Amira Othman, salah seorang dari bekas bintang realiti Akademi Fantasi yang kini namanya semakin menyinar. Antara lagu popularnya ‘Jaga-Jaga’ dan juga Mimpi Indah. Amira juga semakin melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan.

Pelakon utama I Love U Abang Bomba ini antara selebriti yang mempunyai kulit yang cantik tanpa ada sebarang masalah. Wanita cantik berasal dari Johor ini tidak lokek berkongsi rahsianya menjaga kecantikan wajah dan kekal menawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

Petua kulit sihat Amira?

Kulit muka saya jenis yang sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, saya mengambil langkah untuk tidak mengenakan sebarang solekan yang sembarangan. Saya hanya menggunakan produk bersesuain dengan wajah atau yang berasaskan mineral atas saranan doktor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

Adakah Amira masih mengamalkan petua tradisional untuk perawatan wajah?

Saya hanya mengamalkan pengambilan buah-buahan. Tambahan lagi, buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya cuba menghabiskan lapan gelas air kosong sehari.

IKLAN

Produk  suplemen kecantikan wajah yang digunakan?

Buat masa ini, saya mengamalkan Blackmores untuk penjagaan kulit dan menambah tenaga agar cergas sentiasa.

Juga Baca: Kurus Cepat Dengan Hanya Minum Air Kosong

Jenis solekan pilihan Amira saat bercuti  atau melancong?

Waktu senggang saya memang jarang bersolek, dan hanya bersolek pada waktu kerja sahaja. Jika keluar bersama teman-teman, selalunya saya hanya akan mengenakan pensel kening  disebabkan memiliki kening  yang tebal dan harus disikat dengan teliti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

IKLAN

Kekerapan Amira melakukan sesi rawatan wajah di spa?

Lazimnya, saya akan mengunjungi pusat perawatan kecantikan  untuk urutan badan atau kepala saja.  Memandangkan saya sering diserang migrain, jadi saya mengunjungi spa setiap dua minggu sekali.

Produk kecantikan yang wajib ada di dalam tas tangan?

Pemerah pipi, gincu dan pensel kening.

IKLAN

Definisi cantik buat Amira?

Pada saya, cantik ini sesuatu yang subjektif. Muslimah itu cantik apabila dia sentiasa menjaga setiap gerak-gerinya. Perlu berkeyakinan, pertuturan yang matang juga bijak, juga yang sentiasa menjaga imej diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

Ekstra Info

Sayuran ini mewah dengan lutien, potassium, fiber dan juga vitamin E. Boleh dijadikan sebagai sajian sayuran harian. Juga boleh tambah dalam sandwic sarapan anda.

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI