Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini.

Perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 mungkin agak berbeza dari segi kemeriahan dan suasana memandangkan kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi mencegah wabak COVID-19 merebak. Fasa PKP ini sebenarnya membuka peluang rakyat Malaysia untuk cuba memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Bagi Hari Raya ini, mungkin sudah ramai sedang merancang juadah Hari Raya yang boleh dimasak memandangkan kita semua tidak dapat pulang ke kampung.

Garis panduan yang boleh diamalkan

  1. Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
  2. Gunakan susu rendah lemak
  3. Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
  4. Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
  5. Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis.
  6. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
  7. Pilih makanan yang sihat.
  8. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
  9. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
  10. Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis-gula

Rancang menus sihat untuk tetamu

Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.

Cadangan Pakar Pemakanan

Cik Nurul Aziah Musa, pakar pemakanan bertauliah berpendapat bahawa kismis adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah & profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan”

Sementara itu Cik Rushda Adiba Ismail, seorang pakar diet dari KPJ Damansara Hospital berkongsi “Ramai individu cuba mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan”.

Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda. Oleh itu, anda harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan.

IKLAN

Resepi mudah berasaskan kismis boleh mengantikan gula dalam makanan

PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DAN SOS KASTAD
(Resepi Nurul Aziah Musa)

Bahan-bahan Puding Roti

  • 4 sudu besar Kismis California
  • 2 sudu makan mentega dicairkan
  • 8 keping roti sandwich
  • 500 ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Sos Kastard

  • Susu segar 400 ml
  • Air 50 ml
  • 1 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan tepung kastard

Cara Penyediaan Puding Roti

IKLAN
  • Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
  • Tambah 3 biji telur
  • Masukkan mentega yang dicairkan
  • Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
  • Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
  • Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
  • Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
  • Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
  • Taburkan Kismis California
  • Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius

Cara Penyediaan Sos Kastard

  • Tuangkan susu segar
  • Masukkan air
  • Tambah gula
  • Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
  • Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api

Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat.

DADIH DENGAN SOS MANGGA DAN KISMIS CALIFORNIA
(Resepi Nurul Aziah Musa)

Sos Buah Mangga dan Kismis California

IKLAN
  • 3 sudu besar Kismis California
  • 1 biji mangga dipotong kiub
  • ½ biji mangga puree

Bahan Dadih

  • 2 cawan air
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 1 litre susu segar
  • 3 sudu makan gula perang

Cara Penyediaan Dadih

  • Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih
  • Masukkan susu segar dan gula
  • Apabila sudah mendidih tutup api
  • Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
  • Masukkan ke dalam peti ais

Cara Penyediaan Sos Buah Mangga

  • Kisar mangga hingga menjadi pureed
  • Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib

Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi.

Makanlah secara sihat dengan hidangan resepi sihat untuk anda mahupun tetamu yang dating. Kita jaga kita, mana tahu tetamu gemar dengan hidangan yang dihidangkan, jadi rakyat Malaysia akan kekal sihat bukan sahaja di hari perayaan malah dalam menjalani kehidupan seharian.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI