Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkenan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertujuan membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
“Perkenan Seri Paduka Baginda Berdua ini turut mencerminkan keprihatinan dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda Berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ads
Ahmad Fadil berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ads
Sementara itu, sempena Hari Doktor semalam, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya barisan hadapan atas khidmat, bakti dan pengorbanan tanpa penat lelah dan mengira masa menjalankan tanggungjawab membendung pandemik itu.
“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan berkaitan di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tata cara pengendalian COVID-19 di Malaysia,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama Seri Paduka berdua, berdoa memohon ihsan Allah SWT semoga Malaysia sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.
Sumber kredit: BERNAMA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebanyakkan orang meletakkan diet hanya bergantung pada jam kita puasa, tanpa mengira apa yang kita makan ketika sahur dan berbuka. Jika anda inginkan berat yang unggul ketika bulan Ramadan salah satu caranya adalah plan pemakanan yang sihat dan juga dapat mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Diet akan tersasar ketika menu berbuka puasa dihidangkan, keinginan untuk makan berlebihan ada kemungkinannya sering berlaku. Ada lebih baiknya jika anda menetapkan menu sihat anda setiap hari agar plan diet anda tidak sesasar.
Plan pemakan bukan sahaja dari segi hidangan makanan, malah minuman juga harus di ambil kira. Kebarangkalian peluang anda minum, minuman manis adalah tinggi. Melalui perkongsian hijabi ini MadameSue Isuca bulan puasa juga adalah bulan yang sempurna untuk anda yang inginkan turun berat badan. Jom semak menu minuman sihat kekalkan diet sepanjang ramadan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah atau tidak sewaktu anda solat tiba-tiba terasa macam darah haid keluar? Ramai pasti tidak tahu tentang hukum sama ada anda perlu ganti solat atau tidak. Sebagai perempuan anda mesti merasakan sesuatu apabila darah haid terkeluar. Jadi, adakah anda perlu qada solat?
Di dalam islam, solat merupakan perkara wajib di dalam Islam. Solat juga merupakan sebahagian dari rukun Islam. Akan tetapi, wanita di beri kelonggaran apabila haid atau menstruasi anda dilarang untuk solat. Akan tetapi, apabila haid terkeluar sewaktu solat, perlukah wanita tersebut qada solat?
Qada solat merupakan hukum syarak di mana setiap kali solat fardhu yang anda tertinggal wajib untuk digantikan. Tidak kira, jika anda tidak solat atas sebab terlupa, tertidur mahupun saat anda datang haid. Buat para wanita, haid itu tidak menentu waktunya, ada yang pagi, petang, siang dan malam. Jadi saat anda haid, solat apa yang perlu anda qada.
Artinya: Sungguh, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
Sedangkan perintah untuk meninggalkan solat saat mengeluarkan darah haid adalah hadis riwayat Aisyah, salah satu isteri Rasulullah:
حدثنا أحمد بن يونس عن زهير قال حدثنا هشام عن عروة عن عائشة قالت : قال النبي صلى الله عليه و سلم ( إذا أقبلت الحيضة فدعي الصلاة وإذا أدبرت فاغسلي عنك الدم وصلي )
Bermaksud: Menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus dari Zuhair, ia berkata, menceritakan kepada kami Hisyam bin Urwah dari Aisyah berkata, Rasulullah Saw bersabda: Jika kamu mendapati haid maka tinggalkanlah solat. Dan apabila telah selesai (berhenti mengalirnya haid) maka bersihkanlah darah itu (mandi) dan solatlah. (HR. Bukhari)
Menurut bincangsyariah, jika seseorang wanita keluar darah haid ketika dia sedang bersolat dan darah haid terkeluar maka setelah dia habis kitaran haid tersebut, wanita itu perlu qada solat yang tertinggal. Dengan syarat, seseorang itu sempat melakukan solat pada waktu itu dan sebelum terkeluarnya darah.
Contoh lain pula, sekiranya wanita tersebut haid pada sekitar 3:00 petang dan waktu Zohor jatuh pada jam 1:15 petang maka diwajibkan untuk wanita tersebut qada solat. Ini kerana, dia mempunyai masa untuk melakukan solat tersebut sewaktu masa lapang setelah azan Zohor berkumandang.
Ianya dilakukan selepas sahaja wanita tersebut suci daripada haid atau nifasnya. Apabila wanita tersebut haid pada waktu bersamaan waktu azan Zohor, maka tidak wajib untuknya qada solat kerana dalam masa yang sempit. Jadi, janganlah
Akhir kata, jika seseorang wanita itu sedang melakukan solat lalu darah haid keluar di pertengahan solatnya, maka solat wanita itu akan menjadi tidak sah dan wajib untuk dia menggantikannya saat darah haidnya berhenti. Jadi, pastikan anda tidak sesuka hati untuk melambat-lambatkan solat mahupun meninggalkan secara sengaja.
Wajah mulus dan glowing bukan lagi impian jika kamu malas melakukan rutin eksfoliasi. Salah satu produk yang paling menjadi kegemaran hijabi adalah scrub. Butiran halusnya dapat mengangkat sel kulit mati dan mencerahkan.
Teknik pengelupasan ataupun exfoliating memainkan peranan yang besar di dalam rutin penjagaan wajah kita. Apabila kita menggunakan skrub, lapisan sel kulit mati yang kusam akan terkupas dan mendedahkan lapisan kulit wajah yang baru yang jauh lebih bersih, cerah dan bebas cela. productnation
Tetapi ada tidak boleh semudahnya memilih face scrub, salah pilih, kulit akan menijadi iritasi dan kemerahan. Langkah selamat, yang anda boleh pilih ini adalah senanrai face scrub terbaik. Boleh masuk siap-siap dalam senarai!
Vitamin C daripada kulit buah oren yang digunakan di dalam skrub ini mampu menghilangkan kesan tona tidak sekata akibat matahari. Khasiathasita oatmeal yang bertindak sebagai bijian skrub pula akan memastikan bahawa wajah bebas kusam dan sel kulit mati terhapus untuk mendedahkan wajah berseri dan licin. productnation
Dibuat dari bahan-bahan natural seperti kale, spirulina, dan parsley yang membantu proses nyah toksin. Sehingga, kulit akan nampak lebih segar dan bebas dari kotoran yang melekat. Selain itu, gabungan nenas dan licorice root memberikan tekstur kulit yang lebih halus serta menyeimbangkan produksi sebum.
Cetaphil Extra Gentle Daily Scrub dapat menyahkan sel kulit mati dengan lembut dan mampu membersihkan serta mencerahkan kulit kusam. Mengandungi pelembap, yang akan tetap menutrisi kulit dan mengunci cairan. Produk ini sesuai untuk pemilik kulit sensitif dan kering.
Skrub ini mempunyai minyak kelapa yang akan melembap kulit yang haus dan kering. Bijan gula yang halus pula akan memastikan wajah sentiasa licin, lembut dan bebas daripada kekusaman dan parut. Sesuai untuk kulit senstif kerana produk ini tidak mempunyai paraben, phthalates, minyak mineral, sulfat, gluten dan pewarna.
Produk ini sesuai sangat untuk anda yang memiliki wajah kusam. Kandungan pink lemon dan kulit jeruk mandarin yang dapat menghaluskan kulit yang kasar dan meratakan warna kulit bagi mendapatkan kulit yang bercahaya ukuran scrub-nya juga kecil, sehingga dapat membersihkan pori-pori secara menyeluruh.
Face scrub ini mengandung ekstrak habbatus sauda, teknologi OxyWhite, dan aprikot scrub yang mampu menyingkirkan sel kulit mati, memudarkan noda hitam, serta mengurangkan produksi sebum dan kotoran yang berada di dalam pori-pori kulit. Setelah menggunakan produk ini, kulit akan terasa lebih bersih dan lembap.
Skinfood Black Sugar Mask Wash Off ini bahan dasarnya gula hitam organik, scrub yang dihasilkan bertekstur kasar dan padat, namun ketika digosokkan ke wajah yang basah akan mudah diratakan. Face scrub ini selamat kerana tidak mengandung alkohol, serta memiliki aroma citrus yang menenangkan.
Kolaborasi antara ekstrak strawberry dan blackcurrant yang kaya nutrisi yang memberikan aroma yang menenangkan, mengangkat sel kulit mati, tetapi tetap menghidrasi kulit secara optima. Tekstur scrub sangat halus dan optima mengangkat kotoran yang tersumbat di pori-pori. Wajah akan terlihat lebih bersih dan halus.
Euerin ProAcne Scrub mengandungi formula pembunuh bakteria seperti Lactid Acid dan mikro partikel yang mengecilkan pori wajah dan mengawal pengeluaran minyak, mengurangkan bintik hitam, cela dan pori tersumbat. Formulanya berbentuk gel dan bijian mikro yang lembut amat sesuai untuk digunakan oleh kulit sensitif tanpa mengeringkan wajah untuk pembersihan intensif.
Jika anda mempunyai masalah wajah kombinasi dan berminyak, skrub ini amat sesuai dengan anda. Skrub yang mengandungi serbuk halus beras akan mengawal minyak di wajah, mengurangkan parut dan menghilangkan kusaman. Manakala Aloe Vera pula akan menghidrat dan kembalikan kelembapan pada wajah supaya wajah kekal lembap, anjal dan bersih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.