Selebriti ternama, Neelofa kini sedang berada di Milan bagi menghadiri beberapa pertunjukan fesyen jenama mewah sempena dengan Milan Fashion Week.
Sentiasa tampil cantik dan jelita, fesyen yang digayakan oleh Neelofa sering mencuri tumpuan ramai apabila dia memuat naik gambarnya di laman Instagram.
Namun, yang paling mendapat perhatian setakat ini di media sosial adalah gayanya yang mengenakan tudung diikat seperti ‘bunjut’ yang pastinya kita dahulu biasa lakukan bila memakai tudung bawal. Betul tak sis?
Ads
Tweet daripada salah seorang pengguna di Twitter ini menjadi tular kerana rata-rata netizen lain juga bersetuju bahawa Neelofa berjaya membawakan gaya tersebut dengan kelasnya yang tersendiri!
Ads
Kenapa bila kita pakai nampak macam biasa je tapi bila Neelofa pakai nampak lawa gila??
Sewaktu menghadiri pertunjukan fesyen Salvatore Ferragamo.
Ads
Alamak! Betul ke kalau kita pakai jadi macam kentang? Lucu-lucu komen netizen di Twitter ini!
Menjelang Ramadan, semangat menyambut Syawal semakin menghampiri. Hari Raya akan terasa tidak lengkap tanpa wanita cantik memakai pakaian tradisional Melayu, sama ada baju kurung, kebaya, kebarung atau jubah.
Kita tahu betapa sukarnya memilih warna, sama ada kebaya atau kurung, diikuti dengan corak dan juga material pakaian! Terdapat banyak platform untuk anda mencari baju raya, tetapi adakah anda telah menemui yang sesuai?
Jadi HIJABISTA kumpulkan baju raya yang boleh membuatkan anda kelihatan memukau sepanjang Syawal. Bermula dari pelbagai warna, gaya dan saiz, semuanya boleh didapati dalam talian dan akan dihantar ke depan pintu anda. Cuma… pilih satu atau dua.
Membeli-belah secara atas talian ni dah jadi satu benda yang normal. Senang, jimat tenaga dan kadang-kadang harga barangan lebih murah tau! Tetapi ada kesukaran dan lebih tricky sikit, jika anda baru berjinak-jinak membeli atas talian. Maklumlah, takut saiz tak betul, tak kena dengan citarasa dan macam-macam lagilah! Sebenarnya, senang je nak beli pakaian secara online kalau anda ikut tip ini:
Kenalpasti jenis kain sesuatu pakaian tu. Bagi memudahkan boleh bertanya pada seller. Yang penting, anda kena tahu ciri-ciri sesuatu fabrik. Contohnya lembut, menyerap peluh, strechtable dan see through. Barulah rasa berbaloi beli!
Ini faktor yang paling penting! Ukur baju pada Badan sendiri, pastikan saiz badan anda betul-betul sebelum membeli. Rujuk carta saiz yang disediakan. Walaupun dah dinyatakan saiz standard, kena semak jugak ukurannya sebab lain jenama, lain ukuran. Standby measuring tape ya!
Baca penerangan mengenai pakaian yang disediakan oleh seller. Potongan pakaian seperti slim fit, straight cut dan flare pun perlu diambil kira kerana tak semua sesuai dengan sesetengah potongan dan rekaan.
Ini paling penting! Bila dah berkenan, pastikan anda baca review pembeli. Baca dan buat penelitian! Mudah bukan nak shopping online. Apabila anda mengenali perkara diatas tidak perlu bimbang dengan pilihan sendiri. Jika tidak berpuashati, penting untuk melihat syarat-syarat pemulangan semula.
Tatkala umat Islam Malaysia bersiap sedia untuk menyambut hari raya, kempen raya ini bakal membuat anda teruja, ‘Bersiap untuk berhari raya bersama rakan dan keluarga’, platform atas talian ini membawakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pembeli.
Setiap orang harus mempunyai akses kepada pakaian bergaya untuk meraikan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang. Lazimnya, ia menjadi satu kemestian untuk berpakaian baharu pada hari raya pertama. Justeru itu, Hijabista akan kongsi pilihan yang sesuai untuk hijabi jadikan inspirasi membeli malah bergaya dengan harga yang berpatutan.
Warga Malaysia boleh mencari gaya unik mereka dalam koleksi raya SHEIN yang menampilkan busana sopan dengan pelbagai rekaan yang menarik, bergaya dan berkualiti yang sesuai untuk hampir semua personaliti.
Suai padankan secara ‘mix and match’ pakaian raya untuk menyerlahkan penampilan anda, untuk sama ada untuk berhari raya bersama keluarga dan rakan-rakan atau sekadar menyertai kemeriahan perayaan ini. Tambahan pula, trend ini akan bertahan lebih lama dan boleh digayakan selepas hari raya.
Matlamat utama jenama antarabangsa untuk memperkasakan individu bagi mencari identiti fesyen, keperibadian dan kreativiti mereka tersendiri melalui fesyen. Koleksi hari raya tahun ini mencerminkan etos tersebut dengan membawakan rangkaian pakaian sopan yang berwarna terang serta berkepelbagaian yang merangkumi budaya Malaysia yang kaya.
Daripada rekaan busana yang ranggi kepada siluet feminin yang lembut, segalanya untuk melengkapkan busana dalam gerobok pakaian anda.
Fesyen bukanlah sekadar pakaian, ia merupakan satu saluran yang sempurna untuk menyerlahkan keperibadian unik setiap individu dan juga satu cara yang hebat untuk berhubung dengan individu lain. Raikan kepelbagaian dan keterangkuman di dalam sesebuah komuniti, bawakan trend dan gaya fesyen terkini yang menggarap intipati perayaan di mana fesyen bertemu dengan budaya dan komuniti.
Oleh yang demikian, pada hari raya ini, jadikan platform ini sebagai kedai sehenti anda untuk mendapatkan semua keperluan perayaan, daripada fesyen, hiasan rumah, keperluan dapur, produk kecantikan dan penjagaan kulit dan banyak lagi. Tawaran rangkaian produk yang luas yang boleh diperolehi oleh warga Malaysia dari keselesaan rumah anda sendiri bagi menjadikan persiapan hari raya lebih mudah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Amar Madfie & Zeed Jamel merupakan sahabat baik yang saling melengkapi. Dengan ilmu fesyen penuh didada, masing-masing memiliki kelebihan sendiri dalam mengemudi jenama yang mereka sayangi ini. Saat bertandang ke butik mereka, setiap rekaan yang dipamerkan cukup memukau pandangan. Paling penulis kagumi adalah kekemasan setiap hasil yang dipertontonkan, walaupun ada rekaan yang ringkas tanpa sebarang perincian namun kekemasan jahitan dan struktur rekaan menjadikan sentuhan mereka eksklusif.
Mengakui bahawa permulaan bukanlah mudah Amar berkongsi, “Untuk tiga tahun pertama kami memulakan perniagaan ini suasananya tidak terlalu meriah namun tidaklah menyedihkan sebaliknya ia mendatar sahaja. Pelanggan tetap memang ada yang mendapatkan khidmat kami, namun cukup-cukup untuk menampung segala kos dan membayar pekerja. Hanya setelah kami muncul di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2018 menerusi Ernie Zakri barulah ramai yang membuka mata terhadap jenama ini. Kesudian Ernie menggayakan pakaian kami untuk pentas akhir AJL membawa tuah kepada jenama ini. Kemudian kami mementaskan koleksi perkahwinan di pertunjukan fesyen The Wedding KL 2018 seterusnya Miss Universe Malaysia 2018 menggayakan rekaan kami di pentas dunia. Satu kenangan yang cukup manis dan membuka mata banyak pihak terhadap jenama ini.”
Tahun lalu Amazè menawan hati pencinta fesyen dengan rekaan Kurung Kemilau yang sangat elegan dan eksklusif. Siapa sangka baju kurung tradisi diangkat tinggi dengan sentuhan dan perincian kemewahan. Dapat penulis lihat Ketika itu, banyak juga jenama-jenama fesyen lain yang menghasilkan rekaan kurung seakan-akan konsep Kurung Kemilau yang direka oleh duo fesyen ini.
“Bagi kami dunia fesyen berputar dengan laju, dan kita tidak boleh lari dari menginspirasikan orang lain. Bahkan sebagai pereka kita pun mengambil inspirasi dengan memerhati apa yang berlaku di sekeliling, kita oleh terinspirasi dengan banyak perkara. Permulaan Kurung Kemilau sebenarnya bermula dari seorang pelanggan kami yang mahukan gaya klasik namun nampak mahal. Bermula dari rekaan itu ramai pula mahukan gaya yang sama. Jadi kami memasukkan rekaan ini sebagai salah satu rekaan dalam koleksi ready-to-wed kami. Menggunakan konsep pra-tempahan untuk memudahkan pelanggan memilih saiz yang sesuai. Selesai baju dijahit kami akan pos busana tersebut kepada mereka,” ujar Zeed panjang.
Setiap pereka pasti memiliki idola dan orang yang mereka hormati di dalam bidang fesyen. Bagi duo ini, mereka cukup menggemari estetik jenama Valentino, Schiaparelli dan untuk industri fesyen lokal, mereka cukup mengagumi duo Rizman Ruzaini.
“Kami mengagumi jenama Rizman Ruzaini yang diasaskan oleh Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Jamil. Bagaimana kedua-dua mereka membina jenama tersebut sehingga berjaya meletakkan mereka antara pereka fesyen tersohor di Malaysia banyak memberikan inspirasi kepada kami untuk menjadi berjaya seperti mereka. Kalau nak tahu Rizman dan Ruzaini merupakan senior kami. Kami semua merupakan produk kelahiran jurusan fesyen dari Universiti Teknologi MARA. Paling kami tersentuh adalah, senior kami ini banyak memberikan nasihat kepada kami bagaimana untuk berjaya di dalam industri, biarpun kami berada dalam arena yang sama, mereka langsung tidak rasa tergugat sebaliknya mahu melihat kami berjaya. Kalau nak tahu, mereka turut mencadangkan kepada pelanggan mereka untuk turut cuba mendapatkan khidmat kami juga. Sebagai ‘adik’ di dalam industri ini kami bangga kerana memiliki senior yang sangat membantu,” kongsi Amar dan Zeed bila ditanyakan perihal ini.
Kini dengan kekuatan sebanyak lima orang pekerja di bengkel fesyen mereka, Amar dan Zeed mahu terus mencipta nama dan berjaya. Menurut mereka, bukan sekadar mahu popular namun mahu berjaya dalam perniagaan dengan cemerlang. Populariti semata-mata tidak menjamin jika perniagaan tidak diurus dan tidak berjalan dengan baik.
Sedikit nasihat dari dua insan kreatif ini kepada mereka yang mahu menjadi pereka fesyen, “Amazè bermula dari bawah. Kami tidak tergopoh gapah mahu memiliki jenama sendiri sebaliknya kami bekerja di bawah naungan orang lain dahulu. Belajar bagaimana selok belok dunia fesyen dan perniagaan sangat elok untuk menyiapkan diri sebelum mahu membina empayar. Pengalaman sangat penting agar kerana ia mampu menjadi panduan. Sebagai seorang pereka fesyen pula, kita harus tahu apa forte dalam rekaan kita. Jangan mudah terikut-ikut dengan gaya orang lain. Tidak dinafikan populariti juga penting, oleh itu gunakan platform media sosial dengan baik.”
Sebelum melabuhkan tirai perbualan kami, tidak sah jika berbicara bersama kedua-dua personaliti ini tanpa bertanya khabar pasca Covid-19 yang melanda dunia. Boleh dikatakan banyak perniagaan terjejas dan industri fesyen antara salah satu yang menerima impak besar. Berkongsi sedikit cabaran yang dihadapi, mereka meluah rasa, “Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan, bisnes kami memang terkesan. Hanya apabila kawalan ditukar menjadi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) barulah kami mula beroperasi. Agak mencabar kerana semua tempahan yang kami terima tidak melalui proses fitting bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Kemudian barulah kami perlahan-lahan menerima tempahan untuk busana pernikahan dan perkahwinan. Sekarang ini Alhamdullilah, bisnes mula kembali rancak seperti sebelum ini.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masih mencari sepasang baju raya yang sempurna? Masih belum terlambat untuk anda tidak tersalah beli. Panduan membeli baju raya ini disasarkan pada hijabi yang kecil molek, khusus untuk wanita rendah, secara spesifiknya wanita berketinggian 153cm dan ke bawah.
Pemilihan pakaian dengan ciri-ciri tertentu sebenarnya amat membantu memberikan ilusi tinggi kepada wanita yang tidak begitu tinggi. Guru imej ini kongsikan 6 ciri-ciri pakaian yang sesuai untuk dipakai oleh hijabi rendah agar mereka juga boleh kelihatan bergaya.
Sebelum mengetahui #TipPilihPakaian untuk wanita yang rendah, perlu untuk menetapkan sasaran memilih penampilan atau pakaian agar kita tidak tersalah pilih. Untuk wanita rendah, tiga sasaran berikut adalah amat mustahak untuk diingati dan jadi pegangan dalam memilih penampilan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ramai yang anggap wanita bertubuh kecil ini mempunyai banyak pilihan dan mudah untuk mencari suai padan. Tidak benar ya! Menurut guru imej Pn Mary mereka juga perlu ada sasaran penampilan seperti:
Dan beberapa tip pilihan ini panduan anda yang bertubuh kecil Jom semak:
Selalunya bahagian ini tidak dititikberatkan memandangkan tidak nampak dengan ketara perubahannya, namun jika anda mahukan ilusi tubuh yang tinggi, nah pilihan jahitan menegak di tengah badan ada fungsinya.
Perlu diingatkan pilihan garisan melintang bahagian tubuh bawah akan menampakkan tubuh anda lagi kelihatan rendah. Elakkan ya!
Corak juga memainkan peranan penting pakaian yang penuh dengan motif akan mencacatkan lagi penampilan anda. Minimalis dan warna yang terhad anda akan kelihatan molek dan rapi.
Anda digalakkan memilh rekaan yang ringkas, contoh gambar rajah tumpuan rekaan sarat di dada menyebabkan wanita rendah kelihatan lagi rendah.
Warna adalah elemen yang paling penting bagi menonjolkan penampilan seseorang, begitu juga wanita yang bertubuh rendah. Penghadkan warna perlu dalam penampilan anda, satu atau dua warna sudah memadai.
Ini adalah salah satu gaya yang selalu disalah anggap oleh wanita bertubuh rendah. Blazer atau jaket adalah satu elemen pelengkap gaya jika terlalu labuh dan tidak sesuai dengan penampilan anda akan menampakkan susuk tubuh semakin rendah.
Mudah bukan? Dengan ada tip dari guru imej ini semoga panduan memilih baju raya hijabi. Selamat Mencuba!
SUMBER: Pn Mary Guru Imej
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.