Terdapat banyak cara yang boleh hijabi lakukan agar memiliki waktu tidur yang berkualiti. Antaranya melakukan beberapa perkara yang menenagkan seperti minum teh chamomile sebelum tidur, mandi susu, megatur pencahayaan yang tepat didalam bilik dan pelbagai lagi.
Selain itu, ada juga cara lain yang boleh anda lakukan untuk memiliki waktu tidur yang berkualiti, iaitu dengan menggunakan penutup mata ketika tidur. Meskipun menggunakan penutup mata bukanlah merupakan satu kebiasaan bagi masyarakat di Malaysia. Tetapi terdapat pelbagai manfaat yang boleh hijabi peroleh tau!
Tanpa anda sedari, ketika sedang tidur kulit anda akan bergesel dengan sarung bantal. Lantas membuatkan kulit di area wajah, termasuk kulit pada bahagian bawah mata mengalami iritasi.
Oleh itu, dengan menggunakan penutup mata ketika tidur, kulit di area mata anda akan bebas dari geselan dan iritasi. Malah, skin barrier di area wajah yang paling sensitif juga menjadi terjaga.
Ads
2. Meredakan Bengkak Di Area Mata
Bangun tidur dengan mata yang bengkak merupakan perkara yang amat menjengkelkan. Jika hijabi tidak ingin perkara ini berlaku, gunakanlah penutup mata ketika tidur.
Tekanan pada mata yang diberikan oleh penutup mata yang sedikkt berat dapat membantu menghilangkan cairan yang menjadi punca mata bengkak. Selain itu, penutup mata yang mempungai ‘cooling effect’ juga membantu meredakan bengkak dengan menenangkan pembuluh darah di bahagian mata.
Penutup mata dengan jenis tertentu juga boleh membantu meredakan ketegangan di area mata sekaligus merupakan jalan penyelesaian untuk meredakan gejala migrain yang anda alami. Selain itu, penutup mata yang dilengkapi microbeads pula menawarkan tekanam yang ringan pada kelopak mata serta membuatkan anda merasa selesa ketika tidur.
4. Tingkatkan Kualiti Tidur
Ads
Semakin gelap pencahayaan di bilik tidur, maka tidur akan menjadi semakin nyenyak dan berkualiti. Tetapi jika ruangan bilik anda masih terlalu terang walaupun sudah memadamkan lampu bilik, maka anda sememangnya perlu menggunakan penutup mata ketika tidur.
Ini demikian kerana, penutup mata akan memberi kegelapan speenuhnya sehingga membolehkan hijabi tidur dengan lebih lena sekaligus memperolehi waktu tidur yang berkualiti!
Melihat kejelitaan selebriti yang hadir di majlis tertentu menyebabkan kita juga teringin untuk bersiap begitu, terutama untuk majlis pernikahan atau perkahwinan. Kebanyakan dari mereka menggunakan khidmat jurusolek untuk memastikan penampilan lebih menawan berbanding kebiasaan.
Namun sebilangan jurusolek yang popular dan kreatif ini adalah lelaki dan pastinya menjadi kekangan kita sebagai wanita Muslim dek kerana batas aurat.
Walaupun begitu, ada juga sebahagian jurusolek lelaki yang tetap menjaga batas aurat dengan pelanggan perempuan mereka. Salah seorang adalah jurusolek popular Syedewa.
Pemilik nama sebenar Syed Mohamad Fahmi Syed Shabtar ini sering menyolek wajah selebriti terkenal seperti Nora Danish, Neelofa, Che Ta, Scha Al-Yahya, Nabila Razali dan beberapa lagi artis popular lain.
Baru-baru ini dia ada muat turut video demo solekan di laman twitter dan instagramnya. Apa yang menarik perhatian netizen apabila, Syedewa menggunakan sarung tangan untuk menyolek bakal pengantin.
Rata-rata netizen memuji cara Syedewa ini yang tahu untuk menjaga batas aurat antara lelaki dan perempuan.
Malah bakal pengantin juga dilihat pastinya tidak rasa ragu-ragu menggunakan khidmat jurusolek lelaki kerana penggunaan sarung tangan berkenaan.
Dalam video itu juga netizen meninggalkan maklum balas mengenai penggunaan sarung tangan berkenaan. Masing-masing mengkagumi hasil kerja jurusolek popular ini.
Mengembara adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bukan sekadar merasai pengalaman baru tetapi juga memanfaatkan usia melihat tempat di luar persekitaran kita. Bagi seorang pengembara, aktiviti travel ini memang cukup membahagiakan mereka.
Pendek kata, hanya mereka yang gemar mengembara sahaja dapat rasa perasaan itu. Majoriti bila sebut sahaja travel, ramai orang suka. Tidak semestinya ke luar negara, di dalam negara pun ada banyak tempat-tempat menarik untuk kita kunjungi.
Jom kita hayati perkongsian Diyana Mukhayadi tentang pengalamannya naik ‘sleeper train’ ke Kelantan.
Akui Diyana, dia memang sudah lama berangan hendak pergi mengembara ke luar negara secara solo. Namun dek kerana dia seorang penakut maka dia terpaksa menunda dahulu angan-angannya itu.
“Aku fikir better aku try kat dalam Malaysia dulu. Jadi aku plan nak naik ‘sleeper train’ ke Kelantan sebagai permulaan. Tapi tetiba plot twist, kawan-kawan aku tetiba eh jom lah kita pergi sekali, maka solo trip aku ni cancel dan terus jadi trip berempat lebih baik,”cerita Diyana.
Diyana dan tiga rakannya memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL. Tujuan utama trip ini memang hanya untuk merasa pengalaman naik “sleeper train” selama 13 jam sambil Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di Kota Bharu.
“Very short trip with very different experience. Untuk pengetahuan semua, nama rasmi train ini adalah Ekspres Rakyat Timuran atau nama glamer lain dikenali juga sebagai “jungle train”.
“Ini sedikit tip dan tricks yang mungkin boleh menjadi rujukan mereka yang merancang untuk merasai pengalaman ‘sleeper train’ ini,” kata Diyana.
Mula-mula beli tiket ‘sleeper train’ dulu melalui apps KTMB:
Untuk merasai pengalaman tidur di atas katil dalam train, kena pilih koc berkatil: Koc T6-T8. Kami pilih Koc 8, koc paling hujung. Terdapat juga koc seat duduk biasa juga, Koc T1-T3.
Diyana juga menasihatkan agar pilih koc 8. Penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke kafe di Koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 ini paling depan sekali, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.
“Better elakkan ambil katil depan sekali jugak sebab besi yang connect in between koc tu boleh tahan bising. Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah. Nombor ganjil adalah katil atas. No katil kami T26, T28, T30, T32, semua dapat katil bawah dan kedudukannya di tengah-tengah koc.
“Harga katil/berth atas RM40, katil/berth bawah RM46. Sila pilih katil bawah sebab ruang tingkap untuk kita feeling-feeling lebih luas dan panjang dari katil atas. Kat katil takda plug point, jadi jangan lupa standby fully charged power bank,” jelas Diyana.
Apabila selesai beli tiket ‘sleeper train’ barulah beli tiket ke Gemas. Nak lebih mudah, naik ETS dari KL Sentral. Tiket pun beli melalui apps KTMB dengan harga RM30.00. Boleh naik dari KL Sentral 9.40 malam dan sampai di Gemas 12.10 pagi.
‘Sleeper train’ ini akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya. Gap in between tunggu “sleeper train” sampai dari Johor Bharu, kita boleh naik dan tunggu di ruang menunggu tingkat atas Stesen Keretapi Gemas. Ada tandas dan surau juga.
“Bila train tu dah sampai apalagi excited lah memasing kan jakun naik katil atas train. Katil dia selesa je, ada langsir, ada satu bantal dan selimut. Cuma kalau risau gatal-gatal atau tak selesa, better bawa kain extra untuk cover tilam dan bantal.
“Suhu aircond dalam keretapi ni pun just nice, tak sejuk sangat dan tak panas sangat. Takyah pakai sweater pun takpe. Dan make sure korang pakai baju yang paling selesa di abad ini sebab duduk dalam train ni lama dan tak boleh mandi.
“Lepas dah letak beg, kami pun apalagi, pergi ke cafe kat Koc 5. Wajib ya check in sini, makanan dan air dia semua sedap-sedap, kena tekak kami. Makan megi sup RM 6 semangkuk masak panas-panas oiii pukul 2 pagi, fuhh memang syahdu,” cerita Diyana.
Selain megi sup, ada nasi/bihun/megi goreng panas-panas. Boleh tengok apa menu yang ada ketika sampai. Dapur hanya ada satu sahaja, jadi masak ikut ‘batch’. Tapi digalakkan anda bawa makanan/minuman lain juga, bimbang lambat dan ramai orang.
“The main part of the trip adalah view sepanjang perjalanan, train ni akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik pemandangan dia. Jadi jangan tidur selepas Subuh, time ni lah nak enjoy the view. Malam memang dah tak nampak apa.
“Kalau bernasib baik, boleh nampak Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Lain-lain view boleh nampak suasana berkabus, bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia (jambatan Guilemard).
– Stesen Kuala Lipis (sekitar 6 pagi)
– Gua Musang (sekitar 8 pagi)
– Jambatan Guillemard (sekitar 11 pagi)
– Di kawasan Dabong, banyak terowong dan sungai yang akan dilalui.
“Tapi timing ni bergantung kepada jadual perjalanan keretapi. Masa kami naik ni train ada sedikit delay dan tak dapat berhenti lama di Stesen Gua Musang. Paling ramai geng backpackers akan turun kat Stesen Merapoh untuk ke Taman Negara dan Stesen Dabong untuk explore nature di Jelawang dan Gunung Stong,”kata Diyana lagi.
Stesen Gua Musang wajib turun untuk ambil gambar dengan kepala keretapi dan boleh turun beli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.
“Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ni pun akan ditamatkan operasinya tapi tak tau bila. Jadi if anda nak rasa this “once in lifetime experience,”kena experience it asap. Kalau tanya saya, best memang best tapi cukuplah sekali seumur hidup dapat merasa unless apabila kahwin nanti, suami ajak untuk ulang kembali pengalaman ini.
“Tapi sebenarnya rasa sayang, ni antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong tapi macam sepi je alahai. Last but not least, toilet dia takda lah seselesa toilet kat rumah, jadi korang kena make sure kalau boleh jangan sakit perut ya bila naik train ni ok haha. Enjoy!”
Tiada manusia yang gemar difitnah, tetapi memang ramai manusia yang tidak takut langsung akan dosa memfitnah. Kerana fitnah ini juga pelbagai kes muncul dengan melibatkan saman menyaman dan sebagainya. Kita juga sering mendengar ungkapan “dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh”, apakah maksudnya?
Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh adalah disebabkan oleh situasi yang berlaku. Antara perbuatan yang berkaitan dengan fitnah ini adalah sengaja melaga-lagakan orang hingga tahap bergaduh, sengaja mengadakan cerita yang tidak betul dan sebagainya. Fitnah juga merupakan salah satu dosa besar.
Buat mereka yang difitnah anda boleh mengamalkan surah di bawah ini. Doa di bawah ini mententeramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau kecewa. Doa ini adalah dari surah yasin ayat ke 76 yang bermaksud;
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
Marilah kita sentiasa menghindari sebarang bentuk fitnah serta sentiasa menginsafi bahawa saudara-saudara kita adalah sejuzuk daripada diri kita semua. Kami tegaskan di sini yang fitnah itu adalah bersifat tidur sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Fitnah itu bersifat tidur. Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya.
Riwayat al-Rafi’e dalam al-Amali. Hadis ini bertaraf dha’if
tetapi makna nas sahih. Inilah pendapat sebahagian ulama’ hadis.
Al-Imam al-Munawi berkata: Fitnah dan tribulasi dan setiap yang menjadi masyaqqah dan kesukaran kepada seseorang, begitu juga ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya dinamakan fitnah. (Lihat Faidh al-Qadir, 4/461)
Begitu juga, dalam mengelakkan daripada fitnah, sewajarnya kita mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa munajat kepada-Nya. Kami nyatakan di sini doa yang ma’thur daripada Nabi SAW tatkala menghadapi ujian fitnah, antaranya:
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah.
Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.
Maksudnya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang yang zalim.
Maksudnya: Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Engkau.
Riwayat Abu Daud (5090)
Justeru, selagimana kita menyayangi saudara kita yang merupakan sebahagian daripada kita yang wajib kita jaga hubungannya, maka Allah SWT akan menyayangi kita dan merahmati kita, serta meredhainya.
Semoga Allah menyayangi diri kita semua dan menempatkan diri kita semua di syurga-Nya. Kami akhiri artikel kali ini dengan doa:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari angkara kaum yang kafir.”[Surah Yunus: 85-86]
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.