Sudah lama tidak mendengar khabar pelakon, Erin Malek setelah mengambil keputusan berkahwin dalam usia muda. Jika diintai di laman instagramnya, dia baru-baru ini menghabiskan masa bersama keluarga dengan bercuti ke luar negara. Nampak begitu bahagia sekali mereka menghabiskan masa bersama. Pelakon yang mempunyai wajah cantik ini tetap kelihatan seperti gadis remaja walaupun telah punya sepasang anak, lelaki dan perempuan.

A post shared by ERIN MALEK (@erinmalekofficial) on

Walaupun dalam mood bercuti, penampilan Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek tetap cantik dan menawan. Apa rahsianya yang kini semakin jelita sejak berhijab. Walaupun dia tidak begitu aktif dalam bidang lakonan, tetapi perkembangan dirinya tetap menjadi perhatian netizen. Malah setiap aktiviti banyak dimuat turut dalam laman sosialnya itu.

@syuuuhadajohari Erin!!! Kenapa cantik sangat niii ??

@gurlsgerobok So cantik.. soo lawaa

@nor.amyra.hashim Cantiknyeee.. @erinmalekofficial share your beauty tips pls??

@reenofukada Cantik erin. Makin berseri…

A post shared by ERIN MALEK (@erinmalekofficial) on

Berbicara soal kecantikan, ibu muda yang mempunyai susuk tubuh yang cantik dan kecil molek ini sudah pastinya menjadi idaman setiap wanita di luar sana. Erin Malek, selesa berkongsi rahsia bersama peminat. Sudah namanya wanita, Erin tidak lari daripada regim kecantikan alami. Intip petua dan rahsia cantik Erin Malek.

IKLAN

1. Bagaimana Erin menjaga kecantikan seharian?

Setiap kali bangun pagi, Erin akan mencuci muka. Sama juga rutinnya sebelum tidur malam. Memang menjadi amalan yang tak pernah ditinggalkan!

2. Petua kulit sihat?

Erin amalkan minum air putih yang banyak. Kalau boleh, dua liter sehari.

A post shared by ERIN MALEK (@erinmalekofficial) on

 

3. Sedikit tip kecantikan Erin?

Pilih penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit wajah dan Erin akan menjaga dari segi pemakanan. Selalunya Erin akan kurangkan memilih makanan yang berminyak dan manis dalam menu sehari-harian, senaman jangan pula dilupakan!

4. Antara produk kecantikan yang wajib ada?

Pencuci muka, bedak padat dan  pelembap bibir, Erin jarang pakai gincu untuk mengelakkan bibir menjadi rosak.

IKLAN

A post shared by ERIN MALEK (@erinmalekofficial) on

5. Petua tradisional yang masih Erin amalkan untuk menjaga kecantikan?

Gunakan beras untuk dijadikan masker muka. Itu antara amalan turun temurun keluarga Erin.

6. Rata-rata wanita amalkan pengambilan suplemen untuk membantu kekalkan kecantikan, Erin pula?

Buat masa ini, Erin memang tidak ambil sebarang suplemen. Tetapi, Erin tetap mengamalkan  makan buah-buahan dan minum jus terutamanya buah limau setiap hari. Paling kurang satu hari Erin akan minum jus limau satu kotak besar sehari. Alhamdulillah, setakat ini ia memang membantu Erin untuk kekalkan kesihatan kulit.

A post shared by ERIN MALEK (@erinmalekofficial) on

7. Adakah Erin sering mengunjungi Spa dan pusat kecantikan?

Erin jarang mengunjungi pusat-pusat kecantikan, mungkin setahun hanya dua atau tiga kali sahaja melakukan rawatan di sana.

IKLAN

8. Adakah senaman penting bagi Erin?

Erin memang mengikuti kelas ‘kickboxing’  dua kali seminggu bagi memastikan tubuh badan kekal cergas dan aktif.

A post shared by ERIN MALEK (@erinmalekofficial) on

Eksra Info: Rahsia Petua Wajah Putih Gebu

Campurkan lima sudu besar susu kambing dan campurkan sebiji putih telur kampung  kemudian pupurkan pada wajah hingga kering.

Selamat mencuba!

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI