Kita sering ingat cara untuk jaga kebersihan hanya datang dengan cara kita mencuci tangan dari bersentuh dengan muka. Tak di sangkal lagi, ramai juga yang tahu tentang keburukan jika tidak membasuh berus mekap, namun, ramai yang endahkan perkara ini.

Mungkin adakah ia tidak nampak secara zahir bakteria yang boleh membiak di permukaan berus mekap? Atau adakah kita sememangnya alpa tentang kesan yang boleh memudaratkan kita?

Sejujurnya, ramai yang akan mengakui bahawa mereka tidak lupa malah cuma akan bertangguh untuk membersihkan alat-alat solekan mereka. Kita harus ingat walaupun solekan boleh menutup cela dan berikan solekan yang tampak mulus, jika kesan yang akan datang memudaratkan, susah buat diri ini jua.

Artikel berkaitan: 7 Peraturan Cara Aplikasi Foundation, Nampak Seperti Kulit Kedua. Paling Sempurna!

Menurut perkongsian di Womenshealth, terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh memberikan kemudaratan yang ramai tidak ingini berlaku terutama sekali di muka. Jadi apa yang kami akan kongsikan bakal membuatkan anda serta-merta basuh berus mekap selepas ini.

1. Tumbuh jerawat! (breakout)

Menurut Hadley King, MD, berus mekap banyak menyerap dan dilapisi dengan kotoran, jadi minyak yang ada boleh menyumbatkan pori-pori di muka dan menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat di muka. Tidak kira alat mekap seperti berus concealer ataupun berus mekap yang lain, ia perlu di basuh sekali seminggu supaya dapat menjaga kebersihan bagi menghindari perkara yang tak di ingini berlaku.

IKLAN

Cara membasuk alatan solek ini mudah sahaja kerana anda perlu ada sabun pencuci (tidak kira sabun bayi, badan ataupun sabun yang khusus untuk basuh berus mekap) dan lalukan di atas air serta sental menggunakan telapak tangan. Kesan-kesan mekap akan keluar sewaktu membasuh dan anda akan lihat bertapa kotornya alatan mekap anda yang kerap anda pakai di muka.

2. Mekap tidak sekata

 

IKLAN

Ya, mekap yang tidak sekata atau ‘cakey‘ terjadi akibat alatan solek yang tak di basuh dengan betul dan kotor. Hal ini kerana setiap produk krim seperti concealer dan foundation mempunyai tekstur yang likat. Tektsur yang tinggal begitu lama di alatan solek boleh menyebabkan mekap anda menjadi sangat capuk dengan pertambahan produk krim yang berlebihan.

Artikel berkaitan: Tular ‘Beauty Hack’ Di TikTok Rendam Foundation Dalam Air Sebelum Sapu Di Muka. Hasilnya….

3. Jangkitan ‘jerawat’

 

IKLAN

Ada juga di kalangan kita yang sering berkongsi alatan solek tanpa risau kesan yang boleh di berikan. Kadangkala, kita juga ada terdetik untuk hentikan tabiat itu tapi di sebabkan mereka yang pinjam itu adalah kawan, kita mengalah. Adakah anda mengalah dan ingin menempah kemudaratan di kemudian hari? Itu persoalannya.

Jadi anda perlu tahu bahaya berkongsi alat solek terutama sekali buat kulit yang bermasalah. Kulit bagi setiap orang berbeza, begitu juga apa yang produk yang mereka letakkan di muka. Walaupun hanya sekadar untuk menyapukan blusher di pipi, bakteria boleh merebak dari satu muka ke muka yang lain.

Jadi anda telah ketahui kesan-kesan yang boleh memudaratkan kepada kesihatan kulit. Jangan lengahkan lagi dan mula untuk rajinkan diri anda untuk membasuh alatan mekap untuk mencegah dari sebarang kecelakaan yang boleh berlaku. Kekal cantik dengan bijak sis!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI