Penampilannya agak sederhana tetapi senyuman yang terukir di bibir membuatkan ramai yang terpesona. Dr Mukhlis Idris atau dikenali sebagai Mukks di kalangan selebriti rancak menyolek sambil mengukir senyuman. Sentuhannya yang tersendiri memberi satu pesona wow pada selebriti terkenal seperti Neelofa.

Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Pokok Sena Kedah dan kemudiannya melanjutkan serta mendapat kelulusan dari Cardiff University pada tahun 2010 dalam Bachelor of Medicine dan juga Bachelor of Surgery. Anak kelahiran Seberang Prai Pulau Pinang ini mempunyai empat orang adik beradik dan beliau merupakan anak yang ketiga.

Ibu Perkasa Semangat Juang

Benar apa yang orang ungkapkan sebalik senyuman tersimpan 1001 satu rahsia. Begitu juga Dr Mukhlis tiada siapa menyangka dan menduga seorang jejaka tampan yang baru berusia 26 tahun ini pernah menghidap kanser Hodgkin Lymphoma (Hodgkin Limfoma) adalah Kanser Sistem Limfa tahap dua dan disahkan kira-kira lima tahun lepas. Namun beliau sudahpun menjalani kemoterapi semenjak dari tahun 2011 lagi.

Dr Mukhlis turut menjadikan ibunya sebagai pembakar semangat untuk beliau meneruskan perjuangan dan melawan sakit.

“Dialah sumber kekuatan saya, melakukan kemoterapi berkali-kali dan saya sekalipun tidak pernah mengalah untuk terus hidup. Ini adalah untuk menjaga dirinya seumur hidup saya,” ungkap Dr Mukhlis memulakan bicara.

“Kemampuan untuk terus menghadapi ketentuan Yang Maha Esa, saya juga perlu kekuatan dari segi mental yang tahap maksima malahan disiplin dalam mempetaruhkan satu nyawa, semangat juang kena tinggi.

“Bagaimana saya lakukan? Saya pun tidak pasti tetapi dalam tahap berjuang saya mempunyai target untuk terus hidup walau perit menjalani rawatan berkenaan.

IKLAN

“Sesiapa pun berada di tempat saya akan rasa tidak tentu arah. Pada awalnya memang sukar untuk menghadapi saat getir ini. Tetapi saya tidak pernah skip rawatan mahupun rawatan lanjutan sehingga digelar pesakit contoh di bawah pengawasan Pusat Perubatan Universiti Malaya,” ceritanya lagi yang telah memahat satu azam dalam dirinya.

“Saya tak nak mati” Hanya ini yang ada dalam fikirannya ketika itu. Dr Mukhlis yang gemarkan kucing dan hobinya memasak dan bermain piano tidak rasa sunyi dengan kehadiran keluarga di sampingnya.

Berubah Karier Setelah Pulih

Pernah berkerja di Hospital Selayang di Internal Medicine, dalam menjalani kemoterapi berkali-kali dan transplant darah. Malah ketika berdepan masalah kegawatan ekonomi, Dr Mukhlis terpaksa berehat dari bidang perubatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Mukhlis Idris (MBBCh,UK) (@muks83) on

 

“Saya perlu mencari pendapatan lain untuk meneruskan hidup dan ia berlaku dengan secara tidak sengaja pada tahun 2011. “The passion suddenly emerged in myself. Am so good in colouring and I love drawing so much”. Apabila sudah mula menyolek orang dan hasilnya ia menjadi. Inilah sumber pendapatan saya untuk sara hidup hinggalah sekarang alhamdulilah.”

IKLAN

Mati Hidup Semula

Umpama mati hidup semula, tidak terbatas rasa syukur ke hadrat Ilahi. Hampir lima tahun melawan kanser jahat ini saya bangkit semula dengan lebih bersemangat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Mukhlis Idris (MBBCh,UK) (@muks83) on

 

“Duit boleh dicari tetapi kesihatan adalah satu perkara yang kita selalu ambil mudah dan terlepas pandang. Saya terasa diri bagaikan dilahirkan semula dan saya susun semula semua yang hadir dalam hidup saya. Malah segala yang negatif akan saya buang jauh-jauh dari hidup saya,” tambahnya lagi.

Untuk Mereka Yang Terus Berjuang

Bagi mereka yang terus berjuang Dr Mukhlis terus memberi pengharapan dalam menjalani fasa awal apabila disahkan menghidap kanser. Bawa berbincang dengan pakar perubatan dan teruskan kemoterapi, kerana rawatan inilah paling penting demi memastikan perjuangan untuk terus hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Mukhlis Idris (MBBCh,UK) (@muks83) on

 

IKLAN

“Setiap manusia diberikan ujian yang berbeza-beza olehNya . Ketika mengenangkan diri ini menjalani ujian Allah di samping mereka yang sihat, saya tetap bersyukur kerana dari ujianNya inilah saya terus sihat sehingga sekarang.

“God is fair dan sekarang baru saya tahu kenapa Dia berikan ujian terdahulu so now I can be an imperfect example untuk pesakit kanser terus hidup dan sihat,” tambahnya yang percaya hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan, sakit dan sembuh datangnya dari Allah.

“Memang tiada istilah mustahil dalam kamus hidup saya. Tidak semestinya kita akan mati sebab kanser dan tidak semestinya orang yang sihat tidak akan mati. Semua ini percaturan hidup di mana buah hasil yang manis akan dirasai setelah menjalani rawatan kemoterapi.

“Lakukanlah perkara yang boleh mengembirakan sebab kita berhak memperolehinya. Sayang orang sekeliling dengan rasa sayang dan cinta buat kita rasa bersemangat untuk teruskan hidup,” ujar Dr Mukhlis yang juga turut berkongsi projek terbarunya.

Dalam projek ini Dr Mukhlis berbakti kepada pesakit kanser dengan membuka kelas solekan sambil berkongsi pengalaman tentang penyakit dan cara untuk menentang kanser. Usaha murni.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI