Malang tidak berbau, disaat rakyat Malaysia ghairah melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam. Satu kemalangan maut telah meragut nyawa pasangan suami isteri di Johor.
Kemalangan itu turut mengakibatkan anak kepada pasangan malang yang berusia tiga tahun patah kaki, selepas kereta yang yang dinaikinya terlibat kemalangan sejurus pasangan itu selesai menjalankan tanggungjawab mengundi.
Hijabista difahamkan kejadian tersebut berlaku di Kilometer 46, Jalan Johor Bahru-Mersing.
Alza Bertembung Hilux
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kemalangan tersebut berlaku pada jam 12.08 tengah hari melibatkan kereta Perodua Alza dinaiki tiga beranak itu dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.
Ads
“Hasil siasatan mendapati mangsa yang menaiki Perodua Alza dalam perjalanan ke Skudai, Johor Bahru setelah selesai mengundi di Lok Heng dekat sini.
“Perodua Alza tersebut yang menghala ke Johor Bahru terbabas semasa melalui selekoh dan berpusing di laluannya sebelum masuk ke laluan bertentangan menghala ke Mersing.
“Perodua Alza itu kemudian bertembung Toyota Hilux tersebut dalam keadaan jalan basah akibat hujan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ads
Menurutnya lagi, kecelakaan itu telah meragut dua nyawa iaitu lelaki berusia 37 tahun dan isterinya, berusia 31 tahun yang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak pasangan itu berusia tiga tahun mengalami patah kaki kanan.
Bagaimanapun, pemandu Toyota Hilux yang berusia 60 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Hussin menjelaskan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beberapa perkara menarik telah dipersembahkan pada majlis perasmian Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Al Bayt pada Ahad, 20 November. Selain pembukaan acara Piala Dunia Qatar 2022 dengan bacaan ayat suci Al-Quran.
Seorang anak muda Qatar bernama Ghanim Al-Muftah, yang khususnya membaca Surah Al-Hujurat ayat 13 semasa berdialog dengan pelakon senior Hollywood Morgan Freeman dalam menyampaikan mesej perpaduan.
Ghanim Al-Muftah dilahirkan dengan penyakit Caudal Regression Syndrome (CDS) iaitu gangguan perkembangan bahagian bawah badan. CDS merupakan keadaan genetik yang sangat jarang berlaku dan kira-kira satu daripada 100,000 kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan ini.
Pemuda 20 tahun ini menjadi tular di media sosial, merupakan motivator yang aktif berkongsi kandungan motivasi melalui saluran YouTube dan akaun media sosialnya. Ghanim dilahirkan pada 5 Mei 2002, dilahirkan bersama saudara kembarnya Ahmad.
Ibu bapanya, Mohammed Al-Muftah dan Eman Ahmad berdepan keputusan yang sukar semasa kandungan beliau, namun nekad meneruskan kandungan tersebut. Walaupun, doktor memberitahu bahawa kandungan itu bukan sahaja membahayakan kepada bayi, tetapi juga merisikokan si ibu.
Doktor juga meramalkan yang dia hanya boleh hidup selama 15 tahun. Ghanim mendapat gelaran ‘budak ajaib Qatar’ dan dia melakukan perkara yang dianggap mustahil seperti menyelam skuba, memanjat gunung, bermain bola sepak, hoki ais, berenang, bersenam di gimnasium dan memanah.
“Saya telah diberikan banyak kelebihan seperti memiliki tangan yang kuat dan saya rasa sangat bertuah kerana Allah merahmati saya. Saya suka menjalani kehidupan saya, ia sangat indah dan menyeronokkan,” katanya yang juga seorang YouTuber dan penceramah motivasi terkenal.
Kekuatan itu yang mendorong ikon belia Qatar itu berjaya menyelesaikan salah satu cabaran fizikalnya yang paling getir iaitu dengan mendaki gunung Jebel Shams setinggi 9,827 kaki, salah satu yang tertinggi di Semenanjung Arab. Malah pada 2017, Ghanim menyempurnakan ibadah Haji di Mekah dengan merangkak menggunakan tangan untuk mengelilingi Kaabah.
Bekas penuntut pengajian dalam bidang politik di Universiti Loughborough, Leicestershire, United Kingdom, Ghanim juga mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi seorang diplomat suatu hari nanti dan menjadi pelajar yang dikagumi ramai di sana.
“Hari ini, satu bilion wanita dan lelaki kelainan upaya di dunia masih berjuang untuk mengatasi halangan yang menyekat hak asasi manusia dan kemasukan mereka dalam masyarakat.
“Walaupun rangka kerja undang-undang sedia ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan tempatan, berjuta-juta orang kurang upaya kekal terpinggir, tiada akses kepada kerja, layanan adil dan perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan serta pendidikan.
“Pada masa hadapan, saya berjanji untuk sentiasa menyokong usaha bagi meningkatkan kesedaran dan menyokong kepentingan memasukkan perspektif kecacatan dalam perbincangan politik,” tuturnya yang kini mempunyai 3.6 juta pengikut di Instagram.
Dia juga pernah dinobatkan sebagai Duta Keamanan oleh H.H Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah, pada tahun 2014. Bagi bertujuan untuk memecahkan halangan yang masih dihadapi oleh golongan kelainan upaya.
Ghanim turut berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hak orang kurang upaya, memupuk rasa hormat terhadap orang kurang upaya, menggalakkan masyarakat yang lebih inklusif dan bertolak ansur. Mengasas dan menerajui badan amalnya sendiri untuk membantu kanak-kanak kelainan upaya. Dia mengasaskan Persatuan Kerusi Roda Ghanim al-Muftah dari rumahnya.
Pada tahun yang sama, beliau dipilih sebagai Duta Muhibah Reach Out To Asia (ROTA) ‘Memperkasakan Kanak-kanak dan Belia Pelarian Palestin melalui Sukan di Lubnan’.
Remaja itu melawat kem pelarian Palestin di Nahr El Bared, Lubnan dan di situ dia melancarkan pusat sukan baharu untuk membantu 5,000 kanak-kanak. Dia dan ibu bapanya juga memulakan Be Positive Project untuk membantu melatih kanak-kanak kelainan upaya. Ghanim yang aktif bersukan, banyak melakukan kerja amal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial telah melayakkannya dipilih sebagai duta rasmi Piala Dunia 2022 di Qatar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: ASNSOHOR
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita dan beli belah secara atas talian (online shopping) sememangya amat sinonim dan tidak dapat dipisahkan di era digital yang serba canggih ini. Namun, tidak semua bernasib baik mendapat sesi jual beli yang tulus.
Sama seperti apa yang dialami oleh wanita ini, apabila barangan yang dibelinya tidak seperti apa yang telah diorder. Lebih buruk lagi, apabila cuba berbincang dengan penjual, dirinya dilayan acuh tak acuh dan sambil lewa sahaja.
Tidak berdiam diri, wanita ini akhirnya mengambil tindakan tegas untuk memberikan pengajaran kepada peniaga atas talian ataupun secara fizikal di luar sana, agar tidak mengambil kesempatan terhadap sesi jual beli bersama pelanggan. Di sini Hijabista kongsikan semula cara yang dilakukan oleh wanita yang dikenali sebagai Aini Noraini ini.
Perkongsian berkenaan menjadi tular di laman Facebook milinya, dalam hantaran berkenaan Noraini telah berkongsikan pengalaman yang dialaminya dan bagaimana dia mengambil tindakan kepada penjual yang mempunyai sikap sambil lewa setelah barang jualan terjual.
“Ceritanya…
Beli tudung bawal batu 5 helai, di TikTok Live..Bila sampai, tudung bawal tiada batu. Bukan seperti apa yang di pesan. Harga pula berbeza.
Chat dengan seller di TikTok Chat.. Seller maklumkan nak pos semula tudung bawal batu. Seminggu tunggu, barang tak sampai juga. Minta seller tracking number, pelbagai alasan diberi,” ujarnya.
Kesal dan penat kerana sering diacuhkan peniaga dengan pelbagai alasan untuk tidak memberikan tracking number barang baharu yang dijanjikan untuk menebus kesilapan. Noraini akhirnya mengambil tindakan dengan membuka laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) agar kes ini dapat ditangani dengan sewajarnya!
“Bila dah penat, terus buat aduan kat KPDN. Pantas tindakan KPDN. Bila maklumat lengkap, esoknya KPDN terus call tanya maklumat, saya cerita semuanya. KPDN buka kertas siasatan dan call seller untuk selesaikan masalah segera sebelum teruskan proses saman.
“Seller dah gelabah kena call dgn pegawai KPDN, terus dia pos semula semua tudung batu tu. Siap dengan nombor tracking seller bagi.
“Pegawai KPDN ajar, kalau seller tak pos semula tudung tu, bagitau je KPDN akan proceed dengan saman..Terus seller call minta maaf, dia kata parcel hilang dan macam-macam la alasan dia.. Bila tanya, tudung yang tiada batu ni nak pos semula atau macam mana? Seller kata ambil sahaja.. Sekarang ni ada 10 helai tudung, rezeki Allah. Lain kali jangan main-main dengan buyer,” jelasnya.
Sehubungan itu, Noraini sempat berpesan kepada pembeli diluar sana yang pernah mengalami situasi serupa agar terus membuat laporan kepada KPDN menerusi pautan https://eaduan.kpdn.gov.my/
Sebagai seorang hijabi, kita mesti selalu menghadapi masalah rambut kering dan bercabangkan akibat seharian rambut dibaluti tudung. Tapi, kita tidak boleh menjadikan itu sebagai halangan. Kita mestilah mencari jalan penyelesaiannya bagi membaik pulih keadaan rambut itu. Menurut seorang penguna Facebook, Norafiza Mahmud atau lebih dikenali sebagai Cik Oya, dia telah berkongsi cara yang ringkas bagi mengatasi masalah ini. Mari kita baca solusinya.
Jika anda inginkan rambut sihat dengan cara tersendiri, bolehlah mencuba petua ini. Ingat, rambut adalah mahkota setiap wanita. Oleh itu, kita perlulah pelihara dan jaganya dengan sebaik-baiknya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di