Benarlah hidayah itu milik Allah. Ia tidak mengenal sesiapa jika Tuhan sudah mahu memberikannya.
Terbaharu, seorang bintang mempertahankan diri campuran (MMA), Wilhelm Ott telah memeluk Islam selepas beliau memuat naik videonya mengucap dua kalimah syahadah di laman Instagram miliknya.
Menurutnya, Wilhelm menjelaskan bahawa penularan wabak Covid-19 memberikannya masa untuk dirinya berehat lalu mencari kembali pegangan agamanya.
“Islam telah berada di dalam diri saya sejak beberapa tahun lalu, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa dan membiarkan diri saya terpengaruh secara politik,” tulisnya.
Ads
Di samping itu, Islam juga memberikan dia kekuatan apabila menghadapi waktu yang sukar.
“Kini iman saya benar-benar kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar.
Ads
“Dengan berbangga saya berkata ya, saya adalah seorang Muslim,” jelasnya.
Selain itu, beliau juga turut berkongsi bahawa dia turut menerima pemberian sejadah dan Al-Quran daripada rakannya.
“Terima kasih tidak terhingga kepada semua orang. Anda memberikan saya kekuatan dan menguatkan lagi keyakinan saya pada ALLAH SWT,” katanya lagi di kapsyen gambar tersebut.
Pemergian orang tersayang sudah tentunya akan memberi kesan kepada diri ini. Tidak juga kita dapat gambarkan masa itu akan tiba tanpa di sedari.
Tidak mampu untuk menahan kesedihan, Chef Wan menangis saat terkenangkan kisah pemergian arwah ibunya, Allahyarham Noraini Abdullah yang meninggal dunia, pada 12 Januari lalu.
Ketika ditemubual bersama Buletin FM, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak menafikan kesukaran menerima kehilangan insan yang tersayang. Beliau juga akui ini adalah ketentuan takdir dan lumrah kehidupan.
Satu konti sedih bila Datuk Chef Wan berkongsi cerita mengenai arwah ibunya, Noraini Abdullah.
Suasana dalam konti radio itu bertukar sayu apabila Chef Wan mula menangis saat lagu Kasihnya Ibu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dimainkan pada segmen Bicara Petang itu.
Katanya lagi, jika ada pasangan yang bercerai mereka harus juga ingat untuk bertanggungjawab pada anak-anak. Bahkan, jika seorang suami hendak berkahwin lagi pastikan mampu dan lengkap segalanya.
“Kalau suami, tanggungjawab untuk menjaga isteri dan anak-anak dan beri nafkah,
“Apa yang kurangnya dengan isteri pertama. Sedangkan isteri pertama pun kita tak boleh jaga dengan baik. “Pasangan suami isteri yang bercerai pula janganlah berebut dalam soal hak penjagaan anak.” ujarnya lagi.
Sekadar info, ibu kepada Chef Wan, Allahyarham Noraini Abdullah, meninggal dunia pada umur 93 tahun di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, 12 Januari lalu. Mesra dikenali sebagai Che Ani telah menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dirawat akibat kanser dan Alzheimer.
Sama seperti hari raya Aidilfitri tahun lepas, kita tidak dapat merentas negeri untuk menyambut hari raya bersama keluarga di kampung. Sudah tentu terpancar kesedihan pada wajah masing-masing kerana tidak dapat bertemu ibu bapa di kampung halaman.
Walau bagaimanapun hari raya Aidilfitri disambut jua sebagai tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa. Cukuplah sekadar membuat persiapan ala kadar. Tidak perlu berlebih-lebihan.
Dalam pada itu, janganlah kecewa bila tidak dapat merentas negeri. Kecewalah hanya apabila kita tidak dapat merentas titian sirat nanti. Janganlah marah bila PKP, tatkala sudah buat persiapan raya. Saudara kita di Palestin sudah lama di PKP kan Israel, apalah erti raya buat mereka?
Bersyukurlah kita masih dapat bertemu Syawal. Tatkala saudara mara kita hidupnya sentiasa dikawal. Bersyukurlah kita masih dapat pilih apa yang nak di makan. Di saat orang lain masih tertanya-tanya mungkinkah ada makanan.
Ya Allah, peliharalah saudara mara kami di Palestin
Berikan mereka kekuatan dan kesabaran
Musnahkanlah Israel laknatullah
Ya Allah
Permudahkan urusan semua petugas barisan hadapan kami
Terutama mereka yang menjaga keselamatan dan kesihatan
Mereka yang bersusah payah menyelamatkan nyawa keluarga kami
Dalam masa sama mereka korbankan jiwa dan perasaan mereka
Dari menyambut Ramadan dan Raya bersama keluarga
Kurniakan ketabahan, pahala dan kesabaran kepada mereka
Ya Allah,
Terimalah ibadah kami
Terimalah puasa kami
Terimalah amalan kami
Temukanlah kami dengan bulan Ramadan lagi
Izinkanlah kami merasai lagi nikmat Ramadan
Ya Allah, jangan jadikan kami orang yang menyakiti saudara mara kami. Peliharalah jari jemari kami dari menulis perkara yang menyakiti orang lain di media sosial. Peliharalah lidah kami dari berkata yang tidak baik terhadap sesama kami.
Maafkan kami ya Allah
Ampunkan kami ya Allah
Sesungguhnya kami tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur. Sesungguhnya kami tergolong dalam golongan yang zalim
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azabku sangalah pedih.” Surah Ibrahim ayat 7
Dari Abu Hurairah R.A bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah.” (HR Bukhari)
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam…” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira”. [al-Zumar:10]
HIJABISTA: Kita harus bersyukur kerana dalam keadaan pandemik, kita masih cukup makan pakai untuk menyambut hari lebaran. Maka panjatkanlah kesyukuran pada Yang Maha Kuasa.
Aspek terpenting saat menjalin hubungan dengan seseorang adalah melihat keperibadiannya. Bukan apa, banyak hubungan yang akhirnya kandas kerana hal kecil yang berhubungan dengan watak pasangan. Apalagi jika kamu sedang dalam tahap ke jinjang perkahwinan, watak si dia adalah yang harus anda kenali.
Perlu diingat, mencintai seseorang apa adanya hanya akan menyusahkanmu. Sehingga, jangan pernah terfikir untuk menerima sifat buruk pasangan kerana kamu kira ia akan berubah selepas berkahwin. Oleh kerana itu, pastikan calon pasanganmu memiliki 7 watak berikut.
Tak perlu disangkal lagi, kekerasan dalam rumah tangga sering terjadi pada perempuan. Dalam hubungan pasti ada ketika suami-isteri saling bertengkar, namun sifat pasangan dalam menghadapi masalah ini tentu menentukan kualiti pernikahan anda.
Jika si dia adalah orang yang sering terbawa emosi dalam hal kecil sekalipun, jika ia sudah angkat tangan denganmu, fikirkan dahulu untuk menikahinya. Di sini bukan hanya kamu yang akan terluka secara fizikal, namun anak-anak dan batin anda pasti akan ikut tertekan dalam pernikahan.
Saling memahami pasangan juga menentukan kualiti suatu hubungan. Cubalah amati calon anda, adakah dia seringkali mahu menang sendiri dan keras kepala? Mungkin sekarang ini belum jadi masalah besar bagi anda, namun apa jadinya jika sikap keras kepala si dia masih terbawa dalam perkahwinan anda?
Di sini anda boleh tertekan kerana ia akan semena-mena dan tak akan mempertimbangkan kebahagiaanmu. Pasangan yang mempunyai sikap ego hanya akan peduli dirinya sendiri tanpa sedikit pun memahami orang lain. Akibatnya, anda akan berkorban perasaan setiap hari menghadapi pasangan yang keras kepala. Penat, bukan?
Dalam suatu hubungan, terbuka adalah kunci kepercayaan. Dalam erti lain, ia mahu berkongsi suka dukanya bersama anda. Dari hal kecil inilah, anda dan si dia boleh saling menjaga dan mepercayai satu sama lain. Namun, jika ia adalah orang yang tak mahu terbuka padamu, itu bererti ia tak menganggapmu ada dalam hubungan.
Jika baginya pasangan bukanlah orang yang boleh ia percayai dan ia hargai untuk mengungkapkan keluh kesah, ia pasti merasa lebih aman berkongsi masalah dengan orang lain, bukan? Perlu waspada, ini boleh jadi awal sebuah hubungan retak kerana tidak ada persefahaman!
Hal utama yang harus anda pertimbangkan dari pasanganmu adalah rasa tanggung jawabnya. Bukan hanya tanggung jawab, pasangan anda harus berani mengatasi masalah yang terjadi selepas berkahwin. Perkahwinan adalah hal rumit yang harus setiap pasangan hadapi setiap hari.
Apa jadinya jika dalam rumah tangga, pasanganmu tidak mahu memperbaiki hubungan anda kerana ia pengecut dan takut? Kesannya, kamu sendiri yang akan kepenatan. Terlebih lagi, bagaimana pasanganmu bereaksi dalam menghadapi masalah juga penting. Seorang ketua rumah tangga harus boleh menenangkan keluarganya dalam situasi apa pun, bukan?
Seringkali ketika sudah bernikah, kebanyakkan pasangan yang membatasi ruang gerak pasangannya. Memang benar, kini kalian hidup bersama dan memiliki kepentingan bersama. Namun, bukan bererti pasangan boleh mengatur segalanya tentang hidupmu. Apa yang anda jalani, tetaplah pilihan hidup anda. Dalam hal apa pun, jalan hidup yang anda rencanakan dulu jangan sampai terbatas hanya kerana si dia melarang.
Bezakan, pasangan romantis dan posesif. Jika ia sudah berlebihan membatasi ruang gerak anda, boleh jadi ia tak menghargaimu. Apa yang ia pedulikan hanyalah anda yang harus menurut apa pun keputusannya hanya kerana kini anda adalah miliknya.
Dalam rumah tangga, masalah kewangan seringkali jadi topik paling sensitif bagi pasangan suami isteri. Di sini watak pasangan soal kewangan juga harus anda pertimbangkan. Jangan sampai anda memilih hidup dengan seseorang yang kedekut. Bezakan pula watak kedekut dan tidak mempunyai wang, ya! Sesusah manapun si dia, seseorang yang mencintai anda pasti akan mengusahakan untuk kebahagiaan bersama.
Penting sebagai kunci sukses sebuah hubungan adalah rasa kasih sayang. Menunjukkan rasa kasih sayang terhadap pasangan boleh jadi cara jitu agar perkahwinan selalu harmonis dan romantis. Pasangan anda yang ekspresif dalam mengungkapkan cintanya ini akan menunjukkan sikap positif pada anak-anak kelak. Seringkali keluarga yang terlalu pasif, boleh ternampak pada psikis anak yang tak percaya pada cinta kedua ibu bapanya. Hasilnya, anak pun akan merasa terasing dengan kedua ibu bapanya sendiri.
Inilah 7 watak penting pasangan anda yang harus dipertimbangkan sebelum menikah. Kerana pada dasarnya, pernikahan bukanlah hal remeh atas dasar cinta sahaja. Jadi, cuba dahulu analisis perilaku si dia selama ini sebelum anda benar yakin menikahinya!
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.