Selain mengeratkan ukhwah dan jaringan perniagaan sesama ahli, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada ahli jawatankuasa PENIAGAWATI berkonsepkan Melayu klasik.
Bersempena ulangtahun ke-45 pada tahun hadapan, Presiden PENIAGAWATI iaitu Dato’ Emmy Suraya Hussein mahukan lebih banyak inisiatif program ke arah kebersamaan antara semua generasi agar ia lebih inklusif dalam semua lapisan masyarakat.
Presiden PENIAGAWATI, Dato’ Emmy Suraya Hussein. Kredit Foto: emmysuraya62
Wanita perlu lebih bijak dalam mengendalikan keputusan perniagaan di pelbagai peringkat seterusnya memartabatkan wanita Bumiputera di arena global.
PENIAGAWATI telah melaksanakan pelbagai program latihan keusahawanan, peningkatan pasaran dan jaringan niaga serta misi dagangan ke luar negara bagi ahli-ahli PENIAGAWATI khususnya, dan usahawan-usahawan Malaysia amnya.
Sebagai persatuan usahawan wanita premier di Malaysia, pencapaian PENIAGAWATI dapat dilihat daripada sokongan dan kerjasama erat daripada kementerian dan agensi kerajaan, pihak swasta, serta media cetak dan elektronik.
Ads
Antara program yang bakal dianjurkan PENIAGAWATI ialah penekanan dalam pentadbiran pengurusan harta perniagaan, ‘Capability Building’, ESG serta tiga jaringan niaga ke Korea, Amerika Syarikat dan Hong Kong.
PENIAGAWATI juga mahu meluaskan aktiviti ke Sabah dan Sarawak bagi memperkasakan wanita Bumiputera di bahagian timur Malaysia selaras dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Ads
Untuk info, PENIAGAWATI atau nama penuhnya ialah Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesion ditubuhkan pada 24 Mac 1980.
Keahlian PENIAGAWATI kini mencapai lebih 1,000 ahli terdiri daripada pelbagai industri dan usia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan tragedi ngeri melibatkan nahas sebuah pesawat ringan, membawa lapan orang penumpang yang terhempas di atas jalanraya Elimina, Shah Alam Selangor.
Lebih meruntun jiwa apabila kesemua penumpang termasuk juruterbang dan dua kru dilaporkan menemui ajal bersama dua lagi orang awam yang secara kebetulan berada di lokasi sama ketika kejadian malang itu berlaku.
Namun, apa yang membuatkan musibah ini menjadi lebih buruk apabila terdapat beberapa individu tidak bertanggungjawab yang tidak berperikemanusiaan yang sewenang-wenangnya merakam suasana selepas kejadian memamaparkan mayat bergelimpangan dan terbakar serta menyebarkanya.
Hanya demi secebis penonton dan viral. Konon mahu menjadi yang terpantas melaporkan kejadian.
Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya. Sabda Nabi S.A.W:
كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ
Maksudnya: “Hak setiap Muslim ke atas muslim… https://t.co/vU05YPGI85
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 17, 2023
Tindakan ini jelas bertentangan serta bercanggah dengan apa yang digariskan oleh Islam. Tampil menjelaskan hal ini, Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu ciapan di laman X miliknya berkata, haram bagi individu lain menyebarkan sebarang bentuk visual berkaitan mangsa tragedi pesawat ringan itu.
“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam trageditersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” tulis Zulkifli.
Bagi mengukuhkan penjelasannya, Zulkifli turut berkongsi satu potong hadis dimana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:
“Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. Riwayat Muslim (2564).
Untuk rekod, nahas pesawat terhempas dekat kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, semalam adalah yang kedua berlaku di kawasan itu, dengan yang pertama pada 27 September 1977 yang mengorbankan 34 orang di dalam tragedi Japan Airlines Flight 715.
Sebut sahaja nama Nora Danish apa yang terlintas di fikiran ialah penampilan terkininya yang manis berhijab.
Walaupun kini menutup aurat sepenuhnya, ibu kepada dua cahaya mata ini tetap tidak kalah dalam berfesyen. Kekal stylish pada usia 41 tahun malah nampak macam remaja pula!
Sejak berhijab, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif lebih selesa memilih gaya loose dan chic namun tetap nampak sopan.
Selain itu, Nora juga dilihat selesa mengenakan shawl tanpa corak yang digayakan dengan stail hijab terkini. Ringkas namun tetap gorgeous!
Begitu juga dengan pakaian, Nora lebih selesa memilih pakaian kasual seperti sweater, hoodie, abaya dan cargo pants.
Dari segi solekan pula, terserlah kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh aktres yang terkenal dalam siri Puteri ini apabila sering tampil dengan look berkonsepkan no-makeup yang menjadikan wajah Niora lebih segar.
Kesimpulannya, sejak berhijab Nora Danish kelihatan semakin cantik dan awet muda pada usia 41 tahun.
Semoga Nora kekal istiqamah seterusnya menjadi seorang Muslimah sejati yang dirahmati Allah SWT.
Mempunyai seseorang untuk berkongsi bebanan yang ditanggung bersama selama lapan tahun dan tidak berkira kudrat untuk bersama menguruskan ibu yang diserang strok sehingga lumpuh seluruh badan merupakan satu kelegaan buat Nurfatin Amira Abdul Razak.
Menurut Fatin, lelaki yang dikahwininya, Muhammad Syaamil Sabarudin ibarat ‘menantu kiriman tuhan’ kerana sudi menerima dirinya dan keluarga seadanya serta sabar membantu menguruskan kedua ibu bapa, tanpa pernah mengeluh sedikitpun.
Ketika ditanya kepada Syamil, apa yang membuatnya sabar dan sanggup berkongsi bebanan dengan isterinya meskipun telah mengetahui kepincangan keluarga sebelah isteri sebelum bernikah lagi, ini respon yang diberikan.
“Saya sudah anggap emak mentua sama seperti ibu sendiri malah tiada beza taraf kedua-duanya.
“Jadi macam mana jaga ibu bapa kandung, begitulah saya jaga mentua,” kata Muhammad Syaamil Sabarudin lapor media tempatan.
Mengulas lanjut, Syaamil berkata apa yang membuatkan dirinya tertarik dan akhirnya mengambil keputusan untuk menikahi isterinya selain atas dasar cinta, adalah kerana sifat empati melihat wanita yang dicintai itu bertungkus lumus menguruskan ibunya seorang diri.
Justeru, selepas lapan tahun mengenali hati budi masing-masing Syaamil mengambil keputusan untuk menikahi Nurfatin Amira pada Januari tahun lalu.
“Saya berkenalan dengan isteri pada 2015 ketika ibunya sihat sebelum diserang strok tahun berikutnya, akibat darah tinggi serta kencing manis.
“Jadi, sebelum berkahwin lagi, saya sudah melihat susah payah isteri dan kasihan melihat dia menguruskan sendiri semuanya memandangkan emak (ibu mentua) terlantar, tidak dapat bercakap malah matanya juga kabur.
“Oleh kerana itu, saya tiada masalah untuk bawa sekali ibu mentua tinggal bersama selepas berkahwin kerana selagi terdaya, saya akan bantu isteri.
Malah, Syaamil menjelaskan sejak kecil dia pernah melihat ibunya menjaga nenek sejak kecil lagi, sehubungan itu dia memahami kepayahan serta kesusahan menguruskan orang sakit.
Menurutnya lagi, cabaran terbesar untuk menguruskan pesakit yang kronik lumpuh seluruh badan, bukanlah satu perkara yang mudah, serta memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tambahan pula, ibu mertuanya tidak boleh bercakap dan mereka mengalami kekangan komunikasi kerana perlu mengambil masa untuk memahami apa yang dimahukan ibu mertuanya itu.
“Cabarannya mesti ada lebih-lebih lagi apabila menjaga pesakit terlantar yang tidak boleh bercakap kerana ada kalanya kita tidak faham apa dia mahu.
“Tambahan, emak tidak boleh bercakap dan apabila sakit, dia akan tunjuk perasaan dan memberontak hingga isteri pernah beberapa kali tertekan.
“Bagaimanapun, saya dan isteri perlu banyakkan sabar dan cuba faham emosi emak. Daripada segi tugas pula, isteri lebih banyak menjaga ibunya namun saya akan bantu lakukan kerja berat seperti angkat dan alihkan daripada katil ke kerusi roda untuk duduk atau mandi,” ujarnya.
Sementara itu, isterinya, Nurfatin Amira menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang ikhlas dan boleh menerima ibunya daripada awal perkenalan hingga kini.
“Daripada awal perkenalan lagi saya sudah cakap dengan dia (suami) yang emak saya sakit jadi tiada masa untuk keluar ‘dating’ kerana perlu jaga emak sepenuh masa.
“Saya pernah meminta suami untuk mencari orang lain sebagai pengganti kerana kalau berkahwin mungkin tidak boleh fokus sepenuhnya padanya (suami) kerana perlu bahagikan masa tetapi dia tetap setia dan tunggu saya.
“Jujurnya saya tidak yakin pada mulanya dan risau jika dia malu dengan keadaan keluarga saya.
“Lama kelamaan, saya nampak keikhlasan suami terima emak serta sikapnya yang lebih dahulukan ibu bapa dan pada masa sama beri layanan baik kepada saya,” dedahnya.
Sekadar info, video Syaamil yang membantu menguruskan ibu mertuanya itu tular di laman sosial setelah di muatnaik oleh isterinya sendiri menerusi laman Tik Tok akaun @xxmeeraxx kini telah ditonton seramai 999.3k dengan 94.8 tanda suka.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.