Suka melihat pasangan Erin Malik dan suaminya, Farriz Fauzy. Bukan sahaja pasangan ini sama cantik sama padan tetapi wajah mereka juga seiras. Bukan admin sahaja yang perasan tetapi netizen turut berpendapat demikian. Erin dan suaminya memang gemar sekali muat turut foto mereka bersama di laman instagram.

Usia perkahwinan mereka sudah memasuki 5 tahun dan keduanya dilihat sangat mencintai antara satu sama lain. Pasangan ini juga turut dikurniakan dengan dua orang cahaya mata yang sangat comel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ♥️ Wifey & Mommy of ✌? (@erinmalekofficial) on

Mereka juga gemar meraikan hari istimewa dengan bercuti di luar  negara bersama anak-anak. Seronok melihat aktiviti yang mereka sekeluarga lakukan sepanjang tempoh percutian.

Sebaik berkahwin Erin memang sudah menghadkan aktiviti seninya dan jarang kelihatan wajahnya di kaca TV. Followernya yang berjumlah 1.4 juta di laman instagramnya ini hanya dapat mengikuti segala aktiviti ibu anak dua ini di laman sosial berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ♥️ Wifey & Mommy of ✌? (@erinmalekofficial) on

Apa yang admin salute pada pasangan ini, walaupun terdapat beberapa pasangan selebriti yang berpisah, namun kedua-duanya masih lagi seperti dalam bulan madu dan begitu ‘loving couple’.

Malah sepanjang perkahwinan mereka ini juga tidak ada sebarang kontroversi membabitkan pasangan ini. Rupanya ini rahsia bahagia Erin dan suaminya yang memang buat hati nezien cemburu.

1. Sentiasa Bersama

Jika dilihat, Erin dan suaminya sering bersama walau ke mana mereka pergi. Kedua-duanya juga begitu rajin muat turun foto selfie yang menggambarkan betapa bahagia kehidupan yang dilalui kini. Jadi secara tidak langsung, tiada ada yang berani untuk mengganggu gugat hubungan mereka kerana ikatan cinta mereka memang cukup utuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ♥️ Wifey & Mommy of ✌? (@erinmalekofficial) on

IKLAN

2. Dikurniakan 2 Cahaya Mata Comel

Keduanya berkahwin dalam usia yang muda dan Erin tidak teragak-agak untuk hamil. Setelah tiga tahun berkahwin, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel, Mohamed Faliq Mohamed Farriz, 3 tahun  dan  Nur Aisha Binti Mohamed Farriz, dua tahun.

Betullah kata orang anak adalah pengikat kasih antara suami isteri. Siapa kata lepas kahwin badan akan naik, kerana Erin tetap langsing dan maintain cantik lagi-lagi setelah berhijab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ♥️ Wifey & Mommy of ✌? (@erinmalekofficial) on

3. Sentiasa Ungkap Kata-Kata Cinta

Jangan masa sebelum kahwin sahaja mengungkap kata-kata cinta pada pasangan, sebaliknya terus momentum itu walaupun selepas berkahwin. Erin sering mengucapkan kata-kata cinta pada suaminya dan meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan dalam cara tersendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ♥️ Wifey & Mommy of ✌? (@erinmalekofficial) on

4. Kurangkan Aktiviti Seni

Sememangnya Erin sanggup berkorban dengan menghadkan aktiviti berlakon sebaik berkahwin an mempunyai anak. Kalau dulu Erin Malik antara pelakon kanak-kanak yang popular dan sering muncul di kaca televisyen. Dia lebih senang menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-temannya. Malah kelibatnya juga jarang dilihat di mana-mana majlis festival.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ♥️ Wifey & Mommy of ✌? (@erinmalekofficial) on

IKLAN

5. Wajah Seiras

Kalau sekali pandang, Erin dan suaminya macam adik dan abang. Kata orang tua-tua jika jodoh wajah seiras akan ‘sejuk’ dan bahagia hingga ke syurga. Netizen juga perasan wajah Erin dan suaminya yang seiras.

Malah masing-masing turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Memang nampak sweet melihat keakraban pasangan ini yang sering bersama menempuh ranjau dalam fasa perkahwinan.

A post shared by ERIN MALEK (@erinmalekofficial) on

@jannah.zaidi muka sama 

@aamirahaisyah Dah mcm adik beradik! Cantiknya kak erin

@aisyahsaqinah Muka ada iras2 haha

IKLAN

@ell_aleyaa Mukaa sama , hope until jannah sis

 6. Doa Dari Netizen

Kebahagiaan pasangan ini juga sering mendapat perhatian netizen. Setiap kali foto dimuat turut pasti mendapat reaksi positif netizen. Masing-masing suka melihat mereka dan turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.

?‍?‍?‍?❤️ #famfie #myeverything

A post shared by ERIN MALEK (@erinmalekofficial) on

@hot_n_cool44 Didoakan moga jodoh berpanjangan..sangat sedih bla dengar artis2 jodoh tk panjang..moga Allah mdlindungi seluruh ahli keluargamu dari sgala mcm fitnah aamiin

@suzanaabrazak Sweet n romantik couple….moga berbahagia sllu n kkl till jannah

@mizzhybridbeta Moga bahgia..sihat..di murah kan rezki..

@julyana.co so swetttt..semoga hubungan awk berdua smpai ke jannah..Aamiin

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ERIN MALIK

 Artikel Berkaitan: Amal Masker Beras Petua Warisan Keluarga Erin Malik

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI