Siapa tidak kenal dengan pelakon jelita, filem Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani yang juga isteri kepada pengarah terkemuka, Dato’ Yusry Abd Halim (Yusry KRU)
Terbaharu, Lisa sekali lagi meraih perhatian dan menjadi sorotan warganet apabila kelihatan semakin berseri-seri selepas mengenakan hijab, hingga ada yang melabelkannya persis ‘bidadari’.
Netizen Kagumi ‘Perubahan’ Lisa Surihani Secara Fizikal Dan Rohani.
Perkara berkenaan dikongsikan oleh rakan artis, Noorkhiriah menerusi sebuah hantaran video di laman Tik Tok miliknya ketik bertemu dengan jelitawan, Lisa Surihani baru-baru ini.
Menerusi paparan video berkenaan, Lisa kelihatan sungguh sopan menegakan jubah dalam rona warna pink lembut dan mengenakan tudung material satin bercorak dan bertanah putih.
Ads
Ekoran kebijakkan Lisa dalam menatarias gaya dan memilih pakaian dengan penggayaan tudung yang sempurna, aura serta seri wajahnya begitu jelas kelihatan, ditambah pula dengan peribadi dan tutur kata yang lemah lembut, Lisa kelihatan tak ubah seperti Bidadari.
“MasyaAllah Tabarakallah..Tingginya adab dan akhlakmu adik. Doakan akak ya dik”, tulis Noorkhiriah ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenan, kerana dia juga turut tersentuh dengan keperibadian yang ditonjolkan Lisa.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, Hijabista mendapati, ramai wargamaya turut terpesona dengan penampilan Lisa dan meluahkan rasa kagum dengan penghijrahan aktress itu.
Ads
“Lisa..dia sangat humble dan lembut tutur katanya. Dia memiliki kecantikan sejati dari dalam dan luarannya”
“Alhamdulillah..Kalau hatinya bersih 7 sifat anggota pun ikut bersih. Semoga Allah swt berkati dan merahmati setiap urusan mereka berdua..”
“Lisa ni dulu cantik tapi sekarang lagi cantik berseri2..Seri keibuan, sopan santun..Kak Nurkhiriah pun sama”
Ads
“Pakej betul Lisa ni. Pandai lawa berharta beragama.”
Ramai antara hijabi yang bergaya ringkas tanpa solekan untuk pejabat. Kesibukan antara punca menjadikan mereka tiada masa untuk bersolek. Tak perlu bermekap tebal sekadar solekan ringkas sudah memadai. Ini kerana dengan riasan wajah sempurna memberi keyakinan dalam menghadapi tugasan serba mencabar.
Solekan ringkas perfect untuk anda yang hanya ada produk solekan yang minima dan juga mahu look yang hampir natural. Berikan wajah anda sedikit glow dengan menyapu sedikit highlight ataupun gunakan foundation yang memberi efek glowy.
Mari kita lihat beberapa tutorial solekan yang boleh membantu anda.
Sumber: Youtube (Aqira Azlah)
Sumber: Youtube (Aisha Liyana)
Sumber: Youtube (putreeo)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa sahaja yang masuk dalam bidang seni pasti akan menukar nama masing-masing menjadi lebih komersial untuk lebih senang diingati dan tujuan promosi. Namun berbeza dengan ‘cikgu viral’ yang tular baru-baru ini kerana muncul dalam aplikasi muzik karaoke ‘smule’. Nur Ameera Nabila Azmi, 24 tahun, yang kekal menggunakan nama Cikgu Meera walaupun sudah bergelar penyanyi.
A post shared by Cikgu kental !!! ?? (@cikgumeera) on
Beliau yang berasal dari Kodiang Kedah ini tidak menyangka pembabitannya secara suka-suka mendapat perhatian hingga ditawarkan menjadi artis rakaman Jayy Production dan diberi peluang merakam single berjudul ‘Oh Sayangku’ karya komposer Eddie Hamid manakala liriknya ditulis oleh Nur Hakim.
Beliau yang amat mengagumi penyanyi Datuk Siti Nurhaliza bersyukur single pertamanya itu mendapat respons positif daripada para peminat selain video lirik lagu itu telah mencapai tontonan kira-kira 47,000 di YouTube.
Ditanya bagaimana beliau membahagikan masa antara waktu mengajar di sekolah dan nyanyiannya, anak jati Kodiang, Kedah ini menegaskan beliau hanya bernyanyi pada waktu cuti mingguan dan tetap meletakkan kerjaya sebagai seorang guru sebagai keutamaannya.
“Saya tidak akan mengabaikan kerjaya di sekolah kerana itu merupakan cita-cita saya sejak dahulu lagi, manakala nyanyian hanyalah karier separuh masa saya untuk mengisi waktu terluang,” katanya yang menyanyi sejak usia remaja lagi.
Namun ketika itu dia perlu menyelesaikan pengajiannya dulu. Justeru ketika belajar di Maktab Perguruan di Ipoh, Jurusan Muzik menjadi pilihan utamanya, manakala minor dalam Pendidikan Persuratan dan Kesenian Melayu serta Pendidikan Jasmani.
A post shared by Cikgu kental !!! ?? (@cikgumeera) on
Beliau juga terharu dengan sokongan padu yang diberikan rakan-rakan guru termasuk guru besar serta anak-anak muridnya untuk memperkembangkan lagi bakatnya sebagai penyanyi.
Bagaimanapun kata Cikgu Meera, 24, walaupun telah bergelar penyanyi dia tidak terlintas untuk meninggalkan karier sebagai guru di sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor.
Sebaliknya dia yakin dapat mengimbangkan kedua-dua kariernya itu dengan baik tanpa mengabaikan tanggungjawab mendidik anak bangsanya.
“Saya sudah bersedia menjalani kehidupan sebagai anak seni tanpa melupakan tanggungjawab sebagai pendidik dan tidak akan meninggalkan karier sekarang.
“Jika ada keseimbangan dan perancangan yang betul, Insya-Allah saya lihat tiada masalah untuk meneruskan kedua-dua karier itu secara serentak,”ujarnya yang tetap menggunakan nama Cikgu Meera untuk tujuan komersial.
Bimbang jika mengundang masalah di kemudian hari, pihak produksinya juga telah meminta izin kementerian Pendidikan untuk menggunakan nama Cikgu Meera.
Bercakap lanjut mengenai Oh Sayangku, Cikgu Meera berkata, ia sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwanya yang juga mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadi dan kerjayanya.
Admin ucapkan semoga Cikgu Meera tak leka dengan dunia glamour sehingga lupa tanggungjawab utama mendidik anak bangsa. Sejak viral, Cikgu Meera yang comel ini juga telah mempunyai mengikut tersendiri di media sosial.
Tubuh yang langsing tentunya menjadi idaman ramai wanita. Namun untuk mengekalkan berat badan yang ideal tetapi dalam masa yang sama gagal mengawal selera makan tentunya akan membuatkan usaha untuk menurunkan berat badan menemui kegagalan.
Salah satu alternatif yang cukup popular untuk menurunkan berat badan dengan cepat ialah dengan memotong usus. Teknik ini dikatakan mampu membuatkan seseorang itu mendapat bentuk tubuh yang diinginkan. Walau bagaimanapun bagaimana pula daripada sudut agama? Adakah cara ini dibolehkan atau tidak.
Berikut perkongsian yang dipetik dari Instagram Ustaz Azhar Idrus.
POTONG USUS UNTUK KECANTIKAN
Apakah hukumnya di sisi syarak orang yang berbadan berisi membuat pembedahan membuang usus supaya badannya jadi kurus agar cantik dilihat? Ramai kaum wanita di negara barat telah melakukan pembedahan seperti ini.
Hukum membuang atau memotong mana-mana bahagian tubuh samada bagian luar tubuh atau bahagian dalam tubuh adalah pada asalnya diharamkan melainkan dua sebab :
Pertama: Ia disuruh oleh syarak seperti memotong kuku atau rambut atau tempat khitan atau seumpamanya. Maka memotong atau membuang barang yang disuruh syarak tiadalah termasuk dalam perbuatan yang dilarang.
Kedua: Kerana berubat yakni bertujuan menolak mudarat yang ada pada seorang seperti penyakit seperti memotong jari akibat penyakit kencing manis atau membuang buah pinggang yang rosak atau seumpamanya. Maka membuang anggoota badan seperti ini tidaklah dilarang kerana masuk dalam katogeri berubat.
Dan yang datang nas melarang membuangnya adakalanya haram seperti mencukur buku kening atau mengikir gigi dan adakalanya makruh seperti mencukur janggut atau mencukur bulu betis bagi lelaki.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. Rasulullah saw bersabda :
Artinya : Allah telah melaknat akan sekelian orang yang membuat tattoo dan yang meminta ditatookan dan yang mencukur bulu kening dan yang meminta dicukurkan bulu kening dan yang menjarangkan giginya kerana mencantikkan diri yang mengubah mereka itu akan kejadian Allah.” (Hadith Imam Muslim)
Berkata Imam Nawawi:
وأما قوله : ( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن ، وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن
Artinya : “Dan ada pun sabdanya ‘yang menjarangkan gigi kerana mencantikkan’ itu maka maknanya mereka melakukannya akan yang demikian itu kerana hendak jadi cantik.’ (Kitab Syarah Muslim)
KESIMPULAN
Hukum menjalani pembedahan membuang atau memotong usus itu harus jika kerana merawat penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi atau kegemukkan yang boleh memudaratkan nyawa atau kesihatan atau lainnya.
Pembedahan membuang usus atas dasar kecantikan diri samada oleh lelaki atau perempuan adalah haram dan dilaknat kerana mengubah ciptaan Allah.
wallahua’lam
Maka dapat difahami bahawa melakukan pembedahan sama ada pada anggota zahir seperti muka atau tangan atau kaki atau lainnya atau anggota batin seperti jantung atau buah pinggang atau perut atau seumpamanya sebab merawat penyakit maka hukumnya adalah harus dan jika sebab kecantikan maka hukumnya adalah haram.
Jelas disini bahawa mengubah kejadian dengan membuat pembedahan membuang atau memotong usus supaya badan jadi kurus untuk kelihatan cantik adalah haram dan dosa besar.
Yang diharuskan menjalani pembedahan membuang usus itu ialah kerana berubat seperti merawat penyakit kencing manis atau darah tinggi misalnya maka hukum membuang usus ketika ini adalah harus kerana berubat itu ialah sebab hendak menolak mudarat dan menolak mudarat itu disuruh oleh syarak.
Berkata Imam Nawawi : ، أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم
Ertinya : “Ada pun jikalau berhajat kepadanya kerana berubat atau sebab aib pada gigi atau seumpamanya maka tidak mengapa.” (Kitab Syarah Muslim)
Kebanyakkan orang-orang yang melakukan perbuatan yang haram ini ialah kerana jahil dengan hukum agama dan terikut-ikut dengan orang lagi menurut akan hawa nafsu.
Majlis Fiqah Islam dalam satu muktamar yang diadakan pada tahun 2007 telah memutuskan: (لا يجوز إجراء جراحة التجميل التحسينية التي لا تدخل في العلاج الطبي ويُقصد منها تغيير خلقة الإنسان السويّة؛ تبعا للهوى والرغبات بالتقليد للآخرين ، مثل عمليات تغيير شكل الوجه للظهور بمظهر معين، أو بقصد التدليس وتضليل العدالة ، وتغيير شكل الأنف، وتكبير أو تصغير الشفاه، وتغيير شكل العينين وتكبير الوجنات) .
Ertinya : “Tiada harus melakukan pembedahan mencantikkan yang bukan termasuk dalam rawatan perubatan yang bertujuan mengubah kejadian asal manusia kerana mengikut keinginan dan ingin mengikut orang lain seumpama mengubah bentuk wajah supaya tampil dengan wajah yang tertentu atau bertujuan melakukan penyamaran sehingga hilang yang benar dan mengubah bentuk hidung dan membesarkan atau mengecilkan bibir dan mengubah bentuk mata dan mengubah bentuk pipi.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.