Pasangan selebriti, Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz membuka kedai pertama Nunha Store di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur.
Neelofa Ingin Bersara Hanya Mahu Jadi Suri Rumah
Pembukaan kedai pertama mereka yang menjual pelbagai produk di bawah jenama Nunha itu merupakan hadiah buat peminat dan orang ramai yang sentiasa menyokong produk itu.
Ads
“Alhamdulillah, perniagaan yang kami usahakan mendapat respons yang sangat positif pelbagai pihak, terutamanya peminat yang tak henti menyokong.
“Jadi, pembukaan Nunha Store di MyTown ini menjadi hadiah istimewa untuk peminat yang mahu mendapatkan produk kami secara fizikal, selain kaedah pembelian dalam talian,” katanya
Menurut Neelofa, segala urusan pengurusan dan pemilihan lokasi kedai Nunha adalah merupakan keputusan suaminya.
“Segala keputusan dibuat oleh Haris, saya hanya duduk di rumah jaga dan masak untuk anak-anak dan suami.
“Alhamdulillah, saya suka jadi suri rumah, menjaga anak dan melihat anak-anak saya membesar di depan mata” kata Neelofa.
Sementara itu, PU Riz berkongsi mereka dalam perancangan untuk membuka cawangan lain di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan.
Ads
“Insya-Allah, Nunha Store yang kedua akan dibuka di lapangan terbang di Kelantan, kami sedang usahakan, jadi doa-doakanlah sebab orang Kelantan sukakan produk kami.
“Lagipun kedai Naelofar tiada lagi di Kelantan, jadi kami cuba bertapak di sana. Alhamdulillah, saya juga bersyukur produk kami disambut baik terutamanya seperti baju dan The Kaabah,” katanya.
Neelofa enggan panjangkan kontroversi promosi produk berbaur lucah
“Saya fikir komen dan penjelasan lanjut tidak diperlukan lagi sebab takut jadi panjang cerita. Daripada pihak jenama terbabit sudah membuat permohonan maaf. Kita sudah akui apa yang perlu.
“Saya fikir itu sudah ada ‘fullstop’ (noktah atau penamat). Jadi, ‘move on’ (teruskan) pada fasa yang seterusnya. Saya fikir lebih baik kita tidak bercakap soal itu,” katanya apabila ditemui pada majlis pembukaan kedai Nunha yang pertama di pusat beli belah Mytown, Cheras.
Neelofa mengakui kontroversi itu memberi pengajaran buat dirinya, namun, tidak mahu memanjangkan ulasan berhubung perkara itu.
Ads
“Iya pengajaran, tetapi, tiada ulasan lain,” katanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood
“Saya mahu arwah ibu, Allahyarham Rohana Jalil jadi saksi pembabitan saya dalam konsert epik dan bersejarah bersama legenda tersohor Bollywood, Udit Narayan. Jika arwah ibu masih hidup pasti beliau bangga,” ujar penyanyi Kilafairy. Ya, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan punya banyak sebab untuk berasa teruja dan berbangga selepas dipilih berkongsi satu panggung bersama ikon muzik Bollywood, Udit Narayan menerusi Konsert Udit Narayan In KL pada 28 Disember ini.
Salah satunya adalah anak kepada penyanyi Allahyarham Rohana Jalil ini menjadi penyanyi wanita Malaysia yang terlibat dalam Konsert Udit Narayan In KL di Mega Star Arena Kuala Lumpur. Nama Kilafairy dipilih oleh pihak penganjur, VVST Digital Creation kerana kredibilitinya sebagai seorang penyanyi yang fasih menyanyikan lagu Bollywood. Kilafairy, 32, malah menyifatkan peluang emas yang diberikan kepadanya umpama mimpi menjadi kenyataan.
“Udit Narayan ada seorang figura yang sangat istimewa. Saya meminati Udit kerana merupakan peminat tegar Shah Rukh Khan dan kebanyakan lagu yang didendangkan SRK dalam filem adalah vokal Udit.
“Jadi apabila dilamar untuk terbabit dengan Konsert Udit Narayan In KL, saya terkejut, tidak percaya, gemuruh dan takut kerana akan berkongsi pentas dengan seorang ikon. “Saya juga bangga kerana ini merupakan penglibatan sulung saya dalam konsert Bollywood berskala besar, apa lagi membabitkan pesohor Udit Narayan. Ia umpamamimpi menjadi kenyataan,” katanya Kilafairy.
Bercerita lanjut, Kilafairy yang kini giat menjalani latihan vokal memberitahu akan membawakan sebuah lagu solo dan dua buah lagu duet bersama penyanyi Syamel. “Saya akan menyanyikan sebuah lagu solo dan berduet dua buah lagu dengan Syamel pada malam 28 Disember 2024 nanti.
“Dan sekarang saya giat menjalani latihan vokal serta mendalami lenggok nyanyian Hindustan kerana penghayatan daripada segi lenggok Bollywood sangat berbeza dengan Melayu. Ia penting malah lagu Tamil dan Hindi juga punya lenggok berbeza,” katanya.
Ironi dunia Bollywood bukan sesuatu yang asing buat penyanyi dan pelakon ini.
Kilafairy mula menyanyi lagu-lagu Bollywood sejak berusia 8 tahun dan menonton karya-karyanya sejak kecil bersama keluarga. Bollywood akuinya lagi selalu membawa dirinya pulang ke masa silam, menikmati momen bersama keluarga terutama arwah ibu yang kembali ke Rahmatullah pada 2023.
“Saya mula menyanyikan lagu-lagu Bollywood sejak usia 8 tahun dan menonton
karyanya sudah seperti menjadi satu tradisi dalam keluarga sejak saya kecil.
“Saya juga belajar ‘permainan’ emosi dalam dunia lakonan menerusi filem Bollywood. Saya suka bagaimana karakter diterjemahkan dan instrumen serta bunyi-bunyian dalam naskhah Bollywood.
“Maka apabila terlibat dalam Konsert Udit Narayan In KL, saya terasa pulang kembali ke masa silam saat menghabiskan momen menonton filem Bollywood.“Khabi Khushi Khabi Gham merupakan filem yang saya dan keluarga tonton sebanyak lima kali dan masih menangis. “Arwah ibu saya juga sangat meminati lagu Khushiyan Aur Gham Movie dari filem Mann.
“Dan saya sendiri meminati terlalu banyak karya Udit Narayan terutama daripada filem Devdas, Mann dan Taal. Semuanya menusuk jiwa,” tambah Kilafairy. Menaruh harapan agar Konsert Udit Narayan In KL berjalan lancar, Kilafairy juga mendedahkan akan tampil dengan kostum bertemakan Bollywood.
“Saya akan menyarung busana daripada pereka Shanell Harun. Tentu sahaja ia akan punya tema Bollywood namun tidak ada yang berlebihan.
“Saya akan tampil dengan gaya sederhana tapi elegan seperti penampilan selalu,”
dedahnya. Konsert Udit Narayan In KL akan menjadi saksi ikon legenda muzik Bollywood yang terkenal dengan gelaran Raja Melodi dan memiliki lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa sepanjang tiga dekad berkarier kembali ke Malaysia selepas 12 tahun. Cukup terkenal dengan lagu ikonik beliau, “Papa Kehte Hain,” dan persembahan beliau dalam filem “Qayamat Se Qayamat Tak”, Udit akan membawa para peminat lagu
Hindustan ke zaman kegemilangan industri filem dan lagu Bollywood iaitu era 90-ansehinggalah ke hari ini. Maka dengan itu jangan sampai terlepas menyaksikan Konsert Udit Narayan In KL yang berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 28 Disember 2024.
Sebarang pembelian tiket boleh layari https://myticket.asia/ atau hubungi VVST Digital Creation di vvstdigital@gmail.com. Untuk makluman, pembatalan konsert Udit Narayan di Pulau Pinang baru-baru ini tidak berkaitan dengan penganjur konsert penyanyi itu di Kuala Lumpur, iaitu VVST Digital Creation.
Pihak penganjur juga memberi jaminan bahawa konsert Udit Narayan di Kuala Lumpur akan berlangsung seperti yang dijanjikan tanpa sebarang masalah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Banyak stigma yang bermain di fikiran masyarakat tentang kahwin muda. Namun hijabi bernama Irine Nadia ini membuktikan adanya hikmah di sebalik keputusan itu, bahkan kini bakal menimang anak kelima selepas 11 tahun melayari alam rumah tangga.
Seronok melihat gaya hidup pempengaruh Irine Nadia yang sering muncul dengan content keibubapaan. Cantik dan berjaya, ibu muda kepada empat cahaya mata itu sering menjadi rujukan warga maya.
Setiap anak yang lahir membawa rezeki masing-masing. Baru-baru ini, Irene mengumumkan sedang hamil anak kelima dan berkongsi cabaran berbadan dua.
“Enter my second trimester, syukur Alhamdulillah.
Apabila sudah masuk trimester kedua baru Irene dan suami maklumkan kepada anak-anak. Sebelum-sebelum itu, anak-anak cuba untuk berteka-teki tetapi still ibu dan ayah sorok sehingga keadaan morning sickness ibu stabil dulu.
Life ibu bertukar roller coaster beberapa bulan ni dengan selera makan semua out, kepala semua sakit.” Irine Nadia
Ahli perniagaan dan instafamous berusia 31 tahun itu menyifatkan kehamilan kelima sangat berbeza terutama layanan yang diterima daripada anak-anak yang semakin membesar.
Biarpun menyembunyikan kehamilan daripada empat permata hatinya, Irene mengakui tersentuh dengan layanan yang diberikan.
“Perbezaan ketara kali ni ibu dijaga, dimanjakan dan disayangi anak-anak. Mereka extra care untuk ibu. Kerja-kerja harian di rumah, anak ibu yang bantu.
Ibu sedih tetapi terharu tengok sikap masing-masing. Number five is coming soon. Alhamdulillah.” luahnya.
Berkahwin pada usia muda, Irene diijab kabul dengan suaminya, Mohd Amirul pada usia 20 tahun.
11 tahun melayari bahtera rumah tangga, mereka dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada dua putera dan dua puteri.
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin menyifatkan peluang membuat persembahan pada majlis makan malam rasmi bagi meraikan Presiden China Xi Jinping serta delegasinya di Putrajaya baru-baru ini sebagai satu penghormatan besar.
Penghargaan itu dikongsi oleh beliau menerusi satu hantaran di platform media sosialnya.
‘Setulus terima kasih atas jemputan dan kesempatan berharga ini. Semoga jalinan persembahan antara Malaysia dan China terus mekar dan kukuh.”
Menerusi perkongsian itu, penyanyi nombors satu negara ini turut berkongsi video berdurasi 1 minit 54 saat mengenai persembahannya di Seri Perdana pada majlis makan malam sempena lawatan negara Presiden Xi yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Seri Siti Nurhaliza mendendangkan lagu irana Malaysia, Cindai serta lagu klasik Mandarin ‘The Moon ‘Represents My Heart’.
Menerusi video yang dikongsi, persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima tepukan daripada Xi, Anwar dan delegasi China.
Rakan artis yang turut membuat persembahan ialah Aina Abdul.
Datuk Seri Siti Nurhalizaa turut meraih perhatian apabila tampil anggun dan sopan berbaju kurung rona biru ketika membuat persembahan yang melambangkan seni budaya Malaysia.
Ianya direka khas oleh pereka fesyen tersohor, Ezuwan Ismail. Manakala solerkan pula diserikan oleh jurusolek profesional, Epie Temerloh.
Untuk info, Presiden Xi mengadakan lawatan negara tiga hari ke Malaysia bermula Selasa hingga Khamis atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ismail.
Ini merupakan lawatan rasmi kedua pemimpin China itu ke Malatysia dalam tempoh 12 tahun selepas kunjungan terakhir beliau pada 2013 yang menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.
Lawatan Xi adalah sebahagian daripada siri lawatan negara pertama Presiden China untuk tahun ini yang turut merangkumi Vietnam dan Kemboja.
Untuk info, Malaysia dan China mewujudkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974. Kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun lalu.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.