Sejak akhir-akhir ini, aktres cantik dari Indonesia, Tya Ariffin yang juga menantu tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza sering memuat naik fotonya mengenakan hijab di laman instagramnya.
Beberapa hari lalu, Tya memuat naik gambarnya bertudung apabila menghadiri majlis perkahwinan bersama suami tercinta iaitu Asyraf Khalid.
Tya yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata ini turut memakai tudung sewaktu melawat adik iparnya, Aazief Khalid yang dimasukkan ke wad hospital.
Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada Tya, para peminatnya tidak henti-henti memberi pujian dan sokongan di ruang komen kerana begitu gembira melihatnya berhijab dan berharap agar dirinya dapat terus kekal istiqomah.
Pelakon ternama dari seberang iaitu Laudya Cynthia Bella juga turut terharu melihat imej terbaharu Tya itu dan mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya itu.
Bukan mudah untuk berjaya namun tidak mustahil untuk memperolehnya jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Seperti Nurul Jannah Binti Zamberi, 23, dirinya boleh diangkat menjadi contoh dan kebanggaan buat rakyat Malaysia apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik di Rutgers University dalam bidang Biomedical Engineering.
Sebelum ini, Malaysia digemparkan dengan kejayaan Maryam Balqis yang memperolehi CGPA 4.00 di Arizona State University, Amerika Syarikat dan kini pelajar Malaysia sekali lagi menjadi kebanggaan apabila Nurul Jannah menerima Anugerah Samuel Welkowitz Award daripada Rutgers University.
Nurul Jannah, anak kelahiran melayu Johor yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik itu cemerlang dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors serta memperoleh CGPA 3.95.
Selain itu, Nurul Jannah merupakan antara pelajar lepasan MRSM Tun Ghafar Baba yang melanjutkan pengajian di Foothill Community College, Los Altos, California. Setelah menamatkan zaman persekolahannya di MRSM, beliau telah meneruskan pengajian di dalam American Degree Preparatory Program (MADP) selama dua tahun. Kemudian dia melanjutkan pengajian Bsc in Biomedical Engineering di Rutgers University, New Brunswick, Amerika Syarikat.
Menurut sumber maklumat Pejabat MARA Washington, “Nurul Jannah memilih bidang ini kerana beliau amat meminati subjek biologi, kimia dan fizik.”
“Beliau mengambil dan memanfaatkan peluang ini dengan bijak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya dalam beberapa penyelidikan malah Nurul turut terpilih sebagai Undergraduate Research Assistance oleh universiti ini.”
Antara tajuk penyelidikan beliau ialah “Inventing Nanoparticles for Drug Delivery Purposes to Treat Traumatic Brain Injury”, “Pulse Pressure and Cardiac Arrythmias, dan pada tahun akhir pengajian, beliau telah menjalankan Senior Design Group Project bertajuk “Noninvasive Arterial Stiffness Detecting Device”.
Di samping itu, menurut MARA Washington, Nurul memperoleh tempat pertama daripada 110 orang graduan Biomedical Engineering dan dinobatkan Samuel Welkowitz Award serta berjaya memasuki senarai khas pelajar cemerlang yang digelar “Matthe Leydt Society” dengan pencapaian tertinggi di sepuluh universiti terbesar di New Jersey.
Cukup membanggakan, tahniah Nurul Jannah Zamberi, dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers University, Amerika Syarikathttps://t.co/XFrNv4KeWh
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) June 1, 2019
Tahniah Nurul Jannah !
Bekas pelajar MRSM Ghafar Baba ini berjaya menjadi pelajar terbaik dalam bidang Biomedical Engineering, di Rutgers University, AS.
Semoga terus berjaya dan gigih memberikan khidmat bakti kepada umat dan negara.https://t.co/p6s2Y0Bgn9
Inilah contoh #YouthPower dalam negara kita. Tahniah Nurul Jannah kerana dinamakan sebagai pelajar terbaik dalam Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers University, Amerika Syarikat.https://t.co/itdy7tj25K
Mahu terus menimba ilmu, Nurul Jannah mempunyai impian yang besar bagi menyambung pengajian yang lebih tinggi hingga peringkat PHd dalam bidang yang sama.
Sudah pastinya rakyat Malaysia menyokong apa jua jalan yang dipilihnya dan semoga Nurul Jannah terus menyinar dalam setiap perkara yang diceburi. Buat Nurul Jannah, Hijabista ingin mengucapkan tahniah dan diharapkan agar terus berjaya mengecap kejayaan!
Selebriti tersohor iaitu Neelofa terus membanggakan negara Malaysia dan menjadi inspirasi buat semua terutamanya kaum wanita apabila dia telah menerima sebuah anugerah bertaraf antarabangsa di Monte Carlo, Monaco iaitu Influencers Award Monaco.
Telah dicalonkan sejak Jun yang lalu, anugerah anjuran keluarga diraja Monaco itu dianggap peluang terbesar Neelofa bagi mengukuhkan empayarnya.
Terima kasih sekali lagi untuk pencalonan dan anugerah ini, @influencerawardsmonaco. Ini juga adalah untuk anda semua yang telah menyokong dan memberi inspirasi buat gadis ini sejak dari dahulu lagi. Semestinya ia merupakan antara momen paling penting dalam tahun 2019 ini.
Sudah rezeki dan sudah selayaknya gadis manis bernama Nor Farhatul Fairuzah Panut menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa ketika usianya baru mencecah 19 tahun.
Dengan wajah yang redup dan sejuk mata memandang, nama gadis yang menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa tahun lalu ini terus menjadi sebutan ramai. Nur Farhatul Fairuzah merupakan qariah tilawah serta antara peserta termuda Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-61.
Gadis ini membawa pulang hadiah berupa kepingan emas bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), piala iringan dan wang tunai RM40,000.
Dia yang merupakan anak bongsu dari lima beradik dan berasal dari Sepang, Selangor. Penglibatannya dalam tilawah al-Quran bermula pada usia lima tahun dan cita-citanya untuk menjadi pensyarah dalam bidang al-Quran.
“Ibu bapa, ahli keluarga saya semuanya pandai taranum, Alhamdulillah,” ujarnya.
Mendalami pengajian al-Quran dan sering berkongsi minatnya itu menerusi Instagram sehingga berjaya menarik perhatian netizen dengan pengikutnya berjumlah hampir 100,000, terutama remaja yang berminat mahu mengetahui mengenai seni taranum secara lebih dekat.
Nor Farhatul Fairuzah, berkata sejak kemenangannya itu, ramai remaja mahupun orang dewasa menunjukkan minat terhadap seni Islam itu sehingga ada kalangan mereka menghantar rakaman video bacaan al-Quran untuk disemak tajwid atau taranum yang dilagukan.
“Saya gemar menyanyi lagu Arab bukan sekadar untuk menghiburkan diri tetapi untuk belajar lenggok pertuturan bahasa mereka, seterusnya meningkatkan mutu sebutan ayat ketika membaca al-Quran.
“Antara penyanyi lagu Arab yang saya minati ialah Umm Kulthum, pencipta lagu dan aktres popular Mesir yang terkenal dengan lagu klasik Arab sejak 1920 sehingga 1970-an,” katanya.
Disebabkan itu juga beliau mendapat jolokan Umm Kulthum Malaysia dalam kalangan peminatnya.
Ternyata, Nor Farhatul Fairuzah mencetus fenomena baharu dalam dunia remaja Islam di negara ini yang mendorong lebih ramai anak muda mengenali seni membaca ayat suci, termasuk menonton tilawah al-Quran.
Berdasarkan reaksi warga net yang semakin tular selepas kemenangannya, beliau berjaya mendorong minat golongan itu melekat di depan televisyen untuk menonton program berkaitan.
Malah ada remaja yang mengakui tidak pernah mengetahui mengenai majlis tilawah berkenaan sehingga kemenangan Nor Farhatul Fairuzah ditularkan.
Seperti remaja lain, Nor Farhatul Fairuzah mengakui pernah meminati selebriti Korea, bagaimanapun minat itu terpaksa dilupakan untuk memberikan tumpuan kepada bacaan al-Quran dan minatnya dalam seni unik berkenaan.
Ketika ini Nor Farhatul Fairuzah Panut berada di Korea.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.