Penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 yang bermula 2 September 2024 tuai pujian ramai.
Kehadiran Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bukan sahaja dinanti-nanti oleh para tetamu bahkan mereka turut teruja untuk melihat penampilan Baginda yang sentiasa menarik perhatian.
Pada istiadat tersebut, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin kelihatan sangat manis apabila menyarungkan kurung moden rona biru gelap lengkap berselendang. Penampilan Baginda tambah manis dengan tudung bawal polos rona biru lembut yang distailkan ringkas.
Menjengah ke ruangan komen di Instagram rasmi Selangor Royal Official, rata-rata para pengikut menitipkan kata-kata pujian buat Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Terdahulu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
Ads
Baginda yang juga Pro-Canselor UiTM berkenan menyampaikan anugerah kepada 107 penerima ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Kepakaran Klinikal selain 15 graduan terbaik.
Dalam titah ucapan, Baginda mahu agar isu diskriminasi gaji khususnya bagi graduan yang baharu menamatkan pengajian perlu dikaji semula dengan penetapan bayaran minimum mengikut keperluan, ekonomi dan inflasi semasa.
Baginda bertitah, kerajaan harus menilai situasi ini dan mencadangkan penyelesaian agar anak bangsa tidak tercicir dengan kemajuan arus perdana.
Titah Baginda lagi, peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa ini adalah tidak setaraf dengan kelayakan graduan dengan isu gaji tidak selaras serta tidak setimpal terhadap permintaan dan penawaran kerja sering dipersoalkan.
Dalam memartabatkan Bumiputera melalui institusi pengajian tinggi serta memenuhi keperluan industri, Baginda menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi dan universiti untuk bekerja lebih keras bagi memastikan graduan lebih relevan dengan pasaran kerja.
Menyempurnakan tugasan terakhir dengan membuat video Public Service Announcement memberitahu dirinya menyaksikan sendiri ibu kesayangan menjadi mangsa dera. Biarpun dirinya ketika itu masih kecil, tetapi pemenang Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee, 18 tahun, ini dapat merasai penderitaan dialami ibunya sendiri. Bertemu dirinya selepas kemenangan malam tadi, dia yang mesra dipanggil Hanee bercerita pengalaman itu yang dianggap sangat menakutkan dirinya.
Menurutnya ketika itu dia berusia sekitar enam tujuh tahun dan melihat sendiri ibunya menjadi mangsa pukul disebabkan faktor keluarga yang tidak stabil ketika itu.
“Bagi Hanee ia satu pengalaman yang sangat perit memandangkan ketika itu usia masih kecil berdepan dengan situasi berkenaan.
“Tetapi Hanee bersyukur kerana Hanee sudah keluar dari penderitaan itu dan tidak melaluinya lagi situasi yang tidak begitu menyihatkan itu,” ujarnya ketika ditemui sejurus selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja baru.
Tambah Hanee lagi kekuatan ibunya untuk bertahan pada ketika itu adalah anak-anaknya sendiri.
“Sebenarnya Hanee nampak mak Hanee dan sampai depress (murung) tetapi mampu bangkit dari masalah itu dan lebih kuat apabila mahu melihat anak-anaknya jadi lebih berjaya dan jadi insan lebuh baik dari sebelumnya.
“Ibu Hanee tak mahu melihat anak-anak rosak dari family terdahulu dan caranya dengan memberi kasih sayang terbaik buat kami adik beradik. Bukan dari wang ringgit tetapi belaian seorang ibu yang memang kita harapkan sebagai anak.
“Pada Hanee, emak Hanee sangat memberi support dalam industri ini. Dia menjaga dan uruskan Hanee segalanya dan bila Hanee nampak effort mak sendiri dan membuatkan Hanee jadi lebih kuat,” tambahnya yang turut menjadikan ibu sebagai idola.
“Memang semestinya ibu adalah idola Hanee. Ini kerana apa yang Hanee boleh lihat kekuatan yang ada dalam diri emak Hanee yang teruskan kehidupan untuk menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
“Malah emak Hanee sanggup lupakan hasratnya untuk berjaya dalam karier kerana ingin hanee tampil kehadapan. Hanee sangat respek dan bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan ibu seperti emak Hanee.
“Jadi untuk membalas segala pengorbanannya, Hanee mahu berikan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Hanee mahu berikan satu kejayaan dalam karier yang boleh banggakan dia.
“Dan Hanee percaya malam ini dengan kejayaan dari juara Dewi Remaja telah mebuat emak Hanee bangga. Selepas ini Hanee berjanji akan beri kehidupan lebih baik lagi untuk emak Hanee,” jelasnya yang gembira dengan kemenangan tidak disangka ini.
Malam semalam juga turut menyaksikan ibu Hanee, yang mesra dipanggil Sakuraneeda turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Ternyata ibu muda ini begitu gembira melihat kemenangan yang tidak dijangka.
“Saya bangga dengan kemenangan Hanee itu. Kalau sebelum ini ramai yang kata dia sudah glamour dan ada nama kerana berlakon dalam drama popular. Tetapi itu orang kenal dia melalui watk Zaza bukan Haneesya Hanee.
“Jadi saya cakap padanya, saya nak dia beritahu satu Malaysia dia adalah Haneesya Hanee. Walaupun berkulit gelap tetapi tidak bermakna kita boleh dihina sesuka hati. Oleh sebab itu dia sangat terbuka untuk menentang sebarang bentuk kejian dan cercaan jika menyentuh warna kulitnya,” tambah Sakuraneeda yang mengakui pernah berdepan masalah rumahtangga hingga menjadi mangsa dera.
“Walaupun Hanee seorang disleksi dan agak kurang fokus dalam pelajaran, tetapi ada memori yang sukar untuk dia lupakan dari kotak ingatannya. Salah satunya adalah pengalaman saya ketika dia masih kecil.
“Melalui pengalaman itulah saya dan Hanee lebih berani bersuara dan memastikan kejadian ini tidak diulangi lagi. Hubungan kami berdua memang sangat rapat kerana dia satu-satunya anak perempuan selain dua adik beradik lelaki yang lain,” tambahnya sebelum menutup perbualan.
Haneesya Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan menepati ramalan apabila berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.
Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.
Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.
Di episod akhir ini, menyaksikan Scha Alyahya sebagai hos dan pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.
Pempengaruh kelahiran Malaysia, Sabrina Azhar mula mencipta nama sebagai pencipta kandungan sekitar tahun 2014.
Ketika itu, dia baru mencipta saluran YouTube dan menyiarkan program yang dipanggil LIFE-ING SERIES.
Ketika bergelar pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Hanyang Korea Selatan, Sabrina sering berkongsi tentang kehidupan sehariannya di platform media sosial.
Di kesempatan itu juga telah mendorong Sabrina untuk menterjemahkan kehidupannya sebagai pelajar Muslim dari Malaysia dengan mencipta kandungan yang mendidik dan menghiburkan.
Sebaik menamatkan pengajian di universiti tersebut pada Februari 2023, Sabrina kekal aktif di media sosial.
Malah, namanya kian melonjak naik apabila diberi peluang untuk berlakon dalam drama Korea popular berjudul ‘Girl in the Mirror’ tahun lalu.
MINAT MENARI
Berusia 23 tahun, Sabrina yang kini menetap di Seoul, Korea Selatan pernah mendapat liputan BBC World Service menerusi video temubual berjudul ‘Life of A Hijabi K-Pop Dancer’ disebabkan minatnya terhadap tarian.
Sabrina meraih perhatian ramai menerusi video-video tarian lagu-lagu K-Pop.
Pun begitu, ramai merasa kurang senang dengan pendekatannya menghasilkan video menari dengan lenggok provokatif dengan berhijab.
Video tersebut mendapat reaksi luar biasa dengan lebih 2.4 juta tontonan di Twitter sekaligus namanya menjadi bualan di media sosial.
Minatnya itu tidak disambut baik oleh warga maya dan kerap mendapat cemuhan.
Terdahulu, Hijabista ada menulis mengenai kisah pengantin yang berkahwin walaupun si suami terlantar sakit serta terpaksa menggunakan ‘stretcher’ untuk memasuki dewan sanding. Pasangan tersebut terlihat ceria dan bahagia untuk melayari bahtera perkahwinan. Namun baru-baru ini, Hijabista menerima berita bahawa suaminya kini telah pergi buat selamanya.
Seperti yang sudah diketahui umum, rezeki, jodoh dan ajal semua sudah ditetapkan dan di takdirkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam kandungan lagi. Setiap yang hidup, pasti akan meninggal dunia juga suatu hari nanti.
“Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un”
Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah akan kembali padaNya
Kisah cinta sejati Siti Marha bersama suaminya, Mohd Hashmi tidak berpanjangan apabila suaminya yang menderita akibat penyakit kanser barah otot (Leiomyosarcoma) tahap empat itu disahkan meninggal dunia Rabu lalu. Berita pemergian arwah telah dikongsikan Siti Marha sendiri melalui laman Tiktok.
“Mohon doakan suami saya Mohd Hashmi bin Arifin” tulisnya di ruangan kapsyen.
Melalui hantaran TikTok yang dimuat naik, beberapa individu dilihat keluar daripada rumah sambil mengusung keranda arwah untuk dimasukkan ke dalam van jenazah. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kapar, Klang, Selangor.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan hantaran video yang lain dan mendapati bahawa arwah baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-36 pada 1 Disember lalu di sebuah pusat rawatan. Sambutan itu diadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran keluarga terdekat bagi memeriahkan suasana.
Bahkan pada 5 Disember, Siti Marha sempat berkongsi video kompilasi ketika suaminya mendapatkan rawatan di hospital. Siti Marha menyatakan bahawa dia merindui momen ketika bertemu suaminya di hospital.
Untuk pengetahuan anda, Siti Marha yang juga seorang jururawat berkenalan dengan suaminya sejak sembilan tahun lalu ketika Mohd Hashmi dimasukkan ke pusat perubatan tempatnya bertugas untuk mendapatkan rawatan akibat terbabit dalam kemalangan.
“How I missed this moment. Saya kenal awak sebab nak tolong awak pulih balik.
“Ajar awak berjalan dari walking frame ke elbow crutches. Kemudian saya sangka boleh ajar awak sampai tak perlu pakai tongkat tapi apakan daya kita nak tolak takdir. Keadaan awak tak mengizinkan,” tulisnya dalam video tersebut.
Difahamkan, keadaan arwah dikatakan semakin merosot sehinggalah Marha menerima khabar bahawa suami tercinta telah pergi buat selama-lamanya.
Menerusi video di TikTok, Marha turut memaklumkan suaminya ‘pergi’ selepas empat minggu mereka mendirikan rumah tangga. Marha akui sudah reda dengan pemergian suami tercinta meskipun tak dapat digambarkan betapa pilunya hati seorang isteri. Dia turut memohon orang ramai mendoakan buat arwah suaminya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang turut bersimpati dengan ujian yang menimpa wanita ini. Selain itu, mereka turut berharap wanita ini terus tabah menjalani dugaan besar atas kehilangan suaminya itu.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.