Kita sering membaca Surah Al-Faatihah ini berulang kali dan setiap kali kita mengerjakan solat, sama ada solat fardhu mahupun solat sunat.
Surah al-Fatihah adalah ummul kitab dan menjadi rukun dalam solat. Tidak sah solat sekiranya bacaan al-Fatihah tidak sempurna. Itu asas yang perlu kita tahu betapa pentingnya membaca al-Fatihah dengan betul.
Sejak pada usia kecil lagi, kebanyakan kita sudah diperkenalkan oleh ibu bapa dengan surah ini. Kita disuruh menghafalnya. Surah al-Fatihah umpama sebati di dalam diri.
Namun pernahkah anda terfikir untuk menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada diri sendiri?
Al-FATIHAH UNTUK DIRI SENDIRI
Ads
Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri…?
Jika belum, lakukanlah mulai hari ini kerana ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik-baik hadiah untuk rohani kita.
Ads
CARA MENGAMALKANNYA:
Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur…
1. “Beri salam” pada diri sendiri dahulu.
2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali.
3. Kemudian sentuh dada kiri kita (jantung) sambil mengucapkan: “ALHAMDULILLAH”
KEMUDIAN KATAKANLAH:
“Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriku sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hambaMu ini, lindungi hambaMu, jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya.. Aamiin Ya Allah.”
LALU BACA SURAH AL-FATIHAH 1 KALI
Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…
Rasulullah S.A.W bersabda: “Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
Menjadi kelaziman majlis konvokesyen di sambut dengan kegembiraan dan kebanggaan. Namun, tidak buat penyanyi Datuk Nora Ariffin yang mewakili Allayarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan, bagi penerimaan skrol diploma miliknya.
Meskipun berasa sedih kerana tidak dapat saksikan arwah mengambil skrol miliknya itu. Dia menzahirkan rasa bangga kerana arwah berjaya menamatkan pelajarannya dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.
Penyanyi terkenal tanah air, Wan Norafizah Wan Ariffin atau cukup dikenali sebagai Nora, 49, berkata walaupun ketiadaannya membuatkan suasana serba kekurangan namun itu menjadi titik semangat buat dua adiknya.
Datuk Nora juga berkongsi bersama orang ramai menerusi temu bual yang dimuat naik di laman Facebook Media Rasmi Universiti Teknologi Mara. Ianya cukup membuatkan ramai yang tersentuh dengan kisah dan perkongsian darinya itu.
“Ini adalah semangat untuk adik-adiknya yang lain. Tengok abang tak sempat nak berjaya, adik-adiklah ambil semangat tersebut untuk teruskan legasi saya dan Allahyarham Johan.” katanya.
Pelantun suara bagi lagu Di Persimpangan Dilema itu turut menceritakan Allayarham banyak membantunya mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah dalam penghasilan video untuknya.
Kehilangan Allahyarham Alif sangat memberikan kesan buatnya dan keluarga. Antara individu yang banyak memberi semangat kepadanya adalah arwah Alif juga selepas pemergian suaminya, Allahyarham Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.
“Setiap hari Alif pasti akan menghantar Whatsapp bertanya sama ada saya okay atau tidak. Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami,
“Selepas kematian Johan, kami reda dengan pemergian Alif kerana macam mana kami sayang padanya, Allah SWT lebih menyanyanginya.” ujarnya lagi.
Arwah Alif pergi meninggalkan Nora sekeluarga pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah sewaktu di rumah. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya.
Sumber: mStar dan Laman Facebook Media Rasmi Universiti Teknologi Mara
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menjadi kaya adalah keinginan setiap orang di dunia ini. Ada yang menempuh dengan cara yang halal, sesuai dengan syariat agama dan ada juga yang menempuh dengan cara yang diharamkan oleh agama.
Bagi kita muslim yang taat, adalah menjadi keharusan untuk mencari dengan cara halal. Selain bekerja, doa cepat kaya juga termasuk dari usaha kita supaya kita boleh menjadi orang yang kaya.
Zikir selain beribadah, juga akan mempercepat kita untuk mencapai keinginan kita menjadi kaya. Bagi siapapun yang ingin cepat kaya sesuai dengan ajaran agama, amalkan untuk dibaca setiap harinya secara rutin dan istiqomah. Insyaallah dari bulan ke bulan, minggu ke minggu kita akan merasakan kesan dari doa tersebut.
Berikut himpunan doa yang anda boleh amalkan :
Ertinya: Dia berkata: “Ya Tuhanku ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya engkaulah yang maha pemberi”. (Shaad: 35).
Ini adalah doanya nabi Sulaiman, dan memang terbukti Allah mengabulkan doanya yang mana kekayaan Nabi Sulaiman sampai sekarang tidak ada yang boleh menandingi.
Ertinya “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang engkau ridhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatmu ke dalam golongan hamba-hambamu yang soleh”.
Surat Al-waqiah ini sangat luar biasa sekali fadhilahnya diantaranya adalah boleh menghindarkan diri kita dari kemiskinan, dan juga memperlancar rezeki kita.
Ini hadis yang menerangkan bahawa “Barang siapa membaca surat Al-Waqiah, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran untuk selamanya” Jom amalkan dan rasa perbezaannya!
Bererti adalah maha pemberi kekayaan. Anda harus yakin bahawasa Allah akan memberikan kekayaanNya pada kita. Cara mengamalkannya iaitu cubalah untuk rajin membaca doa Ya Mughni sebanyak 1000x setiap habis solat.
Setelah selesai membacanya sebanyak 1000x dilanjutkan dengan membaca doa:
Allohumma bisirri ‘alaa lyusrilladdzii yassartahu ‘ala katsiirim min ‘ibaadika wa agnitsnii bifadhlika ‘amman Siwaaka wawazibun ‘alayhi.
Cubalah untuk istiqomah selama 40 hari kerana barang siapa yang mengamalkan zikir
lafaz Ya Mughni di setiap hari tanpa putus dalam waktu 40 hari maka Allah akan memudahkan urusannnya mencari rezeki dan mempercepatkan hambaNya untuk cepat kaya.
Asmaul Husna banyak sekali manfaat dan keutamaannya diantaranya boleh membuka pintu rezeki, tak hanya membuka pintu rezeki sahaja, tetapi juga boleh menyembuhkan penyakit, mendapatkan keselamatan, mendapat ampunan, bahkan boleh menguatkan iman kita.
Bagi anda yang ingin doa cepat kaya dan boleh menjadi kaya-raya anda boleh mengamalkan beberapa doa yang ada dalam Asmaul Husna. Berikut ini adalah doanya:
Selain bacaan Al Mughni, bacaan lainnya yang boleh anda amalkan adalah membaca zikir Al-Maliku yang ertinya adalah yang maha menguasai. Diantara keutamaan membaca zikir ini adalah kita akan mendapatkan keberuntungan dan akan dimudahkan usahanya.
Cara amalannya adalah membaca 80 x di waktu pagi dan petang hari.
Zikir lainnya yang termasuk doa cepat kaya adalah Al-wahab. Untuk cara mengamalnya, iaitu dengan membacanya sebanyak 23 x setelah solat 5 waktu dilaksanakan secara istiqomah sementara berusaha.
Zikir lainnya yang sama seperti zikir diatas diantaranya Ar-Razzaq dan Al-Baasith.
Kalau amalan ini sangat luar biasa sekali, kerana kita melakukannya pada pagi hari yang mana waktu tersebut sangat mustajab sekali dalam berdoa. Dalam doa solat dhuha sahaja ada penekanan dalam meminta rezeki iaitu jika dilangit maka diturunkan, dibumi akan dikeluarkan, dan selanjutnya.
Bahkan dalam hadits Qudsi dijelaskan bahawa barang siapa yang yang menunaikan solat dhuha maka Allah swt akan mencukupkan rezekinya sampai petang hari.
Lakukan secara istiqomah, akan lebih lengkap jika setelah solat dhuha dilanjut membaca surah al-waqiah dilanjutkan dengan doa dhuha dan doa barokah surah al-waqiah. insyallah, Allah swt akan mempermudah rezeki kita.
Selain zikir dan doa cepat kaya di atas, bagaimana cara lain agar kita cepat kaya? Adakah berdoa sahaja tanpa usaha?
Kita tidak boleh berusaha saja tanpa bersyukur dan berdoa, dibawah ini merupakan salah satu bentuk dari usaha tersebut adalah bersedekah. Cara ini memang benar-benar berkesan, Allah akan menggantinya 10 kali lipat ganda dari jumlah semula apabila anda bersedekah. Fahami betul apa itu sedekah dan bagaimana niat anda itulah yang terpenting.
Demikianlah informasi tentang dzikir dan doa cepat kaya. Sebagai pesanan sahaja, kita ingin menjadi kaya bukan bertujuan untuk dipandang oleh orang lain, melainkan adalah pola fikiran kita dengan diri sendiri dan terhadap orang sekeliling. Semoga bermanfaat!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mengenang pemergian arwah Ashraf Sinclair, ibunya iaitu Khadijah A Rahman-Sinclair atau lebih mesra disapa Dida Sinclair telah mengadakan tahlil dan bacaan yasin melalui aplikasi zoom untuk arwah anaknya yang tercinta itu.
Menulis di Instagram, Dida telah melakarkan bunga lili sebagai simbolik tanda ingatannya kerana tidak dapat menziarah perkuburan Ashraf disebabkan kuarantin yang berlaku.
Assalamualaikum. Al-Fatihah. 100 hari telah berlalu. ‘Ashraf, kami rindukan kamu. Alhamdulillah, kita ada kumpulan kecil yang membacakan yasin dan tahlil melalui zoom. Ia sangat indah. Saya percaya awak juga bersama saya. Bunga lili kuning ini diambil gambarnya dari makam kamu. Saya lukis dan warnakannya untuk Bunga. Memandangkan kami tidak dapat menziarahi kamu kerana kuarantin, setidak-tidaknya bunga lili ini selalu membuatkan kami teringat akan dirimu dengan tenang, amin.’
Sudah berada di Indonesia sebelum bermulanya pandemik covid-19 lagi bagi menemani menantu dan cucunya di sana, Dida juga telah menyambut Aidilfitri di sana bersama keluarga menantunya.
Kagum sekali melihat hubungan erat yang terjalin di antara Bunga bersama keluarga mentuanya. Moga hubungan ini terus kekal sampai bila-bila dan semoga roh arwah Ashraf ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.