Kejayaan seseorang memang menjadi inspirasi bagi sesetengah pihak untuk dijadikan inspirasi. Tidak kira dalam apa jua bentuk dan ia dianggap sebagai satu penghargaan. Baru-baru ini kejayaan pemenang gangsa bagi acara lawan pedang di Sukan Olimpik, Ibtihaj Muhammad, 31 tahun diterjemahkan dalam bentuk patung Barbie berhijab. Patung Barbie keluaran syarikat Mattel yang telah bertapak sejak 1958 dan menjadi teman untuk kanak-kanak perempuan  terkemuka mencipta anak patung pertama memakai hijab.

Tidak salah lagi pilihan syarikat terkemuka ini apabila mencipta patung Barbie diinspirasikan dari Ibtihaj yang merupakan atlet pertama dari Amerika Syarikat Syarikat yang pertama bertanding memakai tudung pada Olimpik 2016 lalu dalam acara lawan pedang. Patung Barbie itu adalah sebahagian daripada koleksi ‘Sheroes’ keluaran Mattel dan ia memakai pakaian lengkap atlet lawan pedang, selain hijab.

Menurut Mattel dalam mesej yang dimuat turun dalam akaun media sosial memaparkan gambar Ibtijab memegang gambar patung Barbie ini memberitahu Ibtihaj akan terus memberi inspirasi kepada wanita dan remaja perempuan di seluruh dunia untuk memecah tembok halangan yang ada.

? #anniversary

A post shared by Ibtihaj Muhammad (@ibtihajmuhammad) on

Sementara itu, dalam laman webnya, Mattel berkata, patung Barbie itu akan memberi inspirasi kepada semua kanak-kanak perempuan, yang tidak pernah menyangka mereka mampu berjaya dalam bidang sukan dan kebudayaan.

IKLAN

“Kami harap patung ini mampu menunjukkan kepada kanak-kanak perempuan bahawa mereka mampu melakukan apa sahaja,” kata Mattel.

Ibtihaj Barbie ? #2018

A post shared by Ibtihaj Muhammad (@ibtihajmuhammad) on

Anak patung ini telah dipamerkan buat kali pertama dalam Women of the Year Live Summit Glamour.

Menurut Ibtihaj, dia cukup kagum dapat melihat dirinya dalam bentuk boneka kecil yang lengkap dengan pakaian seragam. Malah ada namanya terukir di belakang baju boneka berkenaan.

IKLAN

face beat by @laramiemakeup was lit ❤️ #GlamourWOTY #shero #barbie

A post shared by Ibtihaj Muhammad (@ibtihajmuhammad) on

Bukan itu sahaja boneka kecil ini turut dilengkapi dengan penutup muka dan pedang. Ibtihaj nyata cukup gembira dengan penghargaan yang diberikan oleh syarikat terkemuka ini umpama menjadikan impian zaman kanak-kanaknya satu kenyataan.

“Belum pernah ada Barbie memakai tudung sebelum ini. Dan ini adalah satu detik menggembirakan kerana perkara ini terjadi dalam hidup saya. Saya tahu akan ramai penggemar patung cilik ini nanti,” jelasnya.

IKLAN

Dengan rekaan Barbie berhijab ini kanak-kanak perempuan boleh memiliki koleksi Barbie berhijab serupa dengan mereka berhijab atau penampilan emak mereka juga berhijab.

Apa yang lebih menariknya, patung Barbie berhijab ini nanti juga boleh dimiliki oleh kanak-kanak-kanak bukan Muslim yang tidak memakai tudung dan boleh bermain dan menjadikan ia sebagai koleksi kepada Barbie lain.

Patung Barbie berhijab ini akan mula dijual secara dalam talian mulai tahun depan.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM IBTIHAJ MUHAMMAD

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI