaupun penampilannya cukup ringkas hanya dengan tudung sarung atau awning tetapi tetap menyerlahkan kejelitaan wajahnya. Datin Anne Ngasri, 34 tahun yang sudah hampir 12 tahan berhijab sejak mendirikan rumah tangga hingga kini masih kekal istiqomah. Namun begitu, bukan mudah untuknya kekal muhasabah kerana beliau juga pernah diduga di awal penghijrahannya.
“Saya adalah antara selebriti terawal yang berhijab. Masa itu saya baru kahwin usia 21 tahun dan ketika 22 tahun saya sudah berhijab. Sebenarnya sebelum itu saya memang ada berniat, bila dah kahwin nanti dan ada anak nak berhijab.
“Saya tak nak nanti anak rasa malu saya tak pakai tudung. Ketika itu penampilan saya biasa sahaja. Tidak terlalu seksi jika menghadiri majlis atau ketika berlakon. Ini adalah kerana hasil didikan ibu bapa saya yang begitu memantau etika berpakaian,” jelas Anne yang menceburi bidang lakonan seawal usianya masih kanak-kanak lagi.
Menurutnya lagi, seperti insan lain beliau juga turut diduga dengan dugaan di awal penghijrahannya.
“Waktu itu keadaan ekonomi yang tidak begitu bagus. Dan kebetulan pula saya dapat offer tinggi untuk melakukan watak yang memerlukan saya tidak bertudung. Jadi saya terima tawaran itu dan hanya tidak bertudung dalam set penggambaran, tetapi di luar saya tampil bertudung. Rupanya perbuatan itu mengundang komen negatif orang di luar.
Ads
“Saya bersyukur dengan komen yang diberikan kerana ia buatkan saya kuat semangat untuk terus kekal berhijab. Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Dan sejak itu saya terus berhijab sampailah sekarang,” tambahnya yang ditemui ketika majis pelancaran Sherry Scarves by Sherry Ibrahim di Damansara.
Menurut Anne juga oleh kerana dia istiqomah dengan penghijarahannya itu, ramai rakan artis yang bertanya padanya bagaimana mahu terus kekal dengan berhijab.
“Benda wajib memang kita kena buat. Jadi cekalkan hati dan cuba muhasabah diri. Capai apa yang diingini dan insys-Allah akan dipermudahkan segala urusan,” tambahnya yang gemar fesyen ringkas dan paling penting selesa.
Kalau dulu beliau cukup sinonim menggayakan tudung sarung, tetapi kini Anne menyukai tudung bawal kerana baginya mudah untuk digayakan.
Anne yang Sudan lama tidak muncul di kaca TV atau media tetap manis dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Ketika tanya apa rahsia mengekalkan kejelitaan dan muka seperti ‘baby face’, Anne menjawab mungkin kerana beliau berbadan kecil jadi tak nampak ‘tua’ sebenarnya.
“Sejak dulu saya memang amalkan petua minum air putih. Saya tak pernah lepas dengan air putih ke mana sahaja saya pergi. Dan setiap kali berpantang selepas melahirkan saya akan berpantang dengan betul.
“Manakala untuk mengekalkan kecergasan pula, saya mengambil suplemen yang bersesuaian. Paling penting bagi saya adalah mendapat rehat dan tidur yang secukupnya,” jelas Anne yang kini lebih selesa berada di belakang tabir menguruskan produksi sendiri.
Selain itu, beliau juga kini senang menghabiskan masa menjaga anak-anak dan bakal melahirkan anak keenamnya hujung tahun ini. Menurutnya anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatiannya.
Vitamin C ialah ramuan bertaraf bintang yang biasa digunakan oleh ramai peminat penjagaan kulit dan pemula. Malah, setiap produk lain di kaunter peruncit kecantikan sama ada mempunyai bentuk Vitamin C di dalamnya atau memfokuskan kepada terbitan ramuan untuk meningkatkan manfaatnya kepada semua jenis kulit.
Emas cair ini telah diperkatakan oleh beribu-ribu pakar kecantikan di seluruh dunia, manfaat dan keburukannya dikongsi merentasi berjuta-juta platform dan digunakan dalam semua jenis kaedah. Dengan sejauh mana maklumat tepu seputar Vitamin C menjadi, siapa yang harus kita percaya dan apakah kebenarannya? Dr. Dennis Gross melangkah masuk untuk berkongsi 5 mitos biasa tentang aktif yang kuat ini.
Walaupun fakta diketahui bahawa Vitamin C boleh merengsakan kulit, terdapat banyak pilihan yang mengandungi kepekatan yang lebih rendah dan juga memberikan hasil yang sama tanpa ia menyebabkan sebarang kemerahan atau kemerahan pada kulit.
Dr. Dennis Gross Vitamin C Lactic 15% Vitamin C Firm & Bright Serum adalah contoh terbaik untuk itu. Dicipta dengan 15% asid L-askorbik dengan dos Asid Laktik yang sihat untuk mengelupas kulit dengan lembut untuk membantu penyerapan maksimum bahan aktif, sinergi berkuasa ini dicipta untuk setiap jenis kulit dalam fikiran untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan matahari dan mencegah tanda-tanda masa hadapan.
Kepekatan yang lebih tinggi mungkin sama dengan lebih banyak kerengsaan dan juga kurang berkesan. Berpegang pada produk Vitamin C sekitar maksimum 15% sudah memadai untuk mendapatkan hasil terbaik tanpa menjejaskan keselesaan.
Kepekatan ini terbukti meresap ke dalam kulit dan apabila digabungkan dengan bahan-bahan yang menenangkan, seperti seramida, yang menguatkan penghalang kelembapan, anda tidak akan melihat sebarang kerengsaan. Jelas sekali, Vitamin C Lactic Firm & Bright Eye Treatment berinovasi kasar untuk dapat membawa kekuatan produk aktif yang optimum dan menjadikannya sesuai untuk walaupun bahagian muka yang paling halus iaitu mata!
Anda mendengarnya dengan betul, walaupun bertentangan dengan kepercayaan, Vitamin C tidak menjadikan kulit anda lebih terdedah kepada selaran matahari dan ia sebenarnya digalakkan untuk menggunakan Vitamin C pada siang hari. Ia mempunyai ciri-ciri yang melindungi kulit anda daripada sinaran UV, memperbaiki kerosakan matahari sedia ada dan juga menghalang yang akan datang daripada timbul. Vitamin C dalam bentuk tulennya adalah berasid, oleh itu mengapa mitos ini mungkin telah mendapat tarikan. Walau bagaimanapun, Jangan melangkau pelindung matahari anda!
Retinol ialah satu lagi istilah penjagaan kulit yang menarik perhatian ramai hari ini. Tidak syak lagi ia adalah salah satu inovasi terbesar industri penjagaan kulit sepanjang masa, dan krim ini memberi keberkesanan dan kesan jangka panjang pada kulit. Tetapi bolehkah Dunia mempunyai dua bahan hebat sekali? Jika anda menyukai retinol seperti kami, tiada sebab untuk berhenti daripada rutin Vitamin C anda.
Vitamin C dan retinol bersama-sama mungkin hanya formula rahsia untuk mencapai kulit berkaca tanpa liang dan lembap. Caranya ialah dengan menggunakan Vitamin C pada waktu pagi dan sapuan retinol pada waktu malam ketika proses pembaikan kulit sedang berjalan. Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat sensitif, Dr. Gross mengesyorkan menggunakan kaedah sandwic (pelembap > retinol > pelembap) apabila menggunakan retinol untuk mengunci penghidratan dan mengurangkan kemungkinan kerengsaan.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan saban tahun, kurma merupakan antara juadah wajib yang pertama sekali di jamah kerana kebanyakkan umat Islam mahu merebut pahala sunnah iaitu berbuka dengan sebiji kurma seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW.
Kurma yang juga dikenali sebagai Tamar merupakan antara makanan yang kaya dan penuh khasiat serta mampu membekalkan tenaga yang mencukupi dan diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalani ibadah puasa.
korang lepasni careful ya nak makan kurma. walaupun murah RM10 sekotak kena cuci betul-betul before makan.
kalau tak, jadilah macam aku ni. makan dah banyak biji baru perasan ada maggot eggs, macam dah jadi larva dah. no wonder la kurma ni lembut & manis rupanya…🤮 pic.twitter.com/IXin9AgZee
Baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan buah kurma yang telah rosak, tidak segar sehingga mempunyai telur lalat di dalamnya sekaligus membuatkan kita merasa was-was untuk memakan tamar ketika buka puasa.
Justeru, Hijabista tertarik untuk berkongsikan beberapa tip pemilihan dan penyimpanan buah kurma agar kesegaran dan kualitinya kekal terjamin sekaligus mengelakkan hijabi dari membeli buah yang telah tercemar.
Hanya amalkan dua langkah ini je sis, sebelum beli buah kurma. Dan lakukan penyimpanan yang betul untuk menjamin kesegaran buah kurma di rumah!
Langkah 1: Pastikan Tekstur Buah Terlebih Dahulu
Kesegaran buah kurma dapat dinilai dengan melihat tekstur isinya. Buah kurma segar mempunyai isi yang kenyal dan kental walaupun kulitnya kering dan berkedut.
Malah, isi buah kurma yang padat dan kelihatan berkilat juga petanda bahawa buah itu masih lagi segar. Tetapi jika hijabi melihat kurma tersebut mempunyai permukaan kristal gula terbentuk pada permukaan kulit buah, itu petanda buah kurma itu tidak segar.
Langkah 2: Hidu Dan Pastikan Aroma Kurma
Langkah kedua untuk memastikam kesegaran buah kurma adalah bau terlebih dahulu buah kurma tersebut.
Ini kerana, buah kurma yanh tidak segar mengeluarkan bau masam dan kurang menyenangkan. Kurma yabg mempunyai bau tidak enak berkemungkinan telah disimpam terlalu lama serta kualiti buah tersebut pastinya merosot.
Jika anda membeli kurma dalam kuantiti yang banyak, cara penyimpanan buah tersebut juga perlu dititikberatkan untuk menjamin kesegaran dan kualitinya.
Salah satu cara adalah dengan memastikan kurma itu disimpan dalam peti sejuk, elakkan menyimpan kurma pada suhu bilik. Kerana cuaca panas dan lembap Malaysia membuatkan kurma mudah berkulat.
Menyimpan kurma di dalam peti sejuk tidak akan mengubah rasa mahupun teksturnya buah tersebut, malah kurma akan menjadi lebih segar jika disimpan dengan cara begini.
Anda hanya perlu menunggu sebentar selepas mengeluarkannya dari peti sejuk sebelum makan.
Cara 2: Simpan Kurma Dalam Bekas Kedap Udara
Jika anda mempunyai kurma kering, cara yang paling mudah untuk menyimpannya adalah dengan meletakkannya di dalam
bekas kedap udara.
Kurma kering boleh bertahan hingga tiga bulan jika disimpan dengan cara ini.
Pada 7 Mac bersamaan 14 syaban malam di mana yang di panggil Nisfu Syaban. Luangkan masa kita bersama keluarga dengan menghayati malam nisfu syaban agar segala hajat dimakbulkan.
Nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15. Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Malam Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
Berikut adalah beberapa hadis yang menceritakan kelebihan malam nisfu syaban yang dipetik dari laman Mufti Wilayah Persekutuan
Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhlk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]
Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkansebanyak bilangan bulu kambing pengawal”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]
3. Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”. [Syu’ab al-Iman, no. Hadith 3551] Ibn Jauzi mengatakan bahawa hukum hadith ini adalah tidak sahih. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanihiyah, 2:560]
4. Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]
5. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Apabial tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]
Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu SyaTetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.
Berikut adalah amalan-amalan yang menjadi tradisi masyarakat Islam di Nusantara:
Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala
Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali. Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak dengan niat supaya:
Doa Nisfu Syaban
Selepas selesai membaca Yasin, bacalah doa nisfu syaban.Antara doa malam nisfu syaban yang boleh dibaca adalah seperti berikut:
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan sekalian keluarganya serta sahabat baginda.
Ya Allah pemilik (semuanya) baik anugerah dan yang tidak dianugerahi, wahai yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai yang memiliki kurnia dan kenikmatan, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkaulah tempat berlindung,tempat memohon pertolongan dan pengaman bagi orang yang ketakutan.
Ya Allah, jika Engkau telah menulis di dalam Ummul Kitab nasib kami sebagai orang yang sengsara, atau yang diharamkan mendapatkan kenikmatan, atau yang ditolak, atau yang disempitkan rezekinya, maka demi kemuliaan-Mu ya Allah, hapuskanlah kesengsaraan kami, keterhalangan kami dari nikmat, ketertolakan dan kesempitan rezeki kami.
Dan tetapkanlah di dalam Ummul Kitab yang ada di sisi-Mu, kami sebagai orang yang bahagia, mendapat rezeki, mendapat taufik untuk melakukan kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dengan firmanMu yang hak di dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Nabi utusanMu, “Allah (berkuasa untuk) menghapus dan menetap yang dikehendakiNya dan di sisiNya Ummul Kitab.”
Ya Allah, dengan tajalli-Mu yang Maha Agung pada malam nisfu syaban yang mulia ini, yang di dalamnya dipisahkan dan dikukuhkan seluruh persoalan penting, kami mohon agar dihindarkan dari malapetaka yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui dan Engkau Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Mulia.
Semoga salam dan sejahtera dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan pemelihara Alam.
Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan malam nisfu Sya’ban:
Telah berkata Imam al-Syafie RA:
Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”.
— Lihat: al-Um, 1:264
Ibnu Rajab RA mengatakan:
Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”.
— Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247
Oleh itu, hidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, baca al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa dengan niat:
Kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Terpulanglah kepada kita yang mana dirasakan lebih baik
Walau bagaimana pun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali.
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.