Photo by the dancing rain on Unsplash

Berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal amatlah digalakkan buat semua umat Islam. Pahala yang bakal diraih dikatakan umpama puasa selama setahun. MasyaAllah, banyak sungguh ganjarannya!

Tidak mahu terlepas meraih pahala, Ustazah Asma Harun ada berkongsikan di laman instagramnya mengenai cadangan tarikh puasa terbaik yang boleh kita lakukan sementara masih berada dalam bulan Syawal ini.

BENARKAH PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL UMPAMA BERPUASA SELAMA SETAHUN? ๐ŸŒ™

Sahabat sekalian, mari kita kira sama-sama.

โ€ข 1 hari berpuasa = 10 ganjaran pahala
โ€ข 30 hari berpuasa Ramadan x 10 ganjaran pahala = 300 hari
โ€ข 6 hari berpuasa Syawal x 10 ganjaran pahala = 60 hari
โ€ข MAKA, 300 hari + 60 hari = 360 hari
โ€ข 1 tahun = 365 hari

Tetapi, mengapa 1 hari berpuasa = 10 ganjaran pahala?

Jika kita telusuri firman Allah SWT bahawa setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang, maka dia akan mendapat 10 ganjaran pahala.

IKLAN
Photo by Monstera from Pexels

Allah SWT berfirman:

ู…ูŽู† ุฌูŽุงุกูŽ ุจูุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู ููŽู„ูŽู‡ู ุนูŽุดู’ุฑู ุฃูŽู…ู’ุซูŽุงู„ูู‡ูŽุง

Maksudnya: โ€œSesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.โ€
(Surah al-Anโ€™am: 160)

Subhanallah. Sayang sungguh Allah SWT kepada kita.

Maka, benarlah sepertimana dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan bahawa seseorang akan mendapat pahala seolah-olah berpuasa selama setahun apabila dia meneruskan puasa enam hari pada bulan Syawal setelah berpuasa di bulan Ramadan.

IKLAN

Nabi Muhammad SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุชู’ุจูŽุนูŽู‡ู ุณูุชู‘ู‹ุง ู…ูู†ู’ ุดูŽูˆู‘ูŽุงู„ู ูƒูŽุงู†ูŽ ูƒูŽุตููŠูŽุงู…ู ุงู„ุฏู‘ูŽู‡ู’ุฑู

Maksudnya: โ€œSesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa selama setahun.โ€
(HR Muslim, hadis sahih)

Sahabat,
Dalam kesempatan bulan Syawal yang mulia ini, mari kita berlumba-lumba melaksanakan ibadah puasa sunat 6 Syawal sepertimana yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.

ANTARA TARIKH CADANGAN PUASA ENAM:

IKLAN

1. 20 Mei 2021 bersamaan 8 Syawal (Khamis)
2. 24 Mei 2021 bersamaan 12 Syawal (Isnin)
3. 25 Mei 2021 bersamaan 13 Syawal (Hari Putih)
4. 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal (Hari Putih)
5. 27 Mei 2021 bersamaan 15 Syawal (Hari Putih + Khamis)
6. 31 Mei 2021 bersamaan 19 Syawal (Isnin)

Berhimpunnya tiga fadilat (kelebihan) pada tarikh-tarikh tersebut, iaitu:

1. Puasa 6 syawal
2. Puasa Isnin Khamis
3. Puasa Hari Putih

Walau bagaimanapun, puasa enam boleh dilaksanakan pada bila-bila masa di bulan Syawal melainkan 1 Syawal, dan tarikh-tarikh ini hanya sekadar cadangan sahaja.

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. ๐Ÿ˜Š๐Ÿคฒ๐Ÿป๐ŸŒน
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Photo by khats cassim from Pexels

Hebat sungguh ganjaran yang Allah berikan buat hambaNya ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita merebut pahala ini dengan melakukan puasa enam. Kalau tidak sekarang, bila lagi bukan?

kredit: @ustazahasmaharun

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI