Sebelum ini Hijabista ada melaporkan berkenaan aktress jelita, Emma Maembong yang dalam diam berkunjung ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah Umrah bersama suami dan anak hingga menjadi sorotan wargamaya.
Terbaharu, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu, sekali lagi menjadi bualan netizen apabila penampilanya yang sopan berniqab dan berhijab pada hari kelima di Tanah Suci membuatkan ramai terpana.
Emma Ni Lebih Cantik Bertudung Dan Menutup Aurat – Netizen
Perkembangan terbaharu Emma itu dimaklumkan sendiri olehnya yang memuatnaik beberapa hantaran ketika berada di perkarangan masjid di Madinah menerusi laman Instagram miliknya.
Selain meluahkan rasa syukur, kerana segala urusanya melaksanakan ibadah dipermudahkan oleh Allah, gelagat Emma Maembong bersama suami dan anak lelakinya yang menghayati keindahan tanah suci sekali lagi menjadi tumpuan netizen.
Malah, terdapat juga yang memuji sikap yang ditonjolkan oleh Emma Maembong, di mana apa sahaja dilakukan dirinya tetap meletakkan keluarga di tempat pertama membuatkan peminat menjadikan keluarga popular Emma sebagai contoh terbaik.
Ads
Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan warganet pada hantaran yang dimuatnaik Emma, sekaligus berjaya menarik perhatian Hijabista.
“Sweet family, suka tengok Emma. Apa pun yang dia buat family sentiasa no.1.
“Bangga tengok dia, tak riak, simple je pergi sana.
Amalan sedekah merupakan sebuah amalan yang disarankan di dalam Islam. Bukan hanya dijanjikan ganjaran pahala, malah ia membentuk diri untuk menjadi insan yang lebih bertanggungawab dan sensitif tentang kesusahan orang lain.
Justeru, dalam usaha untuk menyemai amalan bersedekah dikalangan masyarakat kita, Hijabista bersama dengan Kenanga Investors Berhad membawakan Tazkirah 2U yang dihoskan oleh Hana Ismail.
Berdiskusi topik Sembunyi Dalam Terang, Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Profesor Madya Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIMmembuka kalam bicara dengan menerangkan mengenai keikhlasan dalam bersedekah.
Menurutnya, media sosial hari ini diibaratkan sebagai pentas dalam mempersembahkan realiti kehidupan. Sama ada golongan selebriti mahupun orang awam, ramai yang memilih untuk memperlihatkan segala aktiviti yang dilakukan di akaun media sosial mereka, termasuklah dengan amalan bersedekah.
Namun, persoalannya, adakah wujud secebis nilai keikhlasan jika amalan sedekah itu dipertontonkan kepada khalayak umum? Mengapa tidak dilakukan secara sembunyi?
Menurut Prof. Madya Dr. Nik Salida, andai amalan sedekah yang dilakukan itu dapat mempengaruhi orang lain untuk melakukan kebaikan, maka tidak mengapa. Namun, jika niat yang wujud di hati itu bukan atas dasar kerana Allah SWT, maka ia hanyalah amalan yang disia-siakan.
“Jika kita merupakan seorang influencer yang dapat mempengaruhi orang lain untuk membuat kebaikan, maka tiada masalah. Sebagai contoh, kita kongsi kegembiraan seseorang apabila mendapat bantuan derma dengan tujuan untuk merangsang mata yang melihat melakukan sedekah,” ujarnya.
Tambahnya lagi, ia bukan sahaja merujuk kepada satu individu sahaja, malah, mereka yang melihat juga harus disemikan dengan sangka baik supaya dijauhi dari fitnah.
“Bukan hanya kepada mereka yang berkongsi tentang amalan sedekah di media sosial, tetapi kita yang melihat ini juga harus sentiasa bersangka baik. Usah racuni fikiran dengan tanggapan yang negatif,” nasihatnya.
“Hidup 80 tahun, hanya 1/2 hari saja amalan diterima..”
Sukar untuk kita aturkan mengenai apa yang dilakukan oleh setiap hamba Allah SWT. Sukar juga untuk kita tahu tentang keikhlasan hati seseorang. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Sebagai umat Islam, kita harus sentiasa berusaha mencari keikhlasan hati suapaya mendapat keberkatan dari-Nya. Andai timbul rasa riak dan takbur, amalan yang dilakukan hanyalah sia-sia.
“Kita ambil contoh yang mudah, di dalam masjid. Ada tabung derma dihadapan kita lalu kita sedekah RM5. Tetapi, kerana malu orang sebelah memandang, kita masukkan lagi RM5. Adakah ia diterima Allah? Jawapannya, hanya RM5 awal tadi yang diterima Allah kerana ikhlas. Boleh jadi, RM10 yang disedekahkan itu tidak diterima oleh Allah SWT. Bukankah ia menjadi amalan yang sia-sia?,” tambah Prof. Madya Dr. Nik Salida.
Apa yang lebih menakutkan apabila saat kita dihimpunkan di akhirat kelak, dan diperhitungkan segala amalan, usah terkejut sekiranya sepanjang usia kita selama 80 tahun, amalan baik yang kita lakukan selama kita hidup, hanya diterima setengah hari saja diterima oleh Allah SWT. Nauzubillah..
“80 tahun hidup, hanya setengah hari saja bermanfaat. Sedangkan orang itu solat 5 waktu, berpuasa, bersedekah, menunaikan umrah dan haji, tetapi amalannya hanya diterima 1/2 hari sahaja.
Rupa-rupanya, hanya 1/2 hari sahaja yang dilakukannya ikhlas, kerana Allah SWT. Amalannya yang lain dilakukan kerana manusia. Sungguh, hidupnya di dunia hanyalah sia-sia. Semoga kita dijauhkan,” ulasnya lanjut.
“Sentiasa berdoa untuk elak murka Allah..”
Benar. Bukan mudah mencapai sebutir zarah sebuah keikhlasan. Namun, andai diri sentiasa dekat dengan-Nya, maka, diri pasti tidak lekang dengan nilai ikhlas saat bersedekah. Bukankah Allah SWT itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang?
Menurut Prof. Madya Dr. Nik Salida, amalan sedekah itu, sebaik-baiknya dilakukan secara senyap dan sembunyi. Ibarat, tangan kanan memberi, tangan kiri pun tidak tahu. Apatah lagi orang di sebelah. Jika kita tidak mampu untuk elak rasa bangga, riak dan takbur, maka sulamilah diri dengan ilmu-ilmu dari majlis agama, mendengar tazkirah dan berdoalah kepada-Nya.
“Kita sebagai seorang Muslim harus sentiasa mengajar diri untuk mengikhlaskan hati dan lakukan semuanya kerana Allah SWT. Pintalah kepadanya untuk permudahkan urusan dan memohon keberkatan darinya. Percayalah, amalan sedekah itu banyak ganjarannya.
Andai kita permudahkan manusia lain, maka Allah akan permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. Usap harapkan balasan baik dari manusia, malah mintahlah rahmat kepada Allah kerana Dialah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,” ujarnya menutupi kalam bicara temubual eksklusif bersama Hijabista.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada masa kini, bukan hanya wanita yang mengalami masalah kulit seperti ‘breakout’, tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Seperti perkongsian lelaki ini di laman sosial twitter, @NaufalAntezem yang pernah mengalami masalah ini.
Dia juga kemudiannya berkongsi testimoni untuk mendapatkan kulit yang sihat dan juga rambut yang subur. Bukan hanya menggunakan satu produk tetapi lebih 50 produk pelbagai jenama kebanyakan dari farmasi telah dicuba bagi mendapatkan hasilnya.
Testimoni dibuat adalah berdasarkan pengalaman peribadinya. Dia sebelum ini memberitahu wajahnya agak sensitif terutama bila terkena habuk.
Hijabista ingin berkongsikan beberapa produk yang memang ‘ngam’ dengan wajahnya.
Begitulah beberapa tip kulit sihat yang dikongsikan oleh lelaki ini. Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai semua produk yang telah dicubanya, bolehlah melayari akaun twitter @NaufalAntezem.
Tanggungjawab dan tugas wanita memang besar. Apatah lagi jika seorang wanita itu bergelar isteri dan seoarang ibu. Tanggungjawab yang dipikul semakin bertambah apabila perlu menguruskan hal rumah, suami serta anak-anak dan dalam masa yang sama turut bekerja demi membantu si suami.
Tidak hairanlah jika ada wanita yang beremosi sepanjang hari akibat kelelahan melaksanakan tanggungjawab mereka. Sebenarnya, tanggungjawab ini boleh menjadi ringan sekiranya si suami membantu isteri menguruskan hal-hal ringan seperti menjaga anak, mencuci pinggan dan lain-lain lagi.
Emosi seorang wanita ini sentiasa berubah. Bila sudah terlalu penat, pasti ada sahaja perkara yang tidak dikena pada pandangan mata. Mulalah marah tidak tentu pasal. Sebagai seorang suami, lelaki sepatutnya selalu bertanya tentang keadaan isteri dan fahami emosinya.
Seperti yang dikongsi oleh Abu Hurairah Asifa di Facebooknya tentang emosi wanita bila penat. Menurutnya, pasti segala sikap dan perangai akan keluar dan membaham si suami. Jadi, sebagai suami, anda perlu sabar melayan kerenah mereka.
Ini perkongsiannya. Semoga bermanfaat untuk semua suami di luar sana. Fahami emosi isteri anda dan jangan anda pula yang marah-marah hingga akhirnya bergaduh suami isteri.
Saya pakai baju macam biasa.
Isteri nampak terus tanya..
“kenapa pakai baju tu?”
Saya tengok baju yang saya pakai. Ya! Saya sedang memakai baju. Apa salah baju ni. Ini kan baju yang biasa saya pakai? Saya tanya diri. Buruk padahnya kalau tanya isteri.
“Oh, takpe. Abang pakai baju lain ek”
‘Takyah lah. Pakai je baju tu’
Baik. Baru nak buka sarung balik.
“Bagi sup tulang dan nasi satu!”
Order di kedai makan.
‘Kenapa order sup tulang je? Cuba abang makan lain plak!”
Allahu, nak makan pun tanya lagi.
“Kalau camtu, abang tukar makan lain lah ya”
‘Tak yah. Susah plak nak tukar-tukar. Makan je’
Bergetar rasa iman. Terbayang syurga yang akan di diami. Terasa burung-burung turut menyanyi supaya kurang rasa nak kakikan isteri.
Sebelum tidur, isteri diam di hujung tv.
Ni kalau pejam mata terus, memang mimpi ngeri. Baik tanya dulu, walau berhadapan saat ni, Allah je yang tahu sukarnya nak hadapi.
‘Saya tidur dulu ya’
Sambil hulur tangan pada isteri.
“Tidur je tahu”
Allahu, dah malam tidurlah sayang. Nak main teng-teng ke?
Saya duduk depan isteri. Saya lihat wajahnya. Saya tatap matanya. Saya tak usik apa-apa walau tangannya.
Saya cuma kata,
“Abang ni lelaki. Lelaki yang suami. Banyak perkara yang boleh abang hadapi, tapi abang memang lemah untuk menghadapi isteri. Kalau ada terasa, abang minta maaf. Kalau ada tak cukup, mintalah. Abang akan usaha. Kalau semua tak sempurna, doakan itu pada Tuhan kita”
Isteri perlahan-lahan pegang tangan.
Meletakkan kepala di bahu.
‘Maafkan saya. Saya penat..’
Ya, hanya itu sebenarnya isteri kita. Dia penat.
Orang perempuan, bila emosinya penat, maka segala sikap dan perangainya akan keluar dan membaham suaminya.
Kadang suami mampu diam.
Kadang suami tak faham.
Kadang suami tak tahan, lalu keluar dan tinggalkan.
Sebab itu, kita lah yang kena hadapi mereka. Kita lah yang kena dengar mereka. Kita lah yang kena sabar dan kebal hal ni.
Jika tidak, kaum isteri yang penat inilah yang akan memenuhi ruangan page KRT dan segala keluh kesah di fb.
Sungguh,
Rumahtangga benar ujian. Ujian yang membuatkan suami dan isteri akan sangat dekat dengan Tuhan.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.