Setiap umat Islam disarankan untuk mengamalkan amalan yang disukai oleh Allah SWT. Amalan-amalan ini yang membantu kita untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.
Luangkan sedikit masa untuk mengerjakan solat dan juga perkara-perkara sunnah yang sudah ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W untuk mendapat ganjaran dari Yang Maha Esa.
Antara amalan-amalan yang dapat kita lakukan untuk menambahkan pahala adalah dengan membaca doa. Apabila kita berdoa, ini bermakna kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT dan berdoa juga mendekaktka kita dengan-Nya. Kami kongsikan kepada kamu semua barisan doa-doa yang boleh kamu amalkan dalam kehidupan harian. Selamat beramal!
Ya Allah, jadikanlah agama kami ini benar sebagaimana yang dibawa Nabi S.A.W, dan Islam kami ini sebagaimana Islamnya Muslimin yang sebenar, dan iman kami ini sebagaimana berimannya orang Mukminin, dan solat kami seperti solat orang-orang yang khusyu’, dan amalan kami seperti amalan orang-orang soleh, dan niat kami seperti niat orang-orang yang ikhlas, dan jika kami berbuat dosa, ampunkanlah dosa kami sebagaimana orang yang bertaubat kepadaMu (3x), dan hidupkanlah kami sebagaimana Ulama’, dan matikanlah kami sebagai seorang Syuhada’, dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama para Nabi-nabi Mu.
Allahumma innaa nas aluka salaamatan fiddiin, wa ‘aafiatan fil jasad, wa ziyaadatan fil ‘ilm, wa barakatan fir rizq, wa taubatan qablal maut, wa rahmatan ‘indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut.
Maksud:
Ya Allah, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambahkan ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati.
Ya Allah, ringankanlah ke atas kami semasa sakaratulmaut, dan lepaskanlah dari api neraka, dan berilah pengampunan semasa diadakan perhitungan (hisab).
Rabbanaa zolamnaa anfusanaa wa illam taghfirlanaa wa tarhamnaa lanakuunanna minal khaasiriin.
Maksud:
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam orang-orang yang rugi. (7:23)
IKLAN
Doa Mohon Dihindari Dari Sifat Buruk Dan Kepayahan
Allahumma innaa na’uuzubika minal hammi walhazan wa na’uuzubika minal ‘ajzi wal kasal wa na’uuzubika minal jubni wal bukhli wa na’uuzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal.
Maksud:
Ya Allah, kami berlindung dengan Mu dari kerisauan dan kesedihan, kami berlindung dengan Mu dari sifat lemah dan malas, kami berlindung dengan Mu dari sifat penakut dan bakhil, kami berlindung dengan Mu dari bebanan hutang dan penindasan orang.
Doa Mohon Sentiasa Mendapat Hidayah, Rahmat Dan Kekal Sebagai Seorang Islam
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya. (3:8)
Doa Mohon Kehidupan Yang Baik Di Dunia Dan Akhirat
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (kesudahan yang baik), dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (kesudahan yang buruk).
Semoga kita semua diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Lapangkan dada, tenangkan jiwa dan berdoalah kepada-Nya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menerap sikap suka membaca al-Quran adalah suatu perkara yang baik terutama sekali menjadi contoh yang bagus. Pada usia yang awal, anak-anak akan menjadi lebih terbuka dan dekat dengan sisi agama.
Berkongsi tentang kisah anak-anak yang suka untuk membaca al-Quran, Fatin Afeefa menjelaskan kedua anaknya sedang dalam proses mengkhatam. Ia menjadi satu berita baik yang patut di kongsi.
Pada sesi siaran langsung di TikTok, pelakon Fatin Afeefa mendedahkan bahawa kedua anaknya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia sedang cuba khatam al-Quran.
Hanya niat untuk menjawab soalan peminat apabila disoal mengenai keberadaan anaknya. Sebagai ibu, Fatin turut menceritakan bertapa sukanya anak-anaknya untuk mengaji.
“Anak-anak saya sekarang tak ada di rumah. Mereka pergi mengaji. Pukul 10 nanti baru balik dari waktu Isyak tadi.” katanya.
Tambahan lagi, Fatin Afeefa juga menjelaskan bahawa dia dilarang oleh anak sulungnya, Arrian, untuk mengambik mereka di tempat mengaji selagi belum 10 malam.
Kedua anaknya itu sudah menanam hasrat untuk cuba mengkhatam al-Quran sebelum berakhirnya tahun 2022. Jadi bukan sahaja Arrian malah Ivy juga tidak mahu Fatin mengambil mereka awal dari kelas mengaji.
“Mereka berdua sedang berlumba nak khatam al-Quran. Sebab itu mereka tak bagi saya ambil balik mengaji awal,
“Arrian pula sebab Ivy dah lebih beberapa surah daripada dia, jadi dia nak kejar balik.” ujarnya lagi.
Namun, Fatin juga turut memaklumkan kepada mereka yang mungkin tidak sempat untuk khatam kerana baru sahaja masuk juzuk kesebelas. InsyaAllah, berkat usaha mereka pasti sempat sebelum hujung bulan.
Rezeki setiap individu berbeza-beza dan tidak sama. Tentunya setiap individu mahu diri mereka mendapat rezeki yang banyak tetapi itu semua bergantung kepada amalan yang kita lakukan setiap hari. Ada inidividu yang merungut mengapa rezeki terasa begitu susah untuk singah. Jika ada, pasti akan cepat habis.
Untuk mendapat rezeki yang luas, cuba amalkan beberapa amalan ini kerana ia dikatakan mampu membuka pintu rezeki kita. Semoga Allah membuka pintu rezeki seluasnya buat kita semua. Cuma, anda perlu bersangka baik dengan Allah.
1. Beribadah
Jangan lupa untuk beribadah kepada Allah dan Allah tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hambaNya. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak Istighfar
Istighfar merupakan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah. Dengan memperbanyak istighfar, Allah akan semakin jatuh kasih pada hambaNya lalu Dia akan melapangkan jiwa dan kehidupan hambaNya.
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, an-Nasa’i Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Menjauhi Dosa
Istighfar tidak pernah laku di sisi Allah jika anda masih berbuat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah mampu menutup pintu rezeki seseorang.
Sabda Nabi s.a.w.:
“…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Berbakti & Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w berpesan agar sesiapa yang mahu dipanjangkan umur dan ditambah rezeki, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
5. Berbuat Baik & Menolong Orang Yang Lemah
Hendaklah kita berbuat baik kepada orang yang lemah termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
6. Berselawat
Selawat dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
7. Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang lain juga boleh menjadi sebab mengapa Allah melapangkan rezeki dan memperkenankan hajat anda sendiri seperti sabda Nabi s.a.w:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Bangun Awal Pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
9. Melakukan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha merupakan rahsia untuk membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Meskipun sedang sibuk, jangan dilupakan untuk menunaikan solat Dhuha.
10. Bersedekah
Sedekah boleh mengundang rahmat Allah dan merupakan salah satu sebab mengapa Allah membuka pintu rezeki anda. Sekiranya anda memudahkan orang lain, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan anda.
11. Bertawakal
Dengan tawakal, anda akan dimurahkan rezeki dan akan sentiasa terasa kaya. Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kami diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
12. Zikir & Baca Ayat Quran Tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, membuka pintu hidaya, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Selain itu, ia juga mampu menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati. Contohnya, siapa yang mengamalkan bacaan surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
Mati itu pasti dan setiap individu pasti akan merasai kematian. Setiap amalan anda di dunia akan dihisab oleh Allah Taala, tidak kira sama ada amalan yang baik ataupun sebaliknya.
Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan pahala meskipun anda sudah pergi menghadap Ilahi. Malah, dengan lakukan 6 cara ini, pahala anda tetap akan mengalir jika ia bermanfaat untuk semua orang.
TIada istilah sudah terlewat kerana realitinya, kita masih belum terlambat. Moga inisiatif kita diambil kira Allah SWT. Mudah-mudahan.
1. Terlibat dalam pembinaan masjid. Tentunya pahala anda akan berganda-ganda.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital-hospital. Apabila orang sakit menggunakannya, kita juga akan mendapat pahala.
3. Menghadiahkan Al-Quran pada seseorang atau di masjid pasti anda mendapat pahala setiap kali Al-Quran tersebut dibaca mahupun diselak helaiannya.
4. Apabila air diminum dari water cooler dan dapat menghilangkan dahaga orang ramai, anda juga turut mendapat pahalanya.
5. Menanam pokok untuk orang berteduh dari panas terik dan hujan lebat, serta juga tempat berteduh haiwan, anda akan mendapat ganjaran pahala.
6. Dan yang paling mudah tolong sebarkan perkara ini, pasti anda akan mendapat pahala dengan mudah.
InsyaAllah, amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!