Ramai dikalangan kita yang mempunyai stigma bahawa permainan elektronik atau ‘game’ adalah satu perkara yang boleh melalaikan, melekakakan, tidak berfaedah dan hanya membuang masa!
Namun, hijabi pemilik nama Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi atau lebih mesra disapa Aria ini telah membuktikan bahawa persepsi berkenaan adalah salah! Dan tidak benar sama sekali.
Ini demikian kerana beliau yang merupakan, atlet sukan elektronik (e-sukan) yang dikenali sebagai ‘Mobile Legends’ sebenarnya seorang hafizah al-Quran 30 juzuk pada usia 14 tahun dan juga sememangnya individu yang cemerlang dalam pendidikan!
Ikut Jejak Langkah Abang Main ‘Mobile Legend’ Ketika Berusia 16 Tahun Lagi
Hijabista difahamkan bahawa Aria mula berkecimpung dalam dunia ‘gamers’ seawal usianya 16 tahun lagi. Lapor akhbar tempatan, Aria dahulunya adalah bekas pelajar Maahad Tahfiz Alquran Sri Al Amin Bangi itu, mengikuti jejak langkah abangnya yang juga bermain permainan elektronik Mobile Legends.
Lebih menarik lagi, apabila bakat Aria ini mula dihidu, serta mendapat sokongan dan dorongan penuh daripada ahli keluarganya agar dia melebarkan sayapnya dengan menyertai pelbagai kejohanan di dalam sukan e-sport kegemaranya itu.
Ads
“Pada mulanya memang takut tapi saya jenis yang suka meneroka perkara baru dan saya mula melibatkan diri dengan menyertai pelbagai kejohanan.
“Selepas beberapa kali masuk kejohanan, saya rasa macam seronok kalau boleh memang setiap minggu nak pergi masuk pertandingan walaupun kalah awal sebab kita nak cari pengalaman,” katanya.
Meskipun Sibuk Bermain ‘Game’, Aria Tidak Abaikan Pelajaran, Cemerlang Setiap Semester!
Sekadar info, selain pencapaian mewakili Malaysia dalam acara Mobile Legends Wanita pada Sukan Sea Phnom Penh Kemboja 2023 dan mengahrumkan nama negara dengan membawa pulang pingat gangsa.
Ads
Aria juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang, meski sibuk menyertai kejohanan dan berlatih dengan bermain ‘game’. Aria membuktikan bahawa dia tidak sesekali mengabaikan pelajaranya dan memperolehi keputusan 4.0 bagi lima semester berturut-turut dalam bidang Diploma Pengajian Perniagaan Kolej Professional Mara, Beranang.
“Pada pendapat saya, walaupun kita beragama dan berpendidikan tak semestinya kita boleh pandang rendah pada esports.
“Sebenarnya banyak manfaat bila kita bermain permainan elektronik seperti meningkatkan fokus, pengendalian masa, critical thinking, dan boleh jadi lebih disiplin.
Ads
“Selagi kita berjaya seimbangkan agama dan bermain game, saya rasa ia tidak menjadi masalah besar. Asalkan, kita masih ingat akan Allah dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam,” ujar Aria.
Justeru, Aria berharap agar generasi muda dapat mengambil inspirasi dan ikhtibar dari kisahnya. Khususnya golongan wanita dan hijabi di luar sana yang mempunyai minat sama sepertinya agar dapat keluar dari zon selesa dan menceburi bidang e-sports bertujuan untuk memajukan negara.
Semenjak Covid-19 menyerang negara, kini ramai yang sudah mula mengambil vaksin atas langkah berjaga-jaga dan juga antara salah satu usaha untuk menurunkan kadar peratusan Covid-19.
Majoriti dari masyarakat kita sudahpun berjaya mengambil vaksin dari pelbagai jenis, dan tidak kurang juga, ramai yang masih menunggu giliran untuk disuntik vaksin yang sudah disediakan oleh pihak kerajaan.
Usaha ini juga nampaknya disambut baik bukan sahaja dari netizen, malah juga selebriti tempatan. Salah satunya ialah Nurheliza Helmi atau lebih dikenali sebagai Heliza. Baru-baru ini Heliza, yang sememangnya sudah dikenali umum terutamanya cara pemakaiannya yang sopan dan melambangkan wanita muslimah, berkongsi pengalamannya mengambil vaksin Astra Zeneca (AZ) di laman Instagram dalam bentuk video. Video yang berdurasi pendek itu sangat menarik apabila Heliza mengambil semua babak perjalannya mengambil vaksin dari mula hingga ke akhir.
Warga net juga turut memberi komen positif dan menzahirkan rasa keterujaan mereka melihat selebriti kesayangan ramai ini selesai menerima vaksin untuk mencegah Covid-19. Ada juga yang berkongsi pengalaman disuntik menjadikan ruang komen begitu meriah!
Apa yang menariknya lagi, Heliza juga turut berkongsi cara pemakaian yang sesuai dan sopan untuk mengambil vaksin. Pertanyaan dari peminatnya di ruang komen itu dijawab mesra dan sangat jelas.
Mesra, ringkas dan jelas kan jawapan Heliza kepada pertanyaan peminatnya? Sungguh peribadinya melambangkan wanita muslimah yang patut kita contohi! Jadi, pada pembaca Hijabista yang masih menunggu giliran untuk mengambil vaksin, jangan lupa gayakan gaya muslimah yang disarankan oleh Heliza okay?
Sejak kebelakangan ini, industri hiburan tanah air kecoh apabila beberapa pasangan artis yang mengambil keputusan untuk bercerai dan mengakhiri bahtera perkahwinan mereka meski jika dilihat pada mata kasar seperti bahagia dan tidak mempunyai sebarang pergolakkan.
Antara artis yang nekad untuk melabuhkan tirai bahtera rumah tangga mereka adalah Alif Aziz, Bella Astillah, Nora Danish, Irma Hasmie, Erynne Erynna, Emma Maembong dan yang terbaharu pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura yang menggamatkan dunia seni semalam (7 Oktober 2024)
Sehubungan itu, HIJABISTA terpanggil untuk mendapatkan sudut pandang rakan artis, bekas pengacara, model hijab yang juga usahawanita tudung berjaya, Ameera Zaini yang mengutarakan pendapatnya tentang isu penceraian antara artis yang boleh diibaratkan bak ‘Cendawan tumbuh selepas hujan’ ini.
Tak Berani Nak Komen Lebih Pasal Isu Penceraian Rakan Artis – Ameera Zaini
Ketika ditemui team HIJABISTA, pada majlis pelancaran butik Ameera Zaini terbaharu yang mengetengahkan konsep ‘Butik Cafe’ di Aeon Mall, Shah Alam di bawah jenama Ameera Zaini. Ini respon yang diberikan Ameera ketika mengulas berkaitan isu penceraian dan musibah perkahwinan yang melanda rakan artis.
Menurut Ameera, dia bukanlah orang yang layak untuk memberi pandangan berhubung isu ini, memandangkan bahtera perkahwinan yang dilayarinya kini masih hijau, apabila meniti tahun kesembilan bersama suami tercinta, Hasnoor Rozaini.
“Okay bercakap pasal masalah rumah tangga ni. Meera rasa setiap orang setiap pasangan setiap individu diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Jadi Meera tak berani nak komen lebih pasal tu,” Katanya.
Ameera Zaini Dedah Kunci ‘Kebahagiaan’ Dalam Perkahwinan
Bagaimanapun, ketika ditanya bagaimanakah dia mengemudi bahtera rumahtangga yang dimiliki agar kekal bertahan hingga ke hari ini, Meera mendedahkan hanya satu tips yang diamalkan dirinya bersama suami.
“Tapi apa yang Meera boleh katakan menurut sudut pandang Mira, apa yang membuatkan my marriage life still bertahan sampai sekarang.
“Walaupun Mira baru je berkahwin selama sembilan tahun, nak kata Meera dah lama berumah tangga pun tidak. Tapi nak kata terlalu baru pun tidak. Tapi apa yang Mira buat sepanjang melayari bahtera perkahwinan adalah sentiasa komunikasi.
“Communication is the key. Kalau you happy you communicate, kalau you tak happy you communicate as well. Kalau you rasa selesa you communicate, dan jika tak selesa you communicate.
“Komunikasi ni memang penting dalam perkahwinan, sentiasa berkomunikasi kalau ada apa-apa jangan pendam. Sebab ini memang tak bagus untuk kesihatan rumah tangga kita sebenarnya,” ujarnya.
Untuk rekod, Ameera Zaini menamatkan zaman bujang pada 20 September 2015. Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun itu, rumah tangga pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua orang putera, Mateen dan Daniel.
Tiada yang dapat mengatasi perasaan istimewa berkongsi hidangan atau minuman dengan seseorang yang istimewa, dan pastinya lebih baik jika anda boleh melakukannya sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan.
Daripada restoran mewah hingga ke atas bumbung yang santai, tiada kekurangan tempat panas dengan pemandangan latar langit bandar yang menakjubkan di sekitar KL! Berikut ialah beberapa tempat temu janji untuk meraikan hari istimewa dengan pemandangan yang hebat:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1. THIRTY8, Grand Hyatt Kuala Lumpur
Restoran ini terletak di tingkat 38 dan ia direka dengan keanggunan dan kecanggihan yang sama seperti hotel. Walaupun anda juga boleh pergi untuk makan tengah hari atau makan malam, jika anda ingin melakukan sesuatu yang menyeronokkan dan romantis pada hari itu.
Anda disarankan agar datang untuk minum petang dengan pastri halus, teh yang lazat dan pemandangan yang hebat! Untuk mengelakkan kekecewaan, pastikan anda membuat tempahan kerana tempat duduk mungkin tidak tersedia untuk masuk.
Alamat: Tingkat 38, Grand Hyatt, 12, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
2. Atmosphere 360, KL Tower
Bukan sahaja berfungsi sebagai mercu tanda ikonik Malaysia dan menara tertinggi di Asia Tenggara, ia juga menjadi rumah kepada restoran dengan pemandangan tertinggi di bandar. Terletak 282m di atas tanah, ialah sebuah restoran berputar yang moden dan elegan yang menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.
Gali hidangan bufet restoran berputar secara beransur-ansur bulatan penuh untuk memberikan anda pemandangan panoramik bandar KL betul-betul di bawah kaki anda. Daripada pilihan Barat kepada kegemaran tempatan, menawarkan menu hidangan bufet yang luas, hidangan a la carte, koktel dan juga minum petang!
Alamat: TH 02, Menara Kuala Lumpur, No. 2, Jalan Punchak Off Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
Mungkin bukan bar atas bumbung yang menjulang tinggi, tetapi ia menjulang ke atas jalan-jalan di Chinatown dan pastinya merupakan salah satu restoran kegemaran anda di bandar ini! Dengan koktel asli dan inventif yang memberi penghormatan kepada budaya dan warisan Chinatown, ramuan ini termasuk rasa tempatan seperti rojak, asam laksa, kepingan haw dan juga tau fu fah. Ya, ia mungkin kedengaran pelik tetapi anda akan mempunyai keinginan untuk mencubanya sendiri. Percayalah! Anda akan terkejut dengan rasa yang menyegarkan!
Dengan bar bulat yang cantik, warna-warna tona permata, tingkap-tingkap besar dan pemandangan menakjubkan dari teres luar, permata tersembunyi ini bagus untuk bersantai dengan minuman selepas makan malam bersama janji temu anda. Selamat menikmati!
Alamat: 2, Jalan Balai Polis, Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur
4. Envi Skydining
Terletak di Menara TA One betul-betul berhadapan KLCC, menawarkan pengalaman santapan yang lazat dipasangkan dengan pemandangan yang menakjubkan. Selain ruang makan dalaman utama, mereka juga mempunyai tempat duduk luar di teres serta bahagian bar yang berasingan dengan meja dan kerusi tinggi.
Mempunyai senarai item yang cukup pelbagai pada menu mereka, daripada hidangan barat seperti piza, pasta dan burger, juga masakan tempatan seperti mi dan nasi. Anda juga boleh menempah untuk menjamu selera dengan pemandangan dekat Menara Berkembar Petronas.
Alamat: Menara TA One, 22, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.
Roofino skydining rooftop restaurant, terletak di tingkat 34 KL Trilion, menawarkan pengalaman menjamu selera rumah kaca yang indah di tengah-tengah KL. Dengan dalaman yang mewah lagi selesa, tersedia tempat duduk dalam dan luar, tempat yang sesuai untuk perhimpunan intim, tarikh romantis atau perayaan istimewa. Manjakan diri dengan hidangan klasik seperti ikan dan kerepek, ayam panggang, burger, pasta dan piza dengan pemandangan bandar yang menakjubkan.
Alamat: 338, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
Pencinta stik! Daripada potongan daging Wagyu dan Angus yang halus di Marble 8, anda akan menghadapi kesukaran untuk memutuskan sama ada anda menyukai pasangan anda atau stik yang dihidangkan. Diiringi dengan pemandangan yang sama mengagumkan, reka bentuk Marble 8 adalah elegan dan mewah.
Walaupun ia bukan tempat yang paling murah di bandar, ia berbaloi untuk berbelanja dengan orang yang benar-benar istimewa yang pernah melalui susah dan senang bersama anda. Untuk menjadikannya pengalaman yang lebih hebat, pastikan anda membuat tempahan lebih awal untuk mendapatkan tempat duduk di tepi tingkap dari lantai ke siling.
Alamat: Tingkat 56, Menara Petronas 3, KLCC Persiaran, Kuala Lumpur
7. Altitude di Banyan Tree Kuala Lumpur
Terletak di tingkat 53 , menawarkan Sky Afternoon Tea yang popular dengan pemandangan latar langit bandar yang menakjubkan. Hidangan waktu minum teh di sini termasuk sandwic salmon salai, scone kismis, mousse coklat, tart meringue lemon, sandwic truffle telur dan puding toffee melekit.
Apa yang pasti gemari tentang Altitud ialah bagaimana mereka sentiasa melancarkan menu bermusim yang segar dan inventif dari semasa ke semasa, Minum Petang Musim Bunga Sakura masa terhad awal tahun ini terdiri daripada menu pencuci mulut yang dipilih susun khas yang disajikan dalam kotak bento hanami!
Alamat: Le Meridien Putrajaya, Ioi Resort, Putrajaya, Selangor, Malaysia
8. Fuego di Troika Sky Dining
Jika anda dan pasangan anda sedang mencari sesuatu untuk mengujakan selera anda, menu santapan mewah yang dibangunkan dengan teliti di Fuego at Troika Sky Dining akan menyampaikannya. Ia menampilkan masakan Amerika Selatan dengan kelainan, di mana anda boleh menemui pilihan daging panggang dan tapas.
Jangan biarkan reka bentuk restoran yang minima lagi bergaya menipu anda, ia mempunyai cita rasa yang besar! Dan sama seperti anda akan mempunyai cinta berapi-api yang baru ditemui untuk tempat ini, anda akan merasakannya. Lagipun, Fuego bermaksud ‘api’ dalam bahasa Sepanyol!
Alamat: Tingkat 23A, Menara B, The Troika, 19 Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...