Perkhidmatan e-hailing banyak membantu kita pada masa kini terutama buat mereka yang tidak boleh memandu atau tidak mempunyai kenderaan. Memang sangat memudahkan!
Namun, kadang kala isu keselamatan menjadi satu kerisauan buat kaum wanita untuk menggunakannya. Pastinya ramai yang mengharapkan untuk mendapatkan pemandu wanitakan?
Jangan risau girls sebab sekarang ni ada perkhidmatan e-hailing khas untuk wanita sahaja dimana pemandu dan penumpangnya adalah wanita sahaja (penumpang termasuk kanak-kanak) iaitu Riding Pink.
Ads
Menurut perkongsian @naddyM di twitter, perkhidmatan ini sangat membantunya disaat dia memerlukan walaupun ketika jam 3 pagi.
Muat naik sahaja aplikasi ini di telefon anda untuk mencubanya.
Ads
Memandangkan aplikasi ini masih baru, pelanggan haruslah menempah perkhidmatan itu terlebih dahulu dengan lebih awal sebelum menaikinya.
Ads
Anda juga boleh menjadi pemandu separuh masa untuk perkhidmatan ini untuk mengisi masa terluang. Why not kan?
Pasangan selebriti, Intan Ladyana dan Harris Alif telah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada jam 10 pagi tadi.
Di pagi Jumaat yang indah ini, Harris telah menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian buat isteri tercinta.
Pihak pengantin perempuan telah memberikan sembilan dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin lelaki.
Kelihatan sangat berseri, Intan tampil cantik berhijab dalam busana berwarna putih rekaan Hatta Dolmat.
Diberi tanggungjawab untuk menata hijab, Bella Hud telah memilih gaya loose buat pelakon filem Adnan Sempit itu bagi mengikut trend terkini selain merasakan ia sangat sesuai dengan bentuk wajah Intan.
Moga Intan dan Harris dapat melayari alam perkahwinan dengan penuh rasa kebahagiaan dan juga kasih sayang. Didoakan agar hubungan ini kekal selamanya hingga ke syurga. Amin…
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wajah Ustaz Selebriti, Wadi Annuar merupakan figura yang tak perlu diperkenalkan lagi, kerana wajahnya acapkali melatari laman-laman sosial tidak kira Facebook, Youtube, Tik Tok, Twitter mahupun Instagram memberi ceramah dan pengisian kerohanian dalam majlis-majlis ilmu.
Terbaharu, tular sebuah video di laman Tik Tok memaparkan seorang Mualaf berbangsa Cina dikenali sebagai Taufik begitu teruja dapat bertemu dengan sosok alim ulama’ yang sekian lama telah menjadi idolanya.
Hijabista difahamkan bahawa pertemuan berkenaan berlangsung ketika Ustaz Wadi sedang menyampaikan kuliah secara langsung (live) di laman sosial.
Sebaik sahaja melihat kelibat idolanya itu, lelaki cina tersebut terus menghapiri Ustaz Wadi, dan mengambil kesempatan untuk menyapa figura itu sambil menyatakan rasa tidak percaya, kerana akhirnya dia dapat bertemu dengan penceramah itu.
Malah, apa yang lebih menarik lagi, meskipun sedang sibuk memberi ilmu dan menyampaikan kuliah, Ustaz Wadi sempat menyantuni lelaki itu yang dianggap sebagai tetamu.
Ustaz Wadi dengan penuh hemah dan peramah telag mengajak lelaki tersebut agar masuk ke dalam ruangan kerjanya untuk beramah mesra.
“Betul Laila, Ustaz Wadi Annuar… Saya memang peminat ustaz. Saya tengok macam tak percaya.
“Pertama kali berjumpa. Saya suka sangatlah ustaz. Saya sekarang umur 52 tahun,” kata mualaf berkenaan dalam nada teruja.
Malah, kerana begitu terkesima dan seakan mimpi dapat bertemu Ustaz Wadi, lelaki cina itu begitu teruja sehingga menyentuh wajah Ustaz Wadi dengan rasa tidak percaya.
Menerusi hantaran video berikutnya jelas kelihatan riak wajah Taufik dan keluarganya yang sangat gembira kerana berpeluang bertemu dan bergambar bersama Ustaz Wadi.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan Hijabista mendapati, situasi berkenaan turut membuatkan netizen berasa sebak dan terharu dengan tindakan lelaki berkenaan yang mengidolakan agaman seperti Ustaz Wadi.
“Pakcik tu mcm tak percaya tak sangka boleh tegok Ustaz Wadi hidup-hidup depan mata, siap pegang-pegang Ustaz. Kita ni pun mesti ada perasaan macam ni..
“Allah.. Aku nangis wei. Semoga Allah sentiasa pelihara Ustaz, sihatkan tubuh badan Ustaz agar dapat menyebarkan ajaran Islam selalu.
“Ustaz ni hebat.. Banyak memberi inspirasi… Saya pun peminat ustaz…
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu iaitu Aishah tampil dengan idea menarik bagi membendung penularan wabak covid-19 ini dengan menghasilkan sendiri topeng muka.
Biarpun nampak lucu, namun usahanya itu tidak sia-sia malah patut dipuji kerana dia telah tampil dengan idea yang kreatif di saat dunia sedang berhadapan degan krisis kekurangan topeng muka.
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.