Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya itu ungkapan yang sesuai menggambarkan perjalanan karier anak seni yang juga penyanyi bervokal mantap, Aina Abdul.
Menurut Aina, bukan mudah untuknya sampai ke tahap ini. Pelbagai liku serta onak duri terpaksa ditempuhinya seorang diri demi mencapai impian menjadi bintang di arena seni.
Antara pahit getir yang kekal terpahat dalam ingatanya sehingga hari ini, adalah menerima hanya RM 50 untuk menyanyikan 20 buah lagu bagi persembahan satu malam.
“Pernah juga saya menyanyi tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan. Ada ketika, hanya dua hingga tiga orang sahaja.
“Ada masa dapat RM50 sahaja. Kadang-kadang, bayaran pun tak ada. Kena bahagi lagi dengan ahli band. Itu memang pengorbanan dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.
Ads
“Tetapi, saya pegang satu prinsip dari zaman menyanyi di kelab. Walaupun tidak ada orang, bayaran tidak untung, saya kena teruskan juga,” lapor Utusan Malaysia.
Jelas Aina lagi, perjalanan karier seni nya bermula lambat, ketika usianya 28 tahun, jadi dia tidak punya masa yang ampuh untuk memilih ‘rezeki’ seperti orang lain.
Ads
Sehubungan itu, sebarang peluang dan rezeki yang diterimanya digarap dengan sebaik mungkin, walaupun kadangkala tidak terlepas dari menerima kecaman dan kritikan dari wargamaya.
“Saya kena all out. Saya bermula pada usia 28 tahun dan orang anggap lambat. Bila dapat peluang, saya tidak akan sia-siakan.
“Disebabkan itu, saya tidak kisah orang kata fesyen pelik atau dikritik melampau, semuanya saya telan sahaja. Itu bayaran untuk mimpi saya,” ujar Aina.
Pelakon dan juga pengarah filem Prof. Dr Azhari Zain yang kembali ke rahmatullah dan menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.05 malam tadi akibat serangan angin Ahmar telah selamat dikebumikan sebentar tadi.
Menurut Setiausaha Agung Seniman Malaysia, pelakon itu meninggal dunia setelah sembilan bulan terlantar kerana menghidap penyakit sama.
Seniman berkata, arwah meninggal dunia di Sunway Alam Suria, Shah Alam, Selangor iaitu rumah kediaman milk keluarganya.
Setelah dimandikan dan disempurnakan di Masjid Ar-Raudhah, Seksyen U10, Shah Alam, jenazah telah selamat disemadikan di di Tanah Perkuburan Islam Jalan Paip Meru, Klang, Selangor.
Terdahulu, Azhari dikhabarkan telah diserang strok sehingga terpaksa dirawat di hospital kerana mengalami fasa kritikal kerana mempunyai pendarahan di kepala sehingga mengakibatkan saluran darah dalam otak tersumbat.
Ini sekaligus telah melumpuhkan pergerakkan badan termasuklah tidak mampu untuk berkomunikasi.
Bagaimanapun, setelah berada di dalam pemantauan doktor selama tiga bulan, dan kembali stabil, Azhari telah dibenarkan pulang ke rumah.
Meskipun mempunyai pergerakkan terhad, iaitu menggunakan isyarat mata sahaja, allayarham Azhari tetap positif dan bersemangat meneruskan kehidupan. Namun, keadaan kesihatannya mulai merundum sejak minggu lepas.
Sebagai rekod, Azhari mula berkecimpung dalam dunia seni dengan memulakan kerjaya penerbitan pada 2004.
Beliau kemudiannya diberi kepercayaan sebagai penulis skrip dan pelakon pembantu filem. Antara filem yang oernah dibintanginya adalah Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai dan Duyung.
Selain bergiat aktif di hadapan layar, Azhari juga kerap membantu di beberapa produksi di belakang tabir, antara produksi yang mendapat sentuhan tanganya adalah filem Santau, Zoo, Hantu Dalam Botol Kicap, Mantra, Flat 3A, Seram Sejuk, Salam Cinta, Minyak Dagu, Sabda Kekasih, Hantu Kelima dan Siku 12: Langkah Derhaka.
Selepas itu, Allahyarham Azhari melebarkan sayapnya dalam bidang pendidikan dengan mencurahkan ilmu sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan telah mengarahkan sebanyak 20 filem.
Selepas 12 tahun persiapan, akhirnya Piala Dunia FIFA 2022 telah bermula pada hari Ahad, 20 November. Menjadikannya Piala Dunia pertama yang dianjurkan di negara Arab. Ini ditunjukkan dalam setiap aspek kejohanan, dari stadium berbentuk khemah hinggalah maskot. Tetapi kejutan berlaku apabila kejohanan bermula dengan ahli perniagaan termuda Qatar Ghanim Al Muftah membaca sepotong ayat al-Quran.
Berkongsi pentas dengan pelakon terkenal Morgan Freeman, ikon remaja Ghanim Al Muftah bercakap mengenai keterangkuman dan kepelbagaian dan kemudian membaca “(Wahai manusia! Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu boleh berkenalan. Orang yang paling baik di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.) [Surah al-Hujurat:13]
Ghanim Al Muftah dilahirkan dengan gangguan jarang berlaku yang menjejaskan tulang belakang bawah yang dipanggil Sindrom Regresi Caudal. Memandangkan sangat sedikit peluang untuk hidup oleh doktor, dia telah berjaya hidup melebihi lima belas tahun. Kemudian menamakan duta Piala Dunia FIFA.
Orang Arab dan Muslim melalui media sosial menyatakan rasa bangga mereka terhadap upacara yang dipengaruhi Arab dan cara Qatar memperkenalkan Islam kepada berbilion-bilion di seluruh dunia.
Morgan Freeman juga menceritakan segmen pembukaan untuk Piala Dunia FIFA dan kemudian terus menyampaikan mesejnya mengenai kemasukan sebagai keamanan. Beliau menyatakan dalam ucapannya:
“Apa yang menyatukan kita adalah lebih besar daripada apa yang memecahbelahkan kita. Kami adalah satu suku besar dan Bumi adalah khemah kami. Bersama-sama kita boleh menyeru agar semua orang bersatu,”
“Ini adalah panggilan kepada seluruh dunia. Bola sepak menyatukan rakyat dan negara. Terdapat satu benang harapan dan rasa hormat. Bola sepak meluaskan dunia, ia menyatukan negara dalam kecintaan mereka terhadap permainan yang berharga ini. Apa yang menyatukan negara, menyatukan masyarakat. Kita semua mempunyai sejarah bola sepak, begitu juga dengan Qatar.”
Segmen mereka telah berakhir dengan Freeman menghulurkan tangan untuk memegang tangan Muftah, hampir mencipta semula lukisan Kelahiran Adam.
Piala Dunia FIFA 2022 bermula pada 20 November akan dihoskan di Timur Tengah buat kali pertama dalam sejarahnya. Apabila mereka bentuk simbol Piala Dunia Qatar yang ditunggu-tunggu, jelas negara teluk itu dengan bangganya mendapat inspirasi daripada budaya Arab dan Timur Tengah.
Logo
Logo ‘FIFA World Cup Qatar 2022’ direka menggunakan warna putih dan burgundy (annabi) bendera Qatar, dengan nombor 8 merujuk kepada stadium Piala Dunia yang baru dibina. Tetapi menurut penganjur, logo itu juga dengan bijak melambangkan warisan “tidak berkesudahan” yang akan ditinggalkan Piala Dunia ini di Qatar selepas tamatnya, pakaian tradisional Qatar dan juga riak bukit pasir di negara itu. Manakala motif bunga di bahagian bawah logo membangkitkan seni tradisional Arab dan dua titik di sekeliling bola sepak di kiri atas dan regangan di tengah perkataan “Qatar” menggunakan kaligrafi Arab.
Maskot
Maskot Piala Dunia “La’eeb” (perkataan bahasa Arab bermaksud pemain berkemahiran tinggi) melambangkan Ghutra dan Agal (hiasan kepala Arab) tradisional rantau Teluk yang boleh dilihat di mana-mana di jalan-jalan di Doha.
Poster
Poster rasmi, yang muncul di terminal “D-18” di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, adalah imej hitam-putih tangan yang diangkat ke langit melambai Ghutra dan Agal. Bahagian atas poster memaparkan bola sepak dengan warna bendera Qatar dan perkataan “Hayaa” (Ayuh) dengan “2022”. “Hayaa” juga merupakan gelaran rasmi yang diberikan kepada kad peminat yang ditetapkan untuk memasuki stadium dan menggunakan pengangkutan secara percuma.
Poster itu direka oleh artis Qatar, Bouthayna Al-Muftah, yang mereka tujuh poster hitam putih lain yang mewakili gerakan seni bola sepak di tengah-tengah padang pasir.
Stadium
Kebanyakan inspirasi reka bentuk stadium piala dunia diambil daripada unsur-unsur budaya rantau ini, termasuk “Al Thumama” yang mewakili Ghutra, “El-Bayt” yang diilhamkan oleh khemah Badwi, “Al Janoub” yang melambangkan bot tradisional, dan “Lusail” yang adalah serupa dengan tanglung fanar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: ALARABINUK
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon jelita Nad Zainal dikhabarkan kini sedang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana disyaki mengalami jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.
Memetik laporan Kosmo, perkara berkenaan dimaklumkan oleh sahabat karibnya, Aina Liza yang memaklumkan pelakon kecil molek itu, dimasukkan ke hospital sejak kelmarin dan kini sedang berada dalam pemantauan doktor di ICU.
“Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.
“Saya baru dapat ‘green light’ untuk berkongsi berita ini. “Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” katanya.
Tambah Lina lagi, Nad ada memaklumkan bahawa dia menjalani pemeriksaan kesihatan, namun tidak dimaklumkan bila sahabatnya itu mendapat jangkitan tersebut.
“Sebelum ini, Nad ada berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan. Namun, saya fikirkan ia tidak serius.
“Maklumat daripada pembantu peribadi Nad menyatakan dia baru dimasukkan ke ICU. Namun, doktor beritahu Nad stabil cuma masih ditempatkan di ICU.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, Aina memuat naik hantaran memohon semua mendoakan kesembuhan Nad, agar pulih seperti sediakala.
“Mohon semua doakan Nad yang sedang berada dalam ICU. Semoga beliau diberi kesembuhan sepenuhnya… Amin,” katanya.
Untuk rekod, Nad, 32, dimasukkan ke ICU di hospital swasta, susulan dua hari keadaan kesihatannya merosot barangkali berpunca dari simptom long-Covid.
Namun, punca sebenar kemerosotan kesihatan Nad masih belum dapat dikenalpasti, memandangkan beliau kini masih berada dalam rawatan dan pemantauan doktor di ICU.
Hijabista mendoakan agar, Nad Zainal kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!