Tanggungjawab dan tugas wanita memang besar. Apatah lagi jika seorang wanita itu bergelar isteri dan seoarang ibu. Tanggungjawab yang dipikul semakin bertambah apabila perlu menguruskan hal rumah, suami serta anak-anak dan dalam masa yang sama turut bekerja demi membantu si suami.
Tidak hairanlah jika ada wanita yang beremosi sepanjang hari akibat kelelahan melaksanakan tanggungjawab mereka. Sebenarnya, tanggungjawab ini boleh menjadi ringan sekiranya si suami membantu isteri menguruskan hal-hal ringan seperti menjaga anak, mencuci pinggan dan lain-lain lagi.
Emosi seorang wanita ini sentiasa berubah. Bila sudah terlalu penat, pasti ada sahaja perkara yang tidak dikena pada pandangan mata. Mulalah marah tidak tentu pasal. Sebagai seorang suami, lelaki sepatutnya selalu bertanya tentang keadaan isteri dan fahami emosinya.
Seperti yang dikongsi oleh Abu Hurairah Asifa di Facebooknya tentang emosi wanita bila penat. Menurutnya, pasti segala sikap dan perangai akan keluar dan membaham si suami. Jadi, sebagai suami, anda perlu sabar melayan kerenah mereka.
Ini perkongsiannya. Semoga bermanfaat untuk semua suami di luar sana. Fahami emosi isteri anda dan jangan anda pula yang marah-marah hingga akhirnya bergaduh suami isteri.
Foto: Facebook Abu Hurairah Asifa
Saya pakai baju macam biasa.
Isteri nampak terus tanya..
“kenapa pakai baju tu?”
Saya tengok baju yang saya pakai. Ya! Saya sedang memakai baju. Apa salah baju ni. Ini kan baju yang biasa saya pakai? Saya tanya diri. Buruk padahnya kalau tanya isteri.
“Oh, takpe. Abang pakai baju lain ek”
‘Takyah lah. Pakai je baju tu’
Baik. Baru nak buka sarung balik.
Foto: Facebook Abu Hurairah Asifa
“Bagi sup tulang dan nasi satu!”
Order di kedai makan.
Ads
‘Kenapa order sup tulang je? Cuba abang makan lain plak!”
Allahu, nak makan pun tanya lagi.
“Kalau camtu, abang tukar makan lain lah ya”
‘Tak yah. Susah plak nak tukar-tukar. Makan je’
Bergetar rasa iman. Terbayang syurga yang akan di diami. Terasa burung-burung turut menyanyi supaya kurang rasa nak kakikan isteri.
Sebelum tidur, isteri diam di hujung tv.
Ni kalau pejam mata terus, memang mimpi ngeri. Baik tanya dulu, walau berhadapan saat ni, Allah je yang tahu sukarnya nak hadapi.
Foto: Facebook Abu Hurairah Asifa
‘Saya tidur dulu ya’
Ads
Sambil hulur tangan pada isteri.
“Tidur je tahu”
Allahu, dah malam tidurlah sayang. Nak main teng-teng ke?
Saya duduk depan isteri. Saya lihat wajahnya. Saya tatap matanya. Saya tak usik apa-apa walau tangannya.
Saya cuma kata,
“Abang ni lelaki. Lelaki yang suami. Banyak perkara yang boleh abang hadapi, tapi abang memang lemah untuk menghadapi isteri. Kalau ada terasa, abang minta maaf. Kalau ada tak cukup, mintalah. Abang akan usaha. Kalau semua tak sempurna, doakan itu pada Tuhan kita”
Isteri perlahan-lahan pegang tangan.
Meletakkan kepala di bahu.
Ads
‘Maafkan saya. Saya penat..’
Ya, hanya itu sebenarnya isteri kita. Dia penat.
Foto: Facebook Abu Hurairah Asifa
Orang perempuan, bila emosinya penat, maka segala sikap dan perangainya akan keluar dan membaham suaminya.
Kadang suami mampu diam.
Kadang suami tak faham.
Kadang suami tak tahan, lalu keluar dan tinggalkan.
Sebab itu, kita lah yang kena hadapi mereka. Kita lah yang kena dengar mereka. Kita lah yang kena sabar dan kebal hal ni.
Jika tidak, kaum isteri yang penat inilah yang akan memenuhi ruangan page KRT dan segala keluh kesah di fb.
Foto: Facebook Abu Hurairah Asifa
Sungguh,
Rumahtangga benar ujian. Ujian yang membuatkan suami dan isteri akan sangat dekat dengan Tuhan.
Tanpa dua insan mulia yang bergelar Ibu dan Ayah… siapalah kita. Kata orang, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.
Seorang ibu, sanggup bertarung nyawa melahirkan kita bagi mengenal apa itu dunia. Bapa pula mungkin luaran nampak tegas, tetapi dia merupakan insan yang sentiasa mengambil berat dalam diam. Kasih seorang ayah, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Sebagai seorang anak pula, kita pasti mahu membuat kedua orang tua kita bangga.
Tak berhenti menangis
Baru-baru ini tular satu video di laman Tiktok seorang gadis yang berkongsi momen pada hari graduasinya. Umum mengetahui hari graduasi atau saat majlis konvokesyen merupakan saat indah yang akan dikenang bagi setiap pelajar setelah bertungkus-lumus bertahun-tahun demi menjulang segulung ijazah.
Apa yang menarik perhatian netizen bukanlah gadis tersebut, namun reaksi bapanya. Melalui hantaran yang dimuat naik oleh gadis yang dikenali sebagai Ika itu, dapat dilihat bapanya tidak berhenti menangis akibat sebak.
“Selamanya akan menjadi ‘puteri’ ayah (i’ll forever be your princess). Sebab ayah lah Ika berjaya belajar dari dulu sampai dah Ijazah. Ayah suruh Ika buat sampai phD kan? Ika cuba ya untuk ayah” tulisnya.
Melalui video tersebut, dapat dilihat graduan Universiti Malaya tersebut sedang menyeka air mata ayahnya sebaik sahaja menerima skrol semasa majlis konvokesyen.
Difahamkan, si ayah tidak dapat menahan sebak sejurus melihat anaknya dek bangga dengan pencapaian gadis itu. Ika cuba untuk menenangkan ayahnya dengan memberikan pelukan, namun ayahnya tidak berhenti menangis. Gadis itu dilihat tidak berhenti memujuk ayahnya serta memberikan kucupan.
Hasil tinjauan Hijabista, ayahnya mempunyai penyakit parkinson iaitu satu penyakit pada sistem saraf yang mengganggu kemampuan tubuh dalam mengawal gerakan dan keseimbangan.
Disebabkan itu, ayahnya dilihat tidak banyak bergerak dan memberikan reaksi dalam video tersebut. Menurut Ika, bapanya kini tidak berdaya untuk memegang cawan.
“Tak tahu la nak rasa apa,rasa berbeza bila tangan yang selalu gagah pimpin tangan Ika sekarang nak pegang cawan pun tak terdaya” katanya.
Video yang tular tersebut telah mendapat lebih 631K jumlah tontonan serta 116K tanda suka daripada netizen. Rata-rata netizen turut berasa sebak, ada yang turut mengimbau kembali kenangan bersama ayah mereka dan turut menitipkan pesan kepada gadis tersebut agar menjaga ayahnya dengan baik.
“Bangga ayahnya tengok anak graduate sampai sebak. Congratulations miss”
“You can never be besar for them, you’re always their little baby”
“Hmm ulang balik pun tetap air mata keluar…. bestnya Sis masih dapat peluk ayah”
“Ala ikut nangis juga kita kat sini”
“Utamakan lah orang tua kita , Semoga dipermudahkn segala urusan sis”
Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stres dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia daripada penciptaNya.
TENGOK ORANG LAIN BERJAYA, JANGAN DENGKI
Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada. Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu letihnya ia dalam memperjuangkan kejayaannya dan berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali. Iri hati membuat kau sedih melihat orang lain bahagia. Dan bahagia saat melihat orang lain sedih.
Melihat pencapaian orang lain? Terinspirasi jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang pula rezeki. Jangan iri dan dengki dengan kejayaan dan pencapaian orang lain, kerana setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih juga dalam hidup ini, sehingga kita tak perlu iri, tapi bersyukur apa yang diberi ALLAH saat ini.
Kunci nikmat itu merasa memiliki dan menikmati apa yang ada, bukan dipaksa untuk harus ada. Satu tips untuk berjaya, jangan ada sifat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain. Sebab? Itu rezeki dia, rezeki kau ALLAH bagi nanti, sabar!
BELAJAR RASA CUKUP
Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kau dari dari rasa haus. Tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kau. Selalulah belajar merasa cukup dengan apa yang kau miliki. Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hati dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. ALLAH janji penyembuh dari segala penyakit hati. Perbanyakkan zikir. Perbanyak mengingat ALLAH. Hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenang.
Ketika kau merasa lebih gagal dibandingkan dengan orang lain. Ketika kau merasa miskin sedangkan orang lain kau lihat mereka senang dan mewah. Kau tidak perlu kecewa dan bersedih. Kekecewaan dan kesedihan tidak akan mengubah hidup kau. Yang paling penting kendalikan hati agar tidak iri dan dengki.
Semakin kau iri dan dengki, semakin banyak ALLAH tarik kau punya rezeki. Sedangkan jika kau bersyukur, pasti ALLAH melipat gandakan rezeki kau lagi. Perasaan yang paling bahaya adalah iri dan dengki, kerana ia melahirkan kebencian. Dan kebencian akan membunuh kau perlahan.
HATI-HATI DENGAN HASAD DENGKI
Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang mampu memporak-perandakan hidup. Selama kita punyai rasa iri hati dan dengki, jangan harap kita akan bahagia. Jangan pernah iri dengan apa yang orang lain ada, setiap orang punya masalahnya sendiri..jadi bersyukurlah.
Iri hati dan dengki menghapus kebaikan dan kebahagian, hidup penuh tekanan dan kekecewaan. Kalau hati kita senang melihat orang lain susah, maka hati kita tengah sakit. Dan segerakanlah ubati sebelum hati mati. Dengan apa?.. Banyakkan syukur, banyakkan istighfar.
Tidak dinafikan hari ini ramai yang terasa beban dengan peningkatan kes Covid-19 yang melanda. Sehingga hari ini, kes semakin membimbangkan dan menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil inisiatif untuk menjalankan ‘total lockdown’ di seluruh negara.
Ternyata, ia memberi impak kepada majoriti masyarakat kita yang kehilangan kerja, mata pencarian dan tidak mampu untuk menampung kos sara hidup. Bukan itu sahaja, bebanan itu turut dirasai kerana tidak berpeluang untuk berjumpa dengan orang yang tersayang. Usah memendam rasa, malah berdoalah kepada Allah SWT untuk diberi kekuatan dan diberikan ketenangan jiwa dan hati untuk menghadapi dugaan ini.
Luangkan sedikit masa dengan membaca doa-doa terbaik yang serba ringkas ini untuk diberikan ketenangan hati dan jiwa.
Hati yang tenang adalah hati yang bahagia. Dengan hati yang tenang, tidak ada kekhawatiran dan perasaan ‘kurang’ akan segala sesuatu. Maka, bacalah “Allahumma inni as aluka nafsaan bika muthma-innah, tu’minu biliqaa-ika wa tardhaa bi qadhaa-ika wa taqna’u bi’athaa-ika”. Artinya, “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan bertemu dengan-Mu, yang ridha dengan ketetapan-Mu dan merasa cukup dengan pemberian-Mu”.
Selain itu juga, kamu boleh amalkan bacaan doa yang diajar oleh Rasulullah untuk menghilangkan kesedihan di hati iaitu;
Rasulullah pun mengajarkan pada kita doa untuk orang yang menderita kesedihan yang mendalam, yaitu “Ya Allah, Rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan segala urusanku kepada diriku sendiri walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada ilah yang berhak disembah selain Engkau” (HR. Abu Dawud).
Antara doa-doa lain yang boleh dibaca ialh:
Bacalah, “Allahumma innii a-udzuubika minalhamma walkhujni, wal ajri, wakasal, walbujli, walhubni, wadhalidaini, walghabatirrajali”. Doa ini memiliki arti “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang”.
Atau,
Bacalah ‘Allahumma tsabitnii waj’alnii haadiyan mahdiyyan’ untuk memohon ketenangan hati dan petunjuk dari Allah untuk segala yang kita lakukan. Artinya, “Ya Allah, tenangkanlah hatiku dan jadikanlah aku orang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk”.
Sungguh, dengan mendapat petunjuk dari Allah, hati kita akan merasa tenang atas apa-apa yang kita lakukan dan kita pun akan merasa bahagia. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pada 10 Februari lalu genaplah usia usahawan, pelakon dan pengacara terkenal Neelofa yang ke-36 tahun.Masih belum terlambat untuk Hijabista titipkan ucapan selamat ulang tahun...