Hujung tahun musim cuti sekolah atau bagi hijabi pula musim percutian untuk menghabiskan cuti hujung tahun di mana, masa inilah untuk berehat dan bercuti.
Ada juga yang merancang untuk mengerjakan umrah di hujung tahun yang beranggapan cuaca di sana sejuk. Wa wallahualam! Sebuah perkongsian menarik di dalam entri Facebook Kamarul Zaman ini sesuai dijadikan rujukan hijabi yang pertama kali mengerjakan ibadah umrah. Jom kita ikuti perkongsian beliau.
Pelbagai persiapan mengumpul maklumat dilakukan bermula seawal setahun sebelum tarikh penerbangan, dan semua itu untuk pastikan diri dan keluarganya faham dan bertujuan memudahkan urusan di sana. Dan mengetahui lagi apa kisahnya, jom baca perkongsian ini.
Catatan pengalaman pertama saya bersama keluarga (isteri, anak perempuan bongsu dan kakak ipar) mengikuti pakej umrah pada 9/12 hingga 18/12/2016. Catatan di bawah khusus berkisar APA YG KAMI LIHAT DI SEBERANG JALAN DI LUAR PAGAR MASJID NABAWI.
PERSEDIAAN SEBELUM PERGI UMRAH:
Walaupun keluarga menyedari saya sebagai suami@bapa berumur 63 tahun mengidap sakit lutut kronik, sakit pinggang dan tidak lagi secergas dulu, namun hakikat sifat seorang isteri, anak perempuan bongsu dan kakak ipar pastinya bergantung sepenuhnya ke atas saya kerana saya LELAKI@KETUA KELUARGA. Maka untuk menjadikan umrah yang entah bila boleh diulang menjadi kenangan abadi, saya mengumpul maklumat setahun lebih awal. Selain kursus umrah, sebagai warga emas celik IT memudahkan saya mengembara awal mencari maklumat melalui google street, youtube dan FB. Saya juga menjadi follower badan rasmi FB & IG seperti Tabung Haji, Haramain dan Makkah_Madinah.
SEMASA DI MASJID NABAWI:
Selain program rasmi bersama mutawif serta solat dan zikir di masjid, saya menjadi mutawif tanpa tauliah untuk keluarga bagi memenuhi aktiviti ziarah lain. Di antara perkara yang kami buat selepas solat asar @ sementara menunggu solat maghrib:
1) GATE 1: Hari pertama (cuaca cerah & suhu 16°c), usai solat Asar kami tawaf sekeliling kawasan Masjid Nabawi yang mempunyai 40 pintu pagar@gate bermula dari gate 1. Di luar gate 1 (bahagian Selatan masjid berdekatan dengan Raudhah/kubah hijau) terdapat kedai menjual cenderamata buatan Madinah (Almunawara gift shop). Di belakang bangunan kedai ini terdapat bangunan mahkamah syariah.
2) GATE 2: jika berjalan terus keluar menghala arah kiblat@ Selatan sejauh 800m, di situ terdapat masjid Bilal ibn Rabah. (Sumber google. Kami tak pergi ke masjid ini atas faktor kesuntukan masa dan elak keletihan).
IKLAN
3) GATE 3,4,5: Di seberang jalan gate 3, 4 & 5 ada sebuah klinik (Al Safiah Health Center) dan pasar menjual kurma (Pasar Tammara).
4) GATE 5: Di gate 5 terdapat 2 buah museum iaitu The Holly Quran Exhibition dan The Prophet’s Mosque Expansion Exhibition.
5) GATE 6: Lebih kurang 50m dari gate 6 kita boleh nampak masjid Al Ghamamah dan di sebelahnya jarak 30m ialah masjid Abu Bakar as-Siddiq.
6) GATE 7: Di pagar bhg. barat masjid, dari gate 7 dgn jarak 100m terdapat masjid Ali bin Abi Talib.
7) GATE 8-14: Di sepanjang gate 8-14 (bhg. barat masjid) terdapat 3 buah museum iaitu Assalam, Muhammad The Messenger of Allah dan The Beutiful Names of Allah Exhibition.
8) GATE 15: Berjalan 50m menghala keluar kita akan menemui sebuah taman mini berpagar yg subur menghijau iaitu Sokaifat bani Saedah. Taman ini adalah tempat kaum muhajirin & kaum ansar berhimpun membincang perlantikan khalifah bagi menggantikan nabi Muhammad SAW yg baru wafat dan belum dikebumi. Di taman ini lah mereka bersetuju melantik Saidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah pertama umat Islam.
IKLAN
9) GATE 16-27: Di pagar bhg. utara @ belakang masjid, sepanjang gate 16 hingga 27 terdapat deretan hotel dan kedai yg menjual pelbagai barangan seperti emas, minyak wangi, pakaian, kurma, cenderamata dll.
10) GATE 20: Makanan segera KFC ada berdekatan gate 20.
11) GATE 21: Merupakan pintu masuk utama ke Masjid Nabawi. Di luar gate terdapat tugu jam di tengah bulatan@roundabout. Jika kita berdiri di gate dan menghadap tugu jam, sayup mata memandang di belakangnya ialah Jabal Uhud. Dari gate 21 berjalan terus arah utara (400m) akan jumpa pasar kurma dll barangan yg dijual dgn harga berpatutan (Bengali Market).
12) GATE 25: Terdapat starbuck dan dari gate ini terus masuk ke pintu 25 masjid Nabawi merupakan laluan khas jemaah wanita untuk ke Raudhah.
13) Gate 27-33: (di bhg. timur masjid) ditutup kerana di luar pagar ada projek pembinaan.
IKLAN
14) Gate 34: Ada laluan khas utk jemaah wanita yg ingin melihat perkuburan Baqi dari luar pagar.
15) GATE 35: Di luar gate 35 terdapat klinik (Bab Jebreel Health Center).
16) Gate 36: Laluan khas jemaah lelaki utk memasuki kawasan perkuburan Baqi.
17) GATE 37: Di luar gate 37 terdapat pejabat utk melapor kehilangan orang atau harta benda.
18) GATE 38-40: Di luar gate 38-40 (bhg. selatan) agak sunyi. Hanya trdapat bangunan 2 tingkat bersambung memanjang sehingga ke gate 6 yg mengandungi museum The Holly Quran Exhibtion.
Masa yg kami ambil utk tawaf keliling pagar Masjid Nabawi ialah 1.30 jam.
Mohon maaf jika ada sebarang kesilapan maklumat. Semoga bermanfaat. Terima kasih.
Kamarul Zaman Abdul Aziz
9/12/2019.
Sumber: KAMARUL ZAMAN ABDUL AZIZ
https://youtu.be/aLX8GT5wz3U
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terdahulu wajahnya sering nampak imejnya yang memakai topi dan pakaian yang menutupi seluruh wajah dan badan. Kini, Ustaz Kazim Elias tampil dengan keadaannya seperti biasa tanpa berselindung.
Di khabarkan lagi, keadaan kesihatannya kian pulih selepas menjalani satu rawatan alternatif di Madinah, Arab Saudi. Orang ramai juga bersyukur keadaannya semakin pulih dan boleh berdakwah seperti biasa.
Semakin pulih dan tak perlu lagi ‘tutup’ wajah
Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau gemar dikenali sebagai Ustaz Kazim kini tampil dengan keadaannya seperti terdahulu tanpa berselindung di sebalik topi dan pakaian yang menutup badan. Beliau kelihatan semakin sihat dari sebelumnya.
Terdahulu, Ustaz Kazim menghadapi masalah penyakit kulit yang menyebabkannya mengalami kondisi alah pada sinaran matahari. Beliau juga terpaksa menutup keseluruhan wajah dan badannya supaya keadaannya tidak lebih mudarat.
Kini, beliau juga menjelaskan keadaannya semakin pulih sejak melakukan rawatan alternatif di Madinah, Arab Saudi. Usahanya itu membawa hasil dan tidak lagi perlu bersusah payah untuk berselindung.
“Alhamdulillah saya punya wajah ok, sudah tidak lagi luka, tidak lagi berdarah,
“Kalau tidak, saya kena pakai topeng, saya jumpa orang pun saya segan sebab dia boleh berdarah secara tiba-tiba.” katanya.
Beliau juga akui telah mendapat beberapa tawaran doktor pakar daripada beberapa buah negara seperti England, India, dan Madinah untuk membantu mengubati penyakitnya. Di Madinah, beliau telah mendapat dua lokasi oleh pakar di kawasan Badar, Madinah.
“Saya menerima rawatan alternatif menggunakan air dari telaga Nabi Muhammad S.A.W yang masih wujud di Badar.” ujarnya.
Ustaz Kazim juga turut memberitahu dia memaafkan bagi mana-mana pihak yang mencerca serta memburukkan namanya dengan isu perlantikan calon. Tiada tersemat dendam atau terasa di dalam hati, cuma meninggalkan sedikit nasihat kepada mereka.
“Cercaan dan makian tak menjejaskan saya dan saya tak simpan dalam hati. Saya dah faham. Cuma saya harap jangan cerca sangat, gunalah bahasa yang baik.” nasihat Beliau berkenaan isu yang terbangkit.
Suatu ketika dulu nama penyanyi Mawi memang cukup memberi impak dan cetus fenomena tersendiri. Popularitinya semakin memuncak apabila mengambil keputusan mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati, Nora’ashikin Rahmat atau mesra dipanggil Ekin. Ketika itu Ekin juga turut menerima tempiasnya kerana berjaya menawan hati penyanyi yang jadi pujaan ramai ketika itu. Kini Ekin selesa bergelar isteri dan juga usahawan.
Sebenarnya Ekin juga turut mencetus populariti tersendiri kerana dia mempunyai kembar yang seiras dengan wajahnya Nora’ Ain Rahma atau dikenali dengan nama Aenn. Malah kedua-duanya sering dilihat bersama-sama dalam menjayakan bisnes yang diusahakan.
Sekali pandang memang tak perasan yang mana satu Ekin dan yang mana satu kembarnya Aenn. Kedua-duanya kelihatan sama apatah lagi tampil manis berhijab. Bukan itu sahaja, mereka juga gemar bergaya menggayakan fesyen yang juga sama setiap kali keluar berdua.
Walaupun Aenn tidak sepopular Ekin, namun bagi Ekin kembarnya itulah sahabat paling baik. Malah menjadi teman menangis, ketawa, bergosip, susah snang, teman gaduh, pinjam bahu dan juga teman merayap.
Malah Ekin dilihat begitu menyayangi adik kembarnya itu yang dianggap sebagai cermin terbaiknya. Keduanya dilihat baru menyambut ulang tahun ke 40 hujung tahun lalu.
Dia ni la kawan sejati saya, teman ketawa, teman nangis, teman bergosip, teman susah senang, teman gaduh (kadang2 la ), teman pinjam bahu, teman tuk merayap hehe..nama dia @aennarif adik kembar saya hehe..LUV U MY CERMIN
Mungkin Anda pernah mendengar istilah eksfoliasi sebagai salah satu bentuk perawatan kecantikan. Biasanya, kaedah ini dilakukan pada kulit wajah atau tubuh. Namun, ternyata ramai yang tidak tahu bahawa eksfoliasi juga boleh dilakukan untuk kulit kepala. Kulit kepala adalah penyokong kuat untuk pertumbuhan rambut.
Apa itu eksfoliasi kulit kepala?
Eksfoliasi adalah sebuah cara untuk membantu membuang sel kulit mati yang ada pada lapisan luar kulit kita. Walau tubuh kita juga memiliki cara tersendiri berkerja dengan sistem regenerasi kulit, perawatan eksfoliasi dapat memperlancar jalannya proses tersebut.
Perkara ini tidak terkecuali kulit kepala. Eksfoliasi pada kulit kepala juga memberikan manfaat serupa yang dirasakan pada kulit di bahagian tubuh lain agar kulit kepala tetap bersih dan melancarkan sirkulasi darah yang dapat memperbaiki pertumbuhan rambut.
Selain itu, kaedah eksfoliasi juga memberikan efek menyegarkan pada kulit kepala. Perawatan ini tentu akan sangat berguna bagi anda yang memiliki masalah kelemumur, kulit kepala kering, dan kulit kepala berminyak.
Bagaimana cara eksfoliasi kulit kepala?
Sebagai langkah pertama, mulakan dengan menyikat lembut kulit kepala menggunakan teasing brush atau sikat kecil khusus untuk rambut. Langkah ini berfungsi untuk membersihkan kulit kepala dan memastikannya bebas dari kotoran sebelum anda menggunakan produk eksfoliasi.
Biasanya, produk exfoliant digunakan pada kulit kepala ketika rambut masih dalam keadaan basah. Cara pemakaiannya, hanya perlu menyisir rambut dengan jari sambil memisahkan helaiannya agar tidak kusut satu sama lain.
Lalu aplikasikan exfoliant, dengan menggunakan tangan atau gunakan sikat dan sarung tangan khusus agar pemakaiannya lebih serata. Urut kulit kepala dengan perlahan untuk mengangkat sel kulit mati.
Walau kaedah urutan kulit kepala boleh dilakukan setiap hari atau ketika syampu, sebaiknya produk exfoliant hanya digunakan satu hingga dua kali seminggu. Ini dikeranakan penggunaan produk khusus eksfoliasi yang digunakan akan menyebabkan kulit kepala anda jadi sensitif dan memproduksikan lebih banyak minyak untuk melindungi lapisannya.
Berikut adalah pilihan jenis produk yang boleh Anda gunakan untuk eksfoliasi rambut:
Physical exfoliant
Physical exfoliant merupakan produk exfoliasi yang bersifat kasar dan mengandung partikel berupa butiran-butiran kecil. Tekstur yang dimiliki oleh exfoliant jenis ini terasa kasar. Biasanya, produk ini seperti skrub dan memiliki fungsi untuk mengangkat sel kulit mati.
Cara menggunakannya, anda harus mengurut produk eksfoliasi ini pada kulit tempat tumbuh rambut secara perlahan untuk membuat bekerjanya. Exfoliant ini sesuai digunakan anda yang memiliki kelemumur atau masalah lebihan minyak pada kulit kepala. Namun, produk ini sebaiknya tidak digunakan pada anda yang berkulit sensitif kerana dapat mencetuskan keradangan.
Chemical exfoliant
Chemical exfoliant memiliki kandungan zat kimia aktif sehingga anda tidak perlu mengurut kulit kepala setelah pengaplikasiannya kerana produk jenis ini akan bekerja sendiri. Salah satunya adalah produk eksfoliasi yang mengandung alpha-hydroxy-acid (AHA). AHA bekerja pada kulit kepala dengan melemahkan ikatan di antara sel kulit mati sehingga lapisan luar sel tersebut akan gugur dengan sendirinya.
Masker eksfoliasi dari bahan natural
Anda juga dapat membuat ramuan eksfoliasi untuk kulit kepala sendiri di rumah. Bahan-bahan natural yang digunakan juga tentu akan lebih selamat dan memiliki risiko iritasi minima. Jika anda khuawatir bahan-bahan pada produk eksfoliasi di pasaran akan menyebabkan masalah pada kulit kepala, cara ini boleh anda cuba.
Bahan-bahan:
2 sudu makan gula pasir atau gula perang
2 sudu makan serbuk oatmeal
2 sudu makan hair conditioner
Untuk membuatnya, campurkan ketiga-tiga bahan tersebut. Gunakan pada kulit kepala dan rambut setelah membilas dengan syampu. Urut kulit kepala dengan lembut dan bilas hingga bersih.
Kulit kepala merupakan tempat di mana rambut anda tumbuh. Demi rambut yang sihat, perawatan kulit kepala seperti eksfoliasi perlu anda ambil perhatian. Namun, perlu nasihat pakar dahulu penggunaan exfoliant pada doktor jika anda memiliki masalah kulit tertentu seperti psoriasis. Hentikan perawatan ketika anda mulai mengalami pembengkakan atau iritasi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.