Bakat penyanyi Yuna yang berjaya memperkukuhkan namanya di luar negara memang begitu dikagumi. Dia bukan sahaja bijak membawa imej negara (melalui muzik), namun secara tidak langsung turut mempromosi adat dan budaya kita di sana, salah satu penampilan dalam berfesyen. Dalam posting terbarunya, Yuna begitu bangga menggayakan persalinan kardigan kimono dari fabrik songket yang direka oleh ibu kesayangannya, Penyanyi yang menetap di US itu kini berada di Kota Paris sempena Paris Fashion Week (PFW).
Menurut Yuna, baju yang direka oleh ibunya Datin Anum ini memang kena sekali dengan penampilan dan cita rasanya yang sebenar.
Ternyata fabrik songket ini diberi sentuhan moden dengan rekaan kimono yang ringkas tetapi begitu eksklusif sekali. Jika diintai di laman instagram penyanyi ini, Yuna memang gemar sekali menggayakan kardigan atau jaket dalam setiap OOTDnya.
Malah ibunya juga turut memuat turut posting memberitahu baju dari butik @srikandi.clothier itu telah dipakai oleh anak perempuan kesayangannya di Kota Paris.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut teruja dan memebri komen positif apabila dia memilih persalinan songket untuk OOTD di kota besar yang sungguk romantik itu.
daisyariell you are really beautiful, adore you so much
iamnotshaf_ You look good! And the songket kimono looks so beautiful
Ads
aryberry85 Oh my dear Lord! I need tht songket kimono in my life! It’s beautiful Yuna!
Di Malaysia suasana hujan bukanlah suatu perkara yang asing, kerana Malaysia adalah negara panas-lembap dan merupakan antara negara tropika yang menerima taburan hujan tertinggi terutamanya pada musim tengkujuh setiap tahun.
Namun, lain pula ceritanya bagi penduduk di negara yang mempunyai cuaca panas-kering seperti Arab Saudi. Apabila diturunkan hujan ianya dianggap sebagai rezeki dan rahmat, kerana merupakan antara fenomena cuaca yang dangkal san jarang berlaku.
Justeru, adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka yang berada di tanah suci, Mekah untuk menikmati cuaca hujan dengan penuh rasa teruja hingga terdapat jemaah yang sanggup merakamkan momen indah berkenaan meski terpaksa bergambar dalam keadaan basah kuyup hanya demi sebuah kenangan.
Begitu jugalah dengan apa yang dialami oleh penyanyi dan aktres jelita Daiyan Trisha yang kini sedang berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah apabila berpeluang menikmati suasana hujan rintik di tanah penuh barakah itu.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Daiyan sendiri menerusi sebuah muatnaik hantaran video di laman TikTok miliknya baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan dapat dilihat Daiyan bersama syurganya yang begitu teruja menyaksikan detik-detik tanah haram ditimpa titisan hujan rahmat hingga keduanya turut menitiskan air mata teruja dan gembira direzekikan untuk menyaksikan kekuasaan Allah yang maha esa menurunkan hujan.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati
rata-rata peminat Daiyan turut menzahirkan rasa teruja menyaksikan momen indah tersebut sebelum menitipkan doa agar mereka juga dijemput menjadi tetamu Allah kelak.
Terdahulu, Daiyan Trisha tampil meluahkan rasa syukurnya dapat mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua.
Sekadar info, keadaan cuaca yang panas di sekitar kota suci Mekah, dengan purata suhu siang hari sekitar 43 darjah selsius, tidak sukar digambarkan kegembiraan mereka menyambut hujan rahmat itu.
Tak dinafikan jika ada masalah membabitkan wajah memang buat kita tak senang duduk. Malah akan rasa cukup sensitif jika ada orang menegur bab berkenaan. Seperti perkongsian hijabi ini Shuhadah Azman yang pernah berdepan masalah jerawat hingga menyebabkan berlakunya parut merah di muka.
Malah dia juga tidak suka jika ada orang menegur kebanjiran jerawat di mukanya dan rasa tercabar kerana parut berkenaan perkara paling sukar untuk dihilangkan. Namun akhirnya masalah itu berjaya di atasi. Dia yang menggunakan twitter akaun @adah berkongsi caranya menghilang parut jahat berkenaan.
Dalam usia 30 tahun sepatutnya matlamat kewangan yang kukuh sudah dicapai bagi menjamin kehidupan yang lebih selesa. Perbelanjaan harus setimpal dengan pendapatan dan gaji bulanan yang diterima. Golongan anak muda perlu lebih prihatin dalam soal pengurusan kewangan.
Dalam hidup kita mesti ada matlamat. Jika kita tiada matlamat, kita tiada hala tuju. Ibarat memanah tanpa sasaran. Kita akan buat kerja sia-sia tanpa matlamat dan target.
Usia muda kita sangat berharga. Apa yang kita buat di usia muda akan memberi kesan kepada kita di usia tua kelak. Orang hipster dan urban macam kau cakap, “Alahh, rilek la, kita muda lagi. Enjoylah puas-puas. Jom travel dulu. Tengok dunia”
Enjoy biar berpada-pada ye. Jangan sampai berhutang sakan. Masuk umur 40 tahun mula la nak menyesal. Baru nak kenal erti penyesalan.
10 perkara di bawah bolehlah dijadikan sebagai panduan untuk mencapai matlamat kewangan sebelum kau berusia 30 tahun:
1. MEMPUNYAI SUMBER PENDAPATAN SENDIRI
Tak kiralah apa pun pekerjaan kau yang penting kerja yang halal dan sah di sisi undang-undang. Kau sudah ada kerja yang kau suka. Kau boleh hadapi tekanan kerja. Kau ada pendapatan yang baik dan tetap.
Apa yang penting usaha. Usaha cari pendapatan dan stabilkan keadaan ekonomi kau. Bukan hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.
2. MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN BAIK
Tidak kiralah apa pun kerja kau sama ada kau bekerja sebagai kejuruteraan pam minyak ataupun kejuruteraan cashier, kau mestilah sudah mahir menguruskan hal ehwal kewangan sendiri. Kau dapat bezakan yang mana kehendak dan keperluan. Kau tahu aliran keluar masuk wang kau. Ini tidak, bila dapat gaji, duit kau terus pupus tak tahu ke mana.
Buat bajet kewangan. Bila dah dapat gaji, rancang apa yang perlu dibayar, apa yang perlu dibeli dan sebagainya. Barulah kewangan kau akan lebih terurus.
3. MEMPUNYAI TABUNG SIMPANAN
Mempunyai beberapa tabungan. Buatlah tabung simpanan, tabung kecemasan, tabung pelaburan, tabung umrah, tabung percutian dan pelbagai tabung untuk kegunaan kau. Tabung/dana kecemasan ini sangat penting di saat kau menghadapi ujian atau masalah. Sediakan tabung kecemasan sekurang kurangnya 3-6 bulan gaji kau.
Kalau kau tak dapat simpan banyak, cubalah simpan dengan nilai yang sedikit terlebih dahulu. Asalkan menyimpan.
4. MEMBELI SEKURANG-KURANGNYA SEBUAH RUMAH SEBAGAI ASET
Membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai aset. Ya. Rumah. Sudah mula bekerja sila setkan minda membina tabung untuk membeli rumah. Jika kau membeli rumah sebelum umur 30 tahun, ansuran bulanan menjadi rendah disebabkan boleh ambil tempoh pembiayaan yang panjang. Rumah mahal? Tak mampu simpan untuk deposit rumah? Teruskan menggali ilmu hartanah ni. Jangan duk main Facebook je.
5. MEMPUNYAI PELAN PELABURAN
Melaburlah dengan bijak. Jauhi skim cepat kaya, skim yang membawa keuntungan cepat. Realiti kekayaan tiada jalan pintas. Kalau berjaya kaya cepat pun, tak kekal lama. Banyak pelaburan di Malaysia yang dijamin kerajaan contohnya ASB. Simpan di tabung haji pun boleh juga asalkan tetap dan berterusan dan lebih 10% gaji setiap bulan.
Keupayaan melabur sebenarnya bergantung kepada keupayaan kau mengawal kehendak diri sendiri. Jangan cakap tak mampu sebelum mencuba. Tak mampu melabur banyak, melaburlah dalam nilai yang kecil terlebih dahulu.
6. MEMPUNYAI PERLINDUNGAN PELAN TAKAFUL
Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Jadi, sediakan tabung untuk pembiayaan masa kau sakit nanti ataupun ditimpa kemalangan. Ambil takaful masa muda. Takaful itu penting.
7. MEMPUNYAI KENDERAAN BERSESUAIAN DENGAN KEMAMPUAN GAJI
Beli kereta tak salah. Yang salah adalah membeli kereta yang tidak sepadan dengan gaji. Gaji ciput tapi beli Honda City susah la. Habis separuh gaji buat bayar ansuran kereta. Nak makan pun duk pinjam kawan. Makan megi takpe, janji kunci kereta ada huruf H.
Ukur baju di badan sendiri. Beli kereta yang bersesuaian dengan pendapatan kau. Ini tidak, tak nak kalah dengan kawan yang pakai Honda City. Tengok la dulu. Gaji dia berapa dan gaji kau pula berapa.
8. BELANJA MENGIKUT KEMAMPUAN
Tak perlu bergaya hidup mewah sekadar nak menunjuk ke kawan-kawan kau. Padahal dalam bank kau simpanan tak sampai empat angka pun. Just be yourself. Belanja dan bergaya ikut kemampuan kau.
9. BEBAS DARIPADA HUTANG JAHAT
Kau bijak memilih untuk berhutang. Kau tak berhutang demi perkahwinan yang gilang gemilang. Kau kau bijak menolak hutang iPhone 7, kau tak buat hutang sofa dekat Courts. Jauhi hutang peribadi untuk perkara-perkara yang tidak penting.
10. MULA MEMBINA KELUARGA
Saya percaya dengan adanya keluarga, kau mampu berubah daripada tak reti uruskan kewangan menjadi orang yang reti uruskan kewangan. Sebab kau ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Isteri, anak-anak, mak dan ayah.
Ye la, lagipun ada seseorang yang boleh membantu kau dan memberi kau sokongan. Carilah teman hidup yang membuat kau bahagia. Senyuman dia kebahagiaan kau. Cewah. Sesungguhnya perkahwinan itu membuka banyak pintu rezeki.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.