Mati itu pasti dan setiap individu pasti akan merasai kematian. Setiap amalan anda di dunia akan dihisab oleh Allah Taala, tidak kira sama ada amalan yang baik ataupun sebaliknya.
Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan pahala meskipun anda sudah pergi menghadap Ilahi. Malah, dengan lakukan 6 cara ini, pahala anda tetap akan mengalir jika ia bermanfaat untuk semua orang.
Ads
TIada istilah sudah terlewat kerana realitinya, kita masih belum terlambat. Moga inisiatif kita diambil kira Allah SWT. Mudah-mudahan.
Ads
Ads
1. Terlibat dalam pembinaan masjid. Tentunya pahala anda akan berganda-ganda.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital-hospital. Apabila orang sakit menggunakannya, kita juga akan mendapat pahala.
3. Menghadiahkan Al-Quran pada seseorang atau di masjid pasti anda mendapat pahala setiap kali Al-Quran tersebut dibaca mahupun diselak helaiannya.
4. Apabila air diminum dari water cooler dan dapat menghilangkan dahaga orang ramai, anda juga turut mendapat pahalanya.
5. Menanam pokok untuk orang berteduh dari panas terik dan hujan lebat, serta juga tempat berteduh haiwan, anda akan mendapat ganjaran pahala.
6. Dan yang paling mudah tolong sebarkan perkara ini, pasti anda akan mendapat pahala dengan mudah.
InsyaAllah, amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mempunyai berat badan yang ideal merupakan impian semua orang terutama bagi hijabi. Tubuh langsing menjadi dan mungkin juga merupakan satu kemestian bagi wanita. Tetapi tahukah anda bahawa dalam Islam juga ada menyatakan tentang diet ini. Dalam Islam tidak digalakkan melakukan diet yang keterlaluan kerana boleh mengganggu kesihatan.
Rasulullah bersabda “Sumber dari penyakit itu perut. Perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu ubatnya.”Dalam sabda ini tersirat bahawa umat Islam tidak boleh mempunyai perut yang terlalu gendut. Sebenarnya doa agar berat badan turun secara khusus tidak ada, Rasul tidak pernah mengajarkan doa untuk menurunkan berat badan.
Untuk menurunkan berat badan dalam Islam sebenarnya sudah diberikan solusinya iaitu dengan berpuasa. Puasa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menurunkan berat badan, cara ini tidak akan memberikan impak buruk bagi tubuh malah menyihatkan. Doa untuk menurunkan berat badan sendiri adalah pada diri sendiri memohon supaya kekal sihat. Ada beberapa tip untuk melakukan diet secara Islami.
Ketika anda akan melakukan diet, niatkan bahawa anda ingin mengurangkan berat badan supaya tidak obesiti. Dengan niat yang kuat pasti semua program diet dapat dilalui dengan baik.
Dengan berfikir jika bertubuh langsing, pasti anda akan mendapat bentuk tubuh yang ideal. Berfikir untuk langsing ini juiga dapat mengubah mindset kita, bahawa badan kita akan langsing. Lama-kelamaan kita akan berusaha untuk memastikan tubuh kekal langsing.
Cara ampuh untuk menurunkan berat badan adalah dengan berpuasa. Dengan melakukan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat yang dilakukan secara rutin akan membuat tubuh anda kurus dan langsing. Meskipun demikian, tidak boleh berniat puasa supaya kurus, tetapi tetap hanya kerana Allah SWT.
Untuk mendapatkan tubuh yang ideal perlulah menjaga aturan makanan. Pilih makanan yang sihat seperti buah dan sayuran. Perbanyak minum air putih.
Ikhtiar terakhir adalah dengan berdoa. Doa untuk menurunkan berat badan secara khusus tidak ada dan anda perlu menyebutnya sendiri agar dikurniakan tubuh yang kekal sihat dan cergas.
Doa untuk menurunkan berat badan secara khusus sebenarnya tidak ada, semuanya tergantung dengan diri sendiri. Setelah mempunyai niat dan tekad yang besar untuk menurunkan berat badan maka lakukan secara sihat dan baik. Perlu diperhatikan juga bahawa melakukan diet boleh saja ketika berat badan memang sudah over atau berlebihan, jika masih ideal sebaiknya tidak melakukan diet.
Kita harus bersyukur dikurniakan tubuh dalam apa jua saiz. Sama ada gendut, kurus ataupun sedikit berisi. Namun jika anda sudah merasa badan gemuk, memang disarankan untuk menurunkan berat badan. Ini kerana berat badan berlebihan akan menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit berbahaya dan juga boleh membawa maut.
Doa khusus untuk menurunkan berat badan boleh anda buat sendiri dengan kata-kata agar diturunkan berat badan dan insya-Allah nawaitu yang baik akan dimakbulkan doa oleh-Nya.[ ]
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita kebiasaannya akan mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak setelah melahirkan anak. Selain itu masalah lain yang sering dihadapi adalah di bahagian perut yang susah untuk kempis terutama bagi yang kerap melahirkan anak.
Namun tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan baik. Seperti perkongsian wanita ini Nieyssa Hashim yang berkongsi petua mengempiskan perut dengan berkesan tetapi syarat dilakukan secara konsisten.
Dia yang sudah melahirkan lima orang anak mengamalkan tip dengan minum air sebaik bangun tidur dan juga makan jamu.
Menurutnya sejak darjah 6 lagi dia susah mengamalkan makan jamu ini dan hasilnya badannya kekal langsing seperti anak dara walaupun sudah mempunyai lima anak.
Menurutnya lagi banyak khasiat daripada makan jamu ini, antaranya kurangkan bau badan, period jadi teratur, muka tak pucat dan paling penting badan sentiasa bertenaga.
RAMAI NAK TIPS KURUS PERUT KEMPIS KAN?
Sebenarnya ibu beranak ramai ni susah jugak untuk kempiskan perut. Ambil masa 1-2 bulan untuk dapatkan hasil yang memuaskan tapi perlu konsisten. Tapi boleh la cuba sedikit tips yang nissa amalkan ni.
Bangun jer waktu pagi tu terus minum 2 gelas air untuk buang toksik dalam badan.
Then nissa suka makan jamu, Dari darjah 6 lagi nissa dah amalkan jamu, Sebab jamu boleh menyihatkan dalaman kita, dan menyuburkan. Apa sahaja jamu yang sesuai dengan diri kita, Orang perempuan silalah amalkan.
Jamu ni bukan sahaja untuk kesihatan dalaman tapi luaran pon boleh nampak, Kurangnya bau badan, period teratur, muka xkan pucat lesi yang penting kita xkan letih dan sentiasa bertenaga.
Dan yang mana xnak badan yang berbenjol2 bila kita pakai pakaian dalam kerana lemak berlebihan keluar. Pada sebelah malamnya buat la senama yang boleh mengeluarkan peluh, xperlu ke gym sebab kita ramai anak kan. Ajak anak2 sekali, buat la HIGH INTENSITY WORKOUT. Ambil masa setengah jam sudah cukup Buka youtube dan amalkan selama sebulan, Nissa jamin semua orang akan tegur selepas tu sebulan buat,
Tapi yang penting perlu konsisten.
So nak cantik, nak slim bukanlah satu alasan yang pelbagai. xperlu nak berbelanja besar pon sudah boleh cantik dan sihat.
nissa hashim Enjoy mommy of 5 kids
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semakin hari, debaran bagi rakyat Malaysia dapat dirasakan kerana bakal melaksanakan tanggungjawab yang besar untuk memilih pemimpin yang seterusnya. Pilihan raya kali ini menjadi penentuan bagi masa depan negara ini.
Namun, dalam kesibukan orang ramai dalam mendengar manifesto dan membuat pilihan parti politik, beberapa syarikat makanan sedia memberi manfaat buat anda yang mengundi! Banyak promosi serta diskaun yang diberikan jika ada tercalit dakwat di jari anda!
Pemilihan yang tepat sewaktu hari undian pilihan raya yang bakal dijalankan 19 November 2022, Sabtu ini, akan menandakan satu permulaan baru bagi negara Malaysia. Banyak ideologi yang telah tersebar untuk menyakinkan hati memilih pemimpin yang bagus.
Setiap orang pasti ada pemilihan parti politik mereka tersendiri, mengikut faktor-faktor yang mendorong seseorang itu tertarik dan ingin parti itu memimpin di masa hadapan. Apa-apa pun, semua pilihan adalah di atas tangan anda!
Saat ramai yang sibuk untuk mendengar manifesto dan membandingkan ideologi parti politik antara satu sama lain, syarikat makanan sudah mula mengeluarkan iklan promosi dan diskaun bagi rakyat Malaysia!
Tujuan sedemikian adalah untuk mendorong rakyat Malaysia supaya keluar mengundi dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat. Dalam masa yang sama, diskaun dan promosi yang tersedia juga ingin menceriakan orang ramai dalam keadaan yang agak gelisah buat semua untuk mengetahui pemimpin yang bakal menerajui negara ini kelak!
Perkongsian oleh pemilik akaun Twitter @ErahSootelah senaraikan beberapa promosi dan diskaun yang ada pada hari mengundi. Banyak juga manfaat jika anda pergi keluar mengundi! Jadi apakah ia? Jom kita lihat bersama.
#1 Secret Recipe
Diskaun sebanyak 30% untuk mana-mana minuman yang anda beli hanya di Secret Recipe!
#2 Taco Bell
Jika ada yang belum mencuba Taco Bell yang sudah buka di Malaysia, ini peluang anda untuk mencuba! Hanya berharga RM5 sahaja untuk menikmati hidangan di sini.
#3 Old Town White Coffee
Penggemar kopi boleh mendapatkan 1 percuma minuman kopi di Old Town White Coffee. Ikuti sahaja terma dan syarat yang disertakan untuk claim minuman anda!
#4 Tealive
Promosi ini sudah bermula sejak 14 November dan akan berlangsung sehingga 20 November! Jadi bagi mereka yang ingin mencuba minum perisa yang berlainan dari kebiasaannya, bolehlah mencuba di Tealive sementara waktu masih ada!
#5 Hokkaido Baked Cheese Tart
Sedapnya! Tart keju Hokkaido ini sangat popular dan pasti anda inginkannya lagi selepas makan!
Ha…bukan sahaja syarikat makanan malah Beam juga menawarkan promosi bagi anda yang ingin bergerak dengan lebih mudah ke tempat undian nanti. Jadi apa lagi? Segera muat turun aplikasi Beam untuk naiki dan nikmati promosi ini.
#7 Watson
Bagi anda yang ingin restock semula barangan kelengkapan mandi atau penjagaan diri, segeralah ke Watson yang berdekatan pada hari mengundi. Apa-apa jenis barangan jenama Watson boleh mendapat diskaun sebanyak 15%!
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.