Filem arahan Michael Bay memang tidak pernah mengecewakan! Tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Ambulance, filem ini sarat dengan pelbagai babak yang penuh debaran yang mengujakan.
Ambulance mengisahkan tentang William Sharp, seorang veteran perang yang sangat memerlukan $231,000 bagi pembedahan isterinya.
Dia kemudian menghubungi Danny, saudara angkatnya yang juga merupakan seorang penjenayah bagi mengajaknya untuk serta mengambil bahagian dalam rompakan bank bernilai $32 juta.
Tanpa disangka, rompakan tersebut tidak menjadi seperti yang diharapkan selepas mereka menembak seorang pegawai LAPD. Mereka segera melarikan diri dengan ambulans berserta EMT dan pegawai yang hampir mati sebagai tebusan mereka.
Ads
Penuh dengan aksi, penulis langsung tidak berasa bosan sewaktu menonton filem ini. Tambahan pula, terdapat pelbagai babak menarik dan ada di antaranya yang membuatkan penonton berasa tidak senang duduk.
Ads
Skripnya juga tidak sukar dihadam dan ada beberapa babak lucu yang menjadi release scenes buat penonton.
Filem ini juga sarat dengan konflik kekeluargaan yang membuatkan kita terfikir bahawa kita sanggup berkorban apa saja buat insan yang kita sayang.
Ads
Selain itu, penulis juga ada terlihat beberapa penonton yang mengelap air mata sejurus keluar dari panggung. Aww…
Apa-apa pun, memang tidak rugi untuk anda menonton filem Ambulance ini. Dibintangi barisan pelakon ternama Hollywood seperti Jake Gyllenhaal, Yahya Abdul-Mateen II dan Eiza González, anda boleh saksikannya segera di pawagam seluruh negara bermula hari ini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi mereka yang masih tercari-cari menu apa yang bakal disajikan untuk minum petang bolehlah mencuba kek oreo kukus. Bahan pun hanya dua sahaja dan kos untuk membuat kek ini.
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Masukkan biskut oreo dan susu coklat dalam blender.
2.Kisar biskut oreo dan susu coklat. Sukatan susu coklat lebih kurang 2 gelas.
3.Sapu mentega dalam loyang. Tuangkan adunan yang telah siap dikisar ke dalam loyang.
4.Kukus di dalam periuk pengukus selama lebih kurang 25-30 minit.
LANGKAH DEMI LANGKAH (BERGAMBAR):
Memang senang sangat hendak buat. Paling penting bahan pun tidak banyak. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kita mestilah pandai berjimat-cermat.
Tahun ini sekali lagi menyaksikan jutaan umat Islam sedang berhimpun di Tanah Suci Makkah menunaikan rukun Islam kelima. Dan tahun ini ini dianggap tahun bertuah kepada beberapa selebriti berhijab yang turut dipanggil menjadi tetamuNya.
Bukan semua berpeluang untuk pergi ke sana melainkan mendapat panggilan dariNya. Dan jika mendapat peluang keemasan ini memang sukar untuk ditolak begitu sahaja.
Kalau tahun lalu penyanyi Nassier Wahab dan Fauziah Latiff berpeluang ke sana. Jom kita semak siapa 6 selebriti bertuah yang berkesempatan menunaikan ibadah haji tahun ini.
Melakukan ibadah haji buat kali kedua bersama ibu dan dua adik lelakinya. Walaupun berdepan masalah visa, tetapi dapat diselesaikan dan rombongan akhirnya berjaya bertolak ke tanah suci. Pada 2016, kali pertama Neelofa menunaikan rukun Islam keiima.
Mendapat panggilan untuk menunaikan haji buat pertama kalinya. Selebriti cantik yang juga pengaçara bersama untuk progam bual bicara Mingguan Wanita ini pergi sendirian tanpa ditemani mahram. Rupanya sudah lima tahun Erra menyimpan niat Untuk mengerjakan ibadah haji dan tahun ini paling terbaik.
Penyanyi yang kini popular dengan single Terlalu Memuja ini tidak sangka apabila diberi peluang untuk menunaikan ibadah haji setelah menerima jemputan istimewa daripada kedutaan Arab Saudi. Namun Wany Hasrita berasa sedih kerana tidak kesampaian untuk membawa ibunya, Norita Jaafar.
Diberi peluang untuk Tanah Suci Makkah bersama rakan baiknya Wany Hasrita. Menganggap peluang ini seperti cerita ajaib dan segalanya sudah diatur oleh Allah apabila muat naik status di laman Instagramnya.
Isteri kesayangan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ini mengerjakan haji buat kali kedua. Pergi ke sana tanpa ditemani suami sebaliknya beberapa orang ahli keluarga. Datin Seri Shahida juga sedang sarat mengandung nnak kelima pasangan ini.
Pelakon filem Dukun ini bersyukur doanya ketika menunakan umrah Januari lalu supaya dibukakan jalan untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini dimakbulkan Allah. Berangkat ke sana ditemani suaminya dan ini merupakan kali pertama menunaikan ibadah haji.
Selain 6 selebriti cantik ini, turut berpeluang dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini adalah pelakon Ashraf Muslim, penyanyi popular, Aris Ariwatan, pendakwah muda dan pelakon, Muhammad Haris Ismail atau dikenali PU Riz, dan juga pelawak, Shamsul Ghau Ghau yang menunaikan ibadah haji buat kali kedua
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ibu adalah antara figura dan sosok yang sentiasa berusaha menjaga, melindungi dan membahagiakan anak-anak mereka. Malah, apa sahaja kemahuan si anak sebolehnya akan dipenuhi agar anak-anak dapat mencapai impian dan cita-cita yang dihajati.
Begitu juga apa yang terpaksa dilalui oleh wanita separuh abad ini yang jua merupakan seorang ibu. Apabila dia nekad untuk menyerahkan seutas rantai tangan emas yang diterima daripada suami ketika ulangtahun perkahwinan mereka.
Perkara berkenaan menjadi tular di aplikasi Tik Tok menerusi akaun pengguna @asiah1106 apabila dia memuatnaik video wanita berkenaan yang datang ke kedainya untuk membeli komputer riba agar anaknya dapat menyambung pengajian.
Meski sedih dan hiba kerana terpaksa melepaskan harta paling berharga miliknya yang sarat dengan ‘sentimental value’. Namun, dia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi permintaan anaknya itu.
“Assalamualaikum. Makcik ni nak cari laptop kat anak. Orang habaq (beritahu) ada kat sini, makcik datang nak tengok macam mana bayarannya.
“Kalau boleh tu, kalau cukup nak beli cash. Makcik kira nak bagi gelang je, gelang ni pakcik la beli untuk hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayang la.
“Dia (anak) yang penting. Dia nak belajar. Kita berkorban. Nak tanya, tengok la, boleh ke tak boleh?” ujar wanita itu kepada peniaga kedai.
Menerusi rakaman video sama, peniaga kedai yang turut merasa sebak dan empati terhadap keadaan wanita berkenaan telah menawarkan sistem pembelian gajet secara ansuran menerusi sistem ‘Kutu Gajet’ tanpa perlu mencagarkan rantai tangan emas yang dimilikinya.
“Kalau kata makcik nak tolak gelang tu, saya rasa tak gaduh (perlu) la. Simpan la kot, ada benda lagi pentingkan nak beli? Saya rasa makcik join kutu la.
“Selain jual cash, kami buat kutu… macam kutu kain batik. Kami buat kutu gajet juga untuk telefon dan laptop. Kalau nak bayar bulan, boleh la main kutu.
“Main kutu senang sikit, tak gaduh (perlu) keluar duit seketul, cuma bayar bulan-bulan,” ujar peniaga kedai secara terperinci.
Wanita itu kemudian bersetuju untuk menerima ansuran komputer riba berkenaan mengikut kemampuanya, iaitu membayar sebanyak RM 200 setiap bulan memandangkan hanya dia sahaja yang membanting tulang demi menyara kehidupan keluarga mereka.
Jelas wanita itu lagi, suaminya kini sedang terlantar sakit dan tidak mampu membantu untuk menyara keluarga.
“Acik bajet dalam RM200 lebih sebulan. Acik seorang kerja, pakcik sakit, tak sihat,” ujarnya lagi dalam nada sebak sambil mengesat air mata.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa simpati dan mahu membantu meringankan beban wanita berkenaan.
Perkembangan terbaharu, Nor Asiah memaklumkan bahawa terdapat seorang ‘hamba Allah’ yang sudah menghulurkan bantuan dengan menghadiahkan wanita itu sebuah komputer riba untuk anaknya.
“Tak apa, dah ada orang baik sedekah komputer riba,” ujarnya di ruangan komen.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis video yang dikongsi Nor Asiah Kamis di laman TikTok itu telah meraih lebih 1.6 juta tontonan.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.