Hidayah Allah itu datang tanpa diduga dan tidak mengenal sesiapa. Jika Dia telah perkenan untuk memberi hidayahNya, tidak mustahil sesiapa sahaja berhak menerima. Bagi selebriti Eyra Hazali, 22 tahun, keputusannya untuk berhijab memang cukup drastik. Sebaik usai solat Subuh, pelakon drama Mr Grey ini terus sahaja ambil keputusan untuk berhijab.
Namun sebenarnya niat untuk berhijab itu sebenarnya sudah lama, cuma dipendamkan sahaja keinginan. Ini kerana dia tidak begitu yakin dengan diri sendiri apabila berhijab nanti.
Walaupun tahu memang wajib bagi setiap wanita itu menutup aurat, tetapi Eyra telah membuat persiapan selama setahun sebelum benar-benar ikhlas untuk berhijab.
Perbaiki Solat & Belajar Mengaji
“Niatnya memang dah lama untuk berhijab tetapi iman kita ini turun naik. Masa itu banyak fikir pasal duniawi. Saya ambil masa setahun buat persiapan sebelum ambil keputusan berhijab. Dalam masa setahun itu saya perbaiki solat, belajar mengaji dan pastikan dir betul-betul bersedia barulah terus berhijab.
“Hidayah itu betul-betul datang pada Eyra pada tahun lalu bila Eyra tengah shooting drama Mr Grey. Sebelum itu bertangguh dan lama-lama dibiarkan rasa bersalah pula menguasai diri. Waktu itu baru Eyra rasa itu adalah petanda untuk Eyra ‘move’ kepada satu fasa yang lebih baik,” ungkap Eyra memulakan perbualan tengah hari itu.
Menurut Eyra sebaik mengambil keputusan untuk berhijab itu, dia amat beruntung kerana keluarga turut memberi sokongan penuh.
Ads
“Pada mulanya mereka memang macam susah nak terima, tetapi lama kelamaan bila lihat Eyra serius berhijab, barulah mereka yakin dengan keputusan yang diambil. Dalam hal ini abang Eyra paling gembira. Keluarga bukan tak suka tetapi mereka tahu Eyra macam mana.
“Ditambah dengan trend kini di mana ada artis yang buka hijab dan pakai hijab semula. Mereka takut Eyra jadi macam tu. Tapi lama kelamaan bila mereka lihat Eyra serius berhijab, barulah mereka rasa yakin dengan keputusan yang Eyra ambil,” tambahnya yang tidak kisah apa orang kata mengenai dirinya.
“Eyra tahu kalau ada selebriti berhijab pasti kita akan dengar caka-cakap netizen yang akan kata nanti akan kelua produk tudung baru, telekung atau apa-apa sahaja produk yang berkaitan soal membabitkan agama.
“Tapi bagi Eyra kalau orang lain cerita buruk pasal Eyra memang Eyra tak akan ambil tahu. Mereka tak tahu apa Eyra lalui dan Eyra juga tak tahu apa yang mereka lalui. Apa yang penting keputusan berhijab itu memang dari hati sendiri,” ceritanya yang tidak pernah terfikir untuk malas berhijab.
Ads
Tak Pernah Rasa Malas Berhijab
“Alhamdulillah rasa malas itu tidak ada, tapi kalau malas bersyampu rambut itu memang ada. Ini kerana hari-hari Eyra berhijab sampai ada satu hari Eyra cakap dah lama tak tengok diri sendiri tak pakai tudung. Biasanya lepas balik ke rumah, terus cuci muka kemudian masuk tidur.
“Bagi Eyra untuk yang pertama kali berhijab memang rasa susah sedikit. Seperti yang Eyra cakap, Eyra ambil masa setahun untuk persiapkan diri berhijab. Eyra pastikan diri Eyra ada persediaan secukupnya (bab jaga solat dan mengaji) sebelum ambil keputusan untuk berhijab.
Ads
“Cuma keputusan itu agak drastik. Kalau orang lain tunggu minggu depan, tetapi Eyra lepas solat Subuh terus sahaja nak pakai tudung,” jelas Eyra yang memberitahu caranya untuk kekal istiqamah adalah percaya pada diri sendiri, percaya pada Allah dan insya-Allah hidayah itu akan terus kekal dalam diri.
Sebagai insan yang baru berhijab, Eura juga turut menjadikan Mizz Nina, Heliza Helmi dan Aisyah Hijanah sebagai ikon. Menurutnya kerana pendekatan cara dakwah mereka apa berbeza. Sangat cool, tidak memaksa dan sentiasa memberi motivasi yang baik dan berguna kepada follower mereka di laman sosial.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijabi yang sentiasa jaga penampilan dan ‘look’ kena tahu cara sesuai memilih seluar dalam dan disarankan juga bagi yang gemar memakai jubah dengan material fabrik lembut. Seluar dalam menjadi isu sensitif bagi sesetengah orang dan tidak dibicarakan secara terbuka. Tapi disebabkan ketidakterbukaan minda ketika membincangkan soal itu membuatkan ramai melakukan kesalahan apabila memilih seluar dalam.
Seluar dalam menjadi sebahagian daripada keperluan dalam berfesyen sama ada untuk wanita atau lelaki.
1. Apakah cara betul ketika mengenakan seluar dalam menentukan keselesaan pemakai?
Sarungkan seluar dalam dan tarik ke atas sehingga posisi selesa. Pastikan bahagian belakang seluar memenuhi keseluruhan punggung. Pastikan pita di bahagian pinggan dan perut tidak berlipat.
2. Di manakah posisi betul panel bawah seluar dalam?
Pastikan jahitan pada bahagian hadapan panel kelihatan dan tidak seharusnya terselit ke belakang bagi memastikan keselesaan sepenuhnya.
3. Pinggang seluar dalam sentiasa bergulung tapi bahagian pinggulnya selesa.
Anda mungkin memilih saiz seluar dalam yang salah. Pinggang seluar dalam mestilah berkedudukan tetap dan selesa serta tidak berlipat. Saranan admin, cuba saiz yang lebih kecil dan rekaan berbeza.
4. Kaki seluar dalam menggigit dan bergulung. Adakah ia pilihan yang betul?
Kaki seluar dalam tidak sepatutnya menggigit dan bergulung. Jika keadaan itu berlaku, tandanya anda memakai seluar dalam terlalu kecil. Periksa sama ada bukaan kaki seluar dalam berkedudukan sama dari sisi ke sisi? Jenis fabrik seluar dalam daripada bahan memeri atau berelastik? Jika masih mengalami masalah yang sama, pilih seluar dalam berpotongan tinggi.
5. Seluar dalam seperti mahu terlondeh
Pilihlah saiz seluar dalam yang betul. Seluar dalam yang muat dengan selesa adalah seimbang dan selari serta meliputi semua bahagian punggung. Ganti seluar dalam yang lusuh dengan yang baru kerana getah pinggangnya mungkin sudah hilang keanjalan.
6. Apa yang mesti dilakukan untuk mengelakkan garisan seluar dalam kelihatan pada pakaian?
Pilih seluar dalam berliputan penuh seperti potongan maxi atau potongan seluar pendek (short). Kedua-duanya memberikan keselesaan sama seperti seluar dalam biasa, malah ia mampu mengelakkan kesan seluar dalam jika anda mengenakan pakaian ketat.
7. Apakah fabrik terbaik untuk memastikan keselesaan seluar dalam?
Ada pelbagai jenis fabrik yang digunakan untuk membuat seluar dalam. Fabrik terbaik tentunya yang diperbuat daripada kain kapas. Fabrik lycra spandex dan nylon spandex memberikan kebebasan dan regangan bebas dari segi kemasan untuk tubuh. Namun, apa juga pilihan fabrik seluar dalam anda, pastikan panel bawah dilapik fabrik kain kapas bagi memastikan serapan serta pengeringan segera.
8. Bila seluar dalam perlu ditukar baru?
Fikirkan apabila berdepan bencana seperti kemalangan dan perlu dibawa ke hospital, tentu anda malu jika tersingkap kain, terdedah seluar dalam yang lusuh dan koyak. Seluar dalam memainkan peranan untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Panduan untuk bertukar seluar dalam adalah: Jika lipatan pada kaki dan bahagian pinggang telah mengembang dan longgar, tepinya bergulung atau terlondeh, jahitan tets atau fabriknya menipis dan tidak selesa dulu. Inilah faktor yang menyebabkan anda perlu bertukar kepada seluar dalam yang baru.
9. Bagaimana menjaga seluar dalam?
Periksa label peraturan mencuci yang disediakan. Ia bukan sekadar hiasan tapi maklumat penting sesuai fabrik. Boleh juga cuci dengan menggunakan uncang khas jika menggunakan mesin pencuci. Keringkan di tempat redup dan berangin. Panas terik akan menyebabkan fabrik elastik cepat longgar.
10. Bagaimana menentukan saiz sebenar seluar dalam anda?
Dapatkan tali pengukur kemudian ukur sekeliling saiz pinggang, ukur bahagian paling berisi di bahagian pinggul (biasanya 10 inci di bawah pinggang).
Pinggang Pinggul Saiz
S – 25” -25” 35”-36”
M – 27” -28” 37”-38”
L – 29” -31” 39”-41”
XXL – 35” -37” 45”-47”
XXXL – 38” -40” 48”-50” XXXL
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi kebanyakan mereka yang mengalami masalah kulit kering, keadaan ini sering membuatkan mereka merasa rendah diri, terutama ketika perlu sentiasa berhadapan dengan ramai orang. Kulit sihat yang normal biasanya dilapisi dengan bahan lemak semula jadi untuk menjaga kelembapan, lembut, dan anjal.
Kulit kering mungkin tidak terlalu jelas kelihatan, terutama jika ia tidak menyebabkan kulit mengelupas dan kelihatan bersisik. Walau bagaimanapun apabila anda menyentuh kulit, terasa kasar dan tidak sekata. Ketika inilah anda dapat mengetahui yang anda sebenarnya memiliki kulit jenis kering.
Kajian mengatakan kulit yang tampak kering dan juga tidak bermaya, kurang fleksibel, malah tidak dapat memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku. Justeru, Hijabista berkongsikan kepentingan menggunakan ‘Face Mist’ khusus bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering!
Face mist merupakan sebuah inovasi dalam bidang kecantikan untuk memenuhi segala keperluan yang dikehendaki oleh kulit wanita. Cairan di dalam face mist sedikit berbeza dari pelembap dan kandungan nutrisi lain untuk mengunci lembapan dalam kulit seperti hyaluronic acid dan glycerin yang mampu memeberi kelembapan kulit lebih lama.
1. Melindungi Kulit Dari Iritasi
Umumnya face mist berformula lembut dan tidak mengakibatkan iritasi pada kulit. Kandungan face mist sangat ringan, hanya diperbuat dari bahan-bahan yang melembapkan kulit secara lembut dab sesuai digunapakai bagi semua jenis kulit.
Untuk hijabi yang mempunya kulit jenis kombinasi, disaranakan untuk menggunakan face mist yang diformulasi untuk menyerap dan menyeimbangkan minyak berlebihan yang dirembeskan kulit. Biasanya, face mist ini mengandungi ekstrak bunga seperti lavender, rosemary, mawar atau peppermint.
2. Menjaga Kelembapan Agar Kulit Tidak Kering
Salah satu fungsi Face mist adalah untuk mengantikan kelembapan kulit kering. Fungsinya lebih kurang sama seperti serum dengan kandungan yang mampu mengunci kelembapan kulit seperti vitamin C, hyaluronic acid dan AHA.
Selain digunakan untuk menambah kelembapan dan menyegarkan kulit wajah seharian, face mist juga boleh berfungsi sebagai skincare yang mampu meyediakan kulit sebelum anda memakai serum, atau pelembap. Setelah menggunakan sheet mask atau sleep mask anda boleh spraykan face mist untuk menambah kesan kelembapan dan kesegarkan kulit setelah selesai membersihkan wajah.
Ya, tidur! Kita semua memerlukannya dan kebanyakan kita tidak cukup dengannya. Walaupun setiap orang berbeza dan sesetengah orang lebih gembira dengan kurang kip berbanding orang lain, namun keperluan waktu tidur setiap orang berbeza. Pakar syorkan jam tidur berubah seiring dengan peningkatan usia.
Kanak-kanak kecil memerlukan lebih banyak mata tertutup daripada orang dewasa, contohnya, apabila otak mereka berkembang dan badan mereka membesar. Berikut ialah imbasan tentang berapa lama profesional menasihati tidur yang ideal mengikut umur dan corak tidur yang berbeza yang muncul sepanjang hidup kita.
Tidur adalah penting untuk perkembangan dan pembelajaran bayi. Ia boleh kelihatan seperti bayi dibawa ke dunia ini untuk tidur, walaupun ia tidak betul-betul sepanjang malam. Tetapi keperluan mereka untuk berkembang sudah tentu tepat, itulah sebabnya bayi dan kanak-kanak, idealnya memerlukan sebanyak 12 hingga 17 jam tidur secara keseluruhan. Tetapi ini hanyalah purata dan boleh berbeza-beza mengikut bayi baru lahir, bayi dan kanak-kanak kecil.
Walaupun bayi baru lahir dikaitkan dengan tidur lebih daripada mereka berjaga, jumlah masa mereka sebenarnya boleh berkisar antara lapan hingga 16 atau 18 jam, mengikut perkhidmatan kesihatan. Selain itu, tidur mereka akan terganggu, dengan mereka bangun untuk suapan, atau akibat perubahan suhu.
Bayi anda akan memerlukan lebih sedikit suapan pada waktu malam apabila mereka membesar sedikit, membolehkan mereka tidur lebih lama. Sesetengah akan tidur selama lapan jam atau lebih lama, tetapi, seperti yang dinyatakan, setiap kanak-kanak adalah berbeza dan tidur lebih mudah bagi sesetengah orang. Menjelang empat bulan, kebanyakan bayi menghabiskan dua kali lebih lama tidur pada waktu malam berbanding siang hari.
Antara enam bulan dan setahun, suapan malam akan menjadi lebih sedikit dan jauh di antara, atau tidak lagi diperlukan sama sekali, di mana beberapa bayi akan tidur sehingga 12 jam. Tetapi tumbuh gigi dan kelaparan masih boleh membangunkan mereka pada waktu malam. Selepas hari pertama dilahirkan, mereka mungkin akan tidur lebih lama, kira-kira 12 hingga 15 jam secara keseluruhan.
Kanak-kanak kecil berumur dua tahun biasanya akan tidur selama 11 hingga 12 jam pada waktu malam, dengan beberapa tidur siang. Sementara itu, mereka yang berumur tiga atau empat tahun memerlukan kira-kira 12 jam secara purata, dengan ada yang tidur selama lapan dan ada yang sehingga 14, ini mungkin masih termasuk tidur siang pada hari itu.
Petua utama pakar untuk membantu bayi dan kanak-kanak mendapat rehat yang mereka perlukan ialah, tetapkan kitaran tidur-bangun biasa, bawa mereka keluar pada waktu siang dan cipta persekitaran yang menenangkan pada waktu petang tanpa skrin.
Kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup untuk membantu mereka mencapai potensi penuh mereka. Apabila kanak-kanak membesar, corak tidur mereka akan berubah, begitu juga dengan keperluan mereka. Tetapi walaupun mereka memerlukan kurang daripada bayi, setelah membesar menjadi manusia kecil, ia masih sama pentingnya pada peringkat ini.
Begitu juga, terdapat banyak perkara yang perlu diproses dan difahami untuk kanak-kanak, itulah sebabnya pakar mengesyorkan 9 hingga 13 jam, yang akan membantu mereka belajar dan menghadapi hari ke hari di sekolah tanpa rasa letih.
Sekali lagi, semua kanak-kanak adalah berbeza, jadi jumlah yang mereka perlukan untuk berfungsi, atau boleh tidur, akan berbeza-beza. Mempunyai masa dan rutin tidur tertentu bergantung pada umur dan tingkah laku tidur anak anda boleh membantu mereka tidur apabila ia akan memberi manfaat paling banyak kepada mereka. Mimpi malam adalah beberapa perkara yang lebih umum yang boleh menghalang kanak-kanak daripada mendapat tidur malam yang nyenyak, tetapi sangat biasa, dan kebanyakannya berkembang daripadanya.
Orang dewasa sepatutnya mendapat tujuh hingga sembilan jam tidur setiap malam. Tetapi yang terakhir, terutamanya, boleh berasa cantik di luar jangkauan mereka yang kerja rumah atau kehidupan sosial dan sebagainya.
Sememangnya bertuah anda tidak memerlukan 17 jam yang diperlukan oleh beberapa bayi. Otak kita tentu saja masih memproses dan memangkas dirinya pada waktu malam, mengurangkan sambungan neural yang dibuat pada siang hari. Pada siang hari otak membuat sambungan baru, tetapi ia tidak dapat menyimpan semuanya kerana terdapat ruang yang terhad. Jadi ada yang dikurangkan untuk memberi ruang kepada yang baharu pada hari berikutnya.
Penyelidikan mendapati bahawa ‘hubungan’ yang dibuat antara neuron penghantar maklumat di otak mengecut semula hampir 20%, menetapkan semula dan bersedia untuk orang lain, apabila mereka akan menjadi lebih kuat apabila mempelajari perkara baharu. Jadi, secara ringkasnya, otak perlu memulihkan dirinya dan badan, , itulah sebabnya kita masih perlu menyasarkan untuk tidur yang cukup sebagai orang dewasa, kerana tanpanya kita boleh lebih berisiko mengalami pelbagai masalah kesihatan dan keadaan seperti masalah jantung, diabetes, demensia, kemurungan dan penambahan berat badan.
Perbandingan corak tidur lelaki dan wanita, bagaimanakah tidur terjejas bagi mereka yang mengalami menopaus?
Menurut penyelidikan wanita mempunyai masa tidur yang intrinsik lebih awal daripada lelaki. Tingkap tidur anda ditetapkan oleh jam badan. Ini berubah semasa kita menjalani kehidupan semasa kanak-kanak kecil tidur awal, remaja lewat, Sebagai contoh. Sehingga menopaus, ‘drive’ semula jadi wanita adalah untuk menjadi lebih awal daripada lelaki, itu tidak bermakna kita tidur lebih awal!
Sesuatu berubah semasa menopaus dan masa tidur wanita dan lelaki menjadi lebih serupa. Sama ada wanita menjadi lebih lambat atau lelaki menjadi lebih awal. Jadi, adakah orang yang menopaus perlu tidur untuk jangka masa yang berbeza? Tidak, anda memerlukan perkara yang sama seperti dahulu. ‘Keperluan’ tidur tidak berubah tetapi ramai wanita bergelut dengan tidur pada masa itu kerana demam panas, turun naik hormon, tekanan, mood / kemurungan, gaya hidup dan sebagainya.
Tip pakar untuk orang dewasa: Nilai tidur anda, jagalah ia seperti menjaga ‘benda’ berharga lain dalam hidup anda. Jadikan ia sebagai keutamaan dan luangkan masa untuk itu, jangan gunakannya.
Jika anda berada dalam ‘mod melakukan’ yang berterusan sepanjang hari anda terjaga, jangan jangka otak anda tiba-tiba boleh bertukar kepada ‘mod rehat’, kerana ia memerlukan masa untuk beralih. Bangunkan rutin bertenang dan luangkan masa pada siang hari untuk melambatkan buat sementara waktu.
Orang tua mungkin kurang tidur, tetapi itu tidak bermakna mereka perlu kurang tidur. Ia sering difikirkan bahawa orang kurang tidur pada tahun-tahun akhir hidup mereka. Tetapi sejauh manakah ini sebenarnya mencerminkan keperluan mereka?
Kepercayaan umum bahawa kita memerlukan kurang tidur apabila kita mencapai usia tua, mungkin salah. Apa yang berubah ialah keupayaan kita untuk tidur dengan lena, tidur menjadi lebih ringan dan lebih terganggu, kita cenderung untuk tidur lebih awal dan mungkin berasa lebih letih pada hari itu.
Terdapat perubahan pada jam badan anda, kekurangan pendedahan cahaya dan aktiviti dan juga kesan keadaan perubatan lain yang menjejaskan tidur. Jadi walaupun mungkin kurang tidur, tidak semestinya ini kerana kita memerlukan kurang tidur. Orang dewasa yang lebih tua biasanya memerlukan jumlah tidur yang sama, tetapi mungkin hanya mempunyai satu tempoh tidur nyenyak, contohnya, selepas itu mereka lebih mudah bangun. Ia juga difikirkan kita cenderung kurang bermimpi apabila kita semakin tua.
Apa yang jelas ialah tidur adalah penting untuk semua peringkat umur. Dan walaupun kita mungkin memerlukan kurang daripadanya sebagai orang dewasa berbanding pada tahun-tahun muda kita, itu bukan sebab untuk berhemat pada jumlah yang disyorkan sekarang, jika anda boleh membantunya. Kenapa tidak!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.